Thursday, December 13, 2007

:: Pengakhiran Sebuah Permulaan ::

Dah masuk bulan terakhir neh, mcm2 kena pikir bagi mengharungi tahun depan kan? Aku tak terlepas dari menghitung usia yang makin menginjak senja. Dan yang paling awal terasa penghijrahan tahun ini adalah tentang kerjaya aku sekarang yg dah makin matang usianya. Dlm diam tak diam, dah masuk tahun ketiga usianya. Kalu anak sendiri dah pandai patah2 perkataan...hehehheheh...

Sepjg tahun 2007, byk jugaks benda yang dah aku lalui dalam erti kata 'kehidupan' sebagai seorang pendidik. Aku lebih selesa jika dipanggil 'cikgu' sebab itu lebih memberi makna kepada apa yang sedang aku lakukan skrg. Tugas yang maha berat nih adalah amanah majikan kepada aku bermula tahun 2005 hingga sekarang.

Bukan nk ditarakan amanah dengan beban, tapi hakikatnya amanah itu terkadang menjadi beban dengan bersebab. hehehheehehe...mcm mana pulak tuh? disebabkan amanah itulah maka ujudnya beban keje..klu terlunas maka lepas la t/jwb, tapi sekiranya asyik ditangguh2kan dan semakin byk akhirnya, nah...sekarang dah terbeban la jadinya. Am I right?

Sebenarnya, apa yg aku nk luahkan kali neh berkaitan dengan responsibility sbg apa jua yang kita lakukan dalam idup. Yg aku nmpk di pejabat aku sendiri, ada org begitu mempunyai jiwa pendidik, ttpi bila diuji dengan tugas sampingan yg lain, dia GAGAL....ada org pula asyik tumpukan kepada tugas sampingan sehingga tugas HAKIKI dilupakan. Ada pula menipu dalam melaksanakan tugas. Menipu markah pelajar kerana tidak ujud sebarang penilaian pelajar seperti kuiz, ujian dan tutorial.....Itu yg aku nmpk depan mata....yg aku tatau, byk lagi agaknya...dan mcm2 tektik dijalankan hanya untuk melunaskan keje masing2.

Bagi aku setakat sekarang aku disarankan supaya berusaha menghalalkan gaji. Bos aku punya ideologi la tuh. Pada aku benda tuh betul dan kenapa tak mo ikut? Mmg kita keje utk hidup dan hidup kita perlu ada KEBERKATAN. Itu salah satu sebab yang boleh membuatkan hidup kita diberkati.

Tadi pagi member seopis aku tanya, " kak siti, apa azam tahun baru?" Aku yg baru smpi pejabat tadi agak buntu utk berfikir. Apa agaknya ya....sora hati aku mula tertanya2. Tapi akhirnya mulut aku berkata "Hmmm, takde lagi la azam ....thn lepas punya lom dapat lagi"...heheheehh..... betol ka? Ntah la apa azam aku thn lepas? keh keh keh...hanya Dia saja yang tahu.

Sedetik pon waktu takleh undur....itu aku paham....dan dengan masuknya angka 2008 dalam kalendar nnt, akan meningkat la tahap dari Pentium 2 ke Pentium 3. heheheheheh ........okeylah, setakat neh dulu...opis aku lengang neh, semua kuar jaga exam, aku bertugas petang nnt. So ada masa la berblog di pagi hari.

ps: 24/12 neh gi UPSI ..... tak suka ..tak suka....tak suka....

Sunday, December 02, 2007

:: Anugerah Ketua Jabatan JMSK ::

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Pada 20/11/2007 lepas, jabatan aku mengadakan hari anugerah ketua jabatan untuk pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang....hehehehehh....kalu tgk dalam pic kat atas tuh, tuh la anak2 didik aku yg dapat anugerah tuh, kembang idung cikgu dia....ekekekke...aku jadik penasihat kelas untuk kelas budak2 tuh, so ala2 mama kepada depa la....dapat lak 3 anak dara cerdik..leh tumpang bangga....

Aku tak de citer sgt nk dihebah2kan dalam blog neh.....selain dari aktiviti tuh, ada lagik agenda jabatan aku neh, mcm Tautan Mesra (sukaneka dalam jabatan). Dah lama tak menulis 'sesuatu' yang best, ghasa cam ide dah makin tumpul utk berkarya...terlalu byk masa aku bazirkan utk buat keje opis. So, aku leh katakan kat sinih, meh kita kaji proverb Cina yang mengatakan bahwasanya, Dengan duit manusia dapat beli JAM tapi BUKAN MASA. hehehhehe, betol la kan? Skrg masanya aku mula belajar menghargai masa untuk diri sendiri...masa dengan diri lebih bermakna ..ngeh ngeh ngeh!....

Ada masanya aku lebih byk berfikir dengan situasi dipersekitaran sendiri....aku makin banyak belajar tentang sifat2 manusia....ada suka, ada duka, ada sedih ada gembira.... tapi apa2pon aku lebih banyak berdiam untuk mengkaji dan terus mengkaji tentang manusia neh.....ala2 buat research jugaks la...alahai sebut perkataan yg satu tuh buatkan NERVOUS lama kembali plak...ekekeekekek....aku dah dapat hasil dapatan daripada pengkajian aku baru2 neh....aku dah leh buat rumusan....mmg pengalaman sajalah leh menjadi panduan hidup kita...bila dah ada pengalaman sendiri dalam 'sesuatu' hal, maka kita akan cepat beringat dan jadikan itu panduan masa depan. Sedar atau tidak, hanya manusia yg benar2 menghargai kita saja akan LAYAK dipanggil SAHABAT.

Naper aku ckp camtuh? Aku belajar dari pengalaman idup yg sedang aku harungi skrg neh. Byk feel manusia dah aku belajar n kaji. Mmg manusia ada sifat penting diri, tak boleh ujud kelebihan pada org lain atau kekurangan pada diri sendiri, suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain, kerap kali tidak sedar akan kesalahan sendiri...malah ada juga yg tidak pernah mengakui kesilapan w/pon nyata berlaku depan mata. Tak kurang jugak yang kerap memanipulasi sesama sendiri demi kepentingan sendiri.....malah sanggup tikam belakang kawan yang dulunya sebumbung tinggal bersama. APa lagi yg patut aku luahkan kalu begini situasi aku alami skrg?

Kenapa tak bertindak? Apa yg aku patut buat? Elakkan dari golongan yang berkaitan? Hmmmmm....aku banyak serahkan pada Allah segala 'Sesuatu' yang berlaku dalam idup....then aku lebih suka muhasabah sendiri semua yang berlaku dan lakukan SEIRI utk mengurangkan apa yg tidak sepatutnya....

Adios!

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...