Thursday, December 13, 2007

:: Pengakhiran Sebuah Permulaan ::

Dah masuk bulan terakhir neh, mcm2 kena pikir bagi mengharungi tahun depan kan? Aku tak terlepas dari menghitung usia yang makin menginjak senja. Dan yang paling awal terasa penghijrahan tahun ini adalah tentang kerjaya aku sekarang yg dah makin matang usianya. Dlm diam tak diam, dah masuk tahun ketiga usianya. Kalu anak sendiri dah pandai patah2 perkataan...hehehheheh...

Sepjg tahun 2007, byk jugaks benda yang dah aku lalui dalam erti kata 'kehidupan' sebagai seorang pendidik. Aku lebih selesa jika dipanggil 'cikgu' sebab itu lebih memberi makna kepada apa yang sedang aku lakukan skrg. Tugas yang maha berat nih adalah amanah majikan kepada aku bermula tahun 2005 hingga sekarang.

Bukan nk ditarakan amanah dengan beban, tapi hakikatnya amanah itu terkadang menjadi beban dengan bersebab. hehehheehehe...mcm mana pulak tuh? disebabkan amanah itulah maka ujudnya beban keje..klu terlunas maka lepas la t/jwb, tapi sekiranya asyik ditangguh2kan dan semakin byk akhirnya, nah...sekarang dah terbeban la jadinya. Am I right?

Sebenarnya, apa yg aku nk luahkan kali neh berkaitan dengan responsibility sbg apa jua yang kita lakukan dalam idup. Yg aku nmpk di pejabat aku sendiri, ada org begitu mempunyai jiwa pendidik, ttpi bila diuji dengan tugas sampingan yg lain, dia GAGAL....ada org pula asyik tumpukan kepada tugas sampingan sehingga tugas HAKIKI dilupakan. Ada pula menipu dalam melaksanakan tugas. Menipu markah pelajar kerana tidak ujud sebarang penilaian pelajar seperti kuiz, ujian dan tutorial.....Itu yg aku nmpk depan mata....yg aku tatau, byk lagi agaknya...dan mcm2 tektik dijalankan hanya untuk melunaskan keje masing2.

Bagi aku setakat sekarang aku disarankan supaya berusaha menghalalkan gaji. Bos aku punya ideologi la tuh. Pada aku benda tuh betul dan kenapa tak mo ikut? Mmg kita keje utk hidup dan hidup kita perlu ada KEBERKATAN. Itu salah satu sebab yang boleh membuatkan hidup kita diberkati.

Tadi pagi member seopis aku tanya, " kak siti, apa azam tahun baru?" Aku yg baru smpi pejabat tadi agak buntu utk berfikir. Apa agaknya ya....sora hati aku mula tertanya2. Tapi akhirnya mulut aku berkata "Hmmm, takde lagi la azam ....thn lepas punya lom dapat lagi"...heheheehh..... betol ka? Ntah la apa azam aku thn lepas? keh keh keh...hanya Dia saja yang tahu.

Sedetik pon waktu takleh undur....itu aku paham....dan dengan masuknya angka 2008 dalam kalendar nnt, akan meningkat la tahap dari Pentium 2 ke Pentium 3. heheheheheh ........okeylah, setakat neh dulu...opis aku lengang neh, semua kuar jaga exam, aku bertugas petang nnt. So ada masa la berblog di pagi hari.

ps: 24/12 neh gi UPSI ..... tak suka ..tak suka....tak suka....

Sunday, December 02, 2007

:: Anugerah Ketua Jabatan JMSK ::

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Pada 20/11/2007 lepas, jabatan aku mengadakan hari anugerah ketua jabatan untuk pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang....hehehehehh....kalu tgk dalam pic kat atas tuh, tuh la anak2 didik aku yg dapat anugerah tuh, kembang idung cikgu dia....ekekekke...aku jadik penasihat kelas untuk kelas budak2 tuh, so ala2 mama kepada depa la....dapat lak 3 anak dara cerdik..leh tumpang bangga....

