Sunday, July 21, 2019

::Kerana Doanya::




Tidaklah dihijab doa ibu yang memohon,

Tidaklah dihijab doa ibu yang merayu,

Tidaklah dihijab doa ibu yang meminta,

Allah …

Dikau Maha mendengar setiap keluhan

Seorang ibu yang memohon, merayu dan meminta,

Aku anaknya hanya mampu,

Merintih kepada ibu mengadu nasib,

Aku penat berusaha,

Namun doa ibu yang menjadi titian,

Sampaikan kerjayaan kepadaku dipenghujungnya,

Aku percaya Ya Allah,

Aku yakin Ya Allah,

Kerana doanya,

Yang kusut engkau leraikan,

Yang terikat enkau rungkaikan

Yang susah kau senangkan,

Dan yang terbuku dihati engkau selesaikan,



Ya Allah, aku mohon,

Aku takut,

Pabila tiba harinya,

Engkau tarik nikmat doa dia dariku,

Kerana tidaklah aku tahu siapa bakalan pergi dahulu,

Moga doanya terus kekal buatku,

Moga kau berkati titipan syahdunya

Buatku,

Anak yang amat mengharapkan,

Utusan doa darinya,

Kerana segala redhaMu Ya Allah,

Adalah

Kerana doanya.


Thursday, May 23, 2019

::Ramadhan 2019::

Seluruh umat muslim di Malaysia menyambut ramadhan pada 6 Mei 2019 iaitu bersamaan dengan hari Isnin. 1 Ramadhan kali ni aku sambut secara solo buat kesekian kalinya. Takdak apa sangat yang berubah melainkan beban yang sama aku pikul sepanjang 2 tahun lepas. Berangan-angan mahu sambut ramadhan tanpa beban di bahu, tapi takdir yang aku cipta tidak merelakan. Aku kena jugak pikul beban itu. Ya Allah, bantu hambaMu ini ...

Mahu tidak mahu, aku redhakan hati ini, relakan badan ini dan izinkan jiwa aku sekali lagi dihenyak perasaaan kekalutan yang tiada penghujung. Aku buntu sebenarnya. Kalah dengan diri sendiri, tidak mampu aku melawaskan beban jiwa untuk bebas sepertimana burung yang berkeliaran di langit biru. Cemburu betul aku melihat orang lain ketawa penuh nikmat tatkala membeli juadah berbuka di bazar Putrajaya. Raga aku menangis melihat orang bersuka2 dengan keluarga di padang depan masjid besi menghampar tikar habuan alas berbuka bersama. Ya Allah, tunjukkkan aku jalan Ya Allah.

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...