Saturday, May 28, 2016
:: Peace in mind, life and this journey ::
Banyak kata hendak diucapkan ...tapi berbaloi sekiranya aku katakan Allah Maha Mendengar rintihan hati aku ini.
Banyak cerita hendak aku beritahu .... tapi berpatutan dengan aku yakin yang Allah Maha Mendengar setiap monolog yang hanya berbekam di hati.
Banyak juga dari pemerhatian aku yang aku mahu kongsi....tapi hanya Allah yang Maha Melihat apa yang aku perhatikan dengan pancaindera pinjaman ini.
Ya Allah, permohonan hambaMu ini hanya SATU...tetapkan hati aku diatas jalanMu .....
Sunday, May 08, 2016
:: Hari Ibu 2016 ::
8 May 2016 - Ahad
Aku menulis kembali buat kesekian kalinya buat insan yang melahir dan membesarkan aku dengan serba kapayahan. Aku akui sukar untuk menidakkan rasa sayang dan kasih kepada insan ini walaupun terkadang hati terguris dek perkataan dan perlakuan yang pada aku tidak begitu wajar dan tegar. Apa boleh buat, aku seorang anak, aku pasrah dan redha ya Allah.
"Jika kamu tidak menyayangi, maka kamu tidak akan disayangi" Ungkapan yang menjadi bekalan aku sewaktu hubungan kami diuji dengan cubaan. Aku faham kedudukan insan istimewa ini. Aku benar-benar dapat menyelami bagaimana perasaaan 'dia' pabila ada dikalangan anak yang membuatnya berduka. Airmatanya bisa mencairkan ego anak ini. Aku tewas tiap kali 'dia' mengadu terentak hati dengan sang suami dan anak-anak lain, mengadu mahu menziarahi ibunya yang sakit, mengadu mahu kasut baru serta lain-lain aduan yang semahunya aku turutkan untuk 'dia'. Demi Allah, aku berusaha sebolehnya untuk penuhi setiap tuntutan. Untuk mengungkit, aku anak, tiada daya, sebab jasanya amat-amat besar kepada aku. Untuk membayar setiap titisan susunya saja, tidak terbayar sampai aku kembali kepada pencipta, inikan pula jasanya mengasuh aku mengaji mengenal Quran dan resam dunia. Aku pasti tidak berupaya ya Allah.
Tapi jauh di sudut hati aku ada keluhan sendiri. Dan biarlah keluhan itu mati saja dalam hati. Kerana sang Khaliq tempat aku bergantung kini lebih dari segalanya....Dia Maha Mengasihi Maha Memahami......Aku gantung pusaka kata "Wahai Tuhan, janganlah engkau serahkan aku kepada diriku, kerana aku tidak mampu menguruskannya. Jangan pula engkau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka aku cuai terhadap aku". Faham amat aku akan perkataan ini bahawa, segala-galanya bergantunglah pada tali Allah....moga Allah merahmati insan istimewa ini dengan kebahagiaan dan kesejahteraan .... Amin YaRabbal 'alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah ini rasanya.....?
Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam. Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan Janga...
-
Episod 3: Meoro Attack, UPSR dan sifir Recap episod 2 ~ Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat...
-
Episod 1: Pondok Usang di pinggir bukit. "Jangan kayuh pelan, satgi hang jatuh......kena kayuh laju-laju" ....sambil ber...
-
Episod 2: Mengigau, main tiang, zero point dan aci ligan... recap episod 1 ~ Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-sura...