Aku tak de citer sgt nk dihebah2kan dalam blog neh.....selain dari aktiviti tuh, ada lagik agenda jabatan aku neh, mcm Tautan Mesra (sukaneka dalam jabatan). Dah lama tak menulis 'sesuatu' yang best, ghasa cam ide dah makin tumpul utk berkarya...terlalu byk masa aku bazirkan utk buat keje opis. So, aku leh katakan kat sinih, meh kita kaji proverb Cina yang mengatakan bahwasanya, Dengan duit manusia dapat beli JAM tapi BUKAN MASA. hehehhehe, betol la kan? Skrg masanya aku mula belajar menghargai masa untuk diri sendiri...masa dengan diri lebih bermakna ..ngeh ngeh ngeh!....

Ada masanya aku lebih byk berfikir dengan situasi dipersekitaran sendiri....aku makin banyak belajar tentang sifat2 manusia....ada suka, ada duka, ada sedih ada gembira.... tapi apa2pon aku lebih banyak berdiam untuk mengkaji dan terus mengkaji tentang manusia neh.....ala2 buat research jugaks la...alahai sebut perkataan yg satu tuh buatkan NERVOUS lama kembali plak...ekekeekekek....aku dah dapat hasil dapatan daripada pengkajian aku baru2 neh....aku dah leh buat rumusan....mmg pengalaman sajalah leh menjadi panduan hidup kita...bila dah ada pengalaman sendiri dalam 'sesuatu' hal, maka kita akan cepat beringat dan jadikan itu panduan masa depan. Sedar atau tidak, hanya manusia yg benar2 menghargai kita saja akan LAYAK dipanggil SAHABAT.

Naper aku ckp camtuh? Aku belajar dari pengalaman idup yg sedang aku harungi skrg neh. Byk feel manusia dah aku belajar n kaji. Mmg manusia ada sifat penting diri, tak boleh ujud kelebihan pada org lain atau kekurangan pada diri sendiri, suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain, kerap kali tidak sedar akan kesalahan sendiri...malah ada juga yg tidak pernah mengakui kesilapan w/pon nyata berlaku depan mata. Tak kurang jugak yang kerap memanipulasi sesama sendiri demi kepentingan sendiri.....malah sanggup tikam belakang kawan yang dulunya sebumbung tinggal bersama. APa lagi yg patut aku luahkan kalu begini situasi aku alami skrg?

Kenapa tak bertindak? Apa yg aku patut buat? Elakkan dari golongan yang berkaitan? Hmmmmm....aku banyak serahkan pada Allah segala 'Sesuatu' yang berlaku dalam idup....then aku lebih suka muhasabah sendiri semua yang berlaku dan lakukan SEIRI utk mengurangkan apa yg tidak sepatutnya....

Adios!

Tuesday, October 30, 2007

:: Meeting E-Sis::

Kali ni aku ke Seremban utk menghadiri mesyuarat E-Sis. Mmg kerapa sungguh la aku kuar kawasan, takut kena band ja nnt nk kuar kena query laks. Apa2pon aku pon accept benda neh dalam kepayahan la.....nk kena ganti kelas utk seminggu. Sib baik la aku dah buat kelas ganti last week. So, leh tariak nafas lega la sambil2 merayau2 di Seremban neh.

Masih lagi dalam mood ghaya, aku masih 'mabuk' biskut ghaya. hehehehhe...mmg best walaupon dapat makan habuk2 pon. Balik nnt aku nk mkn kuih kapit yg mak aku kasik bila balik ke Jitra. Kalau simpan tak elok mau lemau ja, but setakat aku mkn, tade lagika la...so mmg tingin la nk mkn.

28/10 lepas, ada sorg kwn aku dah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan hati (org Kota Singa, jauh tuh!). Dah lama tunggu nasik minyak dia...akhirnya bila dah kenduri aku lak takleh nk gi...sedeynya ghasa hati...apa2pon Kak Ziana, saya personally amat2 berterima kasih atas undangan tuh....cantik kad kawen ..tapi apakan daya? takdir penentu segala....tarikh yg tak match dengan situasi....tiket tade la...clash ngan meeting e-sis la......tapi doa saya tetap bersama2 ngan kak zack.....ok.....moga bahagia hingga akhir hayat dengan Mr. Kelana.

