Saturday, September 11, 2021

:: “Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana” ::

 


Kau ini bagaimana?

Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya

Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir


Aku harus bagaimana?

Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai

Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai


Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku

Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan


Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku

Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku


Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa

Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya


Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya

Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain


Kau ini bagaimana?

Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat

Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai


Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya

Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya


Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah

Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah


Aku harus bagaimana?

Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi

Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab


Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku

Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku


Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu

Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu


Kau ini bagaimana?

Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis

Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis


Aku harus bagaimana?

Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah

Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja

karya :KH Mustafa Bisri (1987)

Tuesday, May 18, 2021

:: Syawal 1442, 13 Mei 2021 (Khamis)::

 

Normal baharu beraya melalui skrin. Alhamdulillah.....sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu kat semua yang terlibat walaupon ada cuma 6 orang dari 10 beradik. Platform ni aku dah sediakan seminggu sebelum raya. Aku siap run test line utk platform tu pada mlm raya. Alhamdulillah.....tq ya Allah. Dalam kesempitan hidup yang penuh kekangan pergerakan ini, aku masih dapat berjumpa ahli keluarga dan kawan-kawan. Walaupon secara online.

Sunday, March 14, 2021

Cerita yang tertangguh




Datang pada satu masa aku mula tertanya-tanya... "Apakah perkara paling baik aku lakukan dalam hidup aku buat masa sekarang?" Monolog itu berlaku pada ketika aku terteleku sendirian di balik jendela bas ekspress menuju selatan yang membawa aku membelah malam pekat, kira-kira beberapa tahun lalu sewaktu masih aktif memegang  peranan pegawai pendidikan ..dalam bahasa mudahnya 'cikgu'la.... waktu itu aku ditugaskan menjadi salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menyediakan satu platform bagi memudahkan seluruh warga dalam kumpulan pengajian tinggi menikmati kesenangan mencapai maklumat serta mengemaskini maklumat masing-masing melalui sistem atas talian...or in easy word....online system...itu cakap omputih la.... peranan aku mudah saja...cuma beri komitmen yang mantap dalam setiap perjumpaan dengan menzahirkan atas kertas bagaimana sesuatu aktor dalam sistem tersebut berfungsi....dalam term IT flowchart or system flow.... aku cuma menyumbangkan manual book bagi memudahkan pengguna terlibat menjalankan tugasnya ... berbantukan manual itu aku harap ianya memudahkan (walaupun dalam hati tetap merasakan ..apalah sangat yg aku buat? ) aku mula sertai kumpulan itu agak lewat.....mungkin disebabkan itu peranan aku diringankan kepada analysis .... but kerjaku reverse....setelah sistem selesai barulah dibuat manual....(senyum sendiri)...

 

Sekarang? Aku masih berjawatan yang sama cuma kebanyakan cerita kembara sudah aku simpan buat sementara waktu... ini bagi membolehkan kehidupan baharuku mula mencatatkan perjalanannya yang sendiri. Mungkin sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu pada laman blog untakuning ini, kerana ada "Sesuatu" yang menjadi peneman kepada "Aku" .... :)   (deep sigh).....lama aku ambil masa untuk kembali ke arena penulisan. Nak memujuk akal untuk mencerakinkan sesuatu ... serentak mengajak jari-jemari menari2 di keyboard laptop ...itu bukanlah tugasan yang mudah...terkadang ilham datang tatkala bangun tidur....tatkala makan, atau menonton yang sudah sebati dengan jiwa aku..... manakan ada kudrat utk aku menukilkan semua itu serentak? Payah amat rasanya .... tapi akhirnya tertunai jua hasrat seiring kelapangan  masa yag Rabbul ‘izzati berikan sekarang...Alhamdulillah.....sukses...

 

Enam bulan selepas balik dari misi mengutip pengalaman dari luar, aku kembali ke bumi Utara pada 14 September 2013. Syukuran ya Rabbi….Aku diberi peluang kembali lagi ke sini….masih bernafas dan berjasad sempurna. Program peminjaman pensyarah ke salah sebuah institusi pendidikan yang setaraf dengan tempat aku bertugas sekarang di salah sebuah negara jiran memungkinkan aku menimba pengalaman baru. Ya, pada hakikatnya banyak cerita yang boleh aku gambarkan,..suasana yang berbeza, masyarakat berbeza, bahasa dialeknya juga lain, rakan kerja yang baru, sistem kerajaan yang bertulangbelakangkan sultan (ala2 istana di zaman silam) … iklimnya mungkin agak sama dengan muka bumi dan agama Islam sebagai sebagai tunjang. Aku penuhi impian sendiri untuk berkelana ke daerah asing…pada masa yang sama aku akui dengan ikhlas pepatah melayu lama “Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri…manakan sama negeri sendiri”….. aku pegang sampai tiba masa melambaikan tangan di lapangan terbang sebagai tanda selamat tinggal kepada anak didik dan rakan seperjuangan yang ditinggalkan. Terima kasih kalian atas jagaan dan perhatian yang diberikan, aku selamat kembali ke tanah air.

