Episod
3: Meoro Attack, UPSR dan sifir
Recap
episod 2 ~
Aku
masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu
rehat........tetiba semua kawan2 aku terhenti dan memandang satu arah yang sama
dari arah belakang aku...ala2 kontrol ayu je semua....aku membelakang, jadi tak
de idea apa yang sedang berlaku dibelakang aku.......tetiba.......
Aku
toleh dan disebabkan matahari terik memanah tepat ke mata aku, silaunya
membuatkan aku terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek apakah itu? Lama
aku tilik, sekali, cikgu besar da. Nak melompat keluar jantung aku ni. Patut la
geng aku semuanya control ayu, guru besar dok perati kami dari belakang. Dah
macam kerang busuk semuanya tersengih menanti apa yang bakal kami lalui kelak.
“
Hmmmmm, seronok awak semua main nuh? Panaih-panaih mcm nih tak takut pitam
ka?.... dah hafal ke sifir 7 yang saya suruh hapai semalam?...hah awak…9 kali 7
berapa?” Alamak, dia point tepat kat aku? Maknanya soklan tu utk aku la…..Cikgu
Aziz memang cikgu besag kat sekolah tu, tapi dia jugak merangkap cikgu
matematik utk kelas aku. Cisss, dah kena dah aku kali nih sebab semlm aku balik
terus lempar beg ijau aku bawah meja dan mulakan rutin aku bersama the three stooges melastik burung kat dalam semak
sebelah kolam Apu. Mana ada masa nak hapai sifir bagai?
“…aaaa….aaa….
hmmm….” Aku terketar-ketar mcm kambing lari tengok hujan. Yang lain dah bukak
langkah masing-masing nak melarikan diri. Cikgu Aziz menanti sambil dahi yang
berpeluh disapu dengan sapu tangannya. Aku tahu dia panaih sebab matahari terik
dan panaih hati sebab aku takleh nak jawab soklan cepu cemas dia. “Apa lambat
sangat ni?...kan saya suruh hapai semalam?....mai sini..” ….. aku dah tau bala
apa bakal menimpa. Aku relakan ja…but sebelum dia pulas pusat aku, … “cek oiii,
9 kali 7 63…ingat tu nuh, lenkali nak main cari tempat yang teduh dan jangan
dok culaih baca sipir nuh”..sempat dia sekolahkan aku sambil aku
terjengket-jengket menahan sakit penangan kena pulas kecik dan power oleh cikgu
Aziz.
Berlagak
kental, aku tahan ja mata jangan menangis … jangan menangis…. Sakit pulak hati
bila kena sorang-sorang tatkala geng semua dah clear masuk kelas. Cikgu Aziz
yang dah melangkah ke biliknya di pejabat aku perhatikan dengan penuh rasa
kecewa. Tapi dendam tade sama sekali. Mungkin kecewa sebab aku tak dapat hafal
sifir 7 dengan baik, tapi nak sakit hati kat cikgu tade langsung. Lagi rasa nak
improve ada la. Sebab cara dia nasihat dan beri penyelesaian membuatkan aku
terfikir, kalaulah aku dapat hafal tadi, nescaya aku selamat dan perut aku tade
la ghasa mcm kena bara api yang kembang kuncup sekarang. Hikmahnya sejak hari
itu, semua sifir aku dapat hafal dan congak aku selalu ja full mark.
Alhamdulillah.
Melangkah
masuk darjah yang semakin meningkat, aku ditinggalkan kak leha yang sudah ke
sekolah menengah. Aku pulak jadi otai di sekolah la, darjah lima tu agak senior
la. Dan tanggungjawab aku makin bertambah disebabkan aku kena awasi dua lagi
adik lelaki aku yang berada dalam darjah tiga dan darjah satu. Masing-masing
dengan peel yang tersendiri. Yang darjah 3 kuat bertumbuk dan selalu jadi
samseng sekolah. Dah la kena operate perut masa 6 tahun, dia lasak bagai nak
gila. Yang darjah 1 so reserved. Part paling lawak, pakai seluar selalu angkat
atas pusat. Comel sangat....takut-takut ja muka dia bila nak masuk kelas. Sah
kena buli kan, tapi sapa berani buli la......aku sekat tengah jalan la
akibatnya. Budak yang selalu buli adik aku tu aku sekolahkan sekali jer, terus
esoknya menikus lari tengok aku. Kah kah kah...buleh tahan samseng la kalu di
digandingkan dengan adik aku yang darjah 3 tu.