Berbalik kepada meeting e-sis aku neh, dah penat tgn menaip utk dokumentasikan manual pengguna sistem mengikut tahap keselamatan masing-masing. Aku sebenonya tetao merasakan mentah dalam bab2 sistem neh...bila mana tgk pakcik2 yg jadik programmer tuh mantap2 walaupon bukan bidang IT. Pokok pangkalnya kemahiran neh sentiasa kena diasah. Aku jadik rendah diri laks......yer la depa dah lama dlm bidang nih, aku jugaks yg terkontang-kanteng.

Oklah, nk try melawat NS kalu ada masa....nnt klu ada masa aku akan upload serba sikit pic yg sempat aku snap..... utk pengetahuan kekwn, aku dapat cinta baru...nama dia LUMIX..ekekkekekek...siok berjalan sebab ada benda nk merakamkan peristiwa...ala2 wartawan plak dah.....apa2pon i like this cute LUMIX. ~Adios

Tuesday, October 23, 2007

:: Aidilfitri 2007 ::

Tahun 2007


Tahun neh tema rayer kaler krim....hehehhe, mana nk carik kaler krim baju pompuan....kosong terlalu plain kan?alih2 tudung ja la kaler krim, baju still bunga2an. Apa2pon best jugaks rayer thna nehm ramai berkujung ke umah....sampai seminggu rayer masih ada kunjungan dari sanak-sedara yang jauh2 dan handai taulan yg dah lama x jumper.

Mak Yam dan Pakcik Ghani (famili angkat)datang beraya dari Jeniang. Fuh, jauh sungguh. Tapi aku siok dapat jumpa depa sekeluarga. Anak2 dah besag panjang. cucu depa yg aku tgka masih baby, masa datang tuh dah petah bercakap. Dah lama ler tempoh perkenalan kami. Aku ja tak sedag. Hari yang sama, bestfren aku berkunjung ke umah. Kebetulan, kami berkongsi famili angkat yang sama, so, leh la bertukar-tukar cerita. Tuh semua kes rayer ke-3.

Rayer pertama, mmg tak menang tangan la membasuh gelas n mangkuk meehun sup. Kembang tgn ghasa. rayer ke-2 lak balik kg sebelah mak kat Pendang. Sekali-sekala balik mmg best, jumpa org2 yg dah lama tak sembang. Especially ngan Tok la. Hehehehhehe.....leh tgk muka pon dah cukup. Kekdg ghasa nk balik ke zaman kecik2 coz Tok masa tuh lebih muda and bertenaga. So, mmg best layanan utk cucu2 yg jauh neh. Skrg neh, duit ghaya kena bagi, kalu dulu tadah tgn sure dapat singgit dua.

Oklah, kesimpulannya dulu sambutan ghaya dah tak sama ngan skrg. Dulu lagik siok....sapa sokong? alahaiiiii..... nk je cipta mesin masa.....(pengaruh filem Spielberg la neh). ~ chow dulu.

Tuesday, September 04, 2007

:: Kursus E-SiS ::

Kali neh aku sorg diri ke Kuala Lumpur....jgn tak percaya....jika dulu dgr nama KL aku dah seremmmm....skrga neh aku kena gi atas tuntutan kerja..Gila...nih mmg keje giler.

Aku naik bas ke KL....seko2 aku dlm bas membolehkan aku berilusi sebentar....hehehehhe...layan jer la ..ujan lebat lak kat luag tuh...lagi la nmpk suasana syahdu...Aku tatau nk naik LRT sebenonya. Kwn aku pesan dia mai amik aku kat MC Donald depan LRT masjid Jamek. But, aku mmg no idea nk jln dalam pekan KL neh. Jadiknya aku call la member nk mintak guide utk ke sana....but rejekia menyebelahi aku kot. Kwn aku yang nk mai amik aku tuh, dia suruh tunggu akat depan Menara Maybank. So, skali lagik aku selamat la daripada situasi gelabah. heheheh, mau tak gelabah .....KL beb bukan pekan Alor Star.

