Sunday, October 19, 2014

:: Salahkah Aku?::


Apa patut aku buat? Untuk menjaga hubungan sesama Muslim pada mulanya aku cuba untuk bersabar dan bertoleransi. Tetapi, riak muka aku yang berubah dan mood aku yang tidak menentukan menggambarkan perasaan aku yang terganggu. Puas aku renung dan muhasabah diri. Akhirnya , rakan satu makmal aku bagitau mungkin disebabkan aku terlalu ingin menjaga hubungan sahabat dengan rakan serumahku itu. Hishhhhh, cuba menafikan pada mulanya, dan aku akui memang itulah punca perubahan pada diriku. Kurang fokus, tidak dapat memberikan hasil yang terbaik dalam pembacaan aku, apatah lagi kertas cadangan. Aku mula runsing dan perasaan tak menentu.


Aku terus berdoa dan akhirnya putus satu nekad dalam diri, aku harus keluar dari sarang perasaan yang tidak menentu ini. Tertangguh keputusan aku sebelum 'sahabat' aku itu balik ke negara asalnya. Selama dua bulan 'dia' tiada dengan aku, aku jadi tenang dan semakin bersemangat membuat progress aku sebagai penyelidik. Aku akur, 'dialah' punca aku begini. Tidak terlintas dalam hati ingin menyalahkan dia dalam hal ini, tetapi ini terkesan pada aku. Aku sebagai seorang dewasa atau sudah matang dalam membuat keputusan harus lebih tegas dalam membuat keputusan.


Apa puncanya? Inilah yang aku fahami akhirnya dengan tiada 'kimia' yang diperkatakan. Chemistry aku tidak mengena dengan 'sahabat' aku ini. Allah saja tahu betapa aku merasa bersalah untuk bercakap dengan dia. Dah la aku perlukan saksi atas apa yang aku cakap...dah tua2 ni short term memory lost. Aku perlukan sokongan kekwn utk berckp dengan dia. Aku kurang pandai menyatakan perasaan tak puas hati aku. Aku yakin dia amat marah pada mulanya, tetapi kami sebagai kwn2 kami yakinkan bahawa ini kali pertama dan terakhir benda ini akan berlaku, dan inshaAllah tiada sesiapa melainkan Allah dan 4 orang kami saja yang mengetahui akan hal ini. 


Keputusan dibuat. Aku membantu dia mencari hostel pelajar dan keesokan harinya dia berpindah. Aku pulangkan semua modal yang dikongsi bersama sewaktu berpindah ke  rumah sewa baru kami. RM1*** aku bagi dia termasuk dengan membeli tilam dan meja dan kerusi yang dia tinggalkan. ya Allah...mungkin ini terbaik utk aku dan dia.....ya Allah yakinkan hati aku ini adalah terbaik. Amin. 

No comments:

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...