Wednesday, July 05, 2017

:: Aidilfitri 1438H ::

Baiti Jannati 


Tanggal 25 Jun 2017 bersamaan 1 Syawal 1438H, umat Islam khususnya di Malaysia bergembira menyambut hari raya aidilfitri. Aku dan keluarga tak terkecuali untuk bersama keluarga menyambut bulan mulia ni setelah sebulan berpuasa. Dari sepuluh orang, hanya beberapa orang ja lagi yang belum berkeluarga. Yer la masih study, termasuk la aku, hehehehehhehe...aku pon budak sekolah lagi. Tak pasti kenapa tak pandai2 lagi setelah sekian lama bersekolah, sampai sekarang masih bersekolah dan akan terus bersekolah kot (eh, betul ka?...hmmmm, ok, takyah pikir....rezeki Allah).

Akibat dari tu, maka akan ramai la ahli keluarga baru dan jugak anak-anak saudara baru akan muncul (sure cute kan?..angan2 dah aku...bakal koyak lagi la poket aku menjelang syawal akan datang ...senyum pasrah).  Rezeki Allah ada kat mana2 kan? Aku seperti biasa akan jadi jurukamera setting my love Mr. Nikon. Yg penting dia tak pernah mengecewakan aku (yessss....). Alhamdulillah, tahun ni aku beraya bersama BFF aku. Kami belajar sama then dia join utk beraya di kampung untuk merasa suasana beraya di kampung.

Malam raya kami adik beradik buat BBQ......ada kambing, ayam, sotong dan sosej. Sakan makan sampai bulat perut sorang2. Best sgt2...dapat berkumpul adik-beradik ramai2. Dapat terawikh dengan mak.....hmmmm...setahun sekali tu ayat paling tepat nk gambarkan perasaan seronok yang hadir sekali selepas 365 hari dan bersyukurnya aku padaNya. Moga ada keberkatan ini pada tahun hadapan, insha Allah.




:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...