Saturday, May 16, 2015

:: Lirik Pilihan ::


::Andai hatiku bersuara::
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.

Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.
Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

kredit : penyanyi chomel ft rya rahman

Monday, May 04, 2015

:: Cuti yang terpendam ::


Sejujurnya....aku dah lama pendamkan niat aku yg satu ini...sejak Disember tahun lepas (ayat poyo nih mmg takbleh blah!!! but it is TRUE). Aku mahu balik kampung. Jika diteliti niat ini biasa aja kan. Sesiapa pon mmg secara lumrahnya akan merindui kampung halaman setelah lama berada ditempat asing. Aku juga termasuk dalam golongan ini. Cuma bezanya kali ini, niat ini tertunda dek kesibukan kerja yang mendatangi secara tidak disedari. Apakah aku patut menyimpan saja niat sebagai satu azam yang belum terlunas? Atau dijerukkan rasa rindu ini hingga menjadi perasaan yang terkadang aku tewas utk terjemahkan dengan perkataan. 

Apa tidaknya? Insan yang sorang ini lemah tatkala diuji dengan kesukaran rutin sebagai seorang pelajar. Kemampuan aku terbatas dek badai pengetahuan yang melampaui had. Aku amat menyedari akan ilmu Allah maha luas....subhanallah, dan bila diukur dengan ilmu yang aku ada, hanyalan hama yang berterbangan ringan diudara. Aku bandingkan diri dengan orang sekeliling yang mashaAllah hebat2 ilmu pengetahuan mereka. Aku kerdil sangat, mcm cicak kurus yang melekat di dinding makmal aku jer. Perhatikan keadaan sekeliling tanpa mengetahui apa agenda sebenar melekat di sana, sama ada akan ada rezeki melintas atau bahaya yang mengancam. Tapi kekal di sana mengharapkan 'sesuatu' yang dimatlamatkan sebagai penantian.

'Sekali air bah, sekali pasir berubah'...pepatah itu sinonim dengan situasi aku sekarang. Hilang deria keseronokan utk berhibur kerana hiburan harianku cuma rutinku dengan tuntutan mencari jawapan yang tidak tahu punca dan arah tujuan......Hilang deria menikmati detik harian, kerana masaku berhabis di makmal bersama PC dan nota catatan.....hilang deria bersukan kerana kesuntukan mengejar due date yang hanya menuntut aku memanjat dan menuruni tangga pejabat dan rumah sewaku ditingkat lima (mujur aku ada latihan kecergasan setiap hari, tade la semput)....akibat semua ini, aku merasakan aku dah dijelmakan dalam jisim yang baharu. Berubah cara bercakap mungkin, berubah cara menegur mungkin, berubah cara berlawak mungkin.......aku harap ini dapat diterima oleh sesiapa saja yang mengenali aku kerana aku tak boleh membezakan perubahan yang sedang berlaku, cuma aku rasakan kehilangan deria2 tersebut. Maaf kepada insan2 yang telah aku janjikan 'pertemuan' walhal aku terpaksa batalkan tanpa niat. Undangan perkahwinan saudara terdekat, kenduri kekwn yang tidak dapat kusahut dengan kehadiran......semuanya kukira takdir terbaik bagi aku dariNya. Aku anggap 'sesuatu' akan berubah....harapnya perubahan yang lebih baik, Amin.

Dah lama tak mengetuk keyboard, aku rasa mcm kekok plak nk membunyikan ketukan ini secara berterusan dan lancar dalam makmal kerana khuatir yang mendengar disekeliling tertanya2 akan progress research yang telah aku buat walhal hanya update blog harian...ekekekekkekek...maknanya terhenti dulu catatan merapu aku kali ini. Aku yang senantiasa mengharapkan 'sesuatu' dariNya akan senantiasa menjadi pengembara di bumi Allah. Amin......

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...