Thursday, October 30, 2014

:: Pemangkin ketika Buntu::

Terkadang aku malas berfikir. Datang mood tu, aku jadi buntu. Nak pikir, tapi tak dapat nk fokus. Nak baca terasa ada benda lain lagi penting utk diberi perhatian. Aku capai paper utk pembetulan, ternmpk msg Whassup berbunyi. Layan kan msg, pjg pulak jadinya. Dah berjaya tamatkan ayat whassup, dah text dari Facebook pula aku dpt. Ok, layan jap .....aku pon perlukan masa senggang. Dah membawa dari Zohor ke Asar. Pulak dah, masa nih bukan lari lagi dah, speed ngalahkan Usain Bolt.

Ok, nekad...lepas chat, aku fokus balik. Terus terbaca update email dari gmail. Alamak, pembetulan tu kena refer komen reviewer....dah kena print plak....naper x pikir tadi....yer la, tadi nk pikir pon x jalan dah. Aku jadi kaget. Dah nk Maghrib. Fulamak, part abstrak ja aku sempat betulkan. Yang lain2? Isk, esok ja la....keje nih kena slow and steady,...yer la tu..takut tak terkejar ja masa last minute or salah submit macam paper sblm nih. Aku nih mmg careless la.

ps: jangan ulangi kesilapan, dan belajar betulkannya supaya tak berulang kemudian hari.

Friday, October 24, 2014

:: Lirik Pilihan ::

kredit picture: zahariz khuzaimah : Dengan Basikal aku mejelajah 

Seluruh Cinta

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
tuturkan cinta
Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisimu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa
Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu kan selalu ada
Disisiku selamanya
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri mu
Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku
oh..oh
Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya
oh…
{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama } 2X
Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama

Sunday, October 19, 2014

:: Salahkah Aku?::


Apa patut aku buat? Untuk menjaga hubungan sesama Muslim pada mulanya aku cuba untuk bersabar dan bertoleransi. Tetapi, riak muka aku yang berubah dan mood aku yang tidak menentukan menggambarkan perasaan aku yang terganggu. Puas aku renung dan muhasabah diri. Akhirnya , rakan satu makmal aku bagitau mungkin disebabkan aku terlalu ingin menjaga hubungan sahabat dengan rakan serumahku itu. Hishhhhh, cuba menafikan pada mulanya, dan aku akui memang itulah punca perubahan pada diriku. Kurang fokus, tidak dapat memberikan hasil yang terbaik dalam pembacaan aku, apatah lagi kertas cadangan. Aku mula runsing dan perasaan tak menentu.


Aku terus berdoa dan akhirnya putus satu nekad dalam diri, aku harus keluar dari sarang perasaan yang tidak menentu ini. Tertangguh keputusan aku sebelum 'sahabat' aku itu balik ke negara asalnya. Selama dua bulan 'dia' tiada dengan aku, aku jadi tenang dan semakin bersemangat membuat progress aku sebagai penyelidik. Aku akur, 'dialah' punca aku begini. Tidak terlintas dalam hati ingin menyalahkan dia dalam hal ini, tetapi ini terkesan pada aku. Aku sebagai seorang dewasa atau sudah matang dalam membuat keputusan harus lebih tegas dalam membuat keputusan.


Apa puncanya? Inilah yang aku fahami akhirnya dengan tiada 'kimia' yang diperkatakan. Chemistry aku tidak mengena dengan 'sahabat' aku ini. Allah saja tahu betapa aku merasa bersalah untuk bercakap dengan dia. Dah la aku perlukan saksi atas apa yang aku cakap...dah tua2 ni short term memory lost. Aku perlukan sokongan kekwn utk berckp dengan dia. Aku kurang pandai menyatakan perasaan tak puas hati aku. Aku yakin dia amat marah pada mulanya, tetapi kami sebagai kwn2 kami yakinkan bahawa ini kali pertama dan terakhir benda ini akan berlaku, dan inshaAllah tiada sesiapa melainkan Allah dan 4 orang kami saja yang mengetahui akan hal ini. 


Keputusan dibuat. Aku membantu dia mencari hostel pelajar dan keesokan harinya dia berpindah. Aku pulangkan semua modal yang dikongsi bersama sewaktu berpindah ke  rumah sewa baru kami. RM1*** aku bagi dia termasuk dengan membeli tilam dan meja dan kerusi yang dia tinggalkan. ya Allah...mungkin ini terbaik utk aku dan dia.....ya Allah yakinkan hati aku ini adalah terbaik. Amin. 

Wednesday, October 08, 2014

:: Majlis di Hari Raya Aidiladha ::


Dah menjadi Adat orang Melayu
Bila meminang anak gadis 
Sirih di bawa penanda hajat yang satu
Buat si teruna yang bermuka manis.

Hajat disampai orang tengah,
Ibu bapa menjadi pemerhati bersapa beriya
Hantaran dibawa cantik digubah
Buat si gadis cincin dijari sebagai penanda.

Dalam diam aku berdoa
Agar segalanya berjalan lancar
Bulan Disember kenduri direncana
Amin ...ya Allah ...kebahagiaan akan terpancar.


:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...