Monday, February 28, 2005

:: Memori Katak Pisang - Siri 1::

Angsa kesayangan atuk sedang sibuk di sarangnya mengeram telur. Itik nila yang sebanyak tiga ekor itu juga sedang asyik berenang ke tepi ke tengah kolam bersama 10 ekor anak yang kuning keemasan. Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangan kolam di petang yang hening ini.
"Raya nie dia orang nak datang.." terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu saja dia balik ke Kuala Lumpur semula. Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai..tolonglah aku!
"Dah termenung kat sini kenapa?" Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu.
"Bukan termenung mak.. ni tengah pikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelum raya.." "Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. " ugut emak membuatkan aku tersenyum. Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap. Aku mengeluh bosan dan melangkah ke halaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakal menyerikan malam Tujuh Likur nanti.
"Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak nie.. "
"Ala mak nie.. kalau iye pun nak berbesan kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimi tu?" Aku menarik muncung. Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu. Ah.. lelaki macam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu. Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu..
"Tak naklah kalau dengan dia mak!" Terpacul saja perkataan itu dari mulutku. Emak yang sedang melayur daun pisang menjeling.
"Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi. 5 hari lagi jer.." Aku mengeluh lagi. Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu.
"Kerja kau macammana sekarang nie Jun?"
"Okey.. dah confirm pun.. mak toksah risau la..tahun depan dah boleh pakai kereta.." jawabku sambil ketawa.
"Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?" soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya.
"Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah..Aton yang selalu mengaji dengan kau dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. " Alamak.. dah menyimpang tajuk nie..
"Mak ari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda..mak bolehlah amalkan petua tu.. nanti Jun pegi ambil,"
"Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak..tunggu dulu!" Alamak..Aku duduk semula di kerusi.
"Mak nie dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu..teringin jugaklah mak nie nak menimang cucu."
"Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?"
"Mengarut ye cakap ngan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu la mak nak suruh kawin.." Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni..
"Mak nie.. macammana la Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Jun mak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak.. Dah tu macammana Jun nak kawin, boyfriend pun tak de." Aku mencapai pisau dan memotong sayur kacang.
"Itu dulu.. sekarang nie takkan tak ada apa-apa kot.." mak senyum. Aku menggeleng kepala. "Sapa nak kat Jun nie mak.. bukan selawa mana pun..tambahan pulak Jun nie pakai tudung. Orang lelaki sekarang nie mana nak pandang sangat orang pakai tudung nie.." sengaja aku memberi alasan.
"Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau," Adoii!! Aku mencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung baju kurung kedah.
"Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. " mak menggeleng kepala sambil mengambil serbuk kopi dan menghulur kepadaku.
"Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Jun nie.." soalku.
"Ala.. Lebai Sahak.." Lebai Sahak?
"Untuk siapa? Untuk Badrul ke?" soalku lagi. Terbayang wajah pensyarah muda itu di ruang mata.
"Bukan.. untuk Suhaimi."Apa?? Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor di belakang emak yang asyik berbual-bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami.
"Ini ke si Jun?" satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk. Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra.
"Iye la kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya nie.." sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah..apa lak mak nie main bahasa-bahasa mata ni? Seketika cubitan halus hinggap di punggungku.
Adoii..aku menjeling mak geram. "Salam.." bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan.
"Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu.."
"Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang nie bukannya macam kita nak mengenal saudara.. hari raya pun buat tak tahu saja.."
"Suhaimi tak balik lagi?" soal mak. Yearkk.. aku terasa tekak sudah mula bergelodak bila mendengar nama itu.
"Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang.. tak tau la Long Zah.. orang kerje drebar nie payah sikit nak dapat cuti.." Apa? Driver?Aduii.. mak ni biar betul nak jodohkan aku dengan driver.
"Buat apa la dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah.. dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya.." amboi mak nie..
"Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak la nak cakap.. " keluh Mak Aji Som.
"Jun kerja di mana sekarang ni?" soalnya. "Di Putrajaya mak Aji.."
"Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja la elok-elok..err.. mak aji balik dululah ye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. " pesannya sebelum beredar.

Aku Cuma mengangguk. Dalam hati sabar ajelah.. Si Suhaimi tu bukan aku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan. Pulak tu lembiknya macam katak pisang. Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu. Aku sebaya dengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dan tukang backingnya siapa lagi kalau bukanaku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit dengan muqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalau mengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam. Hemm.. tu baru story kat kelas mengaji. Belum kat sekolah. Walaupun dia tu lebih tua 4 tahun dari aku tapi semua hampeh. Kalau nak tengok muka dia hah, tunggu aje la waktu perhimpunan. Kalau ada budak kurus kering kepala tunduk bersongkok hitam berdiri kat depan tu, hah dialah. Kerananya.. periksa tak pernah pas. Nombor akhir sekali dalam kelas tu memang dia yang memegangnya sampai habis sekolah rendah. Yang aku pelik tu buku tak pernah lepas dari tangan.. orang lain tu tak pegang buku pun boleh lulus periksa. Sebut aje Suhaimi Lembik memang orang kenal sangat. Seramai enam orang adik beradiknya dia seorang saja yang 'kureng' sikit. Pelik jugak anak lelaki bongsu Pak Lebai tu. Kenan apa agaknya Mak Aji Som masa mengandungkan dia dulu.
Penat lagi rasanya aku berlari menghambat budak-budak yang selalu mengacaunya. Pun begitu dia tak pernah nak berterima kasih. Dahlah lembik, sombong lak tu! Selepas itu aku tak ikuti perkembangan Si Katak Pisang itu. Dengar khabar dia pergi sekolah kat Kedah tinggal bersama pak ciknya yang mengajar di sana. Dan aku pula selepas habis darjah 6 mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang. Sejak itu kami semakin jauh. Suhana juga bersekolah di Terengganu dan tamat dengan sijil SMA sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dalam surat pun Suhana tidak ada bercerita tentang abangnya yang lembik itu. Ahh.. Suhana pun tak berapa suka nak melayan abangnya yang gagap tu. Oh ya.. lupa aku nak cerita Suhaimi nie gagap sikit.. itu pasal berat mulut macam berlian. Dan sekarang nie aku rasa Tuhan nak menduga aku. Kenapa dalam ramai-ramai anak Pak Lebai Dollah tu, Si Suhaimi Lembik itu yang terkena pada aku? Kenapa tidak Badrul yang menjadi pensyarah di UIA tu? Ataupun si Azlan yang sedang buat master di USM tu? Aku menumbuk bantal menahan geram.
"Mak, kalau tolak boleh tak mak?" soalku membuatkan emak tidak jadi memasukkan bancuhan bahulunya ke dalam acuan. Aku tunduk sambil menguis-kuis sabut kelapa yang semakin hangus dimakan bara api.
"Hmm.. kan mak dah cakap dulu, jumpa dulu.. "
"Tapi.. mak kan tahu Suhaimi tu macammana.."
"Macam orang la.. macam apa lagi?" soal mak selamba sambil menambah kayu kayu kecil yang dikerat-kerat.
"Dulu mak tanya kau kata kau tak ada boyfriend. Lagipun..nak harap sapa lagi. Anak dara mak dua orang aje. 5 lagi lelaki. Takkan nak suruh adik kau si Aishah tu pulak.."
"Habis tu mak dah nak sangat bermenantu.."
"Iyelah.. sudahlah arwah ayah kau tak sempat menengok kau bersanding, nanti kalau mak pulak menyusul.. macammana?" soal emak membuatkan mulut aku terkunci.
"Lagipun.. memang sebelum arwah pergi dulu dia ada sebut-sebut nak bermenantukan si Suhaimi tu.
" Apa???? Aku rasa macam nak pengsan. Ah sudah.. mesti nak guna isu arwah ayah pulak..
"Kau tau tak.. sungguhpun dia tu macam tu Jun, dia la yang paling rajin menolong ayah kau kat kebun. Tak semua dalam setandan pisang tu elok.. tapi walaupun dia macam tu, dia rajin, hormat orang tua.
" Aduii..cuping telinga terasa kebas mendengar pujian dari mulut emak. "Satu lagi mak nak pesan, jangan memilih rupa..bukan boleh bawa bahagia.." emak menjeling tajam.
"Tapi mak.."
"Sudah, bakar kuih ni! Mak nak tengok si Hisham tu dah siap ke tidak pelita buluh dia.." Emak angkat punggung meninggalkanku di situ. Aduii..
"KAK JUN, apa kata tolong Aina bawak barang-barang ni..beratlah!" Aina berkerut-kerut kening menjinjing dua plastik besar barang-barang.
"Engkau nie.. bawak tu sikit pun nak bersungut.."
"Kak Jun la.. tadi abah suruh bawak kereta tak nak.. dah kita kena jalan kaki jauh-jauh macam ni.." sungutnya. Aku Cuma tersenyum. Kalau fikir balik, padan la dengan muka kau. Tadi semasa sampai di rumah bukannya nak menolong apa-apa yang patut. Orang bandarlah katakan.. dah berapa kali mak ngah menjeling-jeling tadi tapi dia selamba baring menengok tv. Akhirnya bila dengar aku nak ke bandar cepat saja mak ngah menyuruh si Aina ikut sama. Tapi nak dijadikan cerita, bas tiba-tiba pancit sedangkan ada lebih kurang 3 kilometer lagi nak sampai ke rumah.
"Kak Jun telefonlah rumah suruh abah ambil!" Aina sudah tidak larat untuk berjalan. "Mana ada line kat sini.. tak nampak bukit bukau nie..?" soalku. Aina mengeluh dan mencangkung di tepi jalan.
"Habis tu?"
"Kalau penat kita stop sini dulu.. kejap lagi kita sambung balik jalan.."
"Apa? Kak Jun tau tak sekarang nie lagi sejam nak berbuka? Kalau macam tu bila nak sampai?" soal Aina terkejut.
'InsyaAllah, sebelum subuh esok kita sampai.."
"Kak Jun ni!!!" Aina mula merajuk.
Aku Cuma tersenyum. Tak boleh susah sikit sepupu aku ni. Maklumlah dari pandai menangis keluar dari perut ibu sampai dah 17 tahun umur hidup macam bidadari.. Aina.. Aina..kalau kau duduk dengan mak aku.. memang dah cukup syarat dah kau nak jadi bini orang! Kalau kau sanggup dengar bebelan anak dara pemalas kau cubalah bangun meninggi hari. Kalau nak rasa kutilan halus berbisa kat punggung cubalah kau basuh pinggan berbunyi-bunyi.. hinggaplah sedas dua kutilannya kat peha kau yang gebu tu. Itu belum lagi dia tengok kau pakai skirt pendek seperti kebiasaan di KL sana.. alamatnya kena kejar kelilling rumah la engkau!
Surau yang semakin roboh dimamah usia di hadapan kami kutatap. Dahulu di sinilah aku bersama kawan-kawan menuntut ilmu keakhiratan saban petang selepas waktu sekolah. Pokok kundang tempat permainan kami masih utuh megah berdiri di sebelah kanan rabung surau. Dahulu laman surau ini pasti bersih kerana Suhaimi akan menyapunya setiap hari.Dan aku pula bersama Aton, Mastura dan Aidah akan menjadi tukang sepah.
Elok-elok si Lembik itu selesai menyapu aku segera memanjat pokok rambutan. Dan di hujung dahan itu aku menggegar segala dahan dan daun-daun rambutan yang kuning akan bertaburan semula. Tapi Suhaimi tak pernah sekalipun marah.
Mungkin kerana sedar diri aku selalu menyelamatkannya dari gangguan Usop Hingus cucu Tok Empat Latip itu. Kadang-kadang aku sengaja membiarkannya mencuci lantai di kaki surau yang sudah kotor dengan tanah merah kerana kami tak pernah meninggalkan kasut di luar kawasan bersimen. Masih teringat sewaktu di bulan Ramadhan yang mulia ini, 16 tahun yang lalu, si Suhaimilah mangsa menyimpan segala kuih-kuih moreh untuk aku.
Kadang-kadang bahagian dia aku ambil dan dia Cuma memandangku sambil terkebil-kebil. Aku senyum sendiri melihat kenangan lama dahulu. Teruknya perangai aku! Tapi mujurlah emak dan ayah tak pernah tahu. Lagipun Suhana pun tak pernah kata apa, asalkan aku sentiasa menjadi penyelamat abangnya.
"Oii.. lembik! Kau nie lain kali jalanlah cepat sikit..karang kalau budak hingus tu datang kang mula la kau terpekik-pekik!" Teriakku geram. Suhaimi masih terhegeh-hegeh mengayuh basikal yang lebih besar dari badannya. Suhana Cuma menggeleng kepala.
"Imi.. cepatlah sikit!! Dah malam ni. kang kalau lalu kat kubur kat depan tu.. "
"Hishhh!! Mulut tu.." Suhana menekup mulut. Aku berhenti di tepi jalan menanti si Lembik yang mengayuh macam kura-kura tua.
"Jujjjujjj.Jun!! Aaaa..add..ddaaa menda la!"
"Apa lagi??" Aku menongkat basikal dan menghampirinya.
"Ngape?" soalku melihat mukanya sudah pucat lesi.
Dia terketar-ketar menunjuk ke belakangnya.
"Pasal?"
"Aaadd.da mmmeennda pepe..peggang song.songggk.kok mi!" Air matanya sudah merembes keluar. Aku menggeleng kepala. "Penakut! Bukan orang la! Ranting kayu! Bodoh betul.." jawabku sambil melepaskan ranting kayu yang tersangkut pada songkok buruknya. Aku dan Suhana tertawa kelucuan. Suhaimi terkulat-kulat mengesat air matanya.
"Kau nie lain kali beranilah sikit! Sampai bila aku asyik nak jadi tukang kejar Usup tu jer.. ko tengok aku nie baru nak gemuk dah kurus balik, asyik jadi tukang penyelamat kau jer.."
Aku menumbuk bahu Suhaimi. Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak enna..memang dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu. Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu. Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh di negeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan!
--> bersambung

