Tuesday, November 18, 2008

:: Episod Akhir Syawal ::

Malam yang tiada aktiviti. Aku mula ambik laptop dan mula mengarang episod akhir seperti yang aku janjikan. Sebenarnya, memang agak keberatan aku nk menulis kali neh. Bukan per, terlalu lama aku simpan citer sampai nk kuarkan balik dari minda neh sukar banget. Apa2pon, memandangkan malam nih training SQL Server aku takde, aku pon terfikir untuk menyudahkan apa yang patut. Kiranya training aku yg bermula semlm, kat Radius Hotel Jalan Bukit Bintang ni ada la hikmahnya. Kalu tak sampai bila la citer Syawal aku nk berakhir.

Aku menamatkan Syawal aku dengan berjaya menyempurnakan sunat enam. Kiranya, klu ada kesempatan, aku memang tingin nk wat setiap tahun, so memang dapat tahun nih. Alhamdulillah.

Last day Syawal aku berjaya lunaskan niat aku nk buat sikit kenduri sempena ujung Syawal n kenduri naik umah. Actually, dah genap setahun aku pindah ke kuarters tuh, baru ada kesempatan nk buat kenduri dan bacaan Yassin. Memang kecik ja kendurinya, bihun sup jer. Tapi agak meriah dengan kehadiran kwn-kwn dan jiran tetangga. Kebetulan,ada member yang nak menyumbang puding n bubur kacang.

Deepavali pon dalam Syawal jugak. Aku n beberapa orang member tolong escot budak2 poli ke Lost World Tambun. Dah tiga kali aku jadik escot bebudak main air kt sana. Sambutan deepavali plak aku nmpk hambar saja, sebabnya ramai masyarakat India gi main air. Camtuh rupanya sambutan Deepavali ek?

OKlah, sekarang time to sleep. Aku jeles nih dengar dengkuran best member sebilik. Akak tuh sedap2 ja terbang ke oversea dah agaknya. Ok selamat malam semua.

~ Adios

ps: Naper sekarang hidup serasa hambar ek?

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...