Saturday, August 23, 2014

:: Mencari "Sesuatu" ::

Perkataan 'sesuatu' dah sinonim dengan tema blog aku mmg 'sesuatu' banyak terlibat dalam hidup aku bermula dari kemunculan blog ini sewaktu aku bersama geng senja.com. Menariknya tentang 'sesuatu' itu adalah tiada sebarang jawapan pasti akan 'sesuatu' tersebut. Cuma pertama kali aku berjumpa dengan 'sesuatu' dalam entry aku yang sebelum ini. Itu bukan juga jawapan pasti pada 'sesuatu', melainkan pada ketika itu aku telah berjumpa dengannya dan kemudian aku terus berkelana. 

Dalam perjalanan keduaku, pengembaraan ini aku rasakan ada perit berganda. Faktor usia, mungkin. Faktor geografi, mungkin. Faktor persekitaran pon mungkin. Segalanya berkemungkinan, bak kata Headwind tatkala mendendangkan lagu itu.
"Malam siang ku lalui
Dengan debaran di hati
Pengalaman teman-teman
Membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya berkemungkinan"

Layan oldies pulak dah. Ok, tak mo panjang cita, aku sekarang ni ada masalah malas yang teruk, sampai asyik layan internet 24 jam dari hari Sabtu ke Khamis. Bukan nak fokus keje. Tiap kali bukak page nak menulis dalam paper or progress report, aku mula demotivatedkan diri sendiri. Entah apa punya perangai, aku pon heran campur pelik. Entah apa aku update pon tatau, yang pastinya habis semua wall FB kekwn aku kelebek, satu persatu. Isk isk, dulu tadenya aku melayan FB ni, lantaklah setahun tak bukak, aku heran pon tak, tapi skrg, no no no. Pantang dtg lab, itu la aku bukak paling awai. Buang masa, memang wasting time. Mcm kena getah, melekat ja dgn wall. Tetiba tgk jam, dah lunch time, halamak!

Then bila dah sedar diri istigfar, mula la nk bukak doc nk menulis pembetulan paper. Tapi, ya Allah, kwn dah ajak gi surau. Zohor pulak dah. Solat time paling bertenang. Lps solat selalunya ada masa aku ngan member akan chit chat pasal hal2 dunia. Time lepak nih aku gunakan untuk berckp bahasa asing. Ada yang ajar Urdu dan Arab. Not bad, aku plak akan bg depa Malay lesson secara percuma. Sistem Barter la kan. 

Lepas tuh, masing2 fokus balik dlm kiub masing2. Puas aku pujuk diri fokus baca paper, tapi nmpk ja kelibat chrome, aku jadi gedik nk ketik. Then bila quick start dh tunjuk simbol fb, youtube aku mula lupa diri. Mula cari video2 related isu2 semasa, MH17 la, ISIS la, Gaza, ...Ya Allah, ini bukan rutin aku. 

Dah nk dekat Asar, baru aku akan menjelma jadi budak sekolah. Mula membaca, ada mood nk cari paper related. Masa tu dah lambat, sebab jadual keje diri sendiri aku akan tamat pukul 6.30pm setiap hari. Malam, aku kalah sikit. Kena balik rumah rehat dan tonton TV ja la. Itu rutin weekdays. Jumaat aku pilih sebagai weekend. Dah terbiasa dengan rutin lama, Jumaat aku peruntukkan untuk masa di rumah, buat keje2 buruh. Biasa la yg related dengan perumahan. Shopping barang2 rumah dan juga masa utk bayar bil dan sebagainya. 

Dalam tiap doa, aku titipkan untuk merubah sifat ini. Tapi belum berlaku seperti yang aku hajati. Makin dibiar akan parah ni. Kena ada mengetuk baru aku sedar. Due date adalah benda paling mendisiplinka aku. Tatkala ada due date utk apa2, aku jadi fokus. Tapi habis saja selesai due, aku joli seolah2 menunggu tarikh konvo. Apa punya perangai tu? Camner nak bagi selalu rajin dan fokus study? Tade plak pemangkin sebagai inspirasi, ekekekekkekeke, dah mula bab sendu sendi. Aku bukan remaja pon lagi, dah cukup dewasa idup sendiri. 

Okey, back to rutin. Aku perlukan lebih fokus dan itu perlukan iman sebagai isi. Moga aku berhasil dengan misi itu. Amin.

ps: semlm tak bgn sahur, hari ni posa lembik ... :)

2 comments:

salissal said...

chaiyok meow.....
Daehan..minguk..manse... :)

Sitibuha Md Kassim said...

kombawa...

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...