Dah masuk hari ketiga aku kat Hotel Cititel Express. Aku nih sekadar ahli baru utk group E-Sis neh. So, tak byk yg aku tau ttg E-Sis neh....but yg aku sure ianya sebuah sistem web based yang mengemaaskini maklumat semua pekerja politeknik and kolej komuniti. Hmmmm.semua neh mcm ala2 mcm masa belajag dulu.......w/pon aku ada idea ttg web based system, but teknologi yg digunakan dah update....lain beno la dari sistem yg pernah aku involve dulu........programmer lain ala2 bijak2 semuanya......mmg cekap...w/pon bukan dari aliran IT , depa semua mantap neh...update skrip asp.net dihujung jari jer....alahai....takleh la nk duduk sebaris ngan depa....Aku lebih byk kemaskini data pekerja.

Hmmm...esok dah time for me to relax kat KL jap...ingat nk lepak ngan member2 lama......so... till we meet next time. Aku permisi dulu. Nk rehatkan diri sementara esok petang, last day. Bye kekwn...... sabtu aku kembali ke jitra. Miss POLIMAS already ..... especially TV kat umah.

Monday, August 27, 2007

:: Puisi Pilihan ::

~ Ku ishtiharkan Milikan Hati ~

Telah kuishtiharkan milikan hati,
Hanya PadaMu Ilahi,
Pada zahir ku tiada perasaan,
Kerna jiwa memain perasaan,
Telah kuabadikan cinta ini,
Pada ilmuMu ya Ilahi,
Kukenal erti hidup insani,
Dengan HidayahMu ini,
Pernah ku cuba mengintai hati insan,
Nurani menuntut pendamping jiwa,
Halus sanubari ku tahu tiada kudratnya,
Menyerah kasih pada yang mendamba,
Sesorot dalam lipatan kenangan,
Hanya mampu kusimpan permintaan jiwa,
Kerna rasa tidak memampukan aku meneruskannya,
Mungkin telah tercipta aku begitu olehNya,
Lantas hanya PadaMu,
Aku memohon agar pada masa yang suatu itu,
Aku bertemu dengan 'sesuatu' yang bukan palsu,
Aku berjanji akan serahkan kunci milikan hatiku,
Hanya pada 'sesuatu' dengan restuMu,
Amin....

Tuesday, July 31, 2007

:: Kursus Network Security ::

Aku dah 2 hari dok kt Technology Park, Bukit Jalil utk ikut training on network security. Best jugaks sekali sekala dapat knowledge br neh. Aku pon dah lama tinggal benda2 net neh, so mmg baguih la kalu nk polish balik otak yg dah karatz.

Aku akan training selama 5 hari klu tak silap....so ada 3 hari berbaki di Bukit Jalil neh. Aku akan ada test diakhir training nnt. Ekceli tiket bas balik ke JItra dah amek, Jumaat malam, but test on Saturday mlm. Aiseh, mmg leceh lor. Aku kena la juai balik tiket bas tuh n then tukar ke hari lain.

dalam hati ada nawaitu nk melawat kekwn area KL neh, but dgn jadual yg begitu pack, aku ghasa niat aku kena burn camtuh ajer. Uwaaaaaaaa...sampai bila aku nk leh jengah kekwn kl neh? Aku tak punya ruang masa yg mengizinkan. Tapi, aku yakin akan smpi satu masa aku berjaya langsaikan niat aku tuh.

Oklah, sesi ptg neh aku sukak sikit, aku akan diajar jadik hackers ...kui kui kui..ya ka bleh hack org neh....aku kena hack dulu ada la.....pernah la skali kena hack dulu, berpatah arang berkerat rotan dah dengar istilah neh.... but bidang aku nih ja, aku kena jugak belajag gamaknya.

Ok yer kekwn... doakan aku jadik hackers terkenal nnt, supaya aku bisa lawaskan hutang hackers yg eprnah hack PC aku satu masa dulu. Amin...(niat dah terpesong tuh, kena la betulkan nawaitu balik)

Saturday, June 16, 2007

:: Majlis Sukan Politeknik ::

Aku jadik tuan umah utk MSP kali neh....bukan aku ler but poli dimana aku sedang berkhidmat sekarang.....susah jugaks yer jadik tuan umah neh. kebetulan aku lak dalam unit sambutan and jemputan..kena la manis2kan muka w/pon tak baper nk ikhlas tuh. Aku n geng sambutan kena gi menjemput poli Mukah dari Sarawak sehari sebelum perasmian perkampungan sukan kat POLI***. Aku pikir2 balik cam ngada2 lak depa sampai kena berjemput2 bagai......kami la letih kena gi KL...and aku lak klu kena gi KL neh alergik sepi sikit.....ada la hidung tak sedap ghasa nk bersin la....tekak perit2....hehehhe, tanda2 awal la tuh...sib baik jugak kat LCC Terminal ja, so tade la masuk dlm town kan? Klu tak silap la, sebab KL neh aku tade idea langsung....


