Sunday, June 28, 2015

:: Seminggu Ramadhan di kampung ::

17 Jun 2015 - Aku mulakan perjalanan ke kampung halaman bersama adik aku Dayah. Dia dtg bersama kete myvi KCA then park kat umah aku di Skudai. Lps berkemas, then pack apa yg patut, kami bertolak. Kebetulan hari yg sama, kwn lab aku Tasneem pindah masuk ke rumah aku. Dia dilanda kesulitan pada saat genting. So, aku cuma bantu utk kemaslahatan bersama. Aku pon akan lebih lega dengan adanya seseorang dalam rumah, tade la aku sorang2 dlm rumah. So, alhamdulillah aku skrg dah ada roomate, walaupon dia cuma bagi masa sebulan utk trial. Utk kami mencari keserasian. Maybe dengan cara ini akan membanyakkan amalan aku yg mmg kurang pengetahuan al-quran. Takper, aku sambung perjalanan aku ke kampung. Dalam pukul 6.30 pagi kami bertolak. First destination adalah Putrajaya utk urusan signature surat ANGKASA utk kereta aku. InshaAllah, moga dipermudahkan. Berkat doa dimakbulkan Allah, perjalanan dan urusan aku di Putrajaya selesai sebelum pukul 1 pm. Then journey aku diteruskan ke Klang, rumah akak aku. Selesai ambik kain baju utk raya, aku pon teruskan ke destinasi impian iaitu Kampung Padang, Bandar Baru, Kedah. Sampai rumah pukul 6.30pm then sesuai sgt utk mkn ptg last sebelum posa esok hari. Malamnya, aku join mak ke masjid utk terawikh. 

18 - 24 Jun 2015 - Jadual aku di kampung sememangnya ketat dan padat. Supir memang menjadi pekerjaan tetap dan berpencen aku dikala di rumah. Bawa mak ke salon gunting rambut, kedai cermin mata and ke pasar utk beli barangan basah and groceries. Best dapat luangkan masa dengan org2 special kan, walaupun penat kita puas hati dan lapang. 

24 Jun 2015 - Flight aku ke Senai jam 9.30mlm. Apu hantar aku ke lapangan terbang lps Asar dengan teksi pakcik Mat Desa. Dia adalah insan yang menjadi tempat Apu aku meminta pertolongan memandangkan keadaaan skrg Apu sudah tidak sekuat dulu utk drive jauh je Penang. Pakcik masih bekerja sebg pemandu teksi khas utk keluarga aku dari aku kecik, dialah hantar abg, kakak, aku dan adik2 ke IPT dikala pendaftaran bermula. Tq pakcik ....Allah saja dapat membalas jasa2 pakcik. Aku dan Dayah berbuka di airport Penang dalam keadaan selesa sbb airport tuh sgt konvinien selepas diubahsuai. Byk kedai2 utk dipilih, dan kami memilih Kopitiam Penang sbg restoran berbuka. Juadahnya tade la menarik, tapi buleh la dari tade. Lps solat jamak maghrib dan Isyak, kami sekali lagi makan burger KFC utk menampung rasa tidak puas hati lps berbuka juadah kopitiam tadi. Tiba masanya, kami berdua selamat berada di perut flight AirAsia AK6419 utk berlepas ke Senai Johor. Tepat jam 11.15pm kami tiba disambut kwn rapatku Tasneem dan Juliet yang setia menanti di balai ketibaan airport Senai. Thankyou Allah, perjalanan aku selamat dengan redhaMu dan keberkatanMu jua dengan sahabat yang mendampingiku. Amin. 



Tuesday, June 16, 2015

:: Ramadhan kembali ::

Alhamdulillah, aku diberikan rezeki menjalani ibadah yang dinantikan oleh semua umat Muslim seluruh dunia. Moga keberkatan melimpah buat kita semua, Amin.

ps: esok aku balik kampung, sambut posa ngan mak n famili, doakan perjalanan diberkati dan selamat sampai ke destinasi.

Monday, June 01, 2015

:: Kemalasan lagi ::




Sejak dua menjak nih, aku dpt rasakan kemalasan yg entah keberapa kalinya membadai diriku yg kerdil ini. Tak cukup kuat rasanya aku nk gagahkan diri nk bangun setiap pagi memulakan hari. Kalau dahulunya, semangat seakan2 senantiasa ada utk aku lakukan rutin tuh, tapi sejak berakhirnya setahun setengah mula menampakkan sebaliknya. Mana nk kukutip sisa2 semangat tu agar sentiasa membara dan menyala. 

Aku selalu bandingkan diri dengan insan2 lain yg datang dari luar negara ke sini utk berjuang, depa lagi kental kan? Tinggalkan tanah air, dtg bermusafir. Aku? Warga tempatan yang sepatutnya memanfaatkan segala yang aku miliki di bumi sendiri. Tapi mengapa plak semangat ni lari? kemana kah? Itu persoalannya.....Buntu ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Ada ker cara tertentu utk aku selesaikan kebuntuan ini? Kucuba dengan peruntukkan masa utk hujung minggu dengan aktiviti perumahan, tak jalan. Aku jalan2 ambil fresh air kat taman ujung minggu...pon x nmpk perubahan....aku cuba utk lakukan riadah petang2  (skip la jog klu ujan), yg dapatnya keletihan membawa tidur awal malamnya. hmmmm....aku perlukan momentum kerja yang awai2 aku dpt dulu....hingga dpt jalankan rutin dengan berhemah dan masa kurasakan terisi dengan penuh faedah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini......Amin, moga 'sesuatu' yang hilang ini dapat aku temui semula...Amin. 


Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...