Sunday, June 11, 2023

:: Unsung Hero in my Education Journey::


Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bahkan hanya bergelar teman dan sahabat. Yang hanya berjumpa ketika disekolah rendah, bermain bersama, makan di kantin bersama dan di rotan guru ketika berbuat nakal. 

Umur tujuh tahun kami mula berkenalan. Dia seorang pelajar perempuan yang berada di kelas yang berbeza. Bergaul dengan teman yang berbeza, aku lupa bila kami betul2 bertegur sapa. Ntah bila detik aku kenal namanya, tapi amat aku senangi perwatakan dia. Mudah tersenyum, ikhlas dan empatinya tinggi. Kebetulan adiknya sekelas juga dengan adik lelaki. Jadi, ada benda yang dapat kami kongsikan ketika berbual dan bertegur sapa. 

Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, kami berkawan, tak pernah kami bergaduh sebenarnya. Ini mungkin disebabkan hubungan itu hanya berlaku dalam kelompok yang tertentu sahaja. Jika kami disatukan dalam pasukan bola jaring wakil sekolah, kuiz sains wakil sekolah, nasyid wakil sekolah dan semua yang memerlukan kami satu kereta untuk wakil sekolah. Dulu-dulu cikgu akan bawak naik kereta bila wakil sekolah , seronok sangat dan kadang-kadang cikgu belanja bila menang. Isk, siok pecah kepala. So, aku dan dia bukan berdamping secara rapat dan akrab tapi cukup menghormati satu sama lain. Dia pengawas sekolah, aku ketua kelas masa sekolah rendah. So, genre tugas kami agak berbeza mungkin.

Menginjak ke sekolah menengah, lagi sekali kami berbeza kelas. Aku kelas 3A2 dan dia kelas 3A3. Masa kelas agama aku akan ke kelas 3A4 sebelah kelas dia, so ada juga la berpapasan bahu masa kelas agama tu. Masih lagi sama kehidupan sekolah menengah kami lalui dengan rutin yang hampir sama setiap hari selama 5 tahun. Persamaan kami hanya pada bas ABAD HARAPAN yang kami kongsi bila ke sekolah. Dia tinggal di kampung Besar sebelah Pulau Pinang dan aku plak di Kampung Padang Bandar Baharu Kedah. Pelik kan? Sebenarnya tak dak pelik pon jika tgk geografi sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Pekan Sungai Kechil Ilir terbahagi dua, so depa belah Penang kami plak belah Kedah. Bas akan lalu ke last spot kat tempat aku, then patah balik ambik depa yang belah Penang. Sampailah ke sekolah. 

Last form 5, kami sama-sama berjuang. Aku di kelas sains dia plak kelas pertanian. So, bidang kami akan berbeza, subjek pon berbeza, Aku masih lagi keep in touch in terms of sepasukan dalam pengawas perpustakaan tapi jarang dpt bertugas sekali. Masih kami baik macam biasa, aku dan dia berjuang untuk abiskan alam sekolah menengah. Habis sahaja exam SPM, kami terpisah jauh sebab masing-masing ada komitmen sendiri. Aku dengan task di rumah sahaja. Dia aku tak pasti sebab zaman bukan ada telefon pintar. Cuma ada telefon talian kekal. Itupon jarang aku hubungi dia, tapi disebabkan ada sorang dua kawan yang sama dlm grup berbeza, kami ada juga berjumpa dalam aktiviti seperti berziarah ke rumah kawan semasa berhari raya. Itupon sekali sahaja aku rasa sebab tuntutan kerja rumah aku masa tu tak mcm org lain. Aku stay di hujung kampung, jauh dari pekan dan tiada pengangkutan yang memudahkan aku untuk keluar. Cuma sesekali ke pekan beli barang dapur sebab pinjam basikal jiran. Huh, cabaran sungguh hidup ketika itu dan kebanyakan orang sama ja mcm aku. Ekonomi masa itu agak tidak stabil dan infrastruktur tidak berkembang mcm sekarang. 