 

Episode 2

 

Rutin biasa aku ulangi bila sampai di tanah air. Dengan tidak mengambil cuti jet lag (fuh…macamlah 10jam naik flight) aku terus melapor diri di jabatan. Rupanya salah, aku patutnya ke pejabat pentadbiran melapor diri. Dah la lewat sehari aku lapor diri sebab dalam surat yang kementerian bagi tarikh lapor diri sama ngan tarikh aku berada dalam flight. Entah macam mana geng aku yg lelaki dapat ubah tarikh sedangkan aku dan rakan seperjuanganku yang wanita mendapat tarikh sehari lewat… mungkin ada perkiraan lain yang mereka buat, tapi kami Cuma redha ja, dah surat cakap date tu, kami ikutkan ajer. Natijahnya aku report duty lewat sehari coz surat suruh report hari kami diberikan tiket belayar ke Malaysia.

 

Apa2pon aku dah cuba yang terbaik…kena juga teguran dengan pihak pentadbiran, tapi diaorang pon akur dengan situasi aku yang kena date sama naik flight. Alhamdulillah, aku akhirnya bertugas semula sebagai pendidik. Dalam masa yang sama aku cukup bersyukur kerana impian aku memiliki baiti jannati telah termakbul. Pihak perumahan mengesahkan pinjaman kerajaan aku lulus and then pihak pemaju cakap dah boleh la berkemas masuk rumah…..Ya Allah, mau melompat aku ..ooppss…over acting  la plak kan….maunya bergegar jiran aku kat bawah dek hentakan kaki aku. Siyan anak2 dia tidor…. Tapi aku seronok sangat..maybe hikmah Allah nampakkan pada aku sekarang….dgn modal yang aku ada sekarang bleh la digunakan untuk masuk rumah. Memang banyak jugak la berabis…belinya yang asas aja….tapi ya Allah, mengalirnya cam sungai ….rugi tak simpan byk2 masa bertugas kat luar kan?

 

Rakan sekerja ku membantu carikan lori habuan angkut barang2 dari kuarters yang telah 6 tahun aku duduki secara solo. Sedar tak sedar selama itu aku tinggal di kuarters poli yang dah sebati ngan jiwa aku..buktinya setiap kali memandu, jalan hala ke kuarterslah menjadi GPS biologi. Otak ngan tangan aku mmg akan ke sana setiap kali tamat waktu pejabat atau keluar jalan-jalan. Malu sendiri..nasib baik tade yang perasan..klu ada pon aku akan bagi alasan ambil barang tertinggal…pada hal semuanya dah aku angkut berbantukan anak2 teruna kelas aku ke rumah baru.

 

Selesai angkat semua barang, aku kena susun pula. Tapi sebelum tu, aku secara solo juga membasuh n mop lantai umah….fuh mmg sakit tulang belulang aku. Payah nk bgn tidur … kesannya akibat terlalu lama membongkok. Kesian plak klu nk disuruh anak2 kelas aku buat…ye la…depa tu ada keje …nk buat tugasan..membaca nota…buat programming…isk isk…aku buat ja la sendiri…lagipon ambik masa juga la…3 hari baru selesai aku tenyeh lantai umah.

Puas hati nmpk putih bersih ja lantai dan dinding sama ja…nmpk cam sel orang sakit jiwa pon ada…Nauzubillah..simpang ya Allah…. Pastinya aku akan senantiasa menjaga diri sendiri, inshaAllah. Seram juga permandangan depan umah baru tu. Kebun getah dan semak samun ja. Tak sangka ada migran asing tinggal kat belakang timbunan semak tu. Nak citer la sikit alkisahnya kemarau teruk kedah itu hari, bebudak taman ni nakal sikit…depa suka lepak depan umah aku tuh, ala baru sekolah menengah rendah klu pandang dari segi ketinggian dan sikap la, baru belajar merokok. Memang pantang betul aku la, budak2 merokok. Depa ni main2 lighter camner ntah leh terfikir nk bakar semak depan umah aku tu, time Asar lak tu, mmg tengah panas membahang. Aku lak dok ralit mengemas rumah, tetiba terdengar pekikan yang tidak difahami.

