Tahun 2021 ...Selamat Datang....lebih setahun wabak pendamik COVID-19 telah melanda dunia. Ianya telah memberikan kesan baik dari sudut postitif atau negatif terserah pada yang menafsir. Bagi seorang muslim kita hanya wajib percaya hal ini adalah pelajaran atau ujian buat manusia sejagat dari yang Maha Pencipta.
Jika dihitung dalam era 1900 sebenarnya telah berlaku beberapa wabak yang diklasifikasikan sebagai pandemik. Pada tahun 1918 berlaku wabak Spanish Flu yang terjadi akibat daripada virus H1N1 dengan gen yang berasal dari burung. Gelombang awal berlaku di Sepanyol, kerana negara ini tidak terlibat dalam perang Dunia Pertama ketika itu, makanya di gelar "Spanish Flu". Ia mengambil masa selama 1 hingga 2 tahun untuk disembuhkan kerana pada awalnya tiada sebarang vaksin ditemui. Pandemik ini meragut nyawa lebih kurang 50 juta penduduk dunia keseluruhannya. Terdapat data hipotesis yang menarik juga tentang pandemik ini iaitu ianya dipercayai berasal dari China dan telah terjadi daripada jangkitan virus H1N1 pada babi yang direplikasikan sehingga terbentuk jalur keturunan H1N1 klasik virus selesema babi. Walaubagaimanapun, tiada sebarang penemuan bukti saintifik bagi mengesahkan fakta ini.
Pademik seterusnya adalah HIV/AIDS yang mula ditemui dikalangan pengamal gaya hidup songsang (gay) Amerika. Ianya adalah juga bawaan haiwan iaitu cimpanzee. Pandemik ini bermula hujung tahun 1970-an dan masih aktif sehingga ke hari ini. Fakta yang menggerunkan kerana sehingga sekarang tiada penemuan anti-dot yang dapat memulihkan penyakit berbahaya ini selain dari ubat-ubatan yang dapat menahan kesan penularan agar tidak berlaku serangan dan kematian yang cepat.
Masha Allah, jika kita teliti balik fakta2 yang terdapat di channel history , discovey atau wikipedia, keseluruhan punca pandemik yang mudharat ini adalah daripada amalan kehidupan yang kotor (dari segi penjagaan diri dan pemakanan) , gaya hidup bebas dan amalan2 yang tidak ada asas kerana bertuhankan akal manusia yang terbatas. Emosi sikit aku dgn peel manusia yang sangat pentingkan diri ni. They never learn a lesson or what? Dlm timeline pandemik telah dinyatakan punca dan akibat sesuatu penyakit tu berlaku. Baca dan ambil iktibar la..as simple as that. Kenapa perlu dimudharatkan dunia dan generasi masa depan dengan pandemik yang tiada kesudahan dan meragut ramai nyawa yang tidak bersalah.
Kesimpulan yang dapat aku buat daripada hasil penelitian aku yang tidak seberapa dalam ni, Islam tidak sesekali mendatangkan mudharat kepada sesiapa sahaja yang bernyawa baik manusia mahunpun haiwan dan tumbuhan. Tiada punca pandemik dari kalangan muslim, or negara muslim or apa2 yang berkaitan cara hidup seorang muslim yang mengikut landasan al-quran dan sunnah. Itu fakta. Dengan fakta ini juga aku sangat2 bertuah dipilih Allah menjadi seorang muslim kerana aku percaya tiada kerosakan akan dipikirkan oleh seorang muslim terhadap manusia, haiwan atau tumbuhan dan alam sejagat secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Moga Islam terus menyinar dan gemilang sehingga ke ahirnya....itu janji Allah.
No comments:
Post a Comment