Wednesday, July 22, 2009

:: Sesuatu Yang Indah ::



Tepat jam 8.29 pagi tadi, seluruh Malaysia dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari separuh yang sungguh indah. Pagi nih kat Jitra suasana suram dan cuaca pon mendung seluruhnya. Kalau nk disamakan dengan mood manusia, org Kedah cakap Mandom la. Kejadian yang sama berlaku pada 26 Jan 2009. Hmmmm..dalam tahun nih saja dah dua kali benda yang sama berulang kan? Apa maksudnya tuh?

Fakta yang sempat aku kutip mengenai fenomena yang berlaku pada 26 Jan lepas dari falak online yang memetik, pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari itu, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Begitulah alkisah nya kejadian gerhana matahari yang berlaku pagi ini. Tidakkah ianya sesuatu yang Indah???

ps: Naper terasa sesuatu yang indah itu begitu menyenangkan sehingga semua yang kita nampak akan bertukar dalam bentuk warna-warni yang sukar diluahkan akan keindahannya? seluruh pandangan akan bertukar jadi bersinar-sinar dan berwarna pink?? hehehehheheh...

Tuesday, July 21, 2009

:: Pantry Banjir ::

Pagi yang penat, kini kian lelah.....but aku bersyukur sebab ada kelas dengan budak2 sem1. Sepatutnya aku ada training bola jaring pagi nih. Dah turun pon Ahad lepas. Kunun utk lawan antara POLI Sabtu nih kat PTSB. Aku n member lagi sorang asik2 jadik bidan terjun ja la, sebab tade orang nk main. Atas nama sayangkan poli sendiri, aku pon menggagahkan diri utk bermain permainan yang dah berkurun aku tinggalkan. Peraturan pon dah lupa. Sekarang aku ghasa cara main dah lain sikit kot.

Turun ja lab, tetiba dapat call dari member ckp ada budak nk juper. Aku pon suruh la budak tuh mai lab. Rupa2nya budak yang ada kelas ngan aku pagi nih nk juper. Tapi apsal sepi semcm je luar lab, patutnya klu ada kelas, dah berbondong2 budak menanti luar lab. Budak tuh datang dengan segan2 sopan dan santun. Aku agak muka dia mcm melayu, but Siam rupanya. patut la cakap pon sopan semacam budak laki nih, lembut lak tuh sora dia. Dia mintak mahap bagi pihak kekwan dia yang silap tgk jadual. Depa ingat kelas aku tade sebab aku cuma assist kelas tuh, dah lead dia gi Induksi. Aku ghasa lead lecturer tak bagitau la aku ganti, sebab tuh student semua silap tgk jadual belaka. Depa mintak aku gantikan khamis nih utk kelas hardware. OK jer, aku ghasa takyah nk geram2 pagi2 nih. Aku dengan senang hati meng'ok' kan ajer ayat2 dia n trus tutup aircond n lampu lab sebelum beredar. Lega, at least aku punya masa nk buat paper utk pembentangan nanti. isk isk, susah hati la plak.....kena bentang ka? Takuit...

Pagi nih, maybe rezeki aku nk dapat sepasang tumbler tupperware yang cumel. Kak ija dah bwak utk aku hari nih. Cik Nah lak dah bawakkan bahan2 cuci kereta yang aku pesan. Paham dah maksudnya. Kena korek la duit dari purse yang memang dah surut sgt dah akhir2 bulan camnih. Ada lagik utang perfume kat Miza. Alahaiiiii...kena la ingat bayag hari Khamis nih....hari gaji la kot.

Tetiba aku dengar sora dari sebelah meja, "Sapa ntah frooze peti ais tuh, abis banjir pantry jabatan" ..hehehehhe...mcm tahu jer saper yang buat tuh...kwang2...

~Adios

Monday, July 20, 2009

:: Kari Ayam ::


Sabtu lepas aku n geng pegi buat lawatan sambil lunch free kat umah member di Changlun. Kak Ani n famili sambut kami dgn teriakan anak2 kesayangannya yang dua orang kecik. Punyala lama tak jengah kawan2 sampai anak dah besag baru nak gi jengah.

Apa2pon aku puas hati leh juper n sembang2 ngan kak Ani. Memang siok klu imbas kenangan masa dok lab research dulu. Megekek ketawa seko2 bercerita. Tuh baru jumpa bertiga, klu ramai lagik, tak ketahuan mulut yang bercakap. Tade telinga nk mendengar kan? keh keh keh...

