Sunday, August 02, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 1: Pondok Usang di pinggir bukit.



"Jangan kayuh pelan, satgi hang jatuh......kena kayuh laju-laju" ....sambil berleter kakak aku menyorong basikal dari belakang. Letih agaknya, dia lepaskan basikal yang masih bermomentum laju untuk aku teruskan kayuhan. Masih teragak-agak bercampur perasaan kaget dek kerana tiada tangan yang memegang pelantar basikal dari belakang, aku pon berdikit-dikit kayuh. Lupa pada pesanan kakak aku sebentar tadi, akibatnya.....dussshhhhhhhh.....sudahnya dalam semak aku terjun. Sakit bercampur geram. Aku menangis semahunya. Kakak aku berlari-lari anak datang menghampiri semak kawasan aku terjatuh. 

Dia hanya mengekeh-ngekeh ketawa sambil cuba mengangkat basikal yang menghempap aku. Sudahlah keman dan rumput-rumpai yang memenuhi semak tu berduri dan miang. Boleh pulak kena gelak. Sakitnya hati aku. Seperti biasa biasa, aku letak kesalahan kat kakak aku. "Pasaipa hang lepaih tangan? Aku mana reti lagi?"....sambil berlinangan air mata kat pipi aku membebel sambil akak aku masih berbaki ketawa membalas "penat la woooiii, mana bleh tahan... hang kena la kayuh sampai buleh...dulu pon Ajun ajag aku sama ja." Abang aku yang kami panggil Ajun hanya beza dua tahun dari kakak aku, aku plak dua tahun beza dengan akak aku...so, kami memang rapat sampai aku panggil nama saja pada mereka. 

"Jom aku mot hang naik beskat ni, hang dok belakang" Kak Leha menawarkan untuk menumpangkan aku dengan basikal tadi. Rantai basikal yang terkeluar dari rim akibat aku terjun semak dia baiki sebelum kami balik ke rumah. Esakan aku masih kedengaran, tapi dia diamkan saja. Pujukan dia hanya dengan kayuhan ke rumah sambil mendendangkan aku dengan nyanyian halus suaranya. Lama-lama aku terpujuk dan diam. Walaupun aku kurang pasti lagu dendangannya, tapi suara halusnya memukau aku untuk diam dan aku mula melihat tangan dan kaki yang bercalar akibat tikaman duri keman dan geseran daun lalang liar. Ada yang berdarah dan masih ada duri yang mencucuk kulit, Dengan cermat dan perlahan-lahan aku buang duri keman. Tak terasa sangat pedih tu, tapi menangis tadi lebih kepada sakit hati dek kerana kakak aku lepaskan tangan.

Sambil melayan angin petang yang sepoi-sepoi, aku terkesima dek permandangan kampung yang sangat indah. Matahari kemerah-merahan menandakan maghrib akan menjelang. Tiba diperkarangan rumah yang dipenuhi padi huma memang sangat menenangkan. Aku dan kak leha selamat sampai sambil disambut oleh apu yang memegang penyapu lidi. Alamak, momen tangkap sendu aku terganggu dek muka bengis Apu ....Haishhhhhh...ada benda tak kena ni. Peka dengan keadaan itu, kak leha segera pusingkan basikal dan menyuruh aku terjun.....Apa lagi, pecutan 100 meter bermula. Lupa dengan peraturan rumah, pukul 7 malam adalah mandatori untuk kami semua berada di atas rumah dan mula mengaji muqaddam. Dengan segera aku melompat dari basikal, sama dengan kak leha yang sudah cuak sebab Apu semakin hampir dibelakang kami. Dengan meninggalkan basikal, kami bersaing-saing memecut ke arah jalan denai agak luas di depan rumah. Padi huma memenuhi kawasan kanan dan kiri rumah, jadi jalan itu saja yang boleh digunakan. Aku dan kak leha tak boleh menoleh lagi.Kedengaran bunyi tapak kaki yang laju dibelakang membuatkan kami buka langkah seribu. 

"Aku dah kata, jangan balik lambat.....hangpa nk kena tibai dah nih...." Mendengar ayat itu, kami sedar akan sebab apu aku mengejar kami. "Hangpa ni memang tak dengag kata...jaga! "....ancaman dan herdikan itu sudah cukup untuk aku dan kak leha berpecah dan mencari idea melepaskan diri ... sudahnya kami berjaya melepaskan diri dengan larian pantas tadi, dan berjumpa semula di atas pohon rambutan yang selalu dijadikan markas atau menara peninjau. Kami panjat hingga ke atas pokok rambutan itu untuk melihat sama ada apu dah pergi cuci bas atau belum. Apu aku seorang pemandu bas ekspress dan kerjanya bila malam adalah cuci bas sendiri. Memang itu rutin dia. Dah menghampiri maghrib, kami perhatikan pergerakan apu. Akibat dari gagal mengejar kami yang berlari bagai pelesit senja tu, dia balik untuk mandi dan bersiap-siap pegi cuci bas selepas solat. Lupa pulak nak bagitau, Apu tu dalam bahasa Sri Lanka bermaksud Ayah. Disebabkan Apu aku berketurunan Melayu-Kelantan-Sri Lanka, dia pinjam perkataan tu dari arwah tok Apu aku. 