Sunday, February 27, 2005

:: Sesuatu Yang Hilang - Akhir ::

--> Sedutan siri 3:
------------------------------------------------------------------------------------

"Saya dah muak dengan sifat awak ni Zul.. bertukar perempuan macam pakai baju.." "Sekali lagi pembetulan.. saya tak pernah mempermainkan perempuan.. jauh sekali mengejar mereka.. Cuma seorang saja yang saya kejar tak dapat-dapat.." Zul tenang memandu. "I never get the chance to tell you something," "Chance? Awak nak cakap apa?"
--------------------------------------------------------------------------------------
"Saya dah lama admire kat awak," Mak!!!! Aku toleh muka ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya buat masa ini.
"Awak nampak tak gunung tu? Karang saya sumpah awak jadi kabel elektrik macam kat gunung tu baru awak tau.."
"Piah.. pandanglah saya Piah.." pintanya.
"Tak kuasalah!"
"Piah... ini permintaan terakhir.. tolong pandang saya.."
"Cakap macam esok dah tak boleh jumpa.."
"Entahlah Piah.. dah bertahun-tahun saya simpan perasaan ni baru sekarang dapat peluang. Kalau saya layan kawan-kawan awak yang nak berkenalan dengan saya tu semata-mata kerana awak Piah.."
"Piah.. awak ambil ni," Zul menghulurkan sesuatu.
"Apa nie? Handset?" soalku sambil menyambut.
"Piah.. kalau awak rasa hati awak terbuka untuk saya, awak call saya.. please.. saya dah setkan contact no. saya kat dalam phone tu.. " ujarnya. Aku tersenyum.
"Apasal awak ni? Awak memang dah plan ke semua ni?" soalku.
"Entahlah Piah.. saya macam dapat rasa apa yang saya plan hari ni menjadi.. memang saya wish sangat jumpa awak hari ni.. bawa awak makan.. kasi handphone ni kat awak.." Dia merenungku lama.
"Zul.. awak nie kalau driving tu pandang la depan jangan pandang muka saya ni.." aku memberi amaran. Tiba-tiba dari hadapan kelihatan sebuah traler sedang memotong.
"Zul!!" Satria GTi yang sedang laju tidak dapat dikawal. Stering bergegar dan melanggar divider sebelum berpusing dan terseret ke hadapan. "Piah terjun Piah!" Jerit Zul. Aku panik. Tiba-tiba aku terasa terhenyak bila bumbung kereta tiba-tiba kemik. Aku rasa pandanganku kian kabur. Yang sempat aku capai cumalah jemari Zul yang kian kemas memegang tanganku....
Nama Piah bukan Sepiah seperti dalam surat beranak tu. Itu nama anak mak yang meninggal dunia selepas seminggu dilahirkan. Nama Piah yang sebenar ialah Serina bt Abdullah. Nama mak Piah Suhana Ishak. Bukan Mazidah Wahab nama mak. Mak tak tahu kenapa dia tinggalkan Piah di belakang kereta ayah sewaktu ayah menjemput mak di hospital. Nasib baik ayah sempat brek bila mengundur kereta. Kalau tak pasti mak juga akan kehilangan Piah. Mulanya memang mak nak laporkan pada polis tapi mak sayangkan Piah. Lalu mak palsukan Piah. Mak bakar surat beranak Piah yang sebenar. Mak memang tak mahu Piah tahu rahsia ni. Tapi mak dan ayah Cuma sempat besarkan Piah selama lima tahun sahaja. Selepas itu mak dan ayah terlibat dalam kemalangan dan membawa bersama rahsia itu. Cuma pada nenek dan pak ngah mak sempat ceritakan hal sebenar sebab mak bimbang masa depan Piah. Mak tahu Piah anak yang baik. Walaupun Piah bukan darah daging mak tapi mak gembira adanya mak dan bapa mertua yang ambil berat diri anak mak sorang ni. Mak lega kerana adik ipar mak sanggup membantu menjaga kebajikan Piah. Tapi.. Piah jangan lemah semangat dengan dugaan ini. Mak tak mahu Piah menyusuli mak dan ayah di sini. Piah masih muda, kalau boleh Piah carilah ibu kandung Piah. Memang sukar setelah 23 tahun terpisah tapi mak amat yakin Piah akan bertemu dengan dia suatu hari nanti. Tapi Piah kena kuat.. Piah jangan cepat mengalah..
"Mak.. kenapa baru sekarang mak beritahu semua ni?" soalku dengan linangan air mata. "Piah.." wajah emak tadi kian lesap dan hilang entah kemana bila suara itu menjamah telingaku. "Piah..." aku buka mata perlahan-lahan. Seorang doktor sedang tersenyum kepadaku. Kemudian beralih pula pada nenek, atuk, pak su, mak su yang duduk di sisi katil.
"Syukurlah Piah dah sedar..." nenek mengesat airmata yang menitis. Pipiku dicium bertalu-talu. "Kenapa dengan Piah nek?"
"Piah accident, dah seminggu Piah koma tau.." jelas pak usu tenang. Aku meraba kepala yang berbungkus. Baru terasa berdenyutnya. Sakit. Kemudian aku terasa ngilu di bahagian dada. Ada jahitan panjang yang masih belum sembuh dan berselirat benangnya. Terasa pedih bila aku menarik nafas. Doktor itu terusan memeriksaku. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu di sisiku. "Handphone?" soalku sambil menyentuh handset nokia 3250 yang masih elok itu. Cuma di bahagian hujungnya kelihatan tercalar sedikit. "Telefon tu dalam genggaman Piah masa kejadian tu.."
"Nampaknya dia dah okey.. jantungnya juga berdenyut normal.. err.. saya rasa janganlah ganggu dia sebab dia masih belum betul-betul sembuh.." pesan doktor itu sebelum keluar dari bilik.
"Nek... janganlah menangis.. kan Piah selamat ni.." pujukku bila nenek tak henti-henti mengesat air matanya.
"Nenek takut Piah pergi dulu dari nenek.." ujar nenek menahan sebak.
"Dah la tu mak.. Piah.. Pak usu balik dulu.. nenek ni dah berapa hari tak tidur risaukan Piah.. nanti esok kami datang lagi okey?" Pak usu mengucup dahiku sebelum memapah nenek keluar. Aku merenung siling. Aku koma? Masih terasa darah menyimbah dari kepalaku. Seraya itu juga Zul memelukku erat daripada ditusuk bumbung kereta yang remuk. Selebihnya.. Trit!! Tritt! Handset itu tiba-tiba berbunyi.
"Hello.. Piah?" "Zul.. awak di mana ni?" soalku lemah. Lagipun tak boleh cakap kuat-kuat.. rasa macam kena curah cuka luka-luka jahitan di dada.
"Awak okey Piah? Sorryla.. saya bersalah pada awak.."
"Awak macammana?" soalku.
"Saya selamat.. Piah.. maafkan saya ye?"
"Tidak selagi awak tak datang ke sini tunjukkan muka.."
"Piah.." suara Zul terputus di situ. Aku mengeluh lemah. Aku cuba sabaarkan hati menanti telefon itu berdering lagi. Public phone mana yang dia guna tu? Tak sampai seminit dah menelan duit. Macammana keadaan dia? Aku Cuma mengeluh dan kembali cuba melelapkan mata... Denyut pedih luka terasa bila hari semakin lewat malam. Sengsaranya terlantar begini.
Doktor berkata aku antara insan bertuah kerana terselamat dalam nahas yang paling ngeri. Doktor sendiri tak dapat membayangkan bagaimana aku masih boleh diselamatkan sedangkan Satria itu tersadai di bawah traler. hampir 8 jam pihak bomba berusaha mengeluarkan aku dan Zul sehingga kemalangan itu menjadi berita utama di dada akhbar. Sengsaranya menanti hari-hari untuk sembuh. Diam tak diam sudah hampir dua bulan aku di sini. Tapi Zul tidak juga muncul-muncul. Cuma seminggu sekali dia akan menelefon. Itu pun tak lama. Yang pasti setiap hari Jumaat selepas jam 12 malam dia akan menelefonku. Bila kutanya kenapa Cuma hari Jumaat, katanya dia akan bersolat hajat, tahajjud dan sunat untuk mendoakan kesejahteraanku. Nasib Zul lagi baik, dia Cuma seminggu sahaja di hospital. Selepas itu dia sudah berada di rumah.