Tahun-tahun
berikutnya aku mengalami situasi yang mendatar saja melainkan masa kerajaan
umumkan format baru untuk UPSR. Ada 3 subjek yang diuji utk 4 penilaian
semuanya. Bahasa Melayu (pemahaman dan karangan), Bahasa Inggeris dan
Matematik. So, kalau full semua 4 A la. Penilaian darjah enam dihapuskan, dan
digantikan dengan UPSR zaman kak leha sebagai ‘tikus putih’ rasa aku. Then
diteruskan lagi selanjutnya sambil dilakukan penambahbaikan sampai lah zaman
adik aku nombor sepuluh total subjek jadi 5. Adik aku yang ke 9 dan 10 score 5A
penuh....but yang lelain tak le sakan sangat. Okey, back to my story about
Ujian Penilaian Sekolah Rendah 1990.
Titik
paling bermakna dalam hidup. Aku diberi mandat sebagai ketua kelas masa darjah
enam. Hmmmmm, dok aim nak jadi pengawas, but ketua kelas pon buleh la. Konon
ngidam pakai baju coklat cair tide in dengan skirt panjang kaler coklat pekat
menjadi mimpi belaka. Aku pakai ja uniform biasa mcm budak lain, tapi buat keje
extra iaitu leading bagi salam kat cikgu masa mula kelas dan terima kasih masa
abis kelas. Pagi2 kena sambut buku dan beg cikgu pertama ke kelas dari pejabat
bawak ke kelas then semua buku latihan wajib aku kutip dan agih semula lepas di
tanda. Bila difikirkan balik, tade bestnya jadi ketua kelas ni. Kena aim pon
ada jugak, sebab asyik kena report ja nama sapa yang keluar kelas tanpa izin
dan bising dalam kelas.
Walaupun
pengawas ramai dalam kelas aku, but in class akulah si poyo class monitor. Dulu
zaman2 darjah 6 baru nampak macho sikit aku ni. Bukan apa, dh ada jawatan kan.
Tapi aku jenis pasif sikit kalau bercakap. So, banyak masa aku suka perhatikan
gelagat manusia dan tafsirkan dengan cara aku sendiri dalam minda. Kekadang aku
gelak sorang-sorang perhati gelagat budak2 darjah satu main tiang dan aci ligan
sebab itu adalah kegemaran aku satu ketika dulu. Dah besag ni kena main game
yang real la macam bola jaring, bola tampar dan acara favourite aku olahraga.
Dari kecik dah dilatih berlari, so dah ada keyakinan la nak masuk sukan. Sukan
adalah benda yang paling aku suka di sekolah, dan cikgu pendidikan jasmani
adalah aim aku masa cikgu suruh tulis cita-cita dalam kad laporan dulu.
Sebut
pasai sukan, start dari darjah 6 aku mula bina kemahiran bermain boa jaring dan
bola tampar. Wakil sekolah memang tade muka lain. Sampaikan olahraga ja, aku la
muka yang selalu memenuhi acara di padang. Suruh baca buku, aku memang liat la
walaupun ada peperiksaan besar menanti hujung tahun. Aku lebihkan masa main
sukan dan bermain recorder. Dulu ada musim. Bila time piala Thomas, semua orang
akan gila bermain badminton. So, satu sekolah popular dengan permainan
badminton. Abis gelombang Thomas, tiba demam drama Jepun Meoro
Attack...sudahnya satu sekolah main bola tampar. Aku pon ter’demam’ sekali
disebabkan heroin jepun tu nama dia Chun dan suka ikat tocang separuh, aku pon
suka sangat menocangkan rambut aku. Nasib baik ke sekolah pakai tudung dah masa
tu, kat rumah la aku perasan jadi chun jugak.
Kalau
nak sembang pasal sukan, aku punya cerita yang banyak sewaktu di sekolah
rendah. Tapi momen paling best wakil sekolah olahraga. Arwah kawan aku, Aishah
adalah pelari pecut yang paling pantas dikalangan perempuan, aku takde kudrat
nak saingi dia sebab dia punya sepasang kaki anugerah Allah yang sangat panjang
dan kuat. Tapi lepas dia baru la aku. Kalau wakil sekolah, sah2 aku kena
sepasukan dengan dia untuk 4 X 100, so memang asyik menang ja la sekolah kami.
Bola jaring plak, dia jadik GK aku WD...so, wakil sekolah asik2 muka yang sama
ja....well, dah minat sama kot. Aku jadi tak kisah sangat dengan buku.
Bila
dah nak dekat exam UPSR, baru aku mula slow down sukan and cikgu dah sibuk
busykan kami dengan kelas tambahan percuma. Aku ada masalah sikit kalau nk gi
kelas tambahan ni, sebab ianya jumaat sabtu, jadinya nak menapak sorang2 aku
tade motivasi. Ada la bestfren aku dalam kampung yang sama, but kami tade cara
nk berkomunikasi utk janji dan sebagainya...mana ada handphone cam sekarang.
