Sedar tak dah lama aku tak menulis blog? Isk...apa benda aku buat sejak 7 July yang lepas? MashaAllah...lama nih aku tak meulis, patutlah ketepuan ja ghasa otak kebelakangan ni. Kena dicurahkan sikit monolog2 suka duka dlm blog yg hampir diselubungi sesawang. Mujur sebulan aku sedar, maunya setahun, selamat labah2 dah buat tiga generasi kat sini.
Tajuk maybe nmpk cam duka, hampa, kecewa dan tiada bergembira, tapi Syawal utk diraikan bukan? So, mungkin entry kali ni agak hambar. Tulisan penulis akan bergantung kepada emosinya pada ketika itu. Aku tak pandai menulis macam penulis pro, cuma menulis sekadar aku mampu menyampaikan cerita pada kanvas tanpa kertas ni. Perasaan semasa mengalami dengan situasi sekarang amat jauh berbeza. Jadi hanya pengalamian dapat menterjemahkan maksud tulisan. Aku harapkan curahan ini dapat menenangkan perasaan. In sha Allah.
Syawal kali ini keluarga aku memilih warna manggis tua, sepertimana kebiasaan kami akan menyetujui utk memakai warna bertona senada. Miski ada terang gelapnya, al maklumlah empat dr sepuluh dari kami sudah berkeluarga, namun ritmanya agak sama. Tak terkecuali juga ada pihak yang terkeluar tema kerana katanya cukup pakai mana yang ada, bersederhana... apa2pon alasan kami terima dah nama pon keluarga. Tapi selalunya yang memberi kecacatan ketika gambar dicipta adalah puak yang memakai baju tak senada......hasilnya gambar tidak memberi impak maksima.......(bukan susah pon nk pakai baju warna serupa, tapi jenis yang kurang peka ada saja alasannya). Ya, aku terima bukan kemestian keluarga dipandang harmoni jika memakai baju warna serupa, tapi.....bila benda sekecil ini tak mampu utk diikut oleh mana2 ahli keluarga, nmpk sgt ada yang tak kena....... mungkin kerna warna dh tade sebab beli dekat sgt dengan raya atau masalah lain yang sewaktu dengannya... cuma setahun sekali bertukar baju raya ni tak salah rasanya.... ada pula pihak yang baik hatinya...sanggup sponsor semua baju agar sedondon dipagi raya.....mulia hatimu tak terkira, moga Allah permudahkan utkmu segalanya...
Ziarah menziarahi adalah kebiasaan kami lakukan tiap kali beraya. Namun ketiadaan tunggak sulong kali ini serba sedikit membantutkan semangat adik2 meneruskannya. Tiap kami bila diajak menziarah rakan tetangga, ada saja alasan diterima, kononnya menunggu pulangnya anak sulung mereka. Hmmmm, tahun ini sepatutnya kami cukup sepuluh beradik, namun seorang telah beraya dengan mertua. Agaknya disebabkan itu jadi hambar semua benda. Sembilan yang lain cuba untuk menikmati kegembiraan yang ada. Alhamdulillah, semua berjalan seperti biasa, ada kanak2 dtg menziarah, tetangga datang menjengah, bersalam-salaman meminta maaf segala kesalahan yang ada....
Cuma aku terkilan, pagi raya kami terlewat jaga...Aku pula demam dengan tiba-tiba. Penat merentasi Selatan ke Utara sudah biasa .... agaknya kali ini Allah mahu beri kifarah dosa.... redha aku pastinya. Mood raya dah tinggal separuh dari biasa. Hendak menunaikan solat sunat di Masjid takut mengganggu orang saja. Akhirnya aku nekad solat di rumah saja. Kebiasaannya kami akan memohon maaf kedua ibu bapa sebelum masing2 ke masjid, tapi kali ini tidak sempat pula. Keduanya terlebih dahulu ke masjid, hanya aku sempat memanggil ibu utk bersalam dengannya di pintu. Selepas itu aku dan saudara perempuanku yang lain termasuk dua ipar duai ku sibuk mengemas rumah dan menyediakan juadah hari raya. Makanan berat piilihan kali ini Nasi Beriyani Daging. Aku jadi kesian melihat kakak ku yang terpaksa mengambil tugasan itu sedangkan anak2nya perlukan perhatian dan jagaan kerana suaminya ke masjid solat hari raya. Aku pon lepas solat sunat terus ke dapur menumis ramuan beriyani dan cuba mengikut resipi seperti biasa. Kakakku cuma tersenyum dan memberikan nasihat tentang ukuran air sepatutnya. Zaaassss, nasi beriyani sudah tersedia....kami awal dulu pekena...mana taknya...takut2 kena serbu dek askar2 yang baru balik solat raya...baik makan dulu then aku pasti byk tugasan menunggu kami seperti biasa. Membasuh pinggan mangkuk dan melayan tetamu yang datang bertandang. Belum lagi dikira tugas menjaga anak2 sedara yang dah bertambah ragamnya. Seronok melayan mereka, tapi penatnya ya Allah rasa mau bengkok tulang belakang..... mana taknya tua2 nih dah tak kuasa nk kejar depa .... bagai lipas kudung berdesup larinya.