"Betul awak tak luka parah?"
"Ehh.. tengok oranglah.. saya kan hero.. tapi Piah.. saya tak tahu macammana keadaan awak. Saya tahu-tahu saja awak dah ditransfer ke Pantai, kalau tak saya boleh lawat awak hari-hari kat sini.."
"Tak apa.. awak telefon saya pun dah cukup.. mujur juga awak sempat kasi handset kat saya hari tu kan?"
"Simpanlah buat kenangan.. "
"Piah.. jantung awak okey?" "Alhamdulillah.. agaknya nasib anak yatim ni memang Allah permudahkan Zul.. nenek cerita ada besi tajam menikam saya, mujurlah ada penderma yang bermurah hati memberikan jantung dia untuk saya. Kalau tidak awak tak akan dapat dengar suara saya ni lagi.."
"Jagalah diri baik-baik Piah.. bila awak nak keluar dari hospital?"
"InsyaAllah dua tiga hari lagi dah boleh balik. Nanti awak datang jumpa saya okey?" "Piah saya tak boleh cakap lama ni.. bye!" Talian terputus di situ. Aku tersenyum sendiri.
Selama berada di hospital ramai juga kawan-kawan sekampus datang melawat. Cuma pak ngah sekeluarga saja yang tidak menunjukkan muka. Marah benar pak ngah pada aku agaknya. Tapi.. aku teringatkan suara emak yang muncul sewaktu aku sedang koma dahulu. Jika benarlah aku bukan Sepiah Abdullah, kenapa nenek perlu merahsiakannya?
"Betul... Piah bukan cucu nenek. Piah anak kecil yang ayah Piah jumpa di belakang kereta sewaktu di hospital. Nenek memikul wasiat arwah memelihara Piah sampai dewasa.." akhirnya nenek bersuara juga. Setelah aku mengugut tidak mahu kembali ke kampung jika apa yang pak ngah kata itu bohong.
"Tapi Piah janji tak akan tinggalkan nenek dan atuk?" soal nenek. Aku angguk. Siapa lagi yang aku ada di dunia ini selain dari mereka.
"Sekurang-kurangnya Piah berterima kasih pada nenek dan atuk, serta pak usu kerana sudi memelihara Piah.." Tubuh tua itu kudakap erat.
MOTOR buruk atuk kupecut selaju mungkin. Aku tak boleh bersabar lagi. Sudah dua hari aku di rumah tapi bayang dia pun tak muncul. Malah bunyi motor dia yang brutal itupun tak kedengaran. Tepi simpang itu juga lengang, tiada lagi dia dan kawan-kawannya melepak seperti selalu. Sudah dilanggar garudakah kampung ini? Dia juga sudah tak pandai mendail nombor telefon, agaknya tahu aku dah balik sihat walafiat macam ni! Takkan aku nak telefon dia! Tak kuasalah... buat malu jer.. tapi.. Tapi dia melampau sangat.. takkan nak kasi tudung pun guna pos laju.. alamat pulak alamat rumah si Mail..
"Eh Mail!" Aku segera menghampiri bus stop di tepi jalan raya. Pemuda yang sedang termenung menanti bas tiba itu menoleh. Aikk... dah potong rambut? Apa jadi pada rambut panjang kesayangan dia dulu?
"Piah.. apa khabar?" soal Mail.
"Baik.. err.. awak nak kemana ni? Apa dah jadi pada rambut?" soalku sambil tersengih. Boleh tahan juga Mail ni dah smart-smart macam ni.
"Saya dapat masuk askar la Piah.. " jawab Mail.
"Ohh.. ehh awak yang hantar tudung guna pos laju ye?" Mail senyum.
"Zul yang suruh, saya menunaikan hajat dia aje.."
"Kenapa dengan si Zul tu? Suka sangat buat benda pelik dua tiga menjak ni.. Saya cari Zul ni.. awak tau tak dia ke mana?" Mail Cuma tunduk.
"Awak ni saya bertanya tau.. mana dia?"
"Dia dah tak ada kat kampung ni.." jawab Mail perlahan.
"Dia ke mana?" belum sempat aku menghabiskan ayat bas datang tiba-tiba.
"Okey la Piah.. saya pergi dulu," Mail terus meninggalkanku dengan seribu pertanyaan. Sampai hati Zul tak bagi tahu ke mana dia pergi. Setidak-tidaknya janganlah tinggalkan aku dengan tanda tanya!
"Piah.." Aku menoleh.
"Ehh.. mak cik.." aku segera bersalaman dengan wanita itu.
"Mujur jumpa Piah di sini... mak cik nak jemput Piah ke rumah malam ni.. ada kenduri arwah sikit.. lagipun ada sesuatu yang arwah tinggalkan sebelum dia pergi.." Aku renung wajah bersih Mak Lijah.
"Piah tak faham ni mak cik, siapa yang meninggal?" soalku hairan.
"Piah tak tahu ke Zul dah tak ada?"
Apa??? Aku rasa seolah tidak berpijak di bumi. "Zul dah tak ada Piah.. dia meninggal sehari selepas masuk ke hospital.." Aku rasa pandanganku kabur. Air mata tiba-tiba terjun laju dari birai mata.
"Piah tak percaya mak cik, masa di hospital setiap minggu dia akan telefon Piah.. sumpah mak cik, Piah tak bohong.." Mak Lijah merentap lenganku dan melangkah laju ke arah kanan jalan. Kami meredah denai yang dirintis orang menuju ke sungai, satu-satunya jalan pintas menuju ke tanah perkuburan.
"Ini dia kubur arwah Piah.. " Aku terpaku. Pusara yang masih merah itu kuhampiri. Tulisan pada batu nesan itu kuamati. "Zulkifli bin Razali.. dilahirkan pada 7 Januari 1974 kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2002.."
"Arwah ada berpesan pada mak cik, dia mahu Piah belajar bersungguh-sungguh kerana dalam kampung ni Cuma Piah dan dia saja yang berjaya ke universiti.. dia juga berpesan supaya Piah sentiasa ingat pada dia, jangan mudah kecewa dan kena tabah.. dia nak Piah tabah macam dia.. dia begitu kuat melawan kanser otak yang dia hidapi sejak 2 tahun yang lalu.. dia pernah berkata dia tak mahu kalah pada dugaan.. selagi jantung dalam dada Piah tu berdenyut, selagi itulah Piah harus jadi macam dia.. dia yang dermakan jantungnya sekiranya apa-apa terjadi pada Piah sewaktu kemalangan itu. " Mak Lijah mengesat airmata yang membasahi pipi. "Tinggalkan Piah di sini mak cik.." pintaku perlahan. Kolam air mata terasa tumpah. Zul.. sampai hati awak tinggalkan saya macam ni.. saya sangat perlukan awak sekarang.. saya memang perlukan awak! Nesan itu kupeluk sayu. Patutlah awak beriya-iya benar menunaikan hajat awak yang terakhir. Rupa-rupanya awak nak tinggalkan saya! Saya tak tahu selama ini awak meminati saya... dan saya tak tahu motif awak melayan kawan-kawan saya semata-mata kerana ingin merapati saya. Sungguh saya tak tahu.. saya takut dikecewakan kerana awak seorang yang amat menarik. Mungkin personaliti awak membuatkan awak diminati. Tapi hari ini.. awak tinggalkan saya selama-lamanya! Suasana hening menghurung kawasan perkuburan itu. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk hidup. Patutlah saya rasa awak sentiasa dekat di hati, sepanjang masa saya rasa awak di mana-mana.. rupanya awak berada dalam diri saya.. awak adalah denyutan hati saya! Tudung yang awak beri tu saya akan pakai.. bukan kerana awak tapi kerana awak mengingatkan saya kewajipan sebagai seorang muslim.. Saya berjanji Zul.. saya akan jadi macam awak. Saya silap kerana memandang rendah pada awak.. sebenarnya awak adalah semulia manusia... sebaik-baik lelaki yang pernah saya jumpa. Yang pasti.. saya telah memberi cinta saya untuk awak.. namun kita tak kesampaian membina mahligai bahagia bersama.. kehilangan awak ini adalah sesuatu yang pergi.. sesuatu yang saya dambakan dari dulu... semoga awak aman di sana.. Al- Fatihah!


Siri-siri sebelum ni:
Siri 3

Siri 2

Siri 1

Saturday, February 26, 2005

:: Sesuatu Yang Hilang - Siri 3::