Aku kena kental la sikit disebabkan wajib, aku jalan kaki ke kelas tambahan
setiap jumaat dan sabtu. Nak dijadikan kisah, ada cikgu ganti (anak cikgu
besar) akan ambil alih kelas math. Muda dan kacak jugak cikgu tu, nama dia
Najmi. Seingat aku dia baru graduate kot masa dia jadi cikgu ganti kat sekolah
aku.
Bila
aku masuk kelas ja, dia akan panggil untuk tanya kehadiran. Then suruh aku
padam papan hitam, then suruh agihkan buku latihan....tade masa nak bersenang
lenang langsung. Apa hal la cikgu ni.....then bila ngajag asyik bagi contoh
aku...then suruh aku buat kat depan, then nk confirm sesuatu ja...”Tak gitu
ketua kelas?”...aku lagi????....mana aku tau semua benda.... “kenapa muka masam
ja ketua kelas? Senyum la sikit”......loh, apa masalah cikgu nih? Sebagai budak
yang suci pemikiran, aku jadi rimas dan kalau buleh nk absent ja kelas
tambahan..sebab mcm keje tambahan ja aku ghasa....
Then,....kisah
hitam bermula dalam hidup aku ...nanti, nanti...jangan pikir lain
pulak....bukanlah hitam sangat...Cuma aku masih berumur 12 tahun nak handle
perkara yang agak dewasa ni ...mana cukup akal lagi.....hmmmm, dapat tak maksud
ayat aku nih? Masih ingat dengan nama Syarifah Saadiah? Gadis cun idaman jejaka
sekolah termasuk cikgu2 muda di sekolah..... lupa nak bgtau, dia ada saingan
start darjah 5...Budak baru pindah dari Johor, nama dia Noorsardilla..org
panggil dia Noor jer la...cantik jelita budak ni, mcm org dah dewasa. Budak tuh
kelas 6 hijau, aku dengan syarifah 6 merah...kira kelas aim utk score la masa
UPSR....Aku? Takde kaitan sangat dalam kes ni sebenarnya, Cuma depa salah quote
nama jer....terpalit nama aku dalam keterangan sorang budak ni.
Kisahnya
bermula bila ada satu masa tu, kelas buat rombongan ke Cameron Highlands. Sebut
rombongan ja, memang aku wajib utk tidak pergi. Pertama, pasai duit la, dan
kedua, Apu aku memang pantang kalau aku sebut pasai rombongan. Dia tak percaya
cikgu-cikgu buleh monitor semua pelajar dengan baik. Dia masak sangat perangai
aku yang tak buleh diharap ni. Tapi memang sejak azali la, semua kami tidak
akan dibenarkan pergi rombongan melainkan trip famili. Nasib baik la Apu bawak
jugak naik bukit bendera dan pergi taman SM Noor kat taiping...itu la antara
tempat yang aku ingat masa kecik dulu...
Ok,
balik kepada kisah tragedi cameron. Lepas sehari rombongan selesai, geng yang
pergi tu pakat2 balik mai dok bercerita la masing-masing kisah best cameron
highland. Depa cakap seronok sangat sebab cuaca sejuk dan banyak bunga-bunga,
buah strawberry serta ladang teh....fuh, dalam hati pasang niat, satu hari aku
akan ke sana jugak. Dalam pada dok seronok bercerita, masa tu awai pagi, aku
terdengar ada insiden yang kurang enak. Kononnya, si Noor ni ala2 bermanja2
dengan sorang cikgu muda idaman malaya yang mengajar muzik. Cikgu Megat ni
orangnya tinggi, putih, kurus dan ada rupa. Kalau dulu tu, ada cikgu perempuan
muda kami akan nampak la depa tersipu-sipu malu bila terserempak dengan cikgu
Megat ni. Mana la aku tau sangat pasai kes orang dewasa ni. Aku agak ignorance
akan hal2 sebegitu dan kepala pikir asyik nak main dan berseronok ja kat
sekolah. Belajar tu memang dah wajib la.
Aku
yang sedari tadi asyik mendengar tetiba diganggu oleh bunyi meja diketuk.
Aiseh, bestfren aku dah mai. Apa lagi aku bukak cerita Rin Hani koma la, cerita
kartun la…then last2 aku akan pandang ke langit nak tengok awan jadi bentuk
apa….geng kami suka benda pelik, sebab tu aku tak campur sangat dengan geng
yang agak dewasa dan suka berdandan. Kisah gossip tadi aku dengar sebenarnya,
tapi aku tak ambik pusing sebab kisah tu tak dak kena mengena ngan aku pon.
Krrriiiingggggg!!!!!!!!
Bersambung~
2 comments:
wah rekorder... lama dah tak dgr nama tuh... put put jak meniup... hurmmmm... hancus mmg takdak bakat.
hahahah.....aku leh lagi la main sikit2 lagu pertandingan masa darjah 6 dulu....sampai sekarang main but dok hafal note2 lama ja...nk suruh main buat lagu sendiri...taktauuuuu...ekekekke
Post a Comment