 

Apa lagi, celapak ke tingkap. Api marak menyala, disertai pekikan dalam bahasa Thai klu tak silap…nmpknya dalam 7 orang kuar dari belakang semak tu masing-masing bawa kayu habuan memadamkan api…ada yang bawa timba berisi air. Aku panik jugak. Walaupun apinya seberang jalan, tak mustahil akan melintas sekiranya ditiup angin. Start dari situ aku tahu ada manusia disebalik semak tu…tapi depa tade buat pa2 kes la…aku pon seram dan sentiasa berwaspada ja. Mana tahu malang tak berbau.

 

Bersambung

 

Episod 3

 

Itu kisahnya pada satu petang. Belum lagi aku citer ada laluan kecil yang aku sendiri tidak tahu kat depan umah aku tu. Tetiba dengar enjin motor keluar. Lor, patut la selalu terserempak dengan pakcik2 dan adik2 Siam dari mana entah, tetiba ‘cueh’ keluar dari kebun getah tu. Aku berfikir selagi mana diaorang tade nak mengancam aku, inshaAllah aku akan selamat.

 

Dari perkisahan aku balik dari perantauan sampailah aku berpindah ke rumah baru, banyak lagi rentetan peristiwa berlaku dalam tempoh itu. Kisah buah hati pengarang jantung aku yang sedang sakit di bengkel. Siapa? Bukan manusia la, keta KCA aku. Lepas aku balik pon belum siap-siap lagi. Apakan daya, hati ini telah hancur bersama kemalangan KCA tempoh hari. Feel? Memang la sakit, tipu la klu cakap relax… aku pon manusia. Cuma perasaan aku lebih aman sebab adik lelaki aku yg dah selamat naik pelamin lps raya thn lepas tu selamat. Aku kecik ati sebenarnya, dengan cara dia handle situasi pada masa tu. Bagi aku kurang adil untuk aku. Tapi aku diamkan demi mendamaikan semua hati.

 

 

 

 

Abang sulung aku merupakan tempat aku kongsikan kesusahan. Dia paham dengan situasi aku lalu memberikan kebenaran untuk aku menggunakan kete bagak dia yang aku panggil bas awam di poli. Naza ria dia tu 7 seated, so bas itu la akan aku offer klu nk bawak member2 pejabat gi mkn or jenjalan. Senang, naik pon ramai, meriah sikit.

 

Ok, lupa nak citer. Abg aku ni direzekikan Allah menunaikan haji tahun lepas. So, selepas pergi dia ada amanahkan kete lain iaitu kete kak ipag aku utk aku jaga. Cemas campur berdebar , kete Peugeot biru tu ka? Alamak, aku ketag sikit. Ye la klu nk diikutkan aku tak baper cekap bawak keta auto ni. Nasib aku la labu, dah kete sendiri rosak, orang bagi pakai kete org pon dah cukup mujur. Syukur dalam hati berbalam2 dengan ghasa kurang selesa. Apa tak nya… dah le kete auto, baru la jugak….yg penting aku kena ingat ni kete org, aku kena hati2.

 

Selama sebulan aku diarahkan berkursus di UUM, Sintok untuk persediaan bagi aku menghadapi episode baru dalam hidup iaitu sambung belajar. Part ni aku ghasa susah hati sikit. Sapa suruh mintak dulu? Dah tiba masanya aku bertebar di bumi Allah ni. Dah lama sangat dalam zon selesa. Mungkin Allah mengilhamkan padaku idea supaya aku mengembara menrentasi semenanjung bagi memperluaskan penglihatanku. Feel bless….ya Allah aku bertuah dapat berada dibumi yang aman damai ini.

 

Sebulan juga aku dengan rakan sepejabat yang juga ditawarkan biasiswa oleh KPM menjalani kursus QA. Lepas tu wajib pas exam dia. Kena susah jugak nk pahamkan camner nk wat dengan SPSS. Dah la aku blur sangat time pensyarah dari USM tu ajar. Maybe bukan bidang kepakaran dia.

 

Lepas tamatkan kursus dengan jayanya, aku melangkah ke episode seterusnya. Dalam tempoh aku berkursus, UTM menghantar tawaran pengajian kepadaku. Ya Allah, adakah ini petanda niatku merentasi Malaysia berjaya? Aku kena ke selatan dari utara. Hatiku memang dah berbelah bagi. Kalau aku tetap di zon selesaku, mungkin tak banyak benda yang aku peroleh selain dari keselesaan sekarang, tapi mungkin keluar, aku akan mendapat lebih banyak hikmahnya. Finally, I make up my mind. InshaAllah, pasti ada ‘Sesuatu’ di sana yang Allah sediakan untuk aku. (dalam hati…tak abis2 dengan ‘Sesuatu’ dia)..heheheeh, relax la…aku juga ternanti2 akan ‘sesuatu’ itu. Apakah???