--> Sedutan siri 2:
-----------------------------------------------------------------------------------
Nenek pun satu.. macam tak paham perasaan aku saat atuk menghulurkan kunci motornya tadi. Padahal yang nak makan buah melaka tu si Mastura, bukan aku. Tapi biasalah, bila barang dapur habis aje aku jugak jadi mangsa.. bila cucu-cucu dia yang lain balik nak mencekik apa-apa.. aku jugak.. takkan nak suruh atuk pergi pulak.. kalau sejam pegi sejam balik sah! Bukan tak tahu atuk.. berjiwa penyayang. Semut pun tak sampai hati nak langgar. Tak taulah sama ada dia sayangkan motornya atau semut tu.. tapi yang pasti memang tension kalau suruh atuk ke kedai. Bukan jauh mana pun.. kalau jalan kaki tak sampai 15 minit.
-----------------------------------------------------------------------------------
Udara panas membahang tanpa sebarang sumber penyejuk seperti angin seumpamanya membuatkan mukaku merah terbakar. Motor atuk yang kejap-kejap batuk semput mentensionkan aku. Yang pasti aku akan lebih tension bila sudah kelihatan dua tiga ekor jerangkung dan pocong sedang bermain gitar di hujung simpang sana. Isshhh.. kenapalah kalau dalam sehari tak bertemu tak sah agaknya!
"Sepiah.. malam ini ku takkan pulang.. tak usah kau mencari aku.. dengan motor atukmu.. kahkahkahkah.."
Shit! Aku menjeling geram. Sengaja aku memulas minyak kuat-kuat supaya boleh memecut laju tapi aku ni memang mangsa dugaan. Tiba-tiba saja motor atuk semput dan mati, betul-betul di hadapan budak-budak itu.
"Apa ketawa-ketawa?" soalku bengang campur malu.
Ishhh... bodoh punya motor! Aku cuba menyetartnya lagi tapi Cuma batuk-batuk kecil saja kedengaran. Zul dan kawan-kawannya sudah berguling-guling ketawa. Celaka punya budak! Tanpa lengah aku menongkat motor di situ.
"Piah..! Piah ooii.. takkan nak jalan kaki kot.. motor ni apa hal?" teriak Zul dengan tawa yang masih bersisa. Peduli apa aku! Tapi tiba-tiba aku terasa semacam. Eh.. kenapa tiba-tiba kaki sebelah kiri kosong jer.. aku paling ke belakang. Cis!! Selipar jepun putus pulak!!! Zul tersenyum-senyum dan menghampiriku dengan motor brutalnya.
"Awak nak pegi mana? Biar saya hantar," dia menawarkan khidmat.
"Hantar saya ke lubang kubur, boleh?" soalku geram.
"Piah.. kalau nak mati pun janganlah cakap kuat-kuat.. suara awak tak sedap.."
"Suka hati saya lah nak cakap kuat ke slow ke.." Aku menjawab dan berjalan pantas. Zul masih mengekoriku dengan motornya. Alamak.. sabar ajelah.. dah la panas terik. Selipar jepun plak putus.. memang black Sunday betul!
"Piah.. cik Sepiah Abdullah! Janganlah macam tu.. buruk awak marah..
" Dia ni memang nak kena!
"Piah.. Piah..! awak ingat kita ni suka ke awak buat macam ni?"
"Huyyoo.. marahnya.. macam harimau.. jap lagi keluarlah belang-belang kat badan.."
"Boleh tolong diam tak?" soalku sambil berhenti di tepi jalan untuk melintas.
"Apasal dalam banyak-banyak nama, nama Sepiah hinggap kat awak?"
"Sibuk kenapa?" aku menjeling tajam dan berlari anak meninggalkannya di situ. Sakit jiwa raga. Sibuk jer.. kalau tak menyakat orang tak sah. Aku masuk ke dalam kedai runcit. Pehh.. lega.. nasib baik ada kipas angin. Kak Melah tokei kedai sedang sibuk berdengkur. Kak Melah ni.. kalau la aku ni jahat aku curi je barang-barang dia ni.
"Akak!" Kak Melah terjaga. Aku tersengih.
"Tidur ye.. nanti Piah curi barang-barang ni.." usikku lantas ke belakang.
"Curi je la Piah.. Tuhan nampak.." balas kak Melah sambil menguap panjang. Boleh tahan buruknya muka kak Melah bila tak tutup mulut. Mau dua tiga ekor lalat tersalah haluan.
"Akak tolong bungkuskan kacang hijau, kasi sekilo," pintaku dan mencapai tepung pulut yang nenek pesan. Selesai membayar aku kembali berjalan kaki. Nasib baik cuaca sudah redup tapi sakit hati aku tak kian surut bila jejaka bertshirt tanpa lengan dan memakai jeans sekerat lutut itu masih setia menanti di seberang jalan.
"Awak ni tak ada kerja lain ke? Kalau sehari tak ganggu hidup saya boleh tak?" pintaku dan terus berjalan. Kaki ayam pun kaki ayamlah!
"Piah.. mari la saya hantar awak balik, tak terbakar ke kaki awak tak ada selipar sebelah tu?" soalnya.
"Biar terbakar kat kaki tak apa.. jangan terbakar kat hati.."
"Piah.. kenapa ni? Awak marahkan saya lagi ke pasal Intan tu?"
"Jangan nak babitkan saya dengan Intan lagi.. saya tak ada kena mengena dengan awak mahupun Intan," Zul Cuma tersenyum serupa seperti seekor cipanzi sedang tersenyum ayu. "Awak ni tak faham bahasa melayu ke? Kalau atuk dan nenek saya nampak awak mengekor saya ni apa kata dia org. Dah la bunyi motor tu macam gendang cina.."
"Ehh Piah.. jangan hina motor saya nie.. dah berpuluh-puluh awek menenggek atas motor saya ni.."
"Perempuan tak ada mata je suka kat awak, sudahlah! Jangan ikut saya lagi!" Aku keresahan bila bumbung rumah sudah kelihatan. Zul senyum lagi.
"Piah.. kirim salam kat sepupu kau tu ye?"
"Cakap sendiri! Tak kuasa nak layan!"
"PIAH!! Piah tolonglah! Kali ni je.." Mastura merayu-rayu. Aku dah agak dah!
"Mas.. aku kalau hal lain aku boleh tolong.. tapi bab menipu nie sorry.."
"Piahhhh!!! Tolonglah!!! Aku janji kejap jer," dia menarik2 tanganku. Eii.. lemasnya! Mastura dah merengek-rengek macam budak kecil. "Aku janji dengan dia pukul 8.00 ni kat simpang.. tolonglah!!" pintanya sambil resah menjeling jam yang sudah menunjukkan pukul 7.50 malam. "Mas.. kau nak keluar tengok wayang dengan mamat tu keluarlah.. tapi tolonglah jangan melibatkan aku.." pintaku sambil melipat telekung.
"Piah tolonglah.. kali ni je.. pleassee..." aku mengeluh lemah.
"Kejap je! Dan kali ini je.. lain kali kau tanggung sendiri, okey?" Mastura melompat girang. "Thanks Piah.. sayang Piah!" Dia memelukku erat.
LAWAK Yassin dalam Lagi-lagi Senario langsung tak menarik minat. Kalau tak kerana si Mastura tak kuasa aku nak keluar malam-malam macam ni. Si Mastura bestlah, dah jumpa jejaka idaman semua lupa. Sudahlah aku yang terpaksa mereka cerita menipu atuk dan nenek, aku pulak rupanya kena tipu. Dia kata si malaun tu yang ajak keluar, tapi dalam perjalanan tadi dia kata sebenarnya dia yang ajak Zul keluar. Hampeh betul!! Itu yang membuatkan aku tak berselera nak ketawa tengok Senario. Dah tu biasalah.. si Zul bila keluar ke bandar.. (aku pun tak tahu apa yang special sangat dia ni) macam artis orang tengok dia. Tadi sampai ada sorang awek tu terlanggar tiang kerana asyik sangat melihat si Zul. Pelik aku..
"Piah.. makanlah.. kenapa tak makan?" tegur Zul melihat aku Cuma merenung saja nasi ayam goreng di hadapan mata.
"Iyelah.. makanlah Piah.."
"Aku risau ni... dah pukul 11.00 bila nak balik ni?" soalku.
"Ala kau nie.. tu pun risau.. releks la.." Mastura menjeling.
"Kalau kau tak nak balik tak pe.. aku balik dulu!" Aku bingkas bangun. Lantaklah.. bengang juga aku dengan si Mastura. Tadi janji akan balik sebelum pukul 10.30.. ini dah pukul berapa?
"Piah! Piah!" Mastura menghadang perjalananku.
"Kasi chance la kat aku Piah.." ujarnya sambil mengerling ke arah Zul yang sedang membayar harga makanan.
"Kita janji tadi macammana? Sorry la Mas, lepas ni kau jangan haraplah aku nak tolong kau lagi.."
"Ala Piah.." Mas menarik muka masam.
"Okey.. jom kita balik.."
"Zul kata tadi nak bawak kita orang tengok live band.."
"Ehh.. dah pukul berapa dah ni.. nanti atuk dan nenek awak risau kat rumah..
"Aiikk... alim la pulak mamat ni.. Zul sudahpun menuju ke Satria warna hijau tua. Ceh.. nak dating punya pasal sanggup sewa kereta...
"Err.. aku nak pergi toilet kejap.." Mastura berlari-lari anak meninggalkan kami berdua. Suasana agak sepi. Yang kedengaran cumalah lagu Sephia nyanyian Sheila On 7 di Radio Era. "Piah.. cantik awak malam ni.." puji Zul tiba-tiba.
"Terima kasih.. baru perasan ke?" soalku selamba membuatkan Zul tertawa.
"Tapi Piah.. lebih cantik kalau awak tutup rambut awak tu. Pahala pun dapat..
" Cis!! Aku hanya melihat dia tersenyum.
"Awak dah ada boyfriend Piah?"
"Kenapa awak nak tahu?"
"Saja.. ambil berat.. "
"Belum lagi, terima kasih kerana bertanya,"
"Belajar dulu Piah.. jangan bercinta lagi.. awak muda lagi.. baru 23 tahun.. banyak lagi benda yang awak belum rasa..
" Wah.. ajaibnya.. seorang kutu lepak sedang memberi ceramah motivasi kat aku!
"Awak sibuk nasihat saya.. awak tu.. kenapa awak biar aje degree awak tu berhabuk kat rumah.." aku menyindir balik.
"Awak jangan ingat saya melepak saya tak ada duit... nanti awak terkejut kalau saya meminang awak nanti.." Zul tertawa kecil. Eleh, macamlah aku nak terima. Makan pakai pun mak bapak tanggung ada hati nak pinang orang..
"Okey.. jom!" Mas tiba-tiba muncul dan masuk ke dalam perut kereta.Seketika Satria itu memecut laju menghala ke kampung...
"BUDAK tak ada maruah!" Pangg!!! Aku terasa mataku berpinar. Mujur ada nenek sempat menyambut tubuhku yang melayang. Mastura sudah pucat lesi ketakutan di sudut ruang tamu. "Hasan! Kalau iye pun kenapa kau pukul cucu aku ni?" soal nenek geram.
Aku terasa airmataku sudah luruh membasahi pipi. Seumur hidup tak pernah lagi kena jentik walaupun sekali.
"Mak asyik nak menangkan si Piah ni.. sekarang ni takkan mak dan ayah tak sedar lagi.. " Pak Ngah mengepal penumbuknya.
"Piah.. kenapa Piah buat macam ni? Kenapa Piah tipu nenek?" Aku pandang Mastura yang diam tak berkata-kata. "
Ini semua salah cucu kesayangan mak ni.. walaupun Mas ni tinggal di KL tapi dia tak pernah keluar malam. Jauh sekali menipu saya..
" Apa? Aku memandang wajah nenek. "Nek.. sebenarnya Piah tak salah nek.." ujarku membela diri.
"Mas! Cakap kat abah.. siapa yang ajar Mas keluar balik lewat malam ni? Tau tak kelam kabut abah balik dari Ampang tadi.. ?" Mastura memandangku lama. "Cakap!"
"Piah bah.." jawabnya perlahan. Apa? "Piah yang pujuk Mas pergi tengok wayang di bandar.. dengan kawan dia.." Aku rasa macam nak koyak-koyak aje mulut si Mastura. Sampai hati kau khianati aku.. "Mak dengar tak tu? Dia beritahu mak nak pergi kenduri rumah kawan dia.. rupa-rupanya menjual maruah kat bandar tu, "
"Pak Ngah! Sampai hati pak ngah kata Piah macam tu.."
"Dasar anak pungut!" "Hasan.. baik kau keluar dari rumah aku ni.." atuk yang dari tadi membisu mula bersuara.
"Aku tahu cucu yang aku jaga dari kecil lagi. Aku yang mengasuhnya. Aku tahu dia tak bersalah.." atuk merenung Pak Ngah tajam.
"Ayah dan mak sama saja.. Mas! Kemas kain baju kau, kita balik malam ni juga!" Pak Ngah meluru turun dari rumah. Mak Ngah serta anak-anaknya yang lain ikut turun. Mas menyelinap masuk ke bilik dan keluar tergesa-gesa bila hon kereta ayahnya berbunyi berkali-kali. Nenek mengusap kepalaku perlahan.
"Sudah tu.. pergi masuk tidur.."

