24/09/2017 - Perjalanan ke Sabah kali ni melibatkan tugasan yang aku terpaksa galas seorang diri. Selaku wakil kepada jabatan aku, aku kena laksanakan tugasan ini dengan jayanya, Insha Allah. Berbekalkan waran yang diberikan kepada aku oleh k'jaan M'sia, aku melangkah ke Putra Sentral pada jam 8.00 pagi. Agak awal jika aku kirakan dengan waktu boarding flight aku pada jam 10.30 pagi dari KLIA. Tapi memang nk selesa berjalan dengan perlahan-lahan, aku park kete kecilku di Park n Ride. Nahas kali ni sbb bila park ja dalam kawasan berbumbung utk beberapa hari, fee memang agak mahai. Sebelum ni aku park kat sana dalam 4 hari, kena charge RM26.00...kali ni dalam 8 hari, so aku congak dalam double the price kot. ahaks!
Bayar sahaja tambang aku ke KLIA (dua hala) dalam RM18.10, aku menyeret beg seret beroda aku ke platform sebelah kanan, iaitu laluan ke KLIA. Ramai manusia pagi2 camni nk ke KLIA, kataku dalam hati. Most of them, cabin crew dari MAS, AirAsia dan Malindo. Itu yg dapat aku nmpk la. Wangi2 semua sbb pagi kan...belum berkepam dengan peluh dan habuk. Ada pilot dan pramugara/i yg bergegas menyeret beg masing2 dengan gaya penuh kemegahan dan komitmen. Aku respek depa ni, sbb sanggup keje dengan bersungguh2 dan mungkin bagi kanak-kanak yang sedang mencari2 apa kerjaya masa akan meniru dan mengidam nk jadi mcm mereka kan? Ala2 karangan darjah satu yang bertajuk: cita-cita saya....termasuk aku...(senyum sendiri aku) memang aku bercita2 nk bekerja di awan biru, satu masa dulu, but skrg aku lebih melihat pilot agak praktikal sbb mendatangkan banyak ongkos kan? Why not, klu ada kelapangan....aku bleh ambik lesen terbang plak selain pandu kenderaan darat.
Okeh, abis mengelamun, train aku sampai. Tak sampai 2 minit aku ditelan perut train yang kurang penumpang bagi aku utk masa itu. Masing2 dapat kerusi dan aku duduk bersebelahan dengan seorang pilot agak ku. Tapi uniform dia agak kusam putihnya dan bukan melayu sbb kulitnya putih dan matanya agak sepet. Tapi wajah babyface dia menunjukkan dia ni bukan la dari kumpulan umur aku, tapi naper moody semcm muka? Agak depress ja nmpk, takperlah...setiap org ada masalah kan? aku nmpk topinya yang ada sayap burung membuatkan aku yakin dia ni pilot or co-pilot...but bukan MAS kot sbb MAS ada logo sendiri. Maybe dia ni pilot private jet or lain company. Ok, enough with him...sbb aku tak de plak nk jadi wartawan pagi2 ni dan spoilkan mood orang. Aku turun dia KLIA dan dia masih di dalam...yeessss, gud guessing kan? dia maybe AirAsia pilot sbb lps platform KLIA adalah KLIA2. I am off now.....daaaaa...
Okeh, kisah pilot comel aku tinggalkan mcm angin lalu sbb seretan beg aku menyebabkan kesukaran bagiku utk keluar dari pintu train yg ada gap antara landasan dan lantai platform. Last2 angkat ja. Keh keh keh....pas tu terus mata aku tercari2 sign board utk gate boarding. Hmmm, tgk2 jam masih awal plak dah....sejam ja perjalanan dari putrasentral ke KLIA. Oklah, aku lepak surau sambil2 nk cari tempat membuang masa. Sebenarnya ada kwn aku dr J** akan join bengkel kali ni, cuma dia dari unit lain dari bhgn lain. Apa2pon dia orang ICT la....lega sikit mengenangkan ada kawan nk sembang sementara tunggu flight. Dia ni pon kaki jalan, mean beg packers. So, nnt kena kepala la klu nk sembang bab2 jalan ni. Tapi dia kok serius beg packers, manakala aku acah2 ja ...sbb belum byk tempat aku terokai atas muka bumi ni..dia dah tengok aurora beuralis di Iceland....Eifel Tower di Paris, Oslo, Korea, German, isk....byk kan tempat dia g? Best ....Insha Allah, kena abiskan amanah aku dulu sblm aku keluar dengan idea2 bernas menyambung agenda beg packers aku utk masa depan, Insha Allah.
Sudah puas bertapa dalam surau, aku keluar utk menunggu rakan seperjuangan aku. Alamak, tetiba mata aku tertancap pada TV yg menayangkan masa penerbangan flight aku re-timed? What? Sejak dua menjak ni makin kerap la flight delay kan? Maybe cuaca yang semakin mendapat rahmat Allah ini menyebabkan flight xleh nk take off dan touch down. Alhamdulillah, ada la hikmahnya kan....dah ujung2 tahun ni...hujan pon makin banyak. Kawan aku dtg akhirnya...flight kami jam 11.30am. Mean, lps 2 jam akan tiba di Sandakan Airport. Dalam flight disajikan dgn meal malaysia nasi lemak n ayam....sedap sgt...smpi tak sedar abis....lapar tu. Sampai sahaja dia airport dah ada pemandu menanti kami utk dihantar ke Hotel Four Point , Sandakan. Disitulah kami akan berjuang dalam masa 4 hari ni sampailah tamat bengkel Microsoft SharePoint. Insha Allah akan disambung journey seterusnya pada masa lain. (24 September - 1 Oktober 2017).
No comments:
Post a Comment