 

Berbekalkan azam sebesar rumah mak aku kat kg, heheheh…takleh la ckp setinggi gunung, sebab aku pon tatau camner nk berazam dengan gunung yang tinggi.. aku pon bertekad akan ke selatan. Aku setuju dengan tawaran yang diberikan. Dan sekarang Cuma perlu menanti surat tawaran biasiswa dari K**.

 

Satu perjalanan yang memenatkan… bersambung

 

Episode 4

 

Aku akui, perjalanan selepas ini tidak mudah. Selepas saja aku mendapat tawaran pengajian di U** dan menantikan surat tawaran biasiswa dari kementeian yang dijanjikan aku mengerti. Akan terjadi kesusahan, perit jerih bakal aku lalui dan aku perlukan kekuatan untuk semua itu.

 

Di awal episod perjalanan itu sahaja aku dihidangkan dengan pelbagai cubaan. Semester pengajian bermula paling awal Feb 2014, jadi aku dan rakan2 ku yang lain berlapang dada selepas mendapat kebenaran melapor diri di institusi pengajian masing-masing. Tanpa menerima surat tawaran kami pergi melapor diri dan natijahnya kami semua dipanggil ke satu sesi perjumpaan bersama K*. Memang berdebar dada sebab ada kemungkinan satu kesalah besar telah aku lakukan bersama-sama rakan lain yan tanpa kami sedari.

 

21 Mac tarikh kami diminta tampil menemui KP. Lebih dari 50 orang dipanggil ke sana untuk sesi perjumpaan itu. Pada awalnya kami mendengar pesanan dari K* yang ditemani beberapa pegawai dari Bhgn Bia***** dan BL* sendiri. Antara intipati pesanan tersebut adalah menjadi kesalahan kepada pegawai kerajaan tidak menjalankan tugas hakiki iaitu mengajar dalam tempoh surat tawaran biasiswa dikeluarkan dan boleh dikenakan tindakan tartatertib.

 

Semua kami faham akan hal ini, tetapi mendengar jawapan dari beberapa rakan aku yang lain, barulah mereka sedar bahawa tindakan kami adalah atas janji  pihak Bia***** yang mmebenarkan kami melapor diri dahulu dan surat akan menyusul kemudian. Nah, dah berlaku salah faham aku rasa. Ada pihak seolah-olah sengaja menuding jari kepada kami sedangkan janji telah dibuat. Disebabkan itu sudah menjadi amalan bagi kes sebelum ini, maka mereka berani berjanjikan benda yang sama. Tapi untuk batch kali ini terdapat pertukaran pada perjanjian. Itu yang menyebabkan surat tawaran dan perjanjian agak lewat dihantar.

 

Aku rasa ini semua hanyalah satu ujian bagi kami. Sebagai seorang akan diangkat martabat dan kedudukan oleh Allah, aku terima ini sebagai penguat semangat. Pasti ada hikmahnya nanti. Aku yakin Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar dan berjuang ke arah jalan ilmu. Ameen.

 

Pada tanggal 28 Mac aku mendapat panggilan memberitahu surat tawaran aku sudah dipos ke politeknik dan aku boleh terus menyambung pengajian di U**. Alhamdulillah…aku adalah batch yang sebelumnya tetapi maybe disebabkan aku telah menghadiri kursus QA lambat iaitu pada batch ini, so aku pon termasuk dalam belenggu masalah perjanjian baru ni. Apa2pon aku syukur ya Allah. Tapi camner lak dengan kawan aku? Hmmmm…diaorang pon akan dapat jugak surat tapi mungkin agak lewat. Pada rumors yang aku dengar sesi pengajian mereka terpaksa ditangguh utk Feb dan masuk semula pada sesi September. Ada isu jugak la dengan yuran pengajian Feb dan sebagainya yang belum disettlekan.

 

 

Episod penamat

 

Penamat satu perjalanan yang memenatkan....(rujuk entry Pasrahkah aku?) 

 

Aku akhirnya kembali ke bumi selatan bagi meneruskan pengembaraan dalam arena yang bukan baru bagi aku. Satu ketika dahulu aku pernah menghadapi suasana ini, walaupun kurang lebih sama saja cuma berbeza persekitaran dan sebagainya. InshaAllah berbekalkan amanah yang perlu dipegang dan doa dari setiap yang mengiringi kepergianku kali ini  ... Allah senatiasa bersama-sama aku.

