Aku pelik melihat ada sesetengah golongan manusia yang mengiktiraf diri mereka lebih dari orang lain. Bahkan ada sesetengahnya melihat orang lain bukan manusia....habis apa? Manusia semuanya bersifat fizikal sama yang sempurna Allah berikan. Kenapa harus dibezakan pula?
Isu inilah menjadikan pertelingkahan makin berleluasa di muka bumi hingga ada yang membawa kepada pertumpahan darah yang dahsyat seperti di negara seagama kita, Syria dan Palestine di bumi Syam yang dahulunya terkenal dengan para ulama dan cendekiawan terkemuka zaman pemerintahan khalifah. Melihat kebiadapan manusia terhadap manusia lain, kita mencari titik penyelesaian di mana harus bertemu kepada tamatnya peperangan dan penindasan etnik sepertimana juga kepada bangsa Rohingya di Mynmar.
Penghapusan etnik yang dahulunya dipelopori oleh Hitler makin menjadi ikutan dek kerakusan manusia kepada kuasa dan kekayaan. Mereka membunuh manusia lain atas nilai yang berbezanya agama dan bangsa. Apa ini? Mana letaknya kewarasan mereka sebagai manusia yang memanggil diri mereka insan ciptaan sang pencipta yang satu? Tidakkah mereka melihat manusia yang dibunuh dan diseksa itu punya bentuk badan yang sama seperti mereka? Punya keluarga, anak, isteri dan suami?
Walau agama dan bangsa serta adat sahaja yang berbeza, namun kita tetap manusia kan? Apa bezanya mata, tangan, kaki, telinga dan hati yang kita punya berbanding mereka? Nilai ini sudah cukup buat alasan toleransi sesama manusia bukan? Hormat dan cuba hidup secara aman kerana yang punya hak kepada nyawa manusia adalah Allah Azzawajal. Hidup ini bukanlah abadi wahai manusia, satu hari nanti pasti kita akan pergi....
No comments:
Post a Comment