Thursday, June 25, 2020

:: Raya 2020 ::


Salam Aidilfitri, minal aidil wa faizin ...


Tahun 2020 ni berbeza sekali sambutan hari raya. Tapi Alhamdulillah, covid-19 ni mencipta hikmah yang tidak terpikir dek akal. Sulong, aku, keempat, kelima, sembilan dan sepuluh dapat bertemu mencipta moment bermakna raya buat mak dan Apu. 


Apu....hmmmm, keramat sungguh perkataan itu buat aku tahun ini. Tiada sebarang jawapan aku dapati akibat perbuatannya tidak mahu berckp dgnku  sepjg aku di rumah bermula 10 Mei 2020. Hanya satu jawapan yg aku boleh fikirkan iaitu tidak selesa dgn kepulangan aku dari zon merah covid-19. Mungkin marah sbb kami adalah orang dari zon tercemar covid, balik ke kampung membawa bahana virus yg bagi aku sudah pasti kami selamat selepas 2 minggu kuaratin di rumah. Ya Allah, bingung sendiri aku. Sampai skrg masih belum ada jawapan. Aku mohon ya Allah, kau berikan aku jawapan itu. Amin.




:: Selamat Tinggal Putrajaya, hai Ipoh Perak ::


Usai memikirkan tentang tesis aku yang tade kesudahan, aku pon terfikir nk bukak blog aku yg dah lama bersarang. Sepanjang aku menulis tesis 3 tahun lepas, mmg tade apa2 update pasai hidup aku. Cuma kepikiran kali ini sebabnya mood aku untuk menulis mula terbangun. So, hentakan keyboard aku membingitkan member sebelah aku ni.

Setelah 3 tahun aku di JPP** Putrajaya, aku mendapat re posting ke PU* Perak. Ya Allah, betapa aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan ini ya Rabb. Syukur sgt. Aku memang sukakan persekitaran pengajaran ni. Tapi sini, pelajar akan berbeza la sedikit. But, mmg aku paham sgt pepatah lain padang lain belalang...lain org lain la ragamnya. Insha Allah akan aku cuba mencari keserasian dengan mencipta keharmonian dengan orang2 di sini. Dengan restu Allah dan ibu bapa aku, pasti akan ku dapatkan itu semua, amin.

Yang pasti skrg otak aku berlegar2 memikirkan apa teknik sesuai utk aku langsaikan tugasan aku tu. Ya Allah berikan aku idea bagi menyelesaikan permasalahan tu..Amin.

Untuk pengetahuan semua, aku dah berpindah daripada Putrajaya ke Ipoh tanggal 27 April 2020. Daripada berfungsi sebagai penolong pengarah yang mmbantu hal2 pengurusan skrg aku kembali lincah ke arena pengajaran. Alhamdulillah, tiada komen panjang sebab aku sgt percaya Allah punya ketentuan yang tiada kegusaran melainkan kebaikan semata-mata buatku.

~hujung minggu kembali ke Kampung...mmg itu kehidupan aku pada 10 tahun lalu semasa di Jitra

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...