Kisah aku di sebuah makmal di sebuah uni di selatan tanah air.
Keliling aku cuma ada dua orang melayu, yang ada cuma mereka sahabat dari negara luar seperti Sudan, Palestine, Pakistan, Kenya, Iran, Iraq, Oman, Nigeria dan Indonesia. Yang melayu kadang2 datang lab, kekdg tade di lab, so aku kena la tune language aku ke english. Letih jaw aku nk nyebut patah-patah english yg sememangnya jarang sekali aku praktiskan. Mmg english diajar sejak darjah satu, tapi nk gunakan bahasa penjajah tu aku jadi sentimen sikit. Nk belajag cuma utk tahu saja. Nk kata guna sebab nk tunjuk bijak memang tak la. Aku kureng gemar sebenarnya. Bagi aku melayu ada identiti depa sendiri. Jati diri kental menampakkan seseorang lebih menarik dan berpendirian. Itu pandangan peribadi la. Jgn sampai assabiyyah sudah la, sebab dalam Islam kesederhanaan itu segala2nya dalam hal sedemikian.
Okey, abis tentang pandangan aku, english dan jati diri. Sekarang aku nk citerkan peel sorg2 kawan2 international aku ni. Mereka semuanya menarik dan punya latar yang pelbagai warna. Aku paling rapat ngan tiga orang dari kesemua mereka. Tasneem gadis Muslim yang manis dari Palestin. Dia berperwatakan sederhana sesuai dengan nama dia yang punya makna air mata air dalam syurga klu tak silap aku dia ada bg tau. Sejuk dan menyamankan. Klu tengok dia tenang dan istiqomah dalam segala hal. Akal yang bijak dan ketegasan ketika berhujah. Aku sendiri kagum dengan ketenangan dan kesabaran dia. MashaAllah, kita faham apa jadi dengan negara dia. Lebih2 lagi dia dari Tebing Gaza yang penuh bergolak. Niat dia cuma satu, abiskan phd dia then sambung post doctoral kat mana2 negara yang senang utk dia apply kenegaraan. Bagi dia, lebih mudah berurusan dengan dunia luar jika tidak dikatakan rakyat jajahan Israel kerana dunia enggan iktiraf Palestine sebagai negara tak tidak mahu pula menyokong Israel yang dikatakan rejim kejam zionis. Jadinya mereka yang berasal dari tanah mulia itu tertindas dan tergantung status. Aku cuba bayangkan jika aku berada ditempat dia. Mana nk bawak diri lepas ni? Moga takdir Allah utk dia adalah yang terbaik, Amin.
Juliet Nyokabi Ghaituru seorang gadis Kenya yang manis dan halus tutur kata. English dia power beb! Bapa dia phd holder dan mak dia guru. Latar belakang yang bagus dari segi pelajaran dan moral jugak baik. Dia penganut Kristian yang tidak gemar berbincang tentang hal keagamaan dengan kami. Mungkin isu sebegini bagi dia tidak digemari kerana boleh mencetus rasa tidak selesa dan sebagainya. Kami amat menghormati antara satu sama lain. Dia senang utk dibawa berbincang dan tidak lokek ilmu. Selalu membantu dan murah senyuman. Amat mementingkan kebersihan tetapi tidak begitu menepati masa. Mungkin ini sikap yang amat berbeza dengan kami lain. kalau kita selalu digembar gemburkan dengan janji melayu, sekarang keadaan sudah berubah bila aku mengenali dia.
Agak kelakar jika hendak difikirkan keadaan aku sekarang. Adaptasi adalah proses terbaik untuk aku. Setiap mereka punya pendapat tersendiri tentang aku. Aku pula bersikap sepertimana yang kawan2 aku mengenali aku sebelum ini. Jika mereka kenal aku , maka itulah aku sekarang. Sama cuma versi sekarang sedikit omputeh lah ada subtitle. Tapi aku bangga jadi anak Malaysia. Alhamdulillah, semuanya cukup dan tersedia. Bumi yang sentiasa diRahmati Allah. Ini membuatkan aku makin mengenal diri dan sang pencipta kita. Feeling bless and grateful with everything surrounding me now. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment