Wednesday, June 29, 2005

:: Lirik Pilihan ::

-:TiAdA LaGi TaNgiSaN:-
Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belaian manjamu
Semua telah berakhir...
Ketenangan hidup menyinariku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku yg sebenarnya...
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi airmata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka...
Semuanya diduga
Pertemuan kali ini
Takkan berkekalan
Berakhirnya istana bahagia...
Biarkan aku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta
Yang menghiris luka
Titisan airmata yang kini kekeringan
Tak perlu menabur kasihmu...
Dan kini tertutup jendela harapan ini
Kau yg menanti ke pangkuanku
Semua takdir yg telah kutemu
Kanku rela segala tanpamu

Saturday, June 25, 2005

:: Aku, ombak kecil di laut ::

Jam 12 lebih semlm, tak semena2 aku on TV. Kebuhsanan melanda lak dok sorg2 nih. Radio tak dpt channel yg aku bekenan. Asyik2 lintas langsung dari negara jiran, kap kun kap. mana paham.

mcm menarik plak citernya..aiseh saipa la tak bukak awai tadik, nih part last dah. Ada satu kisah yg menarik dlm citer tuh. Satu kisah seorg profesor bercriter kat student2 dia, psl ombak kecil. Ombak kecil merasakan dirinya bukanlah bandingan kepada ombak besar yg slalu melanda pantai. Ombak besar slalu menarik perhatian manusia, dan kdg kala akan menakutkan manusia.

"mengapa aku dijadikan kecil begini? bukankah lebih baik sekiranya aku boleh menjadi hebat sebagaimana ombak besar?" rungutan ombak kecil didengari oleh ombak besar yg berhampiran. lalu ia membalas " kemanakah destinasimu yg terakhir?" ombak kecil menjawab, " meredah pantai, dah hilang menjadi buih2 kecil." "tidakkah kau fikir aku akan mengalami nasib yg serupa? bertukar mejadi bebuih kecil bila memukul pantai nnt? jwb ombak besar lalu menyambung kembali, " Kita ini sebahagian dari lautan. Kita adalah sistem alam. Jgn merasa diri lemah kerana kecil. kita terjadi atas kehendak alam yg saling melengkapi"

Hmmm...ada la komen2 pelakun lps dari citer itu di'story'kan oleh teman dia tuh. Ada value psl kisah ombak tuh yg aku ulas dalam erti kata aku sendri....hheheheh, korag plak apa komen? sila sila, jgn segan.

Friday, June 24, 2005

:: Citer Si Kurus ::

Kedua2 hosmate aku balik kg, sorg balik ganu, sorg balik Pahang. Dua2 ada komitmen masing2. Tingallah aku kat 11Y008 sorg2. Alah bisa tegal biasa. Idop misti bergerak mcm rutin biasa.

Hosmate aku TAA baru ja bertolak blk kg koi 8.30 pagi tadi. Aku lom leh bangkit sbb semlm pinggang aku silap urat. Agaknya, byk minum cendol suam kot, Oppssssss (ekekekke, cendol suam cuma TAA ja teror buat). Berat ghasa mau bgn. Biar la dia berangkat lu. Lps salam2 muah dlm keadaan yg tidak mengizinkan aku bgn lg dari toto, TAA berangkat la meninggalkan aku. Aku usaha gaks nk tgk ikut tingkap. Sj nk usha dia pegi. Ehem ehem, sibaju kuning. (20 sen kasik, rahsia tutup ha).

Cadang nk jemur baju lps siap rutin yg lelain. tetiba dgr, meow! meow!meow! isk, apa lagi kucing nih. TAA dah balik, aku ja la tinggal nk bg mkn korng, sabo sket ya! lagik kuat ngiau nih yg tak tahan dgr nih. bancuh la susu, roti expired CY ada, cantek. Elok bukak ja tombol. Siap baring fah dpn pintu. Kucing kurus rupanya. Ok la, siyan ko kurus. Meh, aku bg mkn. Dia seko ja ada situ, ye lelain tak dpt isyarat kot ada breakfast pagi nih. Rejeki ko la kurus.

Dah la mkn seseko ngan bestnya. lps mkn tido, mkn tido. Ewah, ulang2 ja dia tepi tupperware tuh. Nk berjln pon tak stabil dia nih. bdn pjg, tapi bhgian blkg mcm kering sgt. Tak imbang. Aku tinggai la dia layan breakfast. Sesambil tgk VCD KL Menjerit, smbg CD 2. bersarapankan kopi cenkudu n roti susu, aku khusyuk layan Nisda n Rosyam masa part krisis. Heheheh, baru la dgr kata2 nasihat Tun kwn baik Rosyam ngan clear, sora dia mcm tenggelam timbul ja, pelan.
'
Eh, apa benda nih? ' Aku dgr org luar lalu lalang tepi umh menjerit, sora pompuan for sure. Aku apa laga, depa dah naik atas, aku jengah la kat luar. Ya Allah...sapa buat onar nih? iskkk, merata-rata lak tuh ada, sib baik tak naik atas kasut aku. takde kucing lain, si kurus tuh la punya angkara. Geramnya aku! Sah dia, ada bukti lagik kat belakang bdn dia. Ko nih, tak senonoh la kurus, buang ayag merata2..bikin susah aku aja. Tak buang masa, aku cuci la dpn koridor tuh. nnt apa kata org lalu lalang, dh la umah bwh, susah la klu ada benda2 asing tuh.

Eleh, buat muka siyan pulak dia. Aku tak sebat ko ngan penyapu pon dah cukup baik tau! Hishhh..asbestos punya meow! selesai ja, aku halau dia dari duduk area2 dpn umah, ye la, tak larat la nk usung rak kasut tuh, nk cuci. Sempat pause Cd tadik, aku play balik. Hik hik, sib baik mood takde la buruk beno, aku tgh layan CD.

Lps koi 4 lebey camtuh, nk kuar la kutip bebaju bergantungan. Tapi terkezut unta aku bila bukak ja pintu bau kureng enak menusuk kalbu. ya Allah..ko buat lagik? byk pulak tuh! mana kau? mana kau? Aku trus ja carik lidi, nk kasik dia takut. Gertak2 sket, sbb org ckp kucing takut ngan penyapu lidi? ya ka? ah, tk kisah la, itu ja senjata aku ada utk halau dia dari trus buat onar. Mana leh tahan, dua kali kena cuci koridor? Ya Allah, ko mmg nk carik gaduh ngan aku Kurus.

Aku tak smpi ati lak tgk bdn dia klu nk rembat ngan penyapu lidi. Meleding blkng dia masa aku kejar tadik. ye la, kurus sgt. Tak per, ko kena ajar nih, jgn buat onar lain kali. nasib nasib..."kalau sudah malang, intan ku pegang jadi kaca, kalau bala dtg apa yg hendak aku kata?" Sambil2 basuh koridor tuh, aku nyanyi2 syahdu dlm ati rangkap lagu P.ramlee dlm filem Ahmad Albab. nk nyanyi live takleh lawan karaoke geng2 Van Damm kat ataih tuh tgk tarik lagu kak zack zack.

Penat membasuh onar si kurus, aku trus bukak TV. Ada citer yg aku slalu follow, 5.30 - 8 mlm..ekekek, buat marathon la dok sesorg. Start dari drama KUKUS II, Legendary Dr.Hur Jun..smpi la drama cina baru, baru episod satu. Not bad, misti tonton nih.

Begitulah sepetang aku bersama si kurus tuh. ya Allah, jgn la bagi dia buat onar lagik, aku dah letih membasuh seharian.

Tuesday, June 21, 2005

:: Lewat Detik Itu ::

Payah sungguh nk bukak mata, serupa ada gam. Letih agaknya sbb semlm baru smpi dari kg. Mmg letih pon, bayangkan dok dlm kete sorg2, takde sapa nk sembang2. hanya cik radi ja peneman setia. 2 jam ataih highway, mcm2 kita nmpk. Peh tuh, dah terasa bisu sgt, apa laga, siul2 la lagu mana yg tahu liriknya.

Tp, sejak akhir2 nih, aku baru pasan, perjalanan balik kg aku kat BB tuh bagaikan tak terasa lamanya. Aku sedag2 ja dah masuk tol Jawi, isk cepat sgt la. Mana taknya? Aku sorg2 berckp ngan perasaan sendri. Mmg aku akan abiskan masa selain dgr lagu and ikut2 lagu fav, aku akan bercakap2 ngan minda. Atau lebih tepat lagik, berfikir sorg2. Byk benda bermain kat kotak fikiran. Lately, aku juz pikir ttg sst, hmmmmm, payah nk elaborate sbb kompikated sket la. Biar aku ja la pikir kot.

Aku tingat waktu first time bwk kete masa aku kat highway itu hari. Sudah 3 tahun secara rasminya aku bwk kenderaan berenjin kat atas jalanraya. Jika selama nih aku hanya pamerkan lesen dlm purse, hari tuh aku bwk kete abg aku ADX 7156. Date yg tepat aku ada catat , but lupa la. Mmg kebetulan abg aku bwk balik kete dia dari Sabah, then selang sehari, aku gi umah dia sbb ada urusan mau balik kg. Dia dgn selamba meng'offer' aku jaga kete dia. Gelabah makcik masa tuh. Dia ckp, kena test power lu. Dia soh aku bwk dlm pekan Simpang Kola, nk mkn kat kedai Aina Nasi Kandar.

Ketag! tangan aku dah menggeletar pegang stereng kete. kaki lak, bergoncang kuat nk tekan clutch. Alamak, camner mau bwk? Nih la first time aku pegang kete setelah sekian lama pass lesen kete. AKu nekad, anak buah and akak ipar aku ada kat belakang, lagi mencabar. Siyan kat depan klu jadik apa2. Aku beranikan diri, dgn tgn n kaki yg dok nerbes abis tuh, aku bwk ja. Abg aku kt sebelah mcm dok sembang2 lak. Aiseh, dia tatau aku nih dah ala2 Sudin dlm Seniman Bujang Lapok waktu screen test.

Aik? dh nk smpi? uik, dah berjaya bwk smpi ke kedai mkn la. Syabas beta. Abg aku nmpk yakin ja tadik. Isk, harap ke dia aku nk jaga kuda besi dia nih? Sedar tak sedar dah cekap pon aku bwk kete hasil paksaan abg aku hari tuh. mmg terima kasih sgt kat dia. Kalu tak kerana dia doh aku jadik penjaga kete dia. Adios!
ps: Ada kes famili kali nih aku balik kg, ekekekke, aku harap sgt semua yg dirancang termakbul.

Monday, June 13, 2005

:: My Hero ::

Image hosted by Photobucket.com

Sempena ngan hari bapa yg mendatang nih, aku ingat nk masukkan entry psl my hero nih....ekekke...gamba muda2 remaja dulu...Ini la dia APU aku...APU in Sri Lanka, but melayu ckp BAPA...sama ja tuh...

Nama apu aku Md Kassim Bin Ariffin, asal Yan Kedah. Hmmm, klu tak silap lebih tepat lagik Yan Kecik. Dia anak bongsu dari 7 adik beradik. Arwah apu kpd apu (tokwan aku) asal org 'luar', sbb tuh adik beradik apu aku x pure muka melayu....(i bkn melayu la dlm erti kata lain, eh! mcm pernah dgr ja ayat2 nih, kat mana ya?).... apa2pon, WE PROUD TO BE M'SIAN!. Migrasi dulu berleluasa, sbb tuh arwah tokwan aku dtg sinih buat jalan raya...ekekek, last sangkut ngan arwah tok aku, Wan Halijah, asal dari Kelantan..isk mai kot mana ntah ...aku tak sure ngat dari daerah mana, yg pastinya famili dia berpindah ke Kedah. Kat sinih depa dijodohkan. Hidop KEDAH!

Apu aku lahir 10 tahun sblm negara merdeka, so mmg idop masa tuh susah toksah ckp la. Nak belajar formal mmg payah la. Apalg dgn ketiadaan tok apu aku sewaktu dia berusia 9 tahun. Tinggal dgn seorg ibu yg hanya bergantung idop kepada anak2 utk sara idop. Arwah paklong aku x tinggal kt mesia. Tapi Allah memberikan sedikit ruang kesenangan kpd famili apu aku sbb abg dia berjaya dlm pelajaran waktu tuh. " Aku tak tinggal harta, tapi ILMU itulah harta!" itu la kata2 azimat arwah tok Apu aku sewaktu dia sakit (apu aku citer semula dlm dialek ckp telo India..kelakag abis!)...berkat pesanan tuh, sorg abg dia berjaya jadik doktor haiwan dan 2 abg lain berjaya bergelar cikgu. Hmmm, camner la depa nih belajar kan?