ANGIN tengah hari bertiup agak kuat sehingga putik-putik mangga telur yang lebat di ranting berguguran ke halaman. Aku menongkat dagu melihat segenap penjuru rumah tua itu. Bunga-bunga kertas berwarna warni memeriahkan rumah yang kian usang itu. Tiba-tiba saja hatiku sayu. Bagaimana kalau atuk dan nenek sudah tiada di dunia ini nanti? Pada siapa aku hendak mengadu? Tragedi malam tadi masih terbayang-bayang di ruang mata. Sampai hati Mastura memperalatkan aku. Sanggup dia berbohong semata-mata untuk melepaskan diri sendiri. Sepatutnya yang kena penampar semalam dia, bukan aku! Kalau dia yang tak merayu-rayu macam orang gila talak semalam mati hidup balik aku tak akan keluar. Semuanya kerana Zul.. ya.. kerana dia! Kalau kereta dia tak rosak sampai pukul 4.00 pagi semalam kami balik ke rumah tentu semua ini tak terjadi. Semua ini salah Zul! Sampai hati Pak Ngah tuduh aku macam tu.. dia tak tahu ke hukumnya menganiaya anak yatim? Harap kopiah jer siang malam atas kepala. Tergamak dia kata aku anak pungut? Tapi.. betul ke aku nie bukan darah daging mereka? Kalau diperhatikan ada logiknya. Kenapa semua sepupu-sepupu aku tak sama macam aku. Kadang-kadang aku terfikir juga, betul ke aku ni anak mak dan ayah? Kalau ikutkan dulu seingat aku mak dan ayah berkulit hitam manis. Macammana pulak aku boleh jadi putih kemerahan? Gen sebelah siapa?
Phin! Phin! Aku tersedar dari lamunan. Eh.. siapa pulak yang datang. Dari jauh aku melihat seorang pemuda mengikat key di kepala sedang menunggang sebuah motor buruk. Ehh.. biar betul..
"Hi Piah.." Zul senyum sebaik saja berhenti di hadapanku. Hmm.. aku ingat dia dah arwahkan motor buruk atuk aku ni.. tapi.. bunyi dia dah tak macam kambing batuk lagi.. dah macho sikit bunyinya. Hari tu masa atuk tanya ke mana motornya aku katakan saja motor itu aku sedekahkan pada penunggu simpang.
"Saya dah betulkan motor atuk awak ni.. lepas ni awak nak bawak 160 pun tak per.. " Zul senyum lagi, mungkin bengang dengan sikap acuh tak acuh aku.
"Piah.. kenapa ni?" soalnya dan duduk di sisiku.
"Pergilah awak!" tengkingku kuat. Tak semena-mena air mata tiba-tiba saja turun laju.
"Eh Piah.. kenapa ni? Piah.. " Zul terkejut. "Piah.. janganlah menangis.. kenapa ni?" pujuknya lembut.
"Kalau awak tak menyusahkan saya tak boleh ke? Awak dah banyak susahkan saya tau.. sebab awaklah saya ni selalu jadi mangsa.." Aku mengesat air mata yang semakin galak turun. Biarlah dia nak cakap apa pun cakaplah.
"Piah, saya dah tahu apa yang terjadi malam tadi. Atuk awak ada datang ke rumah saya malam tadi. Tak sangka pulak dah heboh satu kampung pasal hal malam tadi. Kalau saya puncanya saya minta maaf. Saya dah explain kat atuk awak masa kat surau Subuh tadi,"
Apa? Aku memandang Zul lama.
"Saya tak tahu apa maksud sebenar Mastura. Pada saya dia kata awak yang nak tengok wayang dengan saya. Bila dah jadi macam nie. .. saya rasa bersalah pulak.." Aku mengesat pipi bila tangisan mula reda.
"Dah la.. saya nak naik atas.. " Aku melangkah bangun tapi tiba-tiba lenganku dipaut.
"Piah.. saya nak cakap sikit dengan awak.." pintanya.
"Apa dia? Kalau iye pun tak payahlah pegang tangan saya.."
"Saya nak berkawan dengan awak.."
"Apa? Emm... lain kalilah.. " aku terus mendaki anak tangga meninggalkannya sendirian di situ. Di kamar aku mula mengemas pakaian yang bergantungan di dalam almari. Minggu depan semester keempat akan dibuka. Tapi aku bercadang nak balik esok. Ada bebarapa perkara aku kena selesaikan sebelum hari registration.
"Piah.. " nenek yang baru lepas solat menjengah ke bilikku.
"Nek, Piah nak balik ke kolej esok, ada hal sikit.." ujarku.
"Kan cuti ada lagi?" soal nenek terkejut. Aku tidak menyahut dan terus memasukkan pakaian ke dalam beg.
"Piah.. janganlah ambil hati pasal hal semalam. Nenek tahu Piah tak salah.." nenek mengusap bahuku.
"Piah tak ambil hati nek.. lagipun Piah tahu kedudukan Piah ni.. Cuma Piah nak nenek berterus terang, betul ke Piah ni anak angkat?"
"Piah percaya cakap pak ngah tu?" soal nenek. Aku Cuma tersenyum.
"Entah, Cuma nenek dan atuk saja yang tahu," jawapanku itu membuatkan nenek keresahan.
"PIAH!!" Aku menoleh ke belakang. Alamak.. macammana pulak aku boleh terserempak dengan mamat nie kat KL ni? Aku cepat-cepat berpaling dan berjalan laju.
"Piah! Tunggu dulu.." Zul termengah-mengah mengejarku.
"Eh.. apa awak buat kat sini?" soalku.
"Ada urusan sikit.. awalnya awak balik?" soalnya melihat aku menggalas beg pakaian. "Jom ikut saya, nanti saya hantar awak ke UPM," dia menawarkan khidmat.
"Tak payah terima kasih banyak.. saya boleh naik bas,"
"Piah.. awak tak nak jumpa Intan ke?" apa? Aku memandang Zul lama. Zul senyum dan mengambil beg pakaian di tanganku.
"Jom, ikut saya," Aku mengangkat bahu dan mengekorinya ke kereta. Amboi.. Satria lagi! "Banyak duit awak sewa kereta?" Zul Cuma tersenyum dan memecut menuju ke arah Ampang. Tiba di sebuah kedai kereta dia berhenti di situ. Setelah bercakap-cakap dengan seorang lelaki dia kembali ke kereta.
"Jom, kita tukar kereta,"
"Eh.. awak ni biar betul.. jangan-jangan awak nie join sindiket kereta curi tak?" soalku was was. Zul Cuma tertawa.
"Ehh.. tolong sikit.. curi-curi tak main la.. jom!" Kami menuju ke sebuah Proton GTi yang masih bau kedai.
"Zul.. awak jangan main-main.. awak ada duit ke tidak nak sewa kereta ni?" soalku.
"Apa la awak ni Piah.. ingat saya ni cikai sangat ke? Awak selalu kata saya tak de keje kan? Ni la hasil saya melepak kat kampung selama ni.." Zul senyum lagi.
"Baik awak cakap betul-betul.."
"Saya join business jual kereta nie.. tapi saya nie jadi sleeping patner aje la.. bagi modal.." Zul senyum lagi lalu membukakan pintu kereta. Aku masuk walaupun masih blur.
"Lain kali jangan judge orang melalui pakaiannya aje.. awak tau tak kenapa saya tak kerja? Pasal saya sayangkan rambut saya ni.. kalau kerja kena kerat.. ishh.. tak nak saya.." ujarnya. "Habis tu.. penat ajelah awak belajar dulu.."
"Piah.. tak semestinya kita menggenggam sesuatu tu kita tak boleh buat job lain.. okey?" zul senyum dan membelok ke kiri. Tiba di sebuah restoran dia memberhentikan kereta.
"Jom, kita jumpa Intan," tanpa banyak soal aku menurut. Kami memesan makanan sementara Zul mengeluarkan beberapa biji pil dari poket seluarnya.
"Apa tu?" soalku. "Estacy.." Zul senyum dan menelan pil berwarna merah jambu itu.
"Awak jangan.." "Awak nie selalu buruk sangka kat saya la.." Aku mengangkat kening. Perangai tak pernah serius.. bagaimana aku nak percaya? Pandangan kulontar keluar.
Hari ini hari Khamis, dah cuaca tidak begitu terik. Aku mengelamun. Sebenarnya aku ingin terus ke Ampang. Aku ingin bersemuka dengan Mastura, pak ngah dan juga mak ngah. Aku tahu sejak gagal membolot harta arwah ayah pak ngah memang tidak menyenangiku. Apatah lagi pak usu yang jutawan itu menjaga kebajikan aku sepenuhnya. Tapi sejak terpaculnya perkataan anak pungut tempohari aku nekad. Andai kebenaran itu Cuma pak ngah saja yang boleh menghuraikannya, aku rela biarpun dimaki hamun terlebih dahulu.
"Piah... jomlah kita blah.. Intan tak jadi datang.." Aku renung Zul lama.
"Sebenarnya bukan nak jumpa Intan kan? Awak tipu saya ye?" Zul senyum.
"Sebenarnya dah lama saya nak jumpa dan makan berdua macam ni dengan awak, tapi awak tak pernah kasi chance.." Zul mengaku akhirnya.
"Saya tak suka awak tipu saya tau.. sama macam awak tipu perempuan-perempuan yang pernah awak dampingi.." Aku bangun dan meninggalkan meja makan itu. Zul Cuma mengekori dari belakang.
"Sorry okey? Sekarang awak nak ke mana?"
"Saya nak ke Ampang, rumah Mastura,"
"Emm.. saya hantarkan okey?" Zul memecut laju menuju ke ampang. Terbayang-bayang wajah Mastura yang bersih itu. Sampai hati kau kenakan aku!
"Piah??" Mas terkejut beruk bila aku menjelma di hadapan pintu.
"Zul??" Sekali lagi Mas dalam kejutan bila melihat jejaka di sebelahku. Aku senyum sambil membuka kasut.
"Maghrib-maghrib tengok tv Mas.. tak sembahyang ke?" perliku.
"Siapa tu Mas?" suara garau kedengaran. Seketika kemudian pak ngah muncul dari dalam. "Berani kau datang sini bawak jantan ye?" sergah pak ngah.
"Apa pak ngah cakap ni? Piah tak faham.."
"Ohh... jantan inilah yang kau jumpa malam tu ye? Kerana jantan ini la kau ajar anak aku keluar malam?" Zul memandangku lama, turut tertanya-tanya apa yang pak ngah maksudkan.
"Pak Ngah.. Piah datang nie nak jelaskan hal yang sebenar.."
"Sudah! Jangan kau nak memburukkan anak aku pulak, "
"Baiklah.. kalau macam tu anggapan pak ngah Piah terima walaupun Piah tak bersalah.. tapi Piah nak pak ngah jelaskan pada Piah.. kenapa pak ngah kata Piah anak pungut?" soalku menahan gelora di hati.
"Errr.. Piah.. saya keluar dulu ye.." Zul tiba-tiba bersuara.
"Eh kalau kau nak pergi, kau bawak budak ni sekali, aku tak akan izinkan dia menginap di rumah aku ni," herdik pak ngah kuat. "Kau nak tahu sangat keturunan kau? Kau tu Cuma anak angkat, sebab tu harta peninggalan arwah abang aku tak layak kau dapat, faham? Sudah pergi dari sini!"
Ya Tuhan.. aku tidak sedar bila aku keluar dari rumah itu. Yang aku tahu aku sudah menangis di bahu Zul di dalam kereta. Kenapa setelah 23 tahun baru rahsia ini kuketahui.
"Piah.. sabarlah.. Piah percaya apa yang pak ngah cakap tu?" soalnya lembut. Aku mengangkat bahu. Kusut fikiran aku dengan apa yang terjadi.
"Tapi kenapa dalam surat beranak tertulis nama mak, nama ayah.. tapi kalau benar Piah ni anak kandung mak, masakan pak ngah cakap macam tu.." Aku mengerut kening. Ehh.. sedapnye aku lepak lelama atas bahu dia! Aku segera mengalih kepala.
"Sorry.." pintaku sambil mengesat pipi yang hampir kering.
"Awak nak balik juga ke malam ni?" soalku. Zul angguk. "Awak nak kemana ni? Biar saya hantarkan," Aku berfikir sejenak. Kemana lagi aku nak pergi?
"Awak turunkanlah saya kat mana-mana lrt.. pandailah saya nak hidup," ujarku.
"Piah.. apa kata kita balik ke kampung saja.. saya risau tengok awak ni.. balik pada nenek dan atuk awak, tanya mereka betul-betul.." aku merenung Zul. Untuk pertama kalinya aku melihat satu reaksi matang dalam matanya.
"Saya tahu dan faham perasaan awak Piah, tapi kita kena bertindak rasional.. jangan mudah patah semangat.. kita balik okey?" pujuknya membuatkan aku mengangguk lembut.
"Zul, saya nak tanya awak sikit.. "
"Tanyalah.. banyak pun boleh.."
"Kenapa awak putuskan hubungan dengan Intan?" Zul senyum.
"Piah.. sebenarnya saya Cuma menganggap Intan sebagai kawan saja.. saya tak pernah memutuskan persahabatan Cuma Intan yang menyepikan diri setelah.." Zul menelan air liur sambil menjeling kepadaku.
"Setelah apa?" soalku.
"Setelah dia tahu siapa yang berada di hati saya sebenarnya.." Aku senyum sinis. Kalau dah dasar romeo..
"Awak tak nak tanya siapa orangnya Piah?" Aku menggeleng.
"Saya dah muak dengan sifat awak ni Zul.. bertukar perempuan macam pakai baju.."
"Sekali lagi pembetulan.. saya tak pernah mempermainkan perempuan.. jauh sekali mengejar mereka.. Cuma seorang saja yang saya kejar tak dapat-dapat.." Zul tenang memandu. "I never get the chance to tell you something,"
"Chance? Awak nak cakap apa?"
---> bersambung

Friday, February 25, 2005

:: Sesuatu Yang Hilang - Siri 2::

--> Sedutan siri 1 :

---------------------------------------------------------------------------
"Kau kenal tak budak tu Piah?" soalnya sambil meniarap di atas katil kayu.
"Yang mana satu? Yang hitam macam orang minyak ke.. yang tinggi macam hantu galah tu?" soalku acuh tak acuh.
"Ala.. yang paling hensem tu.. yang ikat rambut tu tadi... ala... "
"Yang ada lesung pipit tu? Yang mata dia coklat tu?"
"Err... kan yang muka panjang-panjang sikit tu.."
"yang ada mata dua.. hidung satu.."
"Piah!" Mastura memetik jari di hadapanku. Aku tersedar.
"Ada apa?" soalku.
"Cepat siap.. kita nak pergi kenduri. Nenek suruh siap.." Amboi.. kena pergi kenduri pulak.. Dengan malas aku memanjat tangga naik ke atas.
-----------------------------------------------------------------------------

KALAU tidak kerana pujukan Mastura dan syarahan percuma dari nenek tadi mati hidup balik aku tak akan pergi ke rumahnya! Sengaja aku memaksa diri senyum dan memaniskan muka bila bersua dengan ibunya. Dan dia mengambil kesempatan tersengih macam kerang busuk disebelah Mak Lijah sewaktu mereka bersalaman.
"Lama ke cuti Piah?" soal Mak Lijah.
"Lama jugak mak cik.. dalam sebulan ada kot..." jawabku sopan.
"Baru habis periksa.." sampuk nenek.
"Yang ini cucu Mak Su jugak ke?" soal Mak Lijah bila melihat Mastura yang sedang bermain mata dengan anak bujangnya.
"Hmm.. anaknya si Hasan.. salam dengan mak cik," Mastura dengan pantas menghulur tangan. Emmm... meluatnya aku.. tanpa menanti aku segera melarikan diri ke dapur. Tolong apa-apa yang patut. Lagipun malas aku nak menatap wajah orang yang amat-amat aku tak suka. Biarlah si Mastura yang melayan mamat tak betul tu. Lagipun bukan Mastura seorang yang sukakan dia. Dulu Maizatul anak penghulu kampung sebelah sampai putus tunang gara-gara terlalu sukakan Zul. Kalau aku nak bawa balik kawan-kawan kena pikir dua kali dulu. Dulu sekali musim buah tahun lepas aku bawa balik room-mates seramai 3 orang.. tiga-tiga gila bayang bila terserempak dengan hantu tu waktu kami mengutip durian di kebun. Sekarang ni sepupu aku pulak minat bagai nak gila kat dia. Kalau setakat minat tu tak apalah.. ni menyusahkan aku. Setiap kali balik mengirim salam berdozen-dozen.. tak sampaikan nanti berdosa pulak.. tapi aku lebih rela pulang balik salam dia orang tu daripada aku bercakap dengan si Zul tu. Dah tu aku pulak kena interview macam-macam. Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Apa istimewa sangat Zul tu? Nak kata hensem.. ya Allah.. selekehh.. dengan Tshirt gambar hantu depan belakang.. jeans koyak rabak.. rambut panjang.. belum tengok kapcai dia lagi.. dah tak macam rupa motosikal.. penuh dengan steaker tah apa-apa.. bunyi motornya tu mengalahkan ekzos kapal terbang bunyinya.. satu kampung boleh terjaga kalau dia bawak motor malam-malam. Tapi satu saja sifat baik yang aku nampak...dia menjaga mak dan ayahnya. Dalam erti kata lain di samping menghabiskan beras mak bapak dia seorang saja yang sanggup tinggal di kampung ini walaupun ada degree dari UTM lagi..hemm.. jangan main-main.. kutu lepak pon ada degree sekarang ni!

"Piah!" Opocot mak kau! Zul tertawa melekek. Baru aku sedar rupa-rupanya tinggal kami berdua saja di luar rumah. Mana pergi mak cik lagi dua orang yang sama-sama membasuh pinggan kotor tadi? Dah lesap? Ceh.. mengelat! Zul menghulur pinggan yang masih kotor kepadaku. Eeii.. menyampahnya aku..dengan penuh rasa tak ikhlas aku menyambut. Dia pula segera duduk mencangkung di depanku untuk membilas pinggan yang sudah disabun.
"Sudi jugak datang rumah saya ye.."
"Excuse me.. bukan rumah awak, rumah mak dan ayah awak.."
"Rumah saya la jugak.." Zul menggeleng kepala.
"Kenapa awak tak pernah senyum bila nampak saya?"
"Saja.. suka!"
"Saya banyak dosa dengan awak ke?"
"Boleh tak jangan ganggu saya? Bosanlah.. sejak awak duduk kat kampung nie dah dua tahun dah.. asyik muka awak jer.. siang malam pagi petang.. " ujarku akhirnya. Zul tersenyum.
"Intan apa khabar sekarang ni?" soalnya membuatkan aku menjeling tajam.
"Kenapa awak nak tanya pasal dia lagi? Kan dah tercapai maksud hati awak tu?"
"Saya tak buat apa-apa pun.. dah dia yang minat kat saya nak buat macammana?"
"Eh tupai, kalau awak Cuma nak main-mainkan dia buat apa awak balas cinta dia?"

Tanpa lengah aku bangun dan meninggalkannya seorang di situ. Menyampah betul. Sejak dia kembali semula ke kampung selepas tamat pengajian hidupku betul-betul sengsara. Kalau boleh lari aku memang ingin lari tapi ke mana lagi tempat hendak kutuju? Rumah Pak Long? Belum lagi panas punggung sudah berdentum dentam dengar sindiran dari Mak Long. Ke banglo besar Pak Usu di Kajang? Serupa duduk dalam gua. Pak Usu dan Mak Usu sama saja sibuknya. Sekejap ke Paris, sekejap ke Tokyo.. nak balik melawat nenek dan atuk setahun sekali pun payah. Seingatku kali terakhir Pak Usu balik 10 bulan yang lalu. Itu pun semalaman saja. Kalau nenek dan atuk rindu sangat pada cucunya Amirul itu mereka saja yang ke sana. Atau paling tidak driver pak usu akan hantar Amirul ke kampung. Ke rumah Mastura di Ampang? Tak sempat meneguk air dah ditanya pasal tanah dan rumah peninggalan arwah ayah. Sejak arwah ayah dan mak pergi 10 tahun yang lalu memang Pak Ngah selalu meninjau-ninjau jumlah aset yang arwah tinggalkan. Entahlah.. tak faham juga dengan perangai Pak Ngah yang sentiasa tak cukup-cukup harta. Lalu, kemana lagi harus kutuju kalau bukan rumah atuk dan nenek? Sudah ditakdirkan aku menjadi yatim piatu sejak kecil.