Minggu penuh ngan xtvt neh jgk la aku kena gi outstation...aiseh......petanda apa neh? baik or?????. But aku terima ja sebab kena replace org plak.... asainya jabatan len kena gi, alih2 dia tak dapat gi, so aku la si 'bidan' terjunnya. Tatau la apa nk jadik ngan MSP neh. Aku tade nk mengikuti perkembangan xtvt MSP. Misti ada kejadian2 yg menarik sepjng MSP neh...aku kena la update kat team sambutan nanti klu nk tahu. Yg paling best aku ghasa Dinner utk perasmian dan penutup.....fuhhhh, makanan sure besh2. But, aku plak takleh nk merasa n join da club.


Oklah setakat neh dulu aku update kehidupan aku kat sinih....lenkali aku story mory lagik yer kekwn semua.....muah...miss u all!

Sunday, May 27, 2007

:: Semalam Yang Penat ::

Aku berjaya marathon dari Jitra ke Bandar Baru then patah balik dari Bandar Baru ke Alor Star dalam hari yang sama, cuma selang beberapa jam. Keh keh keh....keje giler....penat nk mampueh...saper cakap aku sajer2 ja nk pecah rekod peribadi? Aku punya mission yang penting, dan melibatkan antara idop dan mati (kununnya la...aku pon tak sure).

Mak aku dapat panggilan dari adik dia (mak sedara aku kat SP), yang nenek aku sakit tenat sampai takleh bukak mata n berjalan....cuma menginsot-insot nk kemana-mana. Aiseh, nih kes teruk bagi pendapat aku. Aku sampai ja kat umah dalam koi 6.30 ptg hari Khamis tuh, then Apu suruh kami bertolak lepas maghrib tuh jugak ke umah Mak Su aku kat Pendang(tmpt nenek aku dipindahkan selepas dia sakit).

AKu ngab mak n 3 org adik lelaki siap2 secara pantas, capai aper ajer yang terfikir then terus bertolak lepas solat maghrib. Aku ghasa dah penin2 lalat sebab penat kot. Baru ja lalu highway tuh ptg tadik, neh nk kena lalu lagik. Tapi dengan misi cemas yang aku dapat, aku nk la supaya misi nih berjaya kan....AKu tekadkan ati, trus memecut PFU meredah suasana yg kian menghampiri malam ketika itu.

Alhamdulillah, kami tiba ke destinasi tepat jam 9.30mlm. isk isk, kira agak pecut la aku tadik, sib baik mlm, tade la pistol2 pak trafik menembak kot....hopefully tade la...kes kecemasan la datok! Aku sampai ja, nmpk umah Mak Cu hanya terang ngan cahaya lilin...sah black out la neh. SUre panas nih. Takper, asalkan leh tgk nenek tercayang aku OK jer...mak aku lagik nmpk teruja, tak peduli apa2 dah, trus meluru masuk umah Mak Cu. Aku park kete lu, then ambik napas, kang nk tgk drama ayag mata lak...ekekekkekekekek....besa la dah jadik lumrah famili mak aku mmg suka berlenang ayag mata kalu juper......apa la sumpahan agaknya yer...

Aku ngan adik2 lentok dah menyandar tepi2 dinding batu umah Mak Cu. Aku tgk nenek aku tgh cakap handset masa tu. Alhamdulillah, tade la cm depa ckp...mcm cemas ja gaya ckp, but dia sihat ja aku nmpk...agaknya sakit rindukan anak2 kot. Org tua2 neh tade nk ckp kalu rindu ke haper ker, cuma anak2 la kena paham sendiri. ooooo...camneh rupanya klu org tua rindukan anak2nya...siyan tgk nenek aku....dia cam sayu je tgk anak cucu datang melawat dia....trus leh bangun....nk makan ubat....cam2 la dia nk buat....Aku kena invite tido sebelah dia.....tanpa lengah lagik, trus amik bantal...aku landing n zzzzzzzzzzzzzzzz (tak sedar diri smpai esk pagi).

