Saturday, September 27, 2014

:: Beg Packers - Episod Singapura ::

21/09/2014 - Pengembaraan kedua aku sebagai begpakcer akhirnya terlunas juga. Aku diundang oleh seorang rakan yang kebetulan mahu membentangkan kertas kerja dalam konferens luar negara. Dengar cam jauh sangat kan luar negara? Tapi negara jiran je dan sangat dekat dengan tempat aku sekarang. Jadi, destinasi unplanned aku dan rakan begpacker aku ini adalah ke negara yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu juga iaitu Temasik atau sekarang lebih dikenali sebagai Singapura.


Kami bertolak dari kediaman sewaku di Johor pada jam 9 pagi menaiki bas. Kembara City bas kuning adalah bas yang kami naiki ke Stesen Bas dan Teksi Johor-Singapura di pusat bandar. Tambang kami menaiki bas dari Taman Sri Pulai Perdana ialah RM3.70 per kepala. Kami berhenti di City Square (CS) untuk ke tempat teksi tersebut. Tapi ada sikit masalah teknikal, sebab kwn aku ni terkejut apabila check akuan dia tetiba duit yang sepatutnya bayar hotel di Singapura telah ditolak oleh pihak lain. Jadi kami ambil keputusan untuk selesaikan sesuatu berkaitan kewangan di bank yang berkenaan. Kami terpaksa berjalan dan mencari mesin ATM. Kebetulan ada mesin berkenaan di Plaza Kotaraya (PK) yang berhampiran saja dengan CS. Perjalanan yang panas dan meletihkan membuatkan kami nekad untuk berehat dan makan di Beriyani House di PK. Selesai segala urusan, alhamdulillah kami kembali ke CS. Di CS kami menukar matawang Singapura yang pada ketika itu 1DS = RM2.57. Dari banyak menjadi sedikit. Sangat terasa. Apakah cukup belanja kami sepanjang di sana nanti? Natijahnya kena amalkan penjimatan tegar. 

Selesai menukar wang, amat payah untuk kami melangkah lagi. Suasana panas membahang dan keletihan membuatkan kami setuju menahan teksi ke stesen hentian tersebut walaupun menurut pemandu tersebut ianya dekat sahaja. Kami membayar tambang kurang dari RM10 utk ke sana. Sampai saja di hentian teksi ke Singapura, kami beratur panjang menanti giliran utk teksi. Perkongsian teksi diwajibkan iaitu setiap orang membayar RM15 saja dan jumlah satu teksi adalah RM60. Kena amalkan toleransi di sini. Aku dan kwn turut didatangi pemandu2 'ulat' yang mahu perah duit mangsa. Depa menawarkan 55DS satu teksi ke Bugis (salah satu hentian) di sana sebab kawasan coverage depa terhad sampai sana aja. Kami agak hampa dengan sikap seorang pemandu yang melakukan tawar-menawar secara terus-terusan. Bosan juga kalau memaksa ni. Aku dan kwn ambik keputusan beratur je. Depa cakap tunggu la 2 atau 3 jan baru dapat teksi. Fine, kami sanggup tunggu dari termakan pujukan mereka yang tak de integriti. Allah Maha Adil, tak lama lepas 30minit kami dah sampai giliran utk teksi. Alhamdulillah, uncle dari teksi Singapura baik hati menghantar kami ke hentian teksi yang kebetulan dekat dengan kawasan penginapan kami di Littele India.

Dengan kaedah tanya orang ramai, kami berjaya sampai ke hotel berjalan kaki. Ya Allah, tegang abis urat kaki. Sesudah selesai checkin, kami berehat sambil berbual benda2 yang mahu dikongsikan sepanjang perjalanan. Kelakar pon ada, masa sampai di CS, pemandu bas tak henti2 mengusik kami sebab dari segi gaya memang tahu kami bukan local, dia siap bgtau "CS belum sampai yer, depan lagi...." Dia nmpk kami bangun sebeleum sampai di CS...alahai, malunya aku.....aku pernah sampai sekali di CS secara kebetulan, tapi kali ni malu besag ...kami turun jer di CS brader bas tu hon kami dan semua orang pandang kami mcm buat salah....kami hanya tergelak2 ..malu satu hal, tak keruan jadinya sebab tak tahu apa pulak dan jadi lepas ni....pendek kata Allah saja tau!