Dijadikan cerita, keputusan SPM pon diumumkan. Aku bersama rakan sekampung berpakat naik bas ramai2 pergi ke sekolah untuk ambik keputusan. Ya Allah, hati dan jantung ni berdebar hanya Allah sahaja tau camner waktu tu? Kalau tak kerana ada kerangka tulang dada dan segala otot di dada ni menahannya, aku ghasa dah sampai ke tanah dah jantung hati aku tu. Melompat keluar sendiri. Berbekalkan duit tambang dari mak aku RM1.00 (maas tu sehala tambang tak silap aku 50sen kalau tak pakai baju sekolah).  Besfren aku Na ada bersama aku waktu tu tak silap. Dah plan dgn dia, lps ambik ja terus ja balik rumah. Pas tu fikir masa depan. Huh, punya la tade plan waktu tu. Aku kalau tak dpt pangkat 1 jawabnya kena keje kilang ja la.

Masa ambik result, tade plak kawan2 kelas yang sekali datang ambik. Semua tak pakat nk berjumpa sebab dah lama tak berhubung. Ada yang udah kawin, katanya, kerja kat Singapore la. Aku masih melangut atas tangga rumah la jawabnya...mak tak kasi keje. Jadi pengurus rumah tangga ja la aku ni (dalam hati ada la rasa jeles dgn kawan2 yg keje kilang sbb dapat beli itu ini). Aku reda ja. Ok, back to citer tgk result SPM aku.. Alhamdulillah, aku dpt la pangkat satu. Sama cam kawan baik aku. Tapi aku lupa result penuh dia. Mcm bleh masuk Uni ja aku rasa. Tapi dlm bas, bila aku tanya dia jawab " Ti, aku rasa tak semangat sejak ayah aku meninggal. Aku nk keje nk bagi mak dan keluarga aku senang". Terguris hati aku mendengar dia pasrah begitu. Aku sedikit kecewa, dalam masa yg sama cuba paham situasi dia. Allah bantulah dia supaya dia betulkan plan dia utk masa depan. 

Setakat itu, aku tinggalkan Na berjalan balik ke rumah dia, dan aku teruskan lagi berjalan menuju ke rumah aku yang jauh ke dalam hutan getah. Aku tak pikir sangat apa nk jadi sbb aku ada niat...nak kluar dari rumah tu walau apa pon jadi. Aku perlu berhijrah mencari ilmu ya Allah. Abg aku ckp, hanya ilmu buleh ubah masa depan kita. Aku pakai kata2nya. Aku tanam kemas dlm dada. Sampai sahaja, mak dah masak dan aku bercerita sambil makan nasi lunch yg dah agak lambat. Mak cam biasa, gembira anaknya lulus. Tapi aku tahu jauh disudut hati dia pon berkira2 mana budak ni nk sambung belajag lagi? Abg aku dan kak Leha dah kluar rumah masa tu sambung study masing2. Skrg aku pulak? Mana nk cari duit utk aku? Malamnya, aku bgtau Apu yang aku nk sambung ngaji. Dia senyum tanda setuju. Aku syukur punya mereka sebagai org tua pelindung aku adik-beradik. Sedar erti pelajaran dan masa depan. 

Aku dalam dilema, esoknya borang masuk UPU kena ambik kat pejabat pos besar. So, penang ja ada pejabat pos besar. Aku pesan kat Apu sebab dia keje di Bagan, dekat Penang. Berita kecewa utk aku petangnya Apu bgtau semua borang dah abis. Ya Allah, aku teriak sorg2 atas tangga beranda rumah. Mengenangkan hajat aku yg tak kesampaian nk masuk Uni. Ah, jika itu takdirnya (aik, mcm tajuk drama TV3 ja ni?) aku pasrah ya Allah. Aku bulatkan tekad utk keje kilang kat Penang. Aku pasti mak akan bangkang, tapi itu ja cara aku nk cari wang senangkan keluarga yang masih ramai tengah belajar sekarang ni.

