Tuesday, October 11, 2022

:: Kerinduan yang Tiada Penawar::

 Masih aku ingat,

Panggilan telefon abang sulongku,

Meminta aku mendengar bait katanya dengan fokus,

Degupan jantung aku seakan tahu,

Ada sesuatu yang penting akan berlaku,

Jika tidak, pasti tiada panggilan sewaktu aku sedang bertugas,

Kucari ruang selesakan perbualan,

Benarlah telahan hati,

Apu telah dijemput Ilahi, Ya Allah...Kau Maha Besar

Hati kecil aku menidakkan sekuat daya,

Tiada perkataan lain melainkan akan kembali ke kampung halaman,

Menjengah situasi sambil mencari kepastian,

Dengan segala kekuatan kupacu kereta biruku, 

Selepas memberitakan kejadian kepada ketua pejabatku,

Hiba rasa hati, tapi mengapa airmata gagal mengalir,

Mungkin aku masih mencari tahu,

Atau...

Kerna hatiku masih menidakkan,

Bahawa ini bukan pengakhiran lagi,

Masih banyak perkara masih belum terlunas,

Allah, mudahkan dan cepatlah aku sampai ke kampung,

Merentas lebuhraya utara-selatan yang lengang,

Aku sampai dengan selamat,

Alhamdulillah, aku sampai awal,

Penuh sudah ruang bawah rumahku dengan jiran tetangga,

Segera aku dapatkan ibuku,

Ya Allah, kuatkan dia...

Esakan dia buat aku hiba, 

Tersentak saat aku memandang sekujur tubuh kaku

Dilitupi kain putih, tidak bergerak,

Aku rapati dengan penuh debar,

Benar Ya Allah, 

Dialah Apu yang sudah lama aku tak sapa,

Aku amati wajahnya yang tenang,

Lama benar rasa tidak melihatnya dari dekat,

Segala kekesalan meruntun jiwa,

Airmata aku mengalir tanpa diminta,

Deras terasa aliran mencecah dagu,

Kucium dahinya yang sejuk, 

Al-fatihah kubaca buatnya, 

Perginya begitu mudah,

Sehingga tiada tanda buat kami semua sedar dan peka,

Yang dia bakal pergi buat selamanya....

Moga Apu berada bersama dengan hambaNya yang soleh Ya Allah,

Kau kasihanilah Apuku 

Sebagaimana dia mengasihahi aku sewaktu aku kecil,

Amin Ya Robbal 'Alamin.




Saturday, January 22, 2022

:: Kisah awal Tahun 2022:


Trip pertama aku dan geng pompuan tahun 2022. Alhamdulillah, aku berjaya naik ke Bukit Bendera Penang walaupun manusia meremut beratur utk naik. Sampai ke atas plak, manusia beratur ramai untuk turun. Mula berfikir, pukui berapa aku bleh turun satgi? Ya Allah mudahkanlah urusan kami. Amin.

Staycation kami yg agak mahai aku ghasa awai tahun ni. Aku pon tak kisah mana kawan aku pilih. Yang penting ada tempat nk bermlm kat Penang. Jadi hal plak sbb depa upgrade bilik ...sib baik tade charge. Alhamdulillah. Merasa bilik mahai walaupun semlm sahaja. 


Lps check out pi pekena mango snowflake kat Ice Cafe. Unik sungguh Penang. Tiber masuk ke winter plak bila enter cafe ni. Bleh merasa ni pon dah ok.



Ada pulak Museum Food. Pi tgk makanan yang ada di Penang. Best sebab ada history tentang makanan yang dipamerkan di muzium ni. Menariknya. ada pameran hidangan termahai di dunia dlm muzium ni. Fuh, ianya dipanggil Golden Leaf. Menurut kata penjaga muzium tu, emas ni bleh makan weih. Takjub aku dgr. sbb bagi aku emas ni sejenis galian yang berbahaya. Tak sangka bleh mkn nu. Apapon its new info for aku. 

Sekian utk entry kali ni. Tq kekwn sudi temankan aku.... plan mai berdua, jadinya berempat...camner tu?



 

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...