Pagi2nya semua adik2 mak aku berkumpul makan sekali kat umah Mak Cu..meriah ca, kenduri laks...hehehheheh...aku mmg suka reunion keluarga neh, mkn best..sedap2....Lepas zohor ja trus bertolak balik ke Bandar Baru, sebab ptg Sabtu aku dah kena balik ke Jitra. Ahad dah sekolah. begitulah berakhirnya minggu marathon aku ... aku puas dalam penat sebab dapat jumpa nenek n sekali gus leh puaskan hati mak aku yg dah lama rindu nk juper mak dier.... Ok lah, smbg keje..skrg neh tgh buat surat penempatan pelajar nk gi Latihan Industri...byk lagik dok siap neh..ok yer...Chow~

Saturday, May 19, 2007

:: Tahun ke -29 dalam Idup ::


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

HAri neh genap tahun ke-29 aku hidup atas muka bumi Tuhan yang Maha Agung dan Maha Suci. Aku bersyukur sgt2 diberikan nafas untuk terus bernyawa, Alhamdulillah. Kepada kekwn yg selalu singgah blog aku neh, sori bebyk la yer, dah mcm utan simpan dan blog aku neh. Bukan setakat naik sawang, dah jadik habitat tetap utk lelabah n serangga yg sewaktu dengannya. Bukan lupa or tade masa, but masalah network yg makin teruk dari sehari ke sehari, naka kater takde org jaga, mcm ada...but mcm neh la...kena wait forever la kot.

Aku tak nak ckp pasal yg tak best, sebab akan semakkan lagi paler otak aku yg serabut. Aku semakin takde idea lak nk menulis...dah lama tak mengasah bakat neh. MMg byk sangat citer aku nk kongsikan dengan kekwn semua, but tang mana nak mula neh? let me think pes OK?

Firstly, aku nk panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana setelah sekian lama aku konvo juga akhirnya.....heheh, leh refer gambar minah kat atas tuh, sengih sorang2 bawah pokok depan DMAS. But, kali neh aku mmg pueh hati, leh lupakan ttg buku itam bertatah tinta emas. ekekkekeek....dah ada satu copy utk aku, but utk papa Naz lom bagi....apa nak jadik....aku ketag mau gi jumpa dia.....dia sure perli abis......itu yg aku takut. Hari tuh, gi melawat dia pon sib aku agak malang sebab kena jerkah depan muka pintu bilik dia, dah la bwk geng poli gi skali...mmg malu seposen. Tapi aku tebaikan muka sengih2 lebey kurang, dia cool akhirnya. Itu la papa aku yg baik ati, kerna dia aku ada semangat nk abiskan tesis. Tq papa. And masa konvo, parent aku ada dua, plus ngan pes time dapat bunga sejambak dari kekwn....terharu lagi seposen. Tq lep n frens, aku hargai kesanggupan hgpa beli bunga tuh, diap ada patung pooh. Tak Tahan!

OK, abis ttg konvo, aku nk citer ttg kunjunga ke KL sempena Festival Buku Antarabangsa kt PWTC. Aku gi sana atas arahan P**IMA* la....aku gi ja sebab free dok Hotel Dynasty dua hari keh keh keh...Aku gi sana sebab kena pilih buku rujukan utk jabatan. Smpi2 ja trus gi PWTC utk pilih buku. Blom sempat pon check-in hotel, aku diarahkan trus naik van yg agen sediakan utk pilih buku.....penat mmg penat but, smpi2 ja aku nmpk banner AIM...ngeh ngeh ngeh...ooo, rupanya kat PWTC pada masa yg sama ada AIM. Patutla mcm kenal ja sorg mamat yg tgh jalan2 tuh, oooo Fazli Harapan rupanya...eh eh, mamat baju merah tuh, loh Zahid AF2 rupanya......ewah2, mmg ramai la...

