Episode
2
Rutin biasa aku ulangi bila sampai di
tanah air. Dengan tidak mengambil cuti jet lag (fuh…macamlah 10jam naik flight)
aku terus melapor diri di jabatan. Rupanya salah, aku patutnya ke pejabat
pentadbiran melapor diri. Dah la lewat sehari aku lapor diri sebab dalam surat
yang kementerian bagi tarikh lapor diri sama ngan tarikh aku berada dalam flight.
Entah macam mana geng aku yg lelaki dapat ubah tarikh sedangkan aku dan rakan
seperjuanganku yang wanita mendapat tarikh sehari lewat… mungkin ada perkiraan
lain yang mereka buat, tapi kami Cuma redha ja, dah surat cakap date tu, kami
ikutkan ajer. Natijahnya aku report duty lewat sehari coz surat suruh report
hari kami diberikan tiket belayar ke Malaysia.
Apa2pon aku dah cuba yang terbaik…kena
juga teguran dengan pihak pentadbiran, tapi diaorang pon akur dengan situasi aku
yang kena date sama naik flight. Alhamdulillah, aku akhirnya bertugas semula
sebagai pendidik. Dalam masa yang sama aku cukup bersyukur kerana impian aku
memiliki baiti jannati telah termakbul. Pihak perumahan mengesahkan pinjaman
kerajaan aku lulus and then pihak pemaju cakap dah boleh la berkemas masuk
rumah…..Ya Allah, mau melompat aku ..ooppss…over
acting la plak kan….maunya bergegar
jiran aku kat bawah dek hentakan kaki aku. Siyan anak2 dia tidor…. Tapi aku
seronok sangat..maybe hikmah Allah nampakkan pada aku sekarang….dgn modal yang
aku ada sekarang bleh la digunakan untuk masuk rumah. Memang banyak jugak la
berabis…belinya yang asas aja….tapi ya Allah, mengalirnya cam sungai ….rugi tak
simpan byk2 masa bertugas kat luar kan?
Rakan sekerja ku membantu carikan lori
habuan angkut barang2 dari kuarters yang telah 6 tahun aku duduki secara solo. Sedar
tak sedar selama itu aku tinggal di kuarters poli yang dah sebati ngan jiwa
aku..buktinya setiap kali memandu, jalan hala ke kuarterslah menjadi GPS
biologi. Otak ngan tangan aku mmg akan ke sana setiap kali tamat waktu pejabat
atau keluar jalan-jalan. Malu sendiri..nasib baik tade yang perasan..klu ada
pon aku akan bagi alasan ambil barang tertinggal…pada hal semuanya dah aku
angkut berbantukan anak2 teruna kelas aku ke rumah baru.
Selesai angkat semua barang, aku kena
susun pula. Tapi sebelum tu, aku secara solo juga membasuh n mop lantai umah….fuh
mmg sakit tulang belulang aku. Payah nk bgn tidur … kesannya akibat terlalu
lama membongkok. Kesian plak klu nk disuruh anak2 kelas aku buat…ye la…depa tu
ada keje …nk buat tugasan..membaca nota…buat programming…isk isk…aku buat ja la
sendiri…lagipon ambik masa juga la…3 hari baru selesai aku tenyeh lantai umah.
Puas hati nmpk putih bersih ja lantai dan
dinding sama ja…nmpk cam sel orang sakit jiwa pon ada…Nauzubillah..simpang ya
Allah…. Pastinya aku akan senantiasa menjaga diri sendiri, inshaAllah. Seram juga
permandangan depan umah baru tu. Kebun getah dan semak samun ja. Tak sangka ada
migran asing tinggal kat belakang timbunan semak tu. Nak citer la sikit
alkisahnya kemarau teruk kedah itu hari, bebudak taman ni nakal sikit…depa suka
lepak depan umah aku tuh, ala baru sekolah menengah rendah klu pandang dari
segi ketinggian dan sikap la, baru belajar merokok. Memang pantang betul aku
la, budak2 merokok. Depa ni main2 lighter camner ntah leh terfikir nk bakar
semak depan umah aku tu, time Asar lak tu, mmg tengah panas membahang. Aku lak
dok ralit mengemas rumah, tetiba terdengar pekikan yang tidak difahami.
Apa lagi, celapak ke tingkap. Api marak
menyala, disertai pekikan dalam bahasa Thai klu tak silap…nmpknya dalam 7 orang
kuar dari belakang semak tu masing-masing bawa kayu habuan memadamkan api…ada
yang bawa timba berisi air. Aku panik jugak. Walaupun apinya seberang jalan,
tak mustahil akan melintas sekiranya ditiup angin. Start dari situ aku tahu ada
manusia disebalik semak tu…tapi depa tade buat pa2 kes la…aku pon seram dan
sentiasa berwaspada ja. Mana tahu malang tak berbau.
bersambung...
No comments:
Post a Comment