Monday, August 03, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 2: Mengigau, main tiang, zero point dan aci ligan...

recap episod 1 ~

Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-surah lazim dan kena praktiskan sorang demi sorang. Baca sifat 20, then last sekali part paling best. Dia akan bukak cerita kisah dongeng orang lama-lama…..ataupun kisah hidup dia masa kecik. Biar beratus kali dia ulang cerita yang sama, kami tetap tak jemu. Hinggakan kak leha mula menghafalnya, dan aku pula cuba gambarkan dalam memori aku  yang tiba-tiba, skrin bertukar gelap………

sambungan ~

"Laaaaa...dia buleh tidog oghang suruh hapai qul hu... mengoghoh teghuih (dengkur dalam loghat utara)." Sayup-sayup aku dengar mak berleter sambil menyuruh kak leha teruskan menghafal 3 qul. Hehehehehhe, tak sengaja nak skip giliran. Aku memang terkenal dengan mata seminit. Belum sempat apa-apa, bila kepala sentuh bantal ja, secara automatik mata aku pejam. Kelebihan ini bukan datang solo, ada pakej lain datang sekali. Bila semua orang dah nyenyak diulit mimpi, aku akan bangun macam mayat hidup berjalan sekeliling rumah, buka tingkap dan bercakap merapu sambil berjalan. Gelak la kalau nak gelak, tapi memang aku kaki ngigau atau 'sleep walker' yang selalu jadi bahan lawak tengahari tatkala kami berkumpul makan.

Rupanya Ajun sudah menunggu di pintu beranda atau pintu dapur bagi memantau mana arah aku tuju. Jika ke beranda, dia akan ikut aku sampai mana aku pergi. Dia akan kunci pintu bila aku buka, tarik tangan aku dan bawak balik ke tempat aku. Aku pulak, akan tidur mana-mana saja yang aku ghasa nak landing. Bila aku buat hal tidor tengah rumah, dia akan kendong aku letak balik sebelah kak leha. 

Aku? Mana sedar semua tu... pagi esoknya, Ajun akan cerita pada yang lain sambil meniru cara aku jalan dan bercakap. It was so annoying.....(kan dah speaking, sebab orang Kedah kalau marah ckp omputih). Yer la, dah selalu sangat kena gelak dan depa siap ulang tayang cara aku jalan masa ngigau...perhhhh, sakit hati weih.....dah la aku mulut tak pandai nak balas, sudahnya aku tahan telinga. Paling-paling pon aku teriak dalam bilik air kuat-kuat. Lepaskan semua biar puas hati.

“Mah, pasaipa hang tak mandi lagi?” Ajun sergah aku yang berbungkus kain batik melepak sebelah telaga, sah aku sambung tidur. Aku selamba tidak hiraukan sergahan itu, terus sambung tidur dan akibatknya………cruuuuummmmmm….Ajun menyiram aku dengan air sebaldi. Aku terkapai-kapai lemas dan sedar dari mimpi. “Isk, pasaipa basah ni?” aku tertanya-tanya dalam hati…. dengan tersengih sambil melambai, aku nampak kak leha sudah siap mandi dan naik atas rumah. Mujur jugak Apu pergi kerja awal hari ni, selamat aku dengan kak leha dari penyapu lidi yang bisa (aku sempat mengelamun lagi). 

Alamak, aku saja yang masih belum siap mandi. Ajun terus cedokkan air dan menjirus aku, kemudian sabun dan siap lap badan. Segar rasa badan….niat tadi nak menangis sebab kena jirus air dan ditinggalkan kak leha, tapi sebabkan Ajun menunjukkan muka serius, aku tarik balik la niat tu. Mungkin dia dah lambat nak kejar bas paling awal ke sekolah hari ini sebab mandikan aku. Selalunya dia bersekolah petang untuk pelajar tingkatan satu tapi disebabkan sekolah dia ada hari sukan, semua pelajar kena datang awal pagi.

Aku tahu Ajun abang yang sangat bertanggungjawab, sama cam kak leha.... tapi dia ada sisi yang sangat menjengkelkan iaitu part kalau dia buat lawak perli. Itulah kan, semua orang tak sempurna. Tapikan, jauh dalam hati ni, aku sangat bersyukur ada abang dan kakak yang bertanggungjawab dan kental dalam hidup. Aku sebagai anak ketiga dalam adik-beradik hanya banyak bermain dengan geng lelaki “three stooges” bawah aku. Ada juga kadang-kadang dipaksa oleh kak leha dan mak dengan membuat tugasan ringan seperti jemur baju, cuci kasut sekolah dan part aku paling suka secara sukarela ialah jaga baby atau adik baru. Ada bau yang aku suka pada baby yang baru lahir...sangat menyenangkan....tambahan pula baby suka tidor, so mana payah pon nk jaga (bagi aku la). 

Aku lebih melihat contoh dari Ajun dan kak leha kalau dalam bab pendidikan. Dalam diam, aku mula mengagumi mereka dalam pendidikan dan cara mereka bercakap tentang wawasan masa depan. Tidak dinafikan, kami bertiga agak segagan (sebaya) dan beza dua tahun membuatkan kami rapat dan banyak kongsi masa bersama. Tak ketinggalan sebagai partner in crime tatkala nak mendajalkan adik-adik lelakiku the three stooges bila dapat tahu depa mandi sungai tanpa permission mak. Sedap la kena sebat selagu dua ngan penyapu or hanger baju dengan Apu. 

