Thursday, January 08, 2015

:: Pelbagai pendapat ::


Kisah aku di sebuah makmal di sebuah uni di selatan tanah air.

Keliling aku cuma ada dua orang melayu, yang ada cuma mereka sahabat dari negara luar seperti Sudan, Palestine, Pakistan, Kenya, Iran, Iraq, Oman, Nigeria dan Indonesia. Yang melayu kadang2 datang lab, kekdg tade di lab, so aku kena la tune language aku ke english. Letih jaw aku nk nyebut patah-patah english yg sememangnya jarang sekali aku praktiskan. Mmg english diajar sejak darjah satu, tapi nk gunakan bahasa penjajah tu aku jadi sentimen sikit. Nk belajag cuma utk tahu saja. Nk kata guna sebab nk tunjuk bijak memang tak la. Aku kureng gemar sebenarnya. Bagi aku melayu ada identiti depa sendiri. Jati diri kental menampakkan seseorang lebih menarik dan berpendirian. Itu pandangan peribadi la. Jgn sampai assabiyyah sudah la, sebab dalam Islam kesederhanaan itu segala2nya dalam hal sedemikian. 

Okey, abis tentang pandangan aku, english dan jati diri. Sekarang aku nk citerkan peel sorg2 kawan2 international aku ni. Mereka semuanya menarik dan punya latar yang pelbagai warna. Aku paling rapat ngan tiga orang dari kesemua mereka. Tasneem gadis Muslim yang manis dari Palestin. Dia berperwatakan sederhana sesuai dengan nama dia yang punya makna air mata air dalam syurga klu tak silap aku dia ada bg tau. Sejuk dan menyamankan. Klu tengok dia tenang dan istiqomah dalam segala hal. Akal yang bijak dan ketegasan ketika berhujah. Aku sendiri kagum dengan ketenangan dan kesabaran dia. MashaAllah, kita faham apa jadi dengan negara dia. Lebih2 lagi dia dari Tebing Gaza yang penuh bergolak. Niat dia cuma satu, abiskan phd dia then sambung post doctoral kat mana2 negara yang senang utk dia apply kenegaraan. Bagi dia, lebih mudah berurusan dengan dunia luar jika tidak dikatakan rakyat jajahan Israel kerana dunia enggan iktiraf Palestine sebagai negara tak tidak mahu pula menyokong Israel yang dikatakan rejim kejam zionis. Jadinya mereka yang berasal dari tanah mulia itu tertindas dan tergantung status. Aku cuba bayangkan jika aku berada ditempat dia. Mana nk bawak diri lepas ni? Moga takdir Allah utk dia adalah yang terbaik, Amin.



Lain pula kawan aku dari Pakistan. Seorang ayah kepada dua anak perempuan yang comel dan suami kepada seorang wanita Pakistan yang cantik. Ali nama glemer dia. Anak sulung kepada jurutera kapal terbang dan mempunyai adik beradik yang berjaya semuanya. Dia pensyarah di salah sebuah universiti di negara dia dan menyambung pelajaran dengan tajaan biasiswa dari negaranya. Sangat positif dan baik hati. Pemikiran dia juga terbuka dan selalu menjadi tempat meminta pertolongan dari rakan senegara. Agama yang menyatukan kami dalam setiap perbincangan kerana masing-masing memahami Islam dan senada juga dalam banyak hal. Cuma perbezaaan mazhab yang diikuti menyebabkan ada tergelincir pendapat dalam hal2 yang tertentu. Apa2pon Islam lebih mementingkan penyatuan. Perbezaan yang sedikit ini boleh dijadikan batu sempadan dan pelajaran atau dibiarkan saja tidak dibahaskan utk seketika. Faktor seusia menyebabkan aku byk berkongsi kisah rancangan tv sewaktu kecil dan permainan yang digemari. Ajaib penemuan ini, kebanyakan benda sama sahaja. Aku tersenyum sendiri. MashaAllah, aku baru tahu ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Adil.


Juliet Nyokabi Ghaituru seorang gadis Kenya yang manis dan halus tutur kata. English dia power beb! Bapa dia phd holder dan mak dia guru. Latar belakang yang bagus dari segi pelajaran dan moral jugak baik. Dia penganut Kristian yang tidak gemar berbincang tentang hal keagamaan dengan kami. Mungkin isu sebegini bagi dia tidak digemari kerana boleh mencetus rasa tidak selesa dan sebagainya. Kami amat menghormati antara satu sama lain. Dia senang utk dibawa berbincang dan tidak lokek ilmu. Selalu membantu dan murah senyuman. Amat mementingkan kebersihan tetapi tidak begitu menepati masa. Mungkin ini sikap yang amat berbeza dengan kami lain. kalau kita selalu digembar gemburkan dengan janji melayu, sekarang keadaan sudah berubah bila aku mengenali dia.


Agak kelakar jika hendak difikirkan keadaan aku sekarang. Adaptasi adalah proses terbaik untuk aku. Setiap mereka punya pendapat tersendiri tentang aku. Aku pula bersikap sepertimana yang kawan2 aku mengenali aku sebelum ini. Jika mereka kenal aku , maka itulah aku sekarang. Sama cuma versi sekarang sedikit omputeh lah ada subtitle. Tapi aku bangga jadi anak Malaysia. Alhamdulillah, semuanya cukup dan tersedia. Bumi yang sentiasa diRahmati Allah. Ini membuatkan aku makin mengenal diri dan sang pencipta kita. Feeling bless and grateful with everything surrounding me now.  Alhamdulillah.

Wednesday, January 07, 2015

:: Azam tahun baru ::


Seperti tahun2 yang berlalu, aku pasti semaikan azam utk tahun yang baru utk kalender masihi 2015 bersamaan 1436 Hijrah. 1 Januari 2015 adalah bersamaan 10 Rabiulawal 1436 H. Dah nk dekat2 ngan Maulidur Rasul nmpknya. Moga Allah memberkati aku sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W..amin.

Tahun baru aku berada diperjalanan terdahulu kehidupan aku. Aku sudah memasuki fasa kedua utk perjalanan baru kehidupan aku ni sebenarnya. Memang mata memandang tidak akan sama sekali sama dengan bahu yang memikul. Aku percaya hanya Allah bersama aku ketika suka atau duka sebab perjalanan kali ini memang sepi dan memeritkan. Susah nk diceritakan dengan ayat dan perkataan tetapi bila dialami sendiri ianya akan berbicara dengan fasih.

Entah kenapa terkadang diri amat malas memberikan kerjasama. Dengan akal yang waras aku dapat rasakan aku perlu berbuat sesuatu dengan masalah ketidakselarian pemikiran dan perbuatan aku ni. Aku mahu melakukan sesuatu tetapi seolah2 ada sebahagian lagi hendak menangguhkannya. Natijahnya, aku sendiri yang menanggung sengsara. Aku tak berhasil berbuat apa2 utk sehari. 

Perhatian yang banyak dilarikan kepada benda2 lagho jugak membuatkan aku begitu tidak fokus. Aku banyak berhabis masa mengadap sesuatu yang tidak berkaitan.....masa terbuang begitu saja. Salah siapa? hmmmmm, aku jugak mangsanya.......masa adalah MUSUH utama aku sekarang....aku perlu gunakan masa yang Allah berikan secukupnya utk kerja dan ibadat..... doakan aku sahabat semua, agar jgn malas dan lebih fokus dalam perbuatan. Amin.



Thursday, January 01, 2015

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...