Satu pengalaman perjalanan begpacker yang baru...sebab sblm ni kami travel dengan plane.....lain perasaannya...ini dengan bas ..then teksi ... yang menjadi masalah di sempadan adalah lautan kereta dan kenderaan beratur menunggu imegresen dan kastam kedua2 negara. Tapi, passport kami akhirnya dicop dan kami dah pon selamat beristirehat di bilik Hotel 81, Jalan Dickson, Little India. Dari nama saja aku dapat meneka populasi sini adalah Indian kebanyakkanya...

Malam kami keluar cari makan sambil2 cuba mencari alternatif cara ke tempat konferens esoknya. Selepas bertanyakan orang2 sekeliling, kami mendapati MRT adalah cara terbaik dan menjimatkan utk kami ke Fort Canning Hotel tempat konferens itu berlangsung. Stesen MRT juga berdekatan dengan hotel kami. Perjalanan ke sana hanya memerlukan kami berhenti di satu stesen saja, iaitu Doby Ghaut. Then dari exchange kami sepatutnya berjalan melintasi Park Mall. Tapi fisrt day kami ambil teksi ke sana dengan membayar 7.50DS. Alhamdulillah sampai juga...kawan aku mendaftar dan kami pekena breakfast dulu. Ada sandwich dan minuman standard hotel (kopi n teh). Abis ucapan keynote, aku setia menanti dibelakang dewan utk melihat kwn aku present pada pukul 3 petang. Lunch aku xleh join sebab hanya peserta ja diberi kupon....so, tadi dh makan roti kira leh tahan juga banyaknya......Abis je member aku present aku kami pon kleuar hotel mencari teksi.

Nasib baik orang dari hotel bgtau route pedestrian (pejalan kaki) yang selalunya digunakan utk ke hotel itu. Dengan hanya melewati bangunan Park Mall dari parking kami naik ke tingkat 1, kami dah pon sampai di Doby Ghaut exchange.....alahai, rugi kan ambil teksi ....xper ini pengajaran.

So second day aku dan kwn dah tak sesat dan kami semakin bijak mencari arah MRT yang betul.....stesen MRT depa sangat besar dan sesak. Terlalu banyak tingkat. So, kami ambil pengalaman LRT,Monorel KL sebagai sandaran. Alhamdulillah, second day kami lancar. Selepas upacara closing  kami balik hotel dan makan. Lepas itu, kami terus ke destinasi unplanned, iaitu tempat yang selalunya dilawati tourist. Aku nk tgk Merlion Park, nk snap pic standard utk tourist yg pernah gi Singapore. Perjalanan ke sana lancar. Kami ambil MRT dari Bugis dan turun di Raffles Place. Untuk ke Merlion Park kita akan melewati Furleton Hotel dan ambil tangga ke level bawah. Berpandukan papan tanda, kami berjaya sampai di Merlion Park, Simbol Singa separuh Ikan.....simbol Singapura.


Di situ juga ramai pelancong mengambil peluang bergambar dan lepak2 sambil menikmati pemandangan yang menarik Marina Bay, ArtScience Museum dan Avalon Singapura yang hanya bertenangan arah. Motif dah tercapai iaitu snap pic standard, lps lepak2 sambil memerhatikan gelagat pengunjung yang rata2 kami dengar berbahasa Korea dan Jepun...kami balik ke hotel dan makan malam mode India di Dickson Cafe berhampiran hotel.



24/9/2014 - Hari yang dinantikan kami. Universal Studio Singapore. Here we come! Aku n kwn bertolak awal dari hotel ke hentian teksi awal. Kami persiapkan diri dengan tiket ke USS dan duit belanja yang secukupnya. Teksi ke Sentosa telah berjaya kami perolehi dan tambangnya dalam 8.40DS. Alhamdulillah, sampai kami akhirnya di USS. Excited punya pasai rupa2nya kami terlajak awai...pukul 10pagi baru gate USS dibuka untuk pengunjung. Jadi kami sarapan dulu la sebab datang awai sgt tadi, tak sempat mkn. Nasib baik juga semua luggage kami simpan di hotel lps check out pagi tadi. Cuma bawa kamera n purse ja. Kalu tak maunya bengkok belakang mendukung beg sandang yang besag tu. Begpakcers la katakan.....beg aku dh sikit terkoyak nmpknya...takper la apa2 pon abiskan citer dulu.

