Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan aku nyawa dibadan untuk aku melaksanakan Ramadhan dengan sempurna InshaAllah. Syawal yang bertemakan alam flora kali ini menampakkan famili aku mcm dedaun di pohon. Ada plak tona lain dalam pada tu yang menaikkan seri kepalbagaian warna. Biasa la, kalau dah berkeluarga, masing2 dengan tema yang tersendiri. Syukur ya Allah atas kesempatan ini, Syawal 2015 dapat kami sekeluarga sambut dengan sederhanaan walupon tanpa ahli keluarga yang cukup iaitu tiada nombor 5 dan 6 dalam gambar keluarga.
Aku memang ternanti2 kan momen ini setiap kali Syawal kerana, di sesi fotografi ini terdapat banyak ragam dan karenah yang mencuit hati. Yang kanak-kanak berlari-lari enggan mematuhi arahan. Yang dewasa pula sibuk bergurau senda masing-masing mcm dah 10 tahun tak jumpa. Ragam inilah yang selalu aku rindukan. (tersenyum sendiri)
Memandangkan tahun ini kami tiada plan hakiki, aku move by flow jer. Mak kata nk gi menzirahi pusara arwah datuk ku di Alor Pulai, Alor Setar. Itu memang destinasi wajib kami setiap tahun. Tp semuanya akan berlaku pada raya kedua. Raya pertama, rumah kami dipenuhi sanak-sedara sebelah emak yang kebanyakan datang dari Sungai Petani. Suka aku melihat wajah2 insan kesayangan bila mereka gembira. Bahagianya Allah saja yang tahu. Apa2pon penuh mangkuk cawan di sinki nanti menanti utk aku cuci. Kena plak aku jer seko2 tinggal di rumah masa tu. Yang lelain semuanya ada anak utk dipantau. jadinya aku lah si supir, si tukang cuci dan semua sekali la jawatan yang ada aku bolot, puas hati. Setahun sekali bak kata Amy Mastura dalam lagu raya dia.
Penat takyah dok bgtau la, tidor malam asal letak kepala atas bantal, hanyut terus. Pagi2 bukak mata, rutin harian bermula.....anak2 sedara walaupon ada 4 org ja skrg semuanya ala2 rapat. Soal dapur kena handover kat mak n akak kejap. Ipar duai pon tolong sama, tapi faham la kan, depa sure masih kekok pasai baru lagi kawin. semua adik2 lelaki aku buleh dikatakan kawen tahun yang dekat2 jer jaraknya, So, malu2 lagi la yg si ipar ni. Sementara nk biasakan diri, nanti dah selesa senang la depa nk tolong.
Itulah ragam raya famili aku pada Syawal 2015 ni. Moga Allah memberikan kami sekeluarga kesempatan yang penuh barakah utk Ramadhan dan Syawal 2016 kelak. Moga2 ada kebaikan yang menanti, Amin.
No comments:
Post a Comment