Sunday, October 26, 2008

:: Cahaya Syawal 2008 ::

Episod Pengenalan





Kalau dihitung dengan jari sepuluh, dah masuk hari ke 26 dah Syawal. Baru hari nie aku bleh masukkan entry tentang sambutan Syawal 2008 yang telah dirayakan pada 1 Oktober lepas. Memang dah akhir2 waktu mcm nih, bleh citer secara complete sikit rentetan peristiwa yang berlaku.

Gambar kat atas nih seswai dengan topik entry kali nie, cahaya Syawal. Memang jika difikirkan, kenapa setiap kali Syawal, kena ada pelita yang dipasang? Adik aku smpi cakap benda tuh bidaah...but maner2 pon bagi aku, aku sukakan kemeriahan malam rayer yang lengkap serinya klu dihiasi cahaya pelita. Nak nak lagi klu ada pelita buluh, memang meriah!

Sepjg menyambut rayer, emmm klu tak silap aku bermula kali ke 18 sambut rayer, aku mula pegang tender pasang pelita malam rayer.Tade org lain dah masa melobi, aku ja menang tanpa bertanding utk tender nih. So, sepjg2 sambutan Syawal, hari ke-26, mlm 27 tuh aku dah mula dengan mengisi minyak kerosin dalam pelita yang musti dibeli baru, hampir tiap2 tahun. Mana taknya, lepas ja rayer, rosak abis pelita2 tuh kena ujan la, berkarat la...hmmmmm..bazir kan? Yg mana leh pakai lagi aku simpan la utk perkhidmatan tahun depan.

OK, sejarah cahaya Syawal dah aku ceritakan...sebenarnya aku kena qada semua citer Syawal 2008, and musti ambik byk episod nih, jadi aku mulakan dengan citer malam rayer, main bunga api, SMS rayer, angpau rayer n kad rayer. Semua tuh dah jadik resipi wajib bahang kehangatan sambutan Syawal. Apatah lagi klu dah jadik org2 besag dalam umah. Yer la akak2 nih kena la nmpk macho sikit dalam segala pengurusan. Hehheeheh, kelakag bila kenangkan usia dah senja but masih ada hati involve dalam permainan bunga api. Memula tuh sambil2 pasang pelita, jeling2 bunga api si bongsu...then dia cakap tlg dia cucuh sebatang utk idupkan pelita yg lain..then aku dah pepandai ja main berbatang2...heheheh, dah terlanjur tuh truskan ajer.

Sambil main2 kat laman umah tuh, nmpk la budak2 umah sebelah main2 jugaks...ekekkekek, ala2 cover la tak bagi nmpak anak tok guru quran depa yg bangka semacam main bunga api. Buat ala2 nk nyalakan pelita la..ekekekkeke...pada hal aku main sungguh2 hati siap2 pusing2 bulatan tuh .... tebiat sungguh!

Tetiba kedengaran handset rancak berbunyi bit2 mesej.Adik pompuan aku terlaung2 dari dapur sambil warning ada mesej bunyi dari handset aku. Aku berlari2 anak la panjat tangga beranda trus ke bilik. 10 mesej? bertalu2 dari bila ntah? Celcom mmg dah warning mlm rayer takleh msg, saipa masuk lak nih? semua total msj rayer aku 37 ja,coz ada gaks aku terpaksa delete klu yg sama sebab memori dah low, sori yer but tq kpd semua pengirim SMS rayer utk aku. byk dari anak2 didik, kwn2 senja.com (hi hi hi), kekwn lama, ex2 schoolmate, u mate n kenalan angkat terangkat... kad rayer lak dah tinggal 6 keping jer...but at least ada la kan.

Abis dah main, aku masuk umah and prepare balang2 kuih utk esok. Basuh apa yang patut, susun kuih2 dalam bekas n paling best seterika baju rayer semua org. Tahun2 sblm nih akak aku buat, thn nih dia bz kat dapur, aku jadik penseterika plak. Sambil2 iron tuh sempat bermsg and cakap2 wish rayer. multi task la kunun.Sampul rayer aku dah prepare siangnya. Thn nih belanja lebih ckit kot. Ada bajet utk sepupu2 n anak kwn2.

Mlm 1 Syawal memang letih. keje2 last minute perlu diabiskan sebab esok dah rayer! Tak sempat nk jeling2 juling mana2 yg tak lengkap, kena fokus kepada kuih n air utk
hidangan para tetamu. Bihun sup utk juadah esok dah selesai dibuat mak. Kuahnya masih panas atas dapur. Tinggal celor bihunnya pagi esok. Kuih pon check ,siap dalam balang. Baju, dah beres aku iron n hang. OK,nmpknya episod pagi rayer plak akan bermula esok. Aku akan smbung celoteh pagi rayer bila2 lapang. OK yer...till then, chow ~Adios

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...