Thursday, June 25, 2020

:: Selamat Tinggal Putrajaya, hai Ipoh Perak ::


Usai memikirkan tentang tesis aku yang tade kesudahan, aku pon terfikir nk bukak blog aku yg dah lama bersarang. Sepanjang aku menulis tesis 3 tahun lepas, mmg tade apa2 update pasai hidup aku. Cuma kepikiran kali ini sebabnya mood aku untuk menulis mula terbangun. So, hentakan keyboard aku membingitkan member sebelah aku ni.

Setelah 3 tahun aku di JPP** Putrajaya, aku mendapat re posting ke PU* Perak. Ya Allah, betapa aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan ini ya Rabb. Syukur sgt. Aku memang sukakan persekitaran pengajaran ni. Tapi sini, pelajar akan berbeza la sedikit. But, mmg aku paham sgt pepatah lain padang lain belalang...lain org lain la ragamnya. Insha Allah akan aku cuba mencari keserasian dengan mencipta keharmonian dengan orang2 di sini. Dengan restu Allah dan ibu bapa aku, pasti akan ku dapatkan itu semua, amin.

Yang pasti skrg otak aku berlegar2 memikirkan apa teknik sesuai utk aku langsaikan tugasan aku tu. Ya Allah berikan aku idea bagi menyelesaikan permasalahan tu..Amin.

Untuk pengetahuan semua, aku dah berpindah daripada Putrajaya ke Ipoh tanggal 27 April 2020. Daripada berfungsi sebagai penolong pengarah yang mmbantu hal2 pengurusan skrg aku kembali lincah ke arena pengajaran. Alhamdulillah, tiada komen panjang sebab aku sgt percaya Allah punya ketentuan yang tiada kegusaran melainkan kebaikan semata-mata buatku.

~hujung minggu kembali ke Kampung...mmg itu kehidupan aku pada 10 tahun lalu semasa di Jitra

2 comments:

Alizam Jonie said...

Limpassss...

Sitibuha Md Kassim said...

Apesal limpas sajak....ko komen ja la ali

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...