Salam Aidilfitri, minal aidil wa faizin ...
Tahun 2020 ni berbeza sekali sambutan hari raya. Tapi Alhamdulillah, covid-19 ni mencipta hikmah yang tidak terpikir dek akal. Sulong, aku, keempat, kelima, sembilan dan sepuluh dapat bertemu mencipta moment bermakna raya buat mak dan Apu.
Apu....hmmmm, keramat sungguh perkataan itu buat aku tahun ini. Tiada sebarang jawapan aku dapati akibat perbuatannya tidak mahu berckp dgnku sepjg aku di rumah bermula 10 Mei 2020. Hanya satu jawapan yg aku boleh fikirkan iaitu tidak selesa dgn kepulangan aku dari zon merah covid-19. Mungkin marah sbb kami adalah orang dari zon tercemar covid, balik ke kampung membawa bahana virus yg bagi aku sudah pasti kami selamat selepas 2 minggu kuaratin di rumah. Ya Allah, bingung sendiri aku. Sampai skrg masih belum ada jawapan. Aku mohon ya Allah, kau berikan aku jawapan itu. Amin.