Gambar kat atas nih sebagai tatapan kekwn yg kenal dengan famili angkat aku kat Jeniang. Khas buat Aya dan Eda leeja. Makcik Yam and pakcik Ghani kirim salam kat hangpa berdua. Tgk la meriahnya umah depa menjelang kenduri anak lelaki mereka. Hmmmm, aku pon belom pernah kenal sebenarnya dengan si pengantin nih, and sampai ke hari kenduri pon aku balik tanpa melihat pasangan yang aku raikan. Hehehhehehheh...takde rejeki aku agaknya. Tengah sedap2 menikmati nasi kenduri yang berkonsepkan kampung tuh, opis call plak. So agak terbantut aku meyuap butir2 nasi yang putih bersalut kuah kari. Memang sedap nasi kampung mcm tuh.
Abis bab kenduri umah mak angkat aku, aku nk kongsikan citer di IPOH plak. Aku telah dihantar untuk berkursus. Kursus anjuran KP** jugak la. Tapi kursus yang berorientasikan exam nih agak menekan. Adat hidup semua manusia nakkan sesuatu yang memuaskan hati, menang, dan merasakan kejayaan. tapi terkadang kita LUPA pada perkara sebaliknya iaitu tewas, kecewa dan gagal. Terkadang jugak kita sering menyalahkan NASIB atau TAKDIR diri. Jenuh aku menungkan di mana silapnya? maybe ada HIKMAHnya sesuatu yang berlaku tuh. Biarkan ia terus jadi pengalaman dalam hidup.
~aDIOS
No comments:
Post a Comment