Thursday, December 13, 2007

:: Pengakhiran Sebuah Permulaan ::

Dah masuk bulan terakhir neh, mcm2 kena pikir bagi mengharungi tahun depan kan? Aku tak terlepas dari menghitung usia yang makin menginjak senja. Dan yang paling awal terasa penghijrahan tahun ini adalah tentang kerjaya aku sekarang yg dah makin matang usianya. Dlm diam tak diam, dah masuk tahun ketiga usianya. Kalu anak sendiri dah pandai patah2 perkataan...hehehheheh...

Sepjg tahun 2007, byk jugaks benda yang dah aku lalui dalam erti kata 'kehidupan' sebagai seorang pendidik. Aku lebih selesa jika dipanggil 'cikgu' sebab itu lebih memberi makna kepada apa yang sedang aku lakukan skrg. Tugas yang maha berat nih adalah amanah majikan kepada aku bermula tahun 2005 hingga sekarang.

Bukan nk ditarakan amanah dengan beban, tapi hakikatnya amanah itu terkadang menjadi beban dengan bersebab. hehehheehehe...mcm mana pulak tuh? disebabkan amanah itulah maka ujudnya beban keje..klu terlunas maka lepas la t/jwb, tapi sekiranya asyik ditangguh2kan dan semakin byk akhirnya, nah...sekarang dah terbeban la jadinya. Am I right?

Sebenarnya, apa yg aku nk luahkan kali neh berkaitan dengan responsibility sbg apa jua yang kita lakukan dalam idup. Yg aku nmpk di pejabat aku sendiri, ada org begitu mempunyai jiwa pendidik, ttpi bila diuji dengan tugas sampingan yg lain, dia GAGAL....ada org pula asyik tumpukan kepada tugas sampingan sehingga tugas HAKIKI dilupakan. Ada pula menipu dalam melaksanakan tugas. Menipu markah pelajar kerana tidak ujud sebarang penilaian pelajar seperti kuiz, ujian dan tutorial.....Itu yg aku nmpk depan mata....yg aku tatau, byk lagi agaknya...dan mcm2 tektik dijalankan hanya untuk melunaskan keje masing2.

Bagi aku setakat sekarang aku disarankan supaya berusaha menghalalkan gaji. Bos aku punya ideologi la tuh. Pada aku benda tuh betul dan kenapa tak mo ikut? Mmg kita keje utk hidup dan hidup kita perlu ada KEBERKATAN. Itu salah satu sebab yang boleh membuatkan hidup kita diberkati.

Tadi pagi member seopis aku tanya, " kak siti, apa azam tahun baru?" Aku yg baru smpi pejabat tadi agak buntu utk berfikir. Apa agaknya ya....sora hati aku mula tertanya2. Tapi akhirnya mulut aku berkata "Hmmm, takde lagi la azam ....thn lepas punya lom dapat lagi"...heheheehh..... betol ka? Ntah la apa azam aku thn lepas? keh keh keh...hanya Dia saja yang tahu.

Sedetik pon waktu takleh undur....itu aku paham....dan dengan masuknya angka 2008 dalam kalendar nnt, akan meningkat la tahap dari Pentium 2 ke Pentium 3. heheheheheh ........okeylah, setakat neh dulu...opis aku lengang neh, semua kuar jaga exam, aku bertugas petang nnt. So ada masa la berblog di pagi hari.

ps: 24/12 neh gi UPSI ..... tak suka ..tak suka....tak suka....

No comments:

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...