Mujurlah Pak Usu banyak membantu dari segi kewangan. Mak usu juga selalu mengambil berat sehingga aku lebih popular dengan panggilan 'lombong emas' dikalangan sepupu-sepupu.
"Piah.. kau tak dengar ke apa aku cakap ni?" Aku mengeluh bosan.
"Mas.. kau nie tak reti mengantuk ke.. dah pukul berapa ni.. aku nak tidur tau.." keluhku sambil memeluk bantal. Dari tadi sampai la sekarang sudah pukul 2.00 pagi asyik paksa aku mendengar luahan hatinya pada si Zul tu. Sejak balik dari kenduri tadi macam orang dilamun cinta. Sikit-sikit Zul.. sikit-sikit nama malaun tu..
"Kau ni kenapa? Kau jealous ye aku suka kat Zul tu?"
"What?" Aku bingkas bangun dan merenung Mastura.
"Habis tu kenapa bila aku cakap-cakap pasal Zul kau angin semacam?"
"Sebab aku tak nak kau jadi mangsa dia!" Mastura sengih.
"Mangsa?"
"Sudahlah Mas.. yang penting sekarang nie kau lupakanlah hasrat nak bersama dia.. sebelum kau kecewa.." aku bangun dan membawa bantalku keluar dari bilik. Biarlah dia tidur sorang-sorang.. mujur-mujur Zul boleh menemaninya di dalam mimpi! Aku menolak daun pintu bilik sebelah.
Entah kenapa saat-saat begini mata enggan pula terkatup. Semuanya gara-gara si Zul. Seingatku Zul dan keluarganya berpindah ke kampung ini 12 tahun yang lalu, selepas bapanya bersara. Aku tak kenal sangat dengan keluarganya.. Cuma nenek kata kalau ada kena mengena pun ayahnya dua pupu dengan atuk. Zul Cuma sempat bersekolah di kampung sampai tingkatan tiga sahaja. Selepas itu dia ke MRSM Beseri, Perlis. Zul taklah sehandsome mana pada pandanganku. Tapi mungkin kerana dia memiliki sepasang senyuman menawan dan renungan menggoda bak kata Mastura tadi, membuatkan ramai gadis tergila-gilakannya, termasuk kawan baikku Intan. Aku tak tahu apa salah aku. Setahuku aku Cuma memperkenalkan Intan dengan Zul, itupun setelah tiga hari tiga malam Intan membodek aku mengirim surat untuk Zul. Tak sangka pula Intan tak bertepuk sebelah tangan. Legalah aku.. tak payah jadi orang tengah lama-lama. aku ingat setelah tiga tahun berkawan akan kekal bahagia.. tetapi tiba-tiba saja Zul memutuskan hubungan. Dan yang peliknya sejak itu Intan menjauhkan diri dari aku. Putusnya cinta dia dan Zul turut memusnahkan persahabatan kami. Paling sadis Intan ditendang keluar kerana tak cukup kredit tahun pertama di USM. Sejak hari itu hinggalah sekarang aku gagal mengesan Intan. Dan semenjak itu aku cukup benci melihat Zul. Menyesal aku jadi orang tengah. Hari ini.. sepupu aku ni pulak terhegeh-hegeh nak bercinta dengan si malaun tu. Cukuplah sekali aku putus sahabat kerana seorang lelaki, jangan pula selepas ini aku putus saudara kerana si Zul tu.

PANAS terik yang membakar tubuh membuatkan kulitku terasa garing seperti tepung goreng pisang digoreng minyak penuh. Peluh dah meleleh seluruh tubuh.. menyesal pulak pakai T Shirt hitam. Motor buruk atuk yang hidup segan mati tak mahu kupandu berhati-hati. Bimbang berulang peristiwa beberapa tahun dahulu, seminggu aku di hospital gara-gara tertekan gear, melambung macam superman dalam ladang getah. Kalau ikutkan hati malu betul nak bawak motor atuk yang layak masuk muzium ni. Kalau bunyinya okey tak apa jugak.. ni bunyi dia serupa bunyi kambing batuk. Putputputprenggg.. putputputprengggg.. muka aku ni pasti naik tebal seinci enam depa bila masuk ke jalan besar. Pasti kenderaan-kenderaan lain memberi penghormatan bila motor antik atuk ini kubawa menuju ke kedai. Geram juga rasa hati bila Mastura tertawa terkekeh sebaik saja aku menyetart motor. Pandai dia.. mentang-mentanglah tak tahu bawak motor.. senang-senang suggest nama aku kat nenek suruh pergi kedai. Nenek pun satu.. macam tak paham perasaan aku saat atuk menghulurkan kunci motornya tadi. Padahal yang nak makan buah melaka tu si Mastura, bukan aku. Tapi biasalah, bila barang dapur habis aje aku jugak jadi mangsa.. bila cucu-cucu dia yang lain balik nak mencekik apa-apa.. aku jugak.. takkan nak suruh atuk pergi pulak.. kalau sejam pegi sejam balik sah! Bukan tak tahu atuk.. berjiwa penyayang. Semut pun tak sampai hati nak langgar. Tak taulah sama ada dia sayangkan motornya atau semut tu.. tapi yang pasti memang tension kalau suruh atuk ke kedai. Bukan jauh mana pun.. kalau jalan kaki tak sampai 15 minit.

--> bersambung

Thursday, February 24, 2005

:: Sesuatu Yang Hilang - Siri 1::

Kalau perangai tu senonoh tak apa jugak.. ini serupa dengan pelesit kampung dusun. Pelesit kampung pun lagi baik dari dia. Agaknya kalau hidup tu tak menyusahkan orang tak boleh agaknya!

"Dia datang.. jeng jeng jeng! Dengan lenggang lenggoknya.. dia datang..
jeng jeng jeng!"

Suara anak-anak katak diiringi dentingan gitar buruk di simpang ke rumah nenek sudah kedengaran.
"Piah.. okey tak rambut aku?" soal Mastura sambil membetulkan rambutnya yang sengaja dilepaskan. "Okey.." jawabku slow.
"Piah.. baju aku? Okey tak? Sepit aku senget tak?" soalnya lagi.
"Eh.. engkau nie nak mengorat Tom Cruise ke? Kalau setakat budak tak reti bahasa tu tak payah beriya!" ujarku boring. Mastura Cuma tersenyum. Lipstik merah jambunya menyerlahkan lagi kulitnya yang putih kuning. Hmm.. ni satu lagi yang sengaja nak menaikkan darah aku. Apa la yang digilakan sangat budak bawak tong buruk tu? Dah la kerja malas.. melepak siang malam jadi penunggu simpang. Simpang nak ke bandar ini dah jadi rumahtangga dia orang. Apa taknya.. pagi petang siang malam.. tak ada muka lain! Melepak, melepak dan melepak!
"Assalamualaikum Piah.. baru balik dating yek?" Aku Cuma menjeling mendengar usikan itu.
"Sombong betul cucu Tok Su ni! Tak kenal sedara agaknya!"
"Entah.. mentang-mentanglah dapat masuk U.. sombong.." sampuk Usin Bangat.
"Piah.. cunlah kawan kau nie.. tengok macam ni la bagus.. senyum mesra.. hi, apa khabar?" Mastura tersengih macam dapat hadiah bila pemuda berambut lurus separas dagu itu menegurnya. Amboi.. gatalnya.. dengan pantas aku mengheret lengan Mastura. Malas aku nak layan sekumpulan kambing gurun yang sedang mengembek sana sini tu. Namun sepantas itu juga perjalananku disekat. Zul Cuma senyum, menyerlahkan lesung pipit di pipi kirinya.
"Piah.."
"Apa?" soalku meninggi. Menyampahnya nak tengok muka tenuk sekor ni..
"Jangan sombong sangat.. berdosa, tau? Kau pun bukan lawa sangat.."
Seraya itu aku ditertawakan sepuas hati oleh dia dan rakan-rakannya. Aku Cuma mampu menjeling, menjeling dan menjeling. Celaka punya budak! Dengan pantas aku menyeret Mastura pergi.
"Kau ni Piah.. kenapa la buat orang macam tu? Tak baik tau.."
"Ahh.. aku tau la kau suka kat Zul tu.. " sindirku sambil berjalan laju.
Lalang-lalang di kiri kanan jalan meliuk lintuk dipuput angin petang. Bumbung rumah tua kelihatan dari jauh. Kelihatan nenek sedang mengutip terung telunjuk di tepi dapur yang lebat berbuah.
"Nek.." kami tersenyum menyapa nenek.
"Mak kamu baru aje telefon.. takut kamu tak sampai lagi.." Mastura senyum.
"Mak tu memang macam tu nek.. kalau Mas balik ke Melaka pun macam tu.. belum bergerak lagi bas dah telefon atuk kat sana.." jawab Mastura sambil tergelak kecil.
"Hmm.. nanti kecil hati pulak atuk Mas kat Melaka sana Mas asyik balik sini aje.." ujar nenek.
"Ala tak apa nek.. lagipun Mas suka balik sini.. ada nenek, ada atuk.. ada Piah.."
Eleh.. aku menjeling. Yang sebenarnya motif utama dia semakin kerap ke sini kerana sibudak tak cukup akal tu! Pantang cuti mesti dia akan balik ke sini.
"Piah.. Piah... kenapa kau tak beritahu aku kat kampung nie ada pak we hensem?"
"Eh... kan ke kau kata kampung nie mundur.. tak moden macam kampung atuk kau kat Melaka sana?" sindirku. Dulu kalau nak tengok dia jejak ke sini bukan main liat. Tak ada Astro la.. tak ada NTV7 la.. line handset tak dapatlah.. banyak nyamuklah.. Mastura tersengih sambil mengeluarkan dua helai pakaiannya dari dalam beg.
"Kau kenal tak budak tu Piah?" soalnya sambil meniarap di atas katil kayu.
"Yang mana satu? Yang hitam macam orang minyak ke.. yang tinggi macam hantu galah tu?" soalku acuh tak acuh.
"Ala.. yang paling hensem tu.. yang ikat rambut tu tadi... ala... "
"Yang ada lesung pipit tu? Yang mata dia coklat tu?"
"Err... kan yang muka panjang-panjang sikit tu.."
"yang ada mata dua.. hidung satu.."
"Piah!" Mastura memetik jari di hadapanku. Aku tersedar.
"Ada apa?" soalku.
"Cepat siap.. kita nak pergi kenduri. Nenek suruh siap.." Amboi.. kena pergi kenduri pulak.. Dengan malas aku memanjat tangga naik ke atas.