 

Doakan aku kawan2....aku perlukan secebis ingatan dari kalian dan juga doa untuk bekalana kekuatan aku meneruskan pengembaraan ini. Sesekali tidak aku lupa untuk mencoretkan 'sesuatu' untuk tatapan kalian. Untuk keluarga tersayang, hgpa semua jadi tulangbelakang aku... semangat aku ....(ayat cam nk gi perang) ... mmg lebih sesuai aku katakan pengembaraan duniawi yang sukar aku tafsirkan penyudahnya....cuma perlu berusaha dalam tempoh pengembaraan ini. Cuma pada Allah aku bulatkan penyerahan segalanya.

 

 

 

:: Kembali aktif ::


Tahun 2021 ...Selamat Datang....lebih setahun wabak pendamik COVID-19 telah melanda dunia. Ianya telah memberikan kesan baik dari sudut postitif atau negatif terserah pada yang menafsir. Bagi seorang muslim kita hanya wajib percaya hal ini adalah pelajaran atau ujian buat manusia sejagat dari yang Maha Pencipta. 

Jika dihitung dalam era 1900 sebenarnya telah berlaku beberapa wabak yang diklasifikasikan sebagai pandemik. Pada tahun 1918 berlaku wabak Spanish Flu yang terjadi akibat daripada virus H1N1 dengan gen yang berasal dari burung. Gelombang awal berlaku di Sepanyol, kerana negara ini tidak terlibat dalam perang Dunia Pertama ketika itu, makanya di gelar "Spanish Flu". Ia mengambil masa selama 1 hingga 2 tahun untuk disembuhkan kerana pada awalnya tiada sebarang vaksin ditemui. Pandemik ini meragut nyawa lebih kurang 50 juta penduduk dunia keseluruhannya. Terdapat data hipotesis yang menarik juga tentang pandemik ini iaitu ianya dipercayai berasal dari China dan telah terjadi daripada jangkitan virus H1N1 pada babi yang direplikasikan sehingga terbentuk jalur keturunan H1N1 klasik virus selesema babi. Walaubagaimanapun, tiada sebarang penemuan bukti saintifik bagi mengesahkan fakta ini. 

Pademik seterusnya adalah HIV/AIDS yang mula ditemui dikalangan pengamal gaya hidup songsang (gay) Amerika. Ianya adalah juga bawaan haiwan iaitu cimpanzee. Pandemik ini bermula hujung tahun 1970-an dan masih aktif sehingga ke hari ini. Fakta yang menggerunkan kerana sehingga sekarang tiada penemuan anti-dot yang dapat memulihkan penyakit berbahaya ini selain dari ubat-ubatan yang dapat menahan kesan penularan agar tidak berlaku serangan dan kematian yang cepat. 

Masha Allah, jika kita teliti balik fakta2 yang terdapat di channel history , discovey atau wikipedia, keseluruhan punca pandemik yang mudharat ini adalah daripada amalan kehidupan yang kotor (dari segi penjagaan diri dan pemakanan) , gaya hidup bebas dan amalan2 yang tidak ada asas kerana bertuhankan akal manusia yang terbatas. Emosi sikit aku dgn peel manusia yang sangat pentingkan diri ni. They never learn a lesson or what? Dlm timeline pandemik telah dinyatakan punca dan akibat sesuatu penyakit tu berlaku. Baca dan ambil iktibar la..as simple as that. Kenapa perlu dimudharatkan dunia dan generasi masa depan dengan pandemik yang tiada kesudahan dan meragut ramai nyawa yang tidak bersalah. 

Kesimpulan yang dapat aku buat daripada hasil penelitian aku yang tidak seberapa dalam ni, Islam tidak sesekali mendatangkan mudharat kepada sesiapa sahaja yang bernyawa baik manusia mahunpun haiwan dan tumbuhan. Tiada punca pandemik dari kalangan muslim, or negara muslim or apa2 yang berkaitan cara hidup seorang muslim yang mengikut landasan al-quran dan sunnah. Itu fakta. Dengan fakta ini juga aku sangat2 bertuah dipilih Allah menjadi seorang muslim kerana aku percaya tiada kerosakan akan dipikirkan oleh seorang muslim terhadap manusia, haiwan atau tumbuhan dan alam sejagat secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Moga Islam terus menyinar dan gemilang sehingga ke ahirnya....itu janji Allah.


:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...