Thursday, May 08, 2014

:: Kembara 2014 ::

Datang pada satu masa aku mula tertanya-tanya... "Apakah perkara paling baik aku lakukan dalam hidup aku buat masa sekarang?" Monolog itu berlaku pada ketika aku terteleku sendirian di balik jendela bas ekspress menuju selatan yang membawa aku membelah malam pekat, kira-kira beberapa tahun lalu sewaktu masih aktif memegang peranan pegawai pendidikan ..dalam bahasa mudahnya 'cikgu'la.... waktu itu aku ditugaskan menjadi salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menyediakan satu platform bagi memudahkan seluruh warga dalam kumpulan pengajian tinggi menikmati kesenangan mencapai maklumat serta mengemaskini maklumat masing-masing melalui sistem atas talian...or in easy word....online system...itu cakap omputih la.... peranan aku mudah saja...cuma beri komitmen yang mantap dalam setiap perjumpaan dengan menzahirkan atas kertas bagaimana sesuatu aktor dalam sistem tersebut berfungsi....dalam term IT flowchart or system flow.... aku cuma menyumbangkan manual book bagi memudahkan pengguna terlibat menjalankan tugasnya ... berbantukan manual itu aku harap ianya memudahkan (walaupun dalam hati tetap merasakan ..apalah sangat yg aku buat? ) aku mula sertai kumpulan itu agak lewat.....mungkin disebabkan itu peranan aku diringankan kepada analysis .... but kerjaku reverse....setelah sistem selesai barulah dibuat manual....(senyum sendiri)...

Sekarang? Aku masih berjawatan yang sama cuma kebanyakan cerita kembara sudah aku simpan buat sementara waktu... ini bagi membolehkan kehidupan baharuku mula mencatatkan perjalanannya yang sendiri. Mungkin sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu pada laman blog untakuning ini, kerana ada "Sesuatu" yang menjadi peneman kepada "Aku" .... :)   (deep sigh).....lama aku ambil masa untuk kembali ke arena penulisan. Nak memujuk akal untuk mencerakinkan sesuatu ... serentak mengajak jari-jemari menari2 di keyboard laptop ...itu bukanlah tugasan yang mudah...terkadang ilham datang tatkala bangun tidur....tatkala makan, atau menonton yang sudah sebati dengan jiwa aku..... manakan ada kudrat utk aku menukilkan semua itu serentak? Payah amat rasanya .... tapi akhirnya tertunai jua hasrat seiring kelapangan  masa yag Rabbul ‘izzati berikan sekarang...Alhamdulillah.....sukses...

Enam bulan selepas balik dari misi mengutip pengalaman dari luar, aku kembali ke bumi Utara pada 14 September 2013. Syukuran ya Rabbi….Aku diberi peluang kembali lagi ke sini….masih bernafas dan berjasad sempurna. Program peminjaman pensyarah ke salah sebuah institusi pendidikan yang setaraf dengan tempat aku bertugas sekarang di salah sebuah negara jiran memungkinkan aku menimba pengalaman baru. 

Ya, pada hakikatnya banyak cerita yang boleh aku gambarkan,..suasana yang berbeza, masyarakat berbeza, bahasa dialeknya juga lain, rakan kerja yang baru, sistem kerajaan yang bertulangbelakangkan sultan (ala2 istana di zaman silam) … iklimnya mungkin agak sama dengan muka bumi dan agama Islam sebagai sebagai tunjang. Aku penuhi impian sendiri untuk berkelana ke daerah asing…pada masa yang sama aku akui dengan ikhlas pepatah melayu lama “Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri…manakan sama negeri sendiri”….. aku pegang sampai tiba masa melambaikan tangan di lapangan terbang sebagai tanda selamat tinggal kepada anak didik dan rakan seperjuangan yang ditinggalkan. Terima kasih kalian atas jagaan dan perhatian yang diberikan, aku selamat kembali ke tanah air.

bersambung ...


No comments:

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...