Menu kari ayam kak ani mengingatkan aku pada satu masa dulu...."Buha, kari nih takde kerisik"..tetiba kak ani bgtau resipi kari ayam yang sedia terhidang utk kami. Hmmm, btol la aku pernah mention dalam resipi kari ayam mak aku kat dia dulu, dia ada letak kerisik...ingat lagik dia nuh...ekekkek, biasa la benda2 cm tuh memang selalu org ingat.....org pompuan ngan resipi mana leh pisah, mcm spok ngan madgad (rujuk org2 kedah mengenai istilah nih )basikal la....heheheheh.

Masing-masing punya hidup sendiri kan? Dulu bleh la sama2 gi study..makan sekali, bersukan...skrg nih dah lain. Kena follow la cara hidup yang ada kan? Then aku realise beberapa benda yang berkaitan dengan hidup nie. Bukan semua benda yang kita nak akan kita dapat, dan kekadang tuh ada benda yang kita tak pernah terlintas pon akan kita dapat, tetiba jadik milik kita....hmmmm...apa ek? Naper berfalsampah lak nih? Oklah, yg lelain bila lagik nk buat reunion nih?

~Adios

Friday, July 17, 2009

:: Lirik Pilihan ::

Melly Goeslow - Gantung

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana

Kasih
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Tuesday, July 07, 2009

:: Kringgggg!!! Dah masuk ke Kelas ::



06/07/09 - Balik ke POLI untuk melaksanakan tugasan yang dah agak lama aku tinggalkan gara-gara tuntutan komitmen lain yg lebih berkehendak. Konsep pendaftaran budak2 poli kali neh agak berlainan, sebab wah wah, ala-ala kaunter di bank or pejabat pos je layaknya. Bagi aku yg ditugaskan pada sesi ke dua, macam payah sikit nak adapt sistem yang digunakan. Mcm renyah sikit prosesnya di kaunter yang aku bertugas nih. Apa2pon I am willing to learn. Dah banyak kali aku redah situasi mcm nih, tapi kali nih aku terasa agak tense. Sebab kelam-kabut suasana dewan plus hingar-bingar pelajar yang belum menjalani pengesahan sebagai pelajar. Agak ramai kumpulan pelajar yang belum didaftarkan berbanding yang dah berjaya. So, si pendaftar agak tertekan dengan situasi itu.

Hehheheheh....but aku bertuah sebab bertugas dengan member yang sekepala 'bengong' dengan aku. Orang dok sibok daftar, km dok siok pekena budak2 yang daftar. Maklumlah, membuli kan dah jadik darah daging masa kecik2. Aku paling nak tergelak bila ada student2 baru panggil kami dengan gelaran 'kak'. Apa plak tuh yg kena tegur, masih tersasul dengan panggilan yang sama. Mana taknya? Dah nama pon budak2 sekolah, so term mcm 'cikgu' jer yang depa selalu pakai. Paham....kami paham...

Oklah, nampaknya kena sambung keje balik sebab orang kat meja sebelah tadik, kembang-kembang idung bgtau yang RPP dah siap....Buhsannya....kena kejor ....kejor......

~Adios

ps: Kat atas tuh lencana sekolah aku yang dah banyak berjasa untuk menjadikan aku insan yang mengenal HURUF kehidupan.

Thursday, July 02, 2009

:: Terkadang Itu ::

Gambar kat atas nih sebagai tatapan kekwn yg kenal dengan famili angkat aku kat Jeniang. Khas buat Aya dan Eda leeja. Makcik Yam and pakcik Ghani kirim salam kat hangpa berdua. Tgk la meriahnya umah depa menjelang kenduri anak lelaki mereka. Hmmmm, aku pon belom pernah kenal sebenarnya dengan si pengantin nih, and sampai ke hari kenduri pon aku balik tanpa melihat pasangan yang aku raikan. Hehehhehehheh...takde rejeki aku agaknya. Tengah sedap2 menikmati nasi kenduri yang berkonsepkan kampung tuh, opis call plak. So agak terbantut aku meyuap butir2 nasi yang putih bersalut kuah kari. Memang sedap nasi kampung mcm tuh.


Abis bab kenduri umah mak angkat aku, aku nk kongsikan citer di IPOH plak. Aku telah dihantar untuk berkursus. Kursus anjuran KP** jugak la. Tapi kursus yang berorientasikan exam nih agak menekan. Adat hidup semua manusia nakkan sesuatu yang memuaskan hati, menang, dan merasakan kejayaan. tapi terkadang kita LUPA pada perkara sebaliknya iaitu tewas, kecewa dan gagal. Terkadang jugak kita sering menyalahkan NASIB atau TAKDIR diri. Jenuh aku menungkan di mana silapnya? maybe ada HIKMAHnya sesuatu yang berlaku tuh. Biarkan ia terus jadi pengalaman dalam hidup.
~aDIOS


:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...