Bila masa sekolah, aku, kak leha dan adik lelakiku yang ke 4 akan dihantar ke sekolah oleh Apu dengan motorsikal. Itu pun kalau dia tak bekerja shift awal pagi. Kebiasaannya kami hanya footsubishi ja. Menapak ke sekolah sebab jarak antara rumah aku dengan sekolah walkable saja bagi kami waktu itu. Tapi sebenarnya rumah aku jauh dalam kampung dan perlukan 15 minit berjalan. Kalau nk laju sikit kami akan berlari-lari sampai ke sekolah. Lumrah zaman kanak-kanak mana kenal erti penat berlari. Tambahan aku pula memang suka berlari dari berjalan. Dah terlatih kena kejar di rumah, jadi kami dah mangli berlari.  Sebab itu juga, kami agak pantas dalam acara sukan berlari. Lawak, lawak……ada hikmah kena kejar kan?


Sampai di sekolah, perkara pertama adalah meletakkan beg di kerusi then cari kaki untuk pergi ke kantin. Dalam kelas, aku sampai agak awal walaupun hanya berjalan kaki ke sekolah. Sudahnya, aku akan mencari biji saga atau berjalan disekitar sekolah explore mana yang patut. Puas meneroka sekitar sekolah sambil sempat mengusik burung tiung yang boleh berkata-kata, aku menyimpang ke kantin bertemu rakan sekelas di sana. Menu yang akan aku cari bila ke kantin adalah nasi lemak dan bihun goreng. Waktu tu, semuanya seposen je. 

So, aku ambil nasi lemak sebungkus dan bihun sebungkus. Time nak makan aku gaul sekali dua2 dalam pinggan. Kenyang la sementara menunggu lunch break. Semua kawan-kawan aku pon sama. Suka campur menu supaya dapat makan banyak jenis dan rasanya lebih sedap, bagi kami ketika itu. Ada juga yang mak bekalkan makanan. Cemburu ja kami tengok. Aku kalau dapat bekalan mak, sah jagung rebus, kacang rebus tak pon ubi kayu rebus. Mana pernah dapat mee goreng idaman atau bihun goreng Singapore macam si Syarifah Saadiah gadis manis idaman budak lelaki sekolah dalam kelas aku tu. Selalu dia bawak bekal yang sedap2 dan pakaian dia selalu harum…aku memang tak dapat la, seminggu punya uniform itu la dianya, cuma anginkan saja setiap hari.

Waktu itu, segala perasaan cemburu lebih kepada bersifat meruap. Cepat ja datang dan pergi. Apa yang lebih penting adalah bermain dengan rakan sekelas dan bergelak ketawa. Aku paling suka waktu pagi hari Ahad, sebab ada perhimpunan. Dalam perhimpunan kami semua kena nyanyi, dan waktu itulah aku ambik kesempatan nyanyi kuat2 lagu Negaraku, negeri Kedah dan lagu warisan atau lebih popular dengan anak kecil main api. Semangat patriotik dah disemaikan dari kecil lagi. Kadang-kadang bila sambut hari kemerdekaan ada tambahan lagu merdeka dan barisan kita membuatkan aku tambah berkobar-kobar menyertai peraduan mewarna bendera Malaysia yang setiap tahun sama saja aktivitinya. Mungkin zaman dulu aktiviti itu saja yang kena dengan bajet sekolah.

Lepas nyanyi, masuk kelas secara berbaris dan cikgu menanti dengan agenda lain. Kena belajar membaca, menulis, mengira dan mewarna. Bagi aku semua itu baru, sebab aku tak pernah ke tadika. A, B, C dan 1, 2, 3 yang diajar dalam kelas adalah alien dan pertama kali aku dengar. Justeru, ianya menarik bagi aku tapi membosankan bagi yang lain yang sudah ada scroll konvokesyen tadika KEMAS. Bahkan mereka mengajar sesiapa saja yang belum mengenal huruf dengan muka bangga cuba membodek cikgu. Aku steady ja bhai..... Bukan nak tunjuk teror, but aku punya kakak dan abang yang dibanggakan oleh sekolah kerana pencapaian kurikulum mereka. Selalu dapat nombor satu je kakak aku. Abang aku pula best student pencapaian darjah enam...aku? hehehheeheh, kuat main ja la. Kring ja bunyi loceng rehat, aku dah ready memecut ke padang dengan segumpal getah rokok yang dijalin kemas. Semua pengikut yang lain memang tak dapat kejar aku sebab aku lebih pantas berlari ..... nak tahu rahsia? Kenalah tanya Apu aku kan?

Permainan zero point menjadi kegilaan aku masa awal sekolah rendah. Semua itu trend yang bagai diatur oleh peredaran masa. Ada jer trend main tudung air soda, main dam ular, dan police centry... but bagi aku paling epik adalah main getah, aci ligan dan tiang koridor sekolah. Fuh, sampaikan ada kawan aku kena renjatan elektrik kat tiang koridor tu akibat leaking power pada suis lampu. Kami main waktu hujan, then lepas tu plak dia jatuh dalam longkang yang agak dalam....so tak berani dah aku tengok tiang koridor sekolah lepas tu. Seram......







Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat........tetiba semua kawan2 aku terhenti dan memandang satu arah yang sama dari arah belakang aku...ala2 kontrol ayu je semua....aku membelakang, jadi tak de idea apa yang sedang berlaku dibelakang aku.......tetiba.......

Bersambung...




2 comments:

Zampeada said...

piki Sabah aje ada zero point nih... rupanya kat Kedoh pun ada no... lawak plak pikir balik. time sekolah kompom ramai yg duk berkumpul bila ada girls main zero point. motif kan... aim2 tengok betis.

Sitibuha Md Kassim said...

zero point universal la ali....masa main mana pikir nk cover betis dah....isk hgpa budak laki semua sama ja nuh...dari kecik dah aim betis...nmpk sangat....

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...