Dari atas pokok rambutan, kami perhatikan dia mula hidupkan motor dan drum drum drum kedengaran dia berlalu pergi. Apa lagi kami ambik kesempatan balik dan perlahan-lahan ke telaga untuk mandi. Kesemua empat adik-beradik lelakiku yang lain dah berada di atas rumah. Dengan muka ejekan, mereka mula mengejek2 aku dan kak leha akibat kena kejar tadi. "Padan muka, padan muka kena ligan..tu la sapa suruh balik lambat".....Sakit hati jugak dengar ejekan dari adik keempat aku tuh, tapi sakit lagi bila luka aku terkena air,,,,,"Aduh.....weih leha, pedih la lengan aku.....isk...isk..." Aku mengadu.....kak leha tersengih sambil membalas selamba " Takpa, nanti hang boh minyak gamat hilang la sakit"...Aku cuma mengiakan sambil sambung mandi. Siap mandi kami naik atas rumah. Mak dah menjeling …. Dia macam biasa la jadi inspektor takde paku la…”mana hangpa pi ni? Balik sayup sangat ni…?” “Kami ronda-ronda kampong naik beskat”…kak leha menjawab sambil aku kelam-kabut naik tangga nak solat. Aku memang terkenal dengan mulut berat, so tak banyak cakap … aku akan buat saja benda yang aku rasa perlu dan nak buat. Pertama sekali, cari minyak gamat yang selalunya mak letak tepi dinding papan , then lepas letak minyak kat luka, aku dan kak leha pon solat. Yang lain dah mula ngaji muqaddam. Ajun dah baca quran. Mak ajag muqaddam kat adik2 aku yang tiga lagi.

Sebab nak siapkan makan malam, Ajun ambil alih  mengajar adik2 aku dari mak. Aku dan kak leha mula baca quran sambil dipantau oleh Ajun. Kak Leha lebih fasih dan cekap membaca quran berbanding aku. Aku merangkak-rangkak dan tergaru-garu tanda kurang tahu. Akibatnya kena la ulang banyak kali sampai kuning mukasurat kekadang tu. Takpa, demi ilmu aku relakan saja. Usai mengaji quran, makan malam dah siap. Lauk selalu adalah ikan jaket sumbat sambal then sayur toge dengan telur dadar. Fuh, meriah ghasa nk makan. Telur dadar tuh mak aku selalu buat letak kelapa parut, serai, bawang, kunyit dan sikit cili padi…..sedap dan wangi ja bila dia potong utk diagihkan untuk kami enam beradik.

Suasana makan selalunya diselang-seli dengan cerita panas dan terkini. Apa lagi, kisah kami kena ligan la yang paling latest dan dapat liputan hangat. Kami yang dijadikan bahan Cuma diam dan akur mendengar nasihat dan kutukan yang lain. Mak aku mcm biasa hanya diam dan banyak menasihat apa yang tak patut dilakukan dan apa yang patut. Dia lebih tenang berbanding abangku yang hanya tahu menggertak kami dengan kisah apu yang tak pernah lupa utk menghukum. Alamak aiiiii, dalam hati aku belum selamat la nampaknya. Aku dan kak leha tidur awai lepas solat Isyak malam tu. Dah jadi kebiasaan mak akan menggantung kelambu untuk adik lelakiku bertiga pada ruangan yang berasingan di ibu rumah. Kami pula akan dapat tempat atas katil di satu sudut lagi. Rasanya katil itu paling selesa sebab agak tinggi dan ada tilam empuk. Mungkin sebab kami perempuan, maka dapat kelebihan itu. Abang aku pula dapat kelambu bujang disudut paling hampir dengan adik lelaki yang lain….mak dan apu pula di ruang ibu rumah kedua, hampir dengan beranda. Kami yang berkatil ni macam tengah-tengah la.

Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-surah lazim dan kena praktiskan sorang demi sorang. Baca sifat 20, then last sekali part paling best. Dia akan bukak cerita kisah dongeng orang lama-lama…..ataupun kisah hidup dia masa kecik. Biar beratus kali dia ulang cerita yang sama, kami tetap tak jemu. Hinggakan kak leha mula menghafalnya, dan aku pula cuba gambarkan dalam memori aku  yang tiba-tiba, skrin bertukar gelap………

Bersambung…..



4 comments:

Zampeada said...

tak sabar baca sambungan berikutnya...

Sitibuha Md Kassim said...

amboi....membaca cerpen pulak dia.....

Zampeada said...

there's story in us, mat salleh bilang.

Sitibuha Md Kassim said...

auk tah bah....story jaman anak2 ani...kurapak brunei pulak aku...ooopsss...

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...