Aku dok kerling2 kat booth Alaf 21.....semua penulis buku2 jiwang aku dok sebaris utk tandatangan buku....fulamak, dapat tgk live depa..mmg siok.....kagum la plak sebentar.....member aku trus beli buku baru Ramli Awang Murshid yg baru n berbaris sama utk dapatkan autograf...hehehhehe, aku lak tgk ja la, sebab selok kocek, cukup2 mkn ja....maklumla gaji lom masuk...but aku enjoy the moment ja la....capture setiap saat utk dijadikan kenangan indah pulang ke Kedah nnt. Bila dah balik ke Hotel, penat gahsa seluruh anggota. Aku kejang kaki sebab kena berdiri sepjg masa utk pilih buku tadik. keh keh, esok ada lagi sehari utk pilih buku...last day kat KL. MLm tuh ex-roomate aku call nk juper. YEs! Yes! mmg taget aku nk juper member kat KL, but ada yg balik kg laks. So, aku set date ngan dia ja la esok sebalom bertolak gi ke PWTC utk pilih buku balik trus ke Kedah dari sana.

Pukul 10 pagi, aku mintak excuse utk gi ke PWTC ngan ex-roomate aku.Ok jugaks depa leh paham. Aku janji juper ngan dia kat lobi hotel, bila aku gi ja dia dah siap tunggu......trus la jadik babak drama sebentar. Hehehhe, siap bawak anak sulung lagik, comel mcm dia.....kami lepak2 kat pool tingkt atas hotel....best sembang ngan dia...but takleh lama kerna aku masih ada uncomplete mission. LPs puas sembang, aku mintak dia antar ke PWTC utk kembali ngan geng2. Lps lunch kami bertolak balik ke Kedah. hehehehhe, lenkali klu tade org nk gi pilih buku aku sanggup tlg lagik....ekekkekeke, sambil menyelam minum air la.

Oklah, aku kena sambung keje opis yg masih berbaki. Mana pernah abis kerja2 neh...smpikan masa utk diri sendiri pon ghasanya tercuri dgn keje. Nih ujung minggu mai opis wat keje, sebab masa opis takleh nk spend time buat keje lain. OKlah, doakan yg terbaik utk aku kekwn....mudah-mudahan kita akan senantiasa 'keep in touch' walaupon terjarak kedudukan kini. Skrg neh, hope aku makin matang dalam segala2nya......and jgn lupa doakan aku cepat2 dapat *o*oH! ngeh ngeh ngeh!..... juz joking...klu nk jadik sekelip mata ja kan? so, kelip la mata masing2.

Saturday, April 07, 2007

:: Qadha ::

Setelah sekian lama, kini aku kembali aktif mencoretkan ceritera terkini yang telah aku tinggalkan . Seingat aku, dah beberapa kali aku kena Tag ngan kekwn (zampeada and akicat)....then kisah aku pada 11/03 lalu belom berkesempatan aku kongsikan dengan kekwn senja aku.......apa lagi ek? Nk update pon masa balik kg ja la...... kt tempat keje, depa dah tutup port utk buat keje2 lagho neh. Takper lah, at least, aku bleh baca, walaupon nk membalas terbatas. Citer hapdet kekwn aku akan jenguk2 la ....nk komen tuh takleh lor :(...
kali neh aku akan langsaikan berkenaan tag dulu la.....nnt aku akan hapdet kisah aku n seseuatu yang len plak...


6 Perkara Pelik yang ada pada Aku....(nk kata pelik sgt tuh takde la..but bagi aku maybe len dari sesetengah manusia kot)

1. Perkara yang dah lama aku kaji tentang diri aku adalah aku akan selalu dapat benda yang aku tak berapa GEMAR. heheheheh, maybe ada org paham kot maksud aku (kalu member baek aku depa sure tau). Aku leh bagi contoh la, dulu masa sekolah, UUM adalah universiti yang paling aku tak gemar..last2 aku masuk jugak.Bila dah masuk plak tak ingat nk kuar....iyer la sayang sgt smpi 10 thn aku bertapak di situk. Hah bidang pendidikan bukanlah jiwa aku , but skrg apa dah jadik? cikgi jugak aku pilih dan skrg dah mula jatuh chenta!...camner tuh?Allah punya Kuasa .....