Masuk beberapa hari , kerja aku asyik termenung di tangga beranda. Sambil mengenangkan nasib aku yang tak ke sudahnya...aku berdoa kuat2 moga Allah mudahkan semua urusan aku dan berikan takdir terindah buat aku. So, di sinilah hero drama aku muncul. Heroin sebenarnya. Tak semena2 petang yang suram sewaktu aku termangu ditangga rumah, mak pi berjalan ke rumah jiran bawak adik2 main guli. Aku plak duduk rumah, bakar sampah, buat keje2 rutin, kawan aku datang dengan satu sampul ditangan. 

Aku sangat terkejut dan dia seperti biasa tersenyum sambil bertanya khabar. Kakak dia kawin dengan abg kepada jiran dekat rumah aku tu. Dia kan duduk kampung sebelah Penang so, hari tu dia dtg menziarahi kakak dia langsung bawak khabar gembira buat aku. Ditangannya ada satu sampul yang mengandungi borang UPU yang aku gagal rebut semasa result kluar hari tu. Ya Allah, rasa nk sujud syukur atas tanah. "Ti, hang ambik la borang UPU ni. Aku ingat nk isi borang politeknik ja. Result hang lagi OK Ti, aku nk buat Diploma ja dulu." Aku langsung nk berlari ambik duit bayar harga borang tu. Dulu UPU form kena beli ok. Sama ja kot la ni kena bank in duit kan. Tapi mulianya hati heroin aku ni, dia tanak pon duit tu. Dia kata ada rezeki jumpak la kita nanti. Lps ucapkan terima kasih, kami bersalaman dan hari sudah pon remang senja sebenarnya. Dia balik dengan motor tak silap aku masa tu. Ya Allah, sungguh pertolongan Allah itu dalam bentuk yang kita tak dapat sangka. Aku menangis kesyukuran. 

Pada mak dan Apu aku kabarkan cerita tadi. Dan malam tu jugak, aku berhati2 membuka dan mengisi borang tu lps semua org tidur. Apu sangat menyokong keputusan aku dan sanggup temani aku ke pejabat pos esoknya lps aku isi semua borang. Nk kena pos satu2 ke UNI yg di mohon pon perlukan duit setem. Apu la bayar semua setem tu. Aku masih pokai, budak lepasan SPM habuk pon tarak bhai. Terharu aku lihat Apu beratur bantu aku yang tengah menulis alamat di depan sampul. Setelah siap, aku naik bas kilang Apu balik rumah. 

Selang tak berapa lama, aku mendapat surat ke Pusat Matrikulasi UUM 1996/97. Alhamdulillah, walaupon uni ni bukanlah menjadi idaman, aku letak sebagai pilihan pertama dek kerana result aku yang setara dengan syarat kemasukannya. Aku agak sedar ruang dan diri yer, masa tu aku kena masuk any UNI sebab nk mendapatkan better life sebagaimana yg Abg aku ckp. Aku kena ada semangat utk ubah kehidupan masa depan. Tawakkal ya Allah. Dalam hati ni, nama insan yg memberikan sinar dalam kehidupan pendidikan aku masih segar dan takkan pernah aku lupakan. Hanya Allah dapat membalas segala ingatan dan jasa baik hang kat aku. Terima kasih teramat sangat buat Rohayati Hanapi @ kak Tie. 

P/s: Aku jumpak dia kat UUM masa last sem degree. Dia masuk ke sana sambung degree rupanya. Indahkan takdir Allah. Apa jua yg dia buat mendapat balasan yg sempurna dari Allah. Aku turut dedikasikan apa jua kejayaan aku skrg kepada arwah Apu dan kepada mak yang byk menelusuri susah payah masa aku di UUM dulu. Segala jasa baik hanya Allah mampu balas. 




No comments:

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...