Buka je gate utama USS kami serbu ke Sci-Fi City utk menjadi autobot penyelamat dunia....permainan Transformer Ride 3D Battle jadi ranking vote aku n kwn sebagai the winner. Kami naik dua kali kot! Apa2pon km adalah Freedom Fighter! Thnx Optimus Prime....kacak jugak robot kete tu. Ancient Egypt adalah destinasi ke dua kami....dan The Revenge of the Mummy roller coaster memang menyeramkan...ada reverse lagi.....fuh, mau berkeriuk muka menahan angin2 dlm mulut......nk ckp pon tak bleh....second winner...the rest ok2 jer.....teater Shrek di Far Far Away ..Boat riding di Lost World....then di Madagascar pula sama jer....kanak2 maybe akan suka......kami terlajak dah...but still puas hati....makanan halal pon ada...so, tak mengecewakan.....



Sebelum angkat kaki dari USS, kami sempat mengunjungi teater Sesame Street. Aku mmg fan SS, but faktor usia kot menyebabkan aku feel mcm agak busan......kalu dulu dah standby dpn tv tunggu SS. Aku byk belajar English dari rancangan tu.




Keseluruhannya, kali ini lebih time constraint.....sebab tu rasa pancit sgt bila sampai Malaysia.....feeling home again....Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas peluang ini....pengembaraan ini memberikan banyak pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Moga lepas ini kelana aku makin melebarkan sayapnya...mungkin lebih jauh....inshaAllah....semuanya rezeki dan pemberianNya..

ps: Aminah dengan Salmah lupa sign.....


Wednesday, September 03, 2014

:: Throw back #2 : Geng Lab Research 2001 ::


Tertunduk gitew! Kenapa aku begitu? Hmmm, maybe tengah tgk msg...maklumla baru dapat handphone masa tu, ala2 ciwi la org Kedah kata. 

So, masa ni kita geng2 lab research buat BBQ. Tatau sempena apa, but ghamai dtg bertandang. Yang dapat dilihat dlm gambar ni, dari kiri Asiah, Semah, me, Cik Maz, Kak Zack, Izhar, Alizam dan Cik Edaleeja. 

Semuanya dah punya live sendiri skrg...Asiah keje kat IAB, Semah lak kat POS Malaysia, Cik Maz pensyarah kat UiTM, Kak Zack pensyarah UUM, Izhar PTM, Alizam keje kat Hotel, Cik Eda run business skrg ni.....cepat sgt masa berlalu....2001 - 2014

Tuesday, September 02, 2014

:: Throw back # 1 Dedikasikan untuk geng xmlers::



To realize
The value of a sister
Ask someone
Who doesn't have one.

To realize
The value of ten years:
Ask a newly
Divorced couple.

To realize
The value of four years:
Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who
Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize
The value of one month:
Ask a mother
who has given birth to
A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

Monday, September 01, 2014

:: Tatkala Rasa itu Berakhir::


Aku dah tahu punca aku tidak keruan. Mula rasa hilang deria fokus kepada kerja yang aku sedang lakukan. Allah memberikan ketenangan setelah mendengar seorang manusia yang aku rindukan.
Dia adalah insan pertama padaku,
Memberi semua keperluanku,
Memberi semua rasa sayang,
Mengenalkan aku pada kesusahan,
bagi membolehkan aku hidup,
Tatkala terguris rasa,
Aku berkecil hati dan rasa tersisih,
Tapi dalam sedar,
Aku amat-amat perlukan dia,
bagi aku terus menongkah hidup,
Akan kuperingatkan diri setiap detik,
Ketepikan rasa sendiri,
Demi meraih redha Illahi,
Demi dia,
InshaAllah akan kuazamkan sekuat hati,
Jadi pewaris yang berjasa,
Dunia dan Akhirat.

Ameen.

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...