Tahun 2016 adalah tahun ke-38 aku sambut syawal. Alhamdulillah, sekurang2nya Allah masih pinjamkan aku nyawa untuk bernafas dan menikmati semua keindahan alam ciptaanNya. Ini juga bermakna Ramadhan sekali lagi menghilangkan diri sehingga terbit kiraan tahun hadapan. Moga aku dan keluarga diberikan peluang utk berjumpa dengan Ramadhan akan datang dan beribadat sebanyak kudrat mampu, dengan izinNya.
Banyak peristiwa duka dan gembira aku dapati sepanjang Ramadhan tahun ni. Ada pemergian insan2 yang tidak terjangka kerana usia masih bertenaga, tetapi illahi memanggil dengan penuh penghormatan. Doa kita yang masih hidup adalah untuk rahmat terhadap roh arwah dan semoga dia tenang menghadap Illahi. Peristiwa gembira pula apabila mendapat khabar keluargaku bakal menerima ahli baru sebagai ipar. Alhamdulillah, aku berlapang dada menerima mereka sebagai ahli keluarga dan moga semua mereka mendapat rahmat dan keberkatan Allah.
Syawal pula ada majlis kenduri kawan lama...Alhamdulillah, moga sabahatku berbahagia dengan pernikahannya. Berjumpa dan bersembang dengan sabahat lama juga agenda menarik tatkala syawal menjelang. Ada saja rumah sahabat taulan dan sanak saudara yang dikunjungi utk berbalas salam dan memohon kemaafan. Sedekah duit raya juga amalan yang mulia bagi melatih diri berkongsi rezeki yang Allah kurniakan. Selepas habis sesi bergambar dan bersembang bual, masing2 permisi pulang ke daerah sendiri.
Aku? Percaya atau tidak, episod memori duka tak pernah padam kan? Perjalanan kali ini aku selusuri dengan penuh jerih dan terlalu sunyi. Aku ibarat manusia yang kurang daya peka pada sekeliling dan amat tersentuh dek sesuatu yang halus. To be exact , aku skrg makin sensitif dengan ajukan soalan "bila nk abis study?", "kenapa tak kawin lagi?"....... kalau aku tahu tarikh2 keramat ini secara pasti, aku pon tidak mahu menyorokkan kenyataan. Sudah pasti soalan2 ini adalah lebih sukar berbanding menjawab soalan panel dalam sesi viva kelak.
Yakin dan pasti dengan janji Allah, perancanganNya Maha Sempurna, aku hanya perlu berusaha, doa dan akhirnya tawakkal. InshaAllah perjalanan sunyi ini akan dapat diharungi ..... ok, bai!
ps: Mohon maaf segala kesalahan kepada semuanya...moga mendapat keberkatan dr Allah, Amin.