--> bersambung!

Wednesday, February 23, 2005

!::Sorotan Peristiwa Semalam::

Semlm merupakan perlawanan akhir inter fakulti bagi bola jaring antara kami (FTM) ngan FSKP. Fuh...saat getir bagi kami sepasukan nak menentang pasukan lawan yg terkenal ngan aksi membelasah lawannya. Mana taknya....mereka nih golongan pendidik yang begitu tegas ketika dipadang......nmpk lemah lembut, tapi berbisa beb....

Tepat jam 5.15 aku n cik eda, gi la ke padang...sementara menunggu ahli pasukan kami yg lain menapak ke situ, km lepak2 sambil perhatikan pasukan lawan yg begitu aktif mempraktiskan diri...Wuish..dahsat depa nih....dgn GS yang ala2 'sharp shooter'..alamak...aku dah ketag...peluh x nmpk, tapi tetiba ja tangan sejuk...dah la lutut aku injured akibat penangan lompat-melompat tepis bola...nasib aku la sbg Keeper..itu la tugasnya..selain dari kena denda berdiri disebelah...ekekekek..slalu buat! Rupanya bukan aku sorg yg kecut...cik eda dah tekan2 perut...ketag dia naik ke perut rupanya...'buttterfly flying in my stomach'(klu ejaan salah sowi la, omputih bukan bhs ibunda)..itu la yg dia ckp kat aku...heheeh..sama la kita!

Dah cukup semua pemain...pengadil mula preeettt...wisel dibunyikan menandakan peperangan bakal bermula....alamakkk...dah cuak seko2...dah la pemain kami cukup2..pemain lelain lom smpi....or maybe dah smpi aku x pasan..sbb ketag mengatasi segala2nya masa tuh....kami dibarisi oleh kak juli sbg GS, kak ah sbg C, SHa sbg GA, Shi sbg WD, cik eda sbg WA, Yati sbg GD dan aku sendri sbg GK (heheh..keeper tangkap muat ja)...

Start ja first half, permainan kami agak sengit....jaringan berbalas jaringa...fuh...aku pon dah main all out la kunun..melompat ja keje nak tepis bola..tp hmmmm...klu dah GS nya sharp...tak dapek la den nak ambik rebounce punya ball...asyik masuk ja...GS dan GA kami pon tak kureng hebat....tp maybe strategi lawan meletakkan GD yg begitu tinggi bergandingan ngan GA kami yg kureng inci berbanding lawan, makanya kami ada masalah sket....slalu ja bola yg tak masuk depa dapat balik...fuh....klu bola dah dpt ke tangan lawan alamatnya pressure jugak aku n GD...sbb nak tepis bukan senang beb..lincah bagai tupai GS and GA depa nih...masing2 berbakat terendam...heheh..player varsity yg GA tuh...seswai bergandingan ngan GD km yg jugak merupakan player U. Perlawanan pusingan pertama mmg penat...main punya main....akhirnya..wisel ditiup panjang......yahoooo..itu menandakan berakhir first half....aku mula mencari score board...tgk score la apa laga?..uiks.. unsangkarable la...kami lead buat masa nih...10 berbalas 7...dekat tuh...depa nih hebat2..

Masa rehat la baru aku nmpka pemain yg lelain...Aya n cik yah...BT ngan sha kecik mmg dh ada dari tadi, tp tak diturunkan....y? dunno la...maybe kapten km dah yakin ngan gandingan sedia ada..ceewaaahh..mantap gitew! Ada pulak sponsor air tambahan dari pasukan sefakulti 100 Plus lagik (fav tuh!)...geng2 bola tampar and geng2 lab turut memberi sokongan moral secara besar-besaran....vah!..bagus sungguh depa2 nih...mai2 ja trus dgr sora2 serak, nyaring n lemak2 merdu yg mcm aku kenal ja...tp sapa ek? hehehhehe...dah tertangkap dek cuping telinga panggilan2 serta laungan berbaur 'jahat'....kena la dgn pasukan lawan kami yg mendapat sokongan moral dari pasukan sorak mereka...cikgu cikgi gitew! Ada ke patut sokongan bertukar kpd xtvt men'psiko' Shooter..isk isk..tak patut...tp wat camner...sama ja dua2 pasukan sorak tuh, ala nak seronok2 ja kan...heheh tak kisah la...tp bengang jugak nmpk gaya GS depa nk shoot....siap ada bunyi2 cemas tuh..tak tahannn....tp yg pastinya mata aku sentiasa jeling papan score ....cemas..gementar...siok pon ada...bkn apa..kami dah lead...dah tinggaikan depa agak jauh..leganya!!!! Kering tekak lak....nk lompat pon dah tak bermaya. Dah la kena sigung ngan GS dia..sib baik bagi penalti....sakit belakang aku beb..dah la lutut aku mcm berbunyik ja tadik masa melompat,.....aduh!!! terjerit la jugak tadik

Masa 20 minit dah tamat!!!!!!!!..Wisel panjang kali kedua ini menamatkan perlawanan...Yahooo....aku mcm nk lompat ja...opssss! kaki sakit lak..aiseh...klu dak maunya aku ngalahkan yati tadi...ekekekek...prasan lak...tapi berbaloi la semua tuh memandangkan kami udah MENANG!!!! kami berkumpul la semua pemain2 termasuk yang simpanan salam2 la apa yg patut...say TQ sesama sendri sbb menyumbangkan tenaga sampai ke stage akhir nih.....penat jerih kekwn semua mmg berbalas ngan piala emas beserta jam disebelahnya...cantik pialan tuh berbanding tahun2 seblm nih....hehehhe, ada piala pusingan lagik....lps ja majlis penyampaian adiah yg dibuat kat atas padang tu jugak, km berkumpul ambik gambar kenangan ramai2..termasuk pasukan sorak...caya la ! Ghasa tak caye ja menang first place....Dpt piala pusingan lagik utk FTM ..kembang sebentar,keh keh keh..

Nak dijadikan citer sebenarnya FTM tahun nih ada ONG...4 acara dapat masuk final utk tmpt pertama dan kedua...termasuklah 3 mainan lain iaitu bola tampar lelaki dan perempuan dan badminton. Caya la!..fakulti atlit ke nih? dah semput depa sokong kami ptg nih, kena balas la sokongan mlmnya utk bola tampar lelaki....sokongan moral ja kot...bola tampar wanita kami cuma mampu utk tmpt kedua...apa2 pon ok la tuh...begitu jugak utk pasukan badminton...tmpt kedua dah memadai...

MLm lak pakat2 pi sokong bola tampar lelaki...main in door la plak...sikit punya gamat pasukan sorak lawan bawak gendang sbg penaik semangat...mana aci...kami nk jerit ngan sora dari tekak ja...awai2 lagi dah tenggelam ...tapi disebabkan sokongan yang tak berbelah bagi oleh pasukan sorak FTM nih....permainan yang boleh meluruhkan jantung bila tgk nih...kami menangi jugak! Mana tak luruh jantung?...dgn paluan gendang, sorak-sorai...aksi2 pasukan sorak yg begitu agresif...isk...susah mau citer..kena feel sendri..tp apa yg pastinya kumpulan FTM lead 3-1..not bad!

Berakhirlah sorotan perlawanan inter fakulti semlm....tp ada gossip nih....nmpk artis la plak ptg kat padang bola tampar lelaki ...sapa? iskkk...takper la..kang masuk paper lak nnt..ada paparazzi kat UUM abis la...bad reputation lak...klu sapa2 yg tau tuh buat2 dunno ja....kasik privacy la..depa pon berhak dapt kebebasan mcm kita ye tak?

Sekian laporan dari untakuning kali nih....tgk la gamba jagoan FTM bawah nih... muka sorg2 letih tapi sonot sbb menang!!
Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, February 22, 2005

::Perihal CINTA::

Artikel kali nih saja aku muatkan buat tatapan semua insan2 yang bergelar pencinta (gitew!!!). Sifat insan itu ingin mencintai dan dicintai (Ustazah Siti Nor Bahiyah,2005). Kerana dah takde bahan menarik hari nih, aku letak ja la dlm blog. Moga jadi pedoman!

  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
  • Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
  • Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
  • Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  • Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
  • Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
  • Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan


Monday, February 21, 2005

::Sessi Motivasi::

Pagi nih datang awai...tetiba ja dapat bahan yang menarik utk dimuatkan dlm blog pagi ni...ada kaitan ngan persekitaran jugak nih (kekeh la sambil baca)...kwn geng senja bagi, tp mcm seswai ja dibaca oleh semua...sila la.

I hate Women, but I like Men

A private secretary was very bitter towards some of the girls in her office because they were gossiping about her, and as she said, spreading vicious lies about her. She admitted that she did not like women. She said, "I hate woman, but I like man." I discovered also that she spoke to the girls who were under her in the office in a very haughty, imperious and irritable tone of voice. She pointed out they took a delight in making things difficult for her. There was a certain pomposity in her way of speaking, and I could see where her tone of voice would affect some people unpleasantly.

If all the people in the office or factory annoy you, isn't it a possibility that the vibration, annoyance, ane turmoil may be due to some subconscious pattern or mental projection from you? We know that a dog will react ferociously if you hate or fear dogs. Animal pick up your subconscious vibrations and react accordingly. Many undisciplined human beings are just as sensitive as dogs, cats and other animals.

I suggested a process of prayer to this secretary who hated women, explaining to her that when she began to identify herself with spiritual values and commenced to affirm the truths of life, her voice, mannerism, and hatred of women would completely dissapear. She was surprised to know that the emotion of hatred shows up in a person's speech, actions, in his writings, and in all phases of his life. She ceased reacting in the typical resentful and angry way. She established a pattern of prayer which she practiced regularly, systematically, and conscientiously in the office.

The prayer was as follows : "I think, speak, and act lovingly, quietly and peacefully. I now radiate love, peace, tolerance and kindliness to all the girls who citicized me and gossiped about me. I anchor my thoughts on peace, harmony, and good will to all. Whenever I am about to react negatively, I say firmly to myself, 'I am going to think, speak, and act from the standpoint of the principle of harmony, health and peace within myself.' Creative intelligence leads, and guides me in all my ways."

The practice of this prayer transformed her life, and she found that all criticism and annoyance ceased. The girls became co-workers and friends along life's journey. She discovered that THERE IS NO ONE TO CHANGE BUT MYSELF.
(Penulis: Dr Joseph Murphy dari University of India, 1988)

Sunday, February 20, 2005

::Permulaan kata::

Assalamualaikum pembuka kata...
Cukup setakat nie dulu...ada bahan bagus, nnt update lain kali yer!

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...