Saturday, December 20, 2014

:: Jauh di sudut hati ::

Aku nampak skrg jawapan yang tak pernah aku dapati satu ketika dulu....aku semakin nmpk sekarang. Bukan kerana aku sudah berkaca mata, tetapi hati aku seakan2 memberitahu apa yang sedang berlaku dan kenapa tindakan aku begitu...

Pernah tak satu ketika kita mengambil tindakan yang kita sendiri tak ada jawapan kenapa kita bertindak demikian? Contohnya, kita direzekikan Allah dengan dua pilihan jodoh yang baik. Lps solat istikharah, kita pon dapat jawapan untuk pilih salah seorang dari jodoh itu. Dan kita pon kawen dengan salah sorg dari dua pilihan yang Allah takdirkan. Dengan izin Allah, bahagialah kita mengharungi kehidupan rumahtangga dengan jodoh kita. Dari thn ke tahun pasti ada peristiwa atau insiden berlaku sepjg hidup berumahtangga. Then akan ada pada satu ketika kita akan terfikir kenapa Allah takdirkan aku berkahwin dengan suami kita skrg sedangkan pada mulanya kita ada dua pilihan yang baik. Kenapa dia? Kenapa bukan sorg lagi? Pelbagai andaian kita leh buat setelah kita menghadapi pelbagai perkara suka duka dengan jodoh skrg kerana takdir Allah adalah yang terbaik buat kita. 

Sama cam kes aku. Aku semakin tahu kenapa Allah rezekikan aku dengan 'sesuatu' dan tidak dengan 'sesuatu' yang lain. Akan timbul persoalan2 sebegitu apabila terkadang  duduk sorg2 kat tepi tingkap sambil merenung jauh ke luar dalam hujan yang lebat sambil menikmati secawan teh o limau panas berteman sepotong kek pada petang hari. Sekarang kan musim monsun, so ptg2 selalu akan hujan. Bertemankan tv aku yg setia berkhidmat, aku menjalani hari2 cuti di rumah sewa ku di Skudai, Johor. 

Best juga sesekali layan sendu cenggitu. Ala2 jiwang lak. Pergh, dengan angin sepoi2 menampar muka, rintik2 halus air hujan turut sama menyiram lembut ke muka....breeze cam tu mmg fresh. Ehem, dah teruk ke bahasa jiwang aku ni. Makin melalut dan ke laut plak. Okey, back to reality, atas bumi aku berdiri skrg, ada amanah yang  aku kena lunaskan. Dan dengan izin Allah aku pasti akan berjaya menghadapi semua ini, Ameen. Semoga andaian aku tak keliru dan bantulah hambaMu ini ketika aku buntu. 

Monday, December 15, 2014

:: Pencarian yang Panjang ::


Soalan demi soalan aku dok tanya utk diri sendiri. Apakah? Bagaimanakah? Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Jalan yang engkau Redhai. Ameen,

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...