Wednesday, July 22, 2009

:: Sesuatu Yang Indah ::



Tepat jam 8.29 pagi tadi, seluruh Malaysia dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari separuh yang sungguh indah. Pagi nih kat Jitra suasana suram dan cuaca pon mendung seluruhnya. Kalau nk disamakan dengan mood manusia, org Kedah cakap Mandom la. Kejadian yang sama berlaku pada 26 Jan 2009. Hmmmm..dalam tahun nih saja dah dua kali benda yang sama berulang kan? Apa maksudnya tuh?

Fakta yang sempat aku kutip mengenai fenomena yang berlaku pada 26 Jan lepas dari falak online yang memetik, pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari itu, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Begitulah alkisah nya kejadian gerhana matahari yang berlaku pagi ini. Tidakkah ianya sesuatu yang Indah???

ps: Naper terasa sesuatu yang indah itu begitu menyenangkan sehingga semua yang kita nampak akan bertukar dalam bentuk warna-warni yang sukar diluahkan akan keindahannya? seluruh pandangan akan bertukar jadi bersinar-sinar dan berwarna pink?? hehehehheheh...

No comments:

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...