Dari pagi sehingga ke tghri then petang, senantiasa ada tetamu datang menziarah. Berkat rasanya bulan Syawal yang mulia. Aku pula berkelek kamera kemana2....memang sejak dulu aku leka dengan photo dan kamera. Maybe aku dpt hobi dari ayahanda. Apu aku suka mengambil picture keluarga di kedai gambar. Setiap tahun atau setiap kali mendpt anak baru, pasti ada rombongan ke kedai gambar Parit Buntar. Best dpt merakam memori indah bersama keluarga. Bila sesekali melihat album lama pasti ada cerita terkeluar tentang gambar yang dilihat bersama. Akan berselang-seli gelak ketawa dan ulasan mengata-ngata. Sudahnnya ada pihak yang terkena diam aja...bengang agaknya...tp kemesraan tetap dirasa.
Raya kedua kami plan balik ke Kg Perlis di Utara. Rumah pusaka tinggalan nenda. Sudah jadi resam dahulunya rumah itu menjadi idaman kami adik beradik balik beraya. Mana taknya, suasananya MashaAllah amat berbeza. Rumah sederhana tapi indah pada mata aku dibina sendiri ditengah2 sawah padi yang hijau bak rumput karpet warnanya. Dari pagi ke petang ada saja sepoian angin2 bayu yang nyaman..kekdg agak kuat menyepak2 muka....kampung pula penuh dengan sanak saudara saja.....keakraban takleh nak disangkal punya. Masing2 ada saja benda nk dilakukan bersama, malahan membuat kuih muih pon dikongsi beberapa keluarga. Itu meriahnya raya masa kecilku. Tapi sejak ketiadaan nenda lelaki ku semua berubah rupa.....tinggal hanya pondok usang yang gagal ditadbir selia dengan baik oleh sepuluh beradik ibuku. Empayar yang gagal pada pendapat aku disebabkan tunggak kedua gagal berperanan semoleknya. Dek ketamakan harta benda dan ketidakadilan, maka legasi nenda ku dipersia. Pada himatku, tunggak kedua ini punca, dapat pula sokongan sebahagian anak2 yang tidak waras pemikiran dan tidak adil prinsipnya....jadi hancur lebur sebuah empayar....Nauzubillah...moga empayar kami tidak berakhir sedemikian rupa. Moga Allah memberikan keberkatan dan kerahmatan dalam keluarga kami menempuhi ranjau hidup ini seadanya.
Petang raya pertama, aku terpotong jari telunjuk kiriku. Dek kecuaian memotong ketupat tanpa beralas, aku terlukakan jariku sendiri. Ah, pedih...lukanya pula agak dlm. Aku terdiam sebentar sebab terkejut dek pancutan darah yang keluar membasahi keseluruhan ketupat dan lantai dapur. Tak sangka sebegitu dlm. Agaknya aku terpotong urat darah kecil....sebab itu darah lambat berhenti. Ada pula ura2 mahu menghantarku ke hospital utk dijahit. Alamak, fobia aku dgr perkataan itu, walaupun ada tiga ahli keluargaku warga hospital.....aku sejak kecil mmg fobia ke sana...sebolehnya aku hanya mahu minyak gamat dan pembalut luka. Pertama demam tiba2...keduanya terpotong jari.....jika tadi hanya separuh mood yang tinggal..kini tiada lagi semangat beraya.....aku hanya bakikan kepada memeriahkan ziarah utk raya kedua sahaja...kerana pada masa itulah aku berperluang throwback semua kenangan raya masa kecil utk rakaman lensa kamera ku.
Allah takdirkan semuanya berjalan lancar, kami ke Kg Perlis dan bertemu dengan PakLang dan pakcik. Mak, Mak Teh dan MakNjang dtg menjadikan mereka separuh bilangan anak warisan Hj Bakar Mat Isa. Anak cucu semua sepupu yang biasa aku jumpak dari keempat2 keluarga. Alhamdulillah, aku kenal semuanya. Setelah bertemu dan seperti biasa membualkan topik hangat keluarga mereka, isu tanah dan sebagainya, kami pulang ke tempat asal masing2.....penat ditambah dengan demam...semuanya bersatu menjadi perasaan yang kurang enak...niatku cuma satu...perlukan rehat tanpa gangguan......Aku mahu rehat dan tidur sepuasnya.
Kunjungan balas dari keluarga MakTeh dan MakNjang pada raya ke 3. Kebetulan musim buah kayu sedang lebat sekarang. Jadinya semua berpeluang makan dan bawa balik buah2an itu semahunya. Dah jadi amalan, mereka akan diberikan buah tangan segar dari kampung. Itu adalah resam ibu bapaku menyambut tetamu yang datang.
Itulah serba sedikit coretan Syawal yang Luka.....aku perlu kembali berjuang di medan perjuanganku pada raya ke 5....jadi aku perlukan kekuatan dan perlindungan dariMu Allah....moga apa yang berlaku sebelum ini, sekarang dan akan datang adalah yang terbaik dariMu utk aku...Amin.
2 comments:
anak k.leha ke yg bedak selepong satu badan tu???comel sgt!!
nama dia zulqarnain...sorg2 nya waris lelaki cucu pak kassim dan makcik Asa... tq la ckp dia comey...klu nk tau sebab pa tgk la mak menakan dia...muahahahahhaha..
Post a Comment