Tidaklah dihijab doa ibu
yang memohon,
Tidaklah dihijab doa ibu
yang merayu,
Tidaklah dihijab doa ibu
yang meminta,
Allah …
Dikau Maha mendengar setiap
keluhan
Seorang ibu yang memohon,
merayu dan meminta,
Aku anaknya hanya mampu,
Merintih kepada ibu mengadu
nasib,
Aku penat berusaha,
Namun doa ibu yang menjadi
titian,
Sampaikan kerjayaan kepadaku
dipenghujungnya,
Aku percaya Ya Allah,
Aku yakin Ya Allah,
Kerana doanya,
Yang kusut engkau leraikan,
Yang terikat enkau
rungkaikan
Yang susah kau senangkan,
Dan yang terbuku dihati
engkau selesaikan,
Ya Allah, aku mohon,
Aku takut,
Pabila tiba harinya,
Engkau tarik nikmat doa dia
dariku,
Kerana tidaklah aku tahu
siapa bakalan pergi dahulu,
Moga doanya terus kekal
buatku,
Moga kau berkati titipan
syahdunya
Buatku,
Anak yang amat mengharapkan,
Utusan doa darinya,
Kerana segala redhaMu Ya
Allah,
Adalah
Kerana doanya.