Sebagai anak bongsu, apu aku mempunyai cita2 sendri...dia nekad nak bergelar seorg 'doktor'. tapi nasib x menyebelahi dia...byk liku2 idop terpaksa dia harungi... dia berdikari seawal usia 15 thn. Bawak haluan sendri lps GAGAL periksa MCE kali pertama. Dia ada semangat nk ulang, sbb tuh sambil keje, dia balajar. Akhirnya, LULUS dgn ijin Allah.. Dia stay ngan famili pakngah aku masa tuh. Dia ada usaha apply keje, but anak bongsu nih, mak sayang lebey kot, tak bagi keje yg bahaya2...so, dia redha ngan keje sbg pekebun kelapa.

Lps dapat isteri (mak aku la tuh), trus jadik pekebun. Aku sendri lahir pd zaman2 apu aku keje sbg pesawah. Mcm2 keje dia buat...Itu la HERO namanya...demi anak2, dia tak kisah keje apa... dgn hasil itu la kami membesar adik beradik...till now ada 10 org anak, semuanya bermula ngan hasil titik peluh apu aku mengerjakan kebun. masa kecik aku n adik beradik lain pon dah mmg terlatih utk turun padang, sama2 berkebun. Siok...ada FEEL yg blom tentu org lain leh merasa ya dak? w/pon penat, tapi puas hati.

Itu la kisah my Apu ... sifat2nya yg mmg suka berjenaka, 'sporting', leh jadik kwn baik, dan ada kalanya terpaksa bertegas utk mengajar, membuatkan aku n adik beradik lain berdisplin. Bertuah aku ghasa dpt Apu yg cam nih...Thank you Allah...for my Apu..(ubah lirik sket).. Aku percaya ayah2 org lain pon mcm tuh...so, hargai mereka sementara ada...doakan mereka jika telah tiada.

Sunday, June 12, 2005

:: Kisah Aku , Dia dan Semlm ::

Hari Jumaat lepas, aku antar sorg homate balik negeri...hmmmm, dia balik atas urusan penting la, klu dak takkan nak bazirkan RM42 balik Ganu ye dak? iskk....makin naik rega minyak, segala2nya turut naik. Parah la kalu trus trusan naik cenggini.

Mlm koi 8, trus dia memacukan TAA kesayangan ke Chgln, sempat isi minyak, tgk majalah..itu yg beshnya...bas koi 8.30. Bwk kete sendri sbb mauk tuang minyak, senang bila balik sini nnt katanya, takyah susah payah plak nk pk kete ada minyak ke tak.

Bas lak punctual tuh....SP BUmi mmg unggul dari segi masa..ekekekekek..selesa lak tuh. (pernah naik skali,mmg bagus la pada pendapat saya!)...Aku bwk balik TAA ke UUM bersama sorg lagik hosmate. Dah terasa sunyi dlm perjalanan balik. Aku pasang kaset ja dgr lagu2 koleksi pop indo. Tak byk ckp ngan member sebelah coz ada benda yg aku tgh pikirkan. ehehehehhe...

hari sabtu, aku gi lab pagi. Punya la tak keruan aku nih, semua paper n rujukan aku tinggalkan kat umah. Aiseh, apa pasal nih? Kena la balik ,lunch nnt. Mmg takleh nak update tesis la....aku pon bukak blog...kecewa jugak, net down. Aku nk jugok update blog, usaha tangga kejayaan... Aku dial up la. Hehehehe..leh la aku baca email n update blog sementara tunggu waktu lunch utk aku balik umah.

balik ja umah,aku lunch bersama adik homate. DIa tanak bergerak mana2 sbb tunggu kwn dia mauk dtg. But, hangin la dia lps tahu kwn dia tuh tak jadik dtg. Kebetulan dia pon mauk balik KL mlm tuh. Janji la ngan kwn dia tuh mau naik bas sama2 dari Chgln. Plan dia nk wak kwn dia jln2 kat UUM. Tapi agaknya depa nih miss comm...tak jadik seperti yg dirancang. Dah la karen takde kejap, lagi la kami mati kutu nk buat apa2 xtvt. Lps Asar, karen dah ada la...kami decide nk gi jalan2 sekitar tasik Guthrie. Hmmmm...kamera aku ada lagik filem, leh jalan2 ambik foto.