2. Aku paling sukak makanan...dari kecik, aku adalah manusia yg tatau tolak klu disuruh mkn.....sebab tuh aku paling BESAG dalam famili.......ada pendapat lak cakap anak nombor-3 dalam famili mmg lain sket, dari segi rupa fizikal atau lain2 sure ngikut sebelah nenek moyang kot.....ekekekke, bagi aku mmg btol lah teori.......kuasa Allah...

3. Kalu bab tidog lak, aku paling senang krohhhhhhhhhhh.... aku letak ja paler atas bantal, blom abis membilang ja aku dah selamat megembara ke alam mimpi yang itam........payah bebeno aku dapat mimpi.......lately lagi la....dah la bakat penenun mimpi aku lama dah tak praktis...ekekekek

4. Byk student cakap CIK CT COOL! Depa yang ckp la, aku pon kena kaji balik. But yang pelik adalah, aku takut utk marah atau terkejut melampau sebabnya aku akan lakukan sesuatu yg diluar kawalan....nk tau apa yg aku mampu buat? hehehhehe, kena tanya ahli kuarga atau sahabat handal la......segan lak nk kabo.

5. Apa yang agak menghairankan kekwn aku baik yg dah lama atau yg baru involve ngan aku adalah, nmpk mcm macho, but lagu2 yg didengarin semuanya jiwang karatz., jaman2 retro lagi tuh....camner tuh? keh keh keh....novel2 lak semua karya syahdu......leh meleleh klu baca novel sesorg.... sapa nk jawab?

6. Satu lagi tabiat aku dalah sukak bagi first impression ttg seseorng..Ntah la apa kelayakan aku nk semua tuh, tapi dalam hati aku, mmg aku sukak judge org.......tak mesti kena kenai baru nk nilai...kekdg sesapa saja aku jeling ja, terlintas trus dalam hati....tade la nk gi bgtau org len, juz simpan dalam database sendrik....sebab tuh aku senang nk ingat muka, nama, nombor plat kete...itu hobi yg aku takleh ubah....last2 kapasiti database aku dah sikit, mudah la lupa plak benda2 yg penting....alahai, kena minimakan hobi neh....lama2 dah kena format balik database ...

Oklah, setakat neh dulu...........jgn la tag lagik yer...jenuh aku analisa diri hari neh.......miss u all!

Thursday, January 11, 2007

:: Welcome Year 2007 ::

Bagi aku pengakhir 2006 adalah saat paling best dalam idop. Nak tau naper? eh eh, lagi mau tanya ka? Aku dah putus chenta ngan 'sesuatu'. Putus cinta best ka? Org len frust menonggeng, aku siok lak....ekekkekekek, jgn tertifoo. OKlah, cari sendri jwpn tuh kalu pandai.

La nih aku nk mengimbas kembali beberapa insiden sepjg thn2 lps yg memang aku takleh lupa. Satu2nya benda yg paling aku geruni adalah masa nk VIVA pada 28/05/06. Tarikh yg paling aku seronot pon itulah...sama date ngan besday anak sedara kesayangan aku plak tuh...ekekekek, berkat nmpknya.

Bulan Oktober 2006 plak menyingkap kehidupan aku sebagai pendidik untuk tempoh genap setahun jagung. OK jugak rupanya jadik cikgu neh walaupon ada kekurangan pada diri aku sendri yang tak byk sabar ngan student... hangin selalu dah....semua tuh mmg memenatkan.

Dari segi statistik lak, paling banyak aku pegi adalah majlis kenduri kawen kawan2...dah keje neh kekwn pon bertambah la....tade la kawan2 U** sajer. Mmg penin jugak la paler nk milih hadiah pengantin tahun neh...ekekkekekeke.... ada yg menjemput dan ada yang tak buat jemputan sebab majlis kecil katanya..takper asaikan aku tahu kekwn tgh berbahagia...dah cukup lega hati kan?.... Ada jugaks yang kurang bernasib baik tak dapat kejinjang pelamin..ala2 pelamin anganku musnah la neh....takper, tabahkan hati ... jodoh tuh benda yg magik...ia datang tanpa diundang....opssssssssss...falsafah...falsafah...

Aku akan tambah entry neh pada episod akan datang if ada masa dapat ku curi dari jadual aku yg semakin pack sem neh......ok, till then...adios~

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...