Smpi kat tasik ja, aku tgk ramai dah manusia dok joging. Lorr...ingat takde makhluk dah kat UUM nih, sbb mcm sunyi sepi ja sepjg perjalanan ke sana. Aku tak buang masa, trus ja snap foto2 kenderaan unik yg ada kat tapak pembinaan go-kart. Then smpi satu kwsn menarik area2 situ jugak, aku berjaya merakam satu gambar yg selama nih aku tercarik2 lokasinya. Yahooo...filem dah habis, esk leh cuci.

Kami truskan perjalanan pusing keliling tasik. Ada nmpk org menjala ikan.uikkk..musim2 ujan mcm nih rajin depa menjala. kami x berenti lama kat tmpt org menjala, sbb ada aksi2 yg mendebarkan...kekeh ja aku n siyah kat pakcik2 tuh...hampeh nguh...ada ke patut penaya kwn camtuh. Sambil sengih2 kami beredar dari situh. Sempat berpeluh jugak la. satu pusingan tuh.

balik dari tasik, perut menyanyi2.... alamak,dah celik mata perut nih. Mmg lapar pon. Biasa kami mkn ptg, nih dah dekat koi 7 tak mkn lagik. Buat camner...dah plan baguih punya utk mlm nih. Mkn mlm sambil nonton AF3...kui kui kui. Lps maghrib aku n siyah bertolak ke Chgln. plan nk mkn kat kedai pokok ceri, but...Frussttttt...tak bukak lak...langsung aku dpt idea. kami trus ke Rusni. Ok...mcm ada Astro. Sblm pesan mknan, siyah sempat tanya " bang ada Astro ke tak? "...hehehhe..dia lak main2...besa la, ngusik2 gitew, tau dah perangai...trus la ugut cancel mknan klu takde...dia pon ckp la nk tgk berita. tapi AF dah start nih..cemas la kejap, last2 tauke dia dtg melegakan keadaan kemaruk AF kami...dia selamba ja tukar channel 4..yahooo....dpt la tgk AF.

Lps pesanan kami dpt....mmg mata still ke TV ja...perut dah sakit pon..lambat mkn...aiseh..mmg cap PMC la pewot nih. tapi AF depan mata, aku tak kisah dah. abg yg ambik pesanan tadik asyik lalu depan kami then gelak2 sambil geleng kepala..."hek elehhh....tak pernah tgk org demam AF ka bang? " Aku ckp dlm ati ja la...hehehhe

Suasana hingar bingar kat kedai mkn tuh menyebabkan aku n siyah mcm nk melekatkan muka btol2 depan TV. kaco ja la...tak dgr apa komen2 pengkritik....lps bebudak tuh buat show sorg demi sorg..masih begitu, tak dgr sgt. Bas siyah koi 10 mlm, skrg dah 9.45...alamakkk..kang bas minah tertinggal lak...aku cepat2 bagi isyarat kat dia....lps dia bayar (dia belanja mlm tuh, trimas)...kami trus ke perhentian bas. Kwn dia dah ada menunggu di situ. Hmmm, muka mcm penat sbb tunggu lama...heheheh...biarla depa selesaikan...

Perut aku ghasa meragam ja..aku pon mintak kebenaran nk balik lu....tapi..mengenangkan ada sorg peserta AF yg mmg aku nk tgk dia perform mlm tuh (peserta last tuh)..aku berkejar ke satu kedai tuh...fulamakkkk...caya la, mmg semua tgh layan AF masa aku gi. Buat2 la pesan teh O kosong sbb nk legakan pewot yg sakit tuh. Aku layan AF sowang2 tuh (adala org lain kat keliling)..fuh, tak caya ngan diri sendri..aku leh berembun demi AF. Lain kali x buat dah. Nih sbb dah alang2 aku kat luar kan...klu dok dlm UUM aku tak pegi dah.

Lps abis persembahan peserta fav aku, trus aku pecut balik. takut jugak, koi 11 mlm dah. Aku smpi umah layan TV2 plak. then mata takleh bertahan dah, trus aku membungkuskan diri...sunyi terasa alam...aku sorg2 dalam umah tuh. last2 tak tahan dek suasana sunyi sepi tuh, cik radi la temankan...alunan suara2 halus dari corong IKIM.FM menenangkan suasana......zzzzzzzz...

Saturday, June 11, 2005

:: Mimpi berulang ::

Pernahkah anda dpt mimpi yang berulang-ulang?(mcm ayat2 dlm majalah jer) Mimpi yg sama tapi berlaku byk kali....hmmm, nih dah kes berat nampaknya...ada sesetangah org merasakan satu peristiwa real dlm idopnya mcm pernah terjadik, tapi bila ya....dimana...hah! dlm mimpi rupanya....mean insiden mimpi menjadi nyata....kekekkekek... itu ulangan mimpi dlm bentuk kenyataan.

Nk dijadikan citer, satu masa dulu, pernah satu mimpi berlaku. Ada satu keadaan di mana aku dan sekumpulan rakan2 research tgh berbincang berkenaan satu benda... tak ingat la apa..tapi yg pastinya watak2 dlm mimpi tuh geng2 senja ghasanya... borak keliling meja, not sure tmpt sapa.... ok la....then selang satu jangka masa, mimpi yg sama dtg lagik....iskk..dah pelik...then semlm mimpi yg sama dtg lagik...Ohhh!! Aku dah leh tafsirkan mimpi nih, senang sgt,saipa la aku tak pikiag sblm nih? ....mmg sah ..nk tahu apa petandanya? Rupanya setiap kali aku mimpi tu, akan ada presentation progress...cesshhhh!! hampeh ja, mmg la watak2 tuh budak2 research....tp heran..maintain ja mimpi tuh..sama ja keadaannya...mmg la copy paste ja..then play again.

:: 'The Legend Road' kat Ganu ::

Ronda2 kat Ganu hari tuh membuahkan satu kenangan yg menyebabkan aku n aida gelak pecah perut dalam TAA. Maunya tak, tetiba tertulis perkataan yg relate ngan 'legend' yg pernah kami kenai. Hehehehhe...sanggup ngaku diri sendri 'legend' itu yg x tahan!

Insiden gelak ketawa tuh terjadik masa on the way kami ronda2 bandar KT. eda bwk ke area pantai batu burok ptg tuh. Aku pon ambik kesempatan pantau sekeliling. Then, terbaca satu papan tanda ....uiikkkk..."cik eda ada tmpt nama Panji Alam sinih nuh!" Teruja aku menegur nama tmpt tuh.

Apalagik....gelak2 la kami, tingat kat sorg hamba Allah nih. kekekkeke, aku pon secara spontan menggelarkan kwsn tuh 'the legend road' .... semua area tuh dinamakan ngan nama 'legend' tuh..ada sekolah...jalan....mcm2 lah....hishhh,..mmg patut dpt gelaran 'legend' smpi ke Ganu pon ada nama dia tuh......uishhhhh,..dahsyat 'legend' nih...

Wednesday, June 08, 2005

:: Lirik Pilihan ::

Di Dalam Sepi Itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

ps: Spjg dua hari aku gi exam PTD asyik layan kaset Sudir ja, last2 sangkut ngan lagu nih,layan ...layan...

Monday, June 06, 2005

:: Permulaan bagi Pengakhiran Kecewa ::

Aku dah buhsan maafkan diri sendri ... aku dah tak nak bagi peluang utk buat kesilapan yang sama setiap kali.... aduhh....naper la aku leh kecewakan diri aku sendri.... mana pegi azam aku dulu? Ya Allah.... Okeh...nih la agaknya kata2 org yg dah kecewa kan? (Intro baru nih, jgn panik)

Ini la baru aku menulis semula setelah sekian lama aku sepi tanpa coretan. Sebenonya mmg sedih la jugak sbb apa yg aku azamkan masa sambut besday lepas x dapat...aku bukan mintak emas, berlian.. cuma sebuah tesis yg hampir sempurna utk tatapan dua bola mata sendri...itu pon aku GAGAL....camner nih? isk isk...mmg sadis...

Org lain dah melangkah ke alam baru, aku masih di takok lama... ahhhhh, bukan salah sapa2...cuba renung balik, ada ker usaha nak buat tesis? Fokus ke? Ada...ada....tapi naper takleh habis? Gangguan? apanyer? beban t/jawab yg x pernah ada kunjung padam, tapi aku harus tunaikan...iskkk..naper masih beralasan? org lain boleh buat....

Itu pon ayat2 org frust... isk....cuber positifkan diri....Setiap benda ada hikmahnya...cuba la utk membuat sebuah permulaan bagi mengakhiri kekecewaan dulu...itu la moral of the story!

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...