Saturday, September 20, 2008

:: 19 Ramadhan ::


Kejadian 19 Ramadhan yang lalu menggamit seribu satu persoalan dalam diri aku untuk dikongsi bersama. Pada malam kejadian ini, aku dikejutkan oleh satu suara dari kejauhan " Wei, wei, hangpa mai tgk bulan merah kat luag neh". Aku terpinga2 membuka pintu utk adik dan mak aku yg baru pulang masjid usai solat terawikh. Aku pon hapa lagik, jiwa memang dah tertarik dengan fenomena alam yg ganjil atau dalam kata lain, aku nih 'pencinta alam' ekekekkekek...sekus me sekus me aku nk continue citer balik nuh. Berkejar2 aku n adik2 ke laman umah nk menyaksikan fenomena alam yang bagi aku agak janggal berlaku. Setelah mendapat view yg jelas dipenghujung jalan menuju ke rumah, aku sempat snap beberapa keping gambar berbekalkan kamera abg aku yg sentiasa bawak 'canon'nya kemana saja dia pegi.

Menurut citer mak aku...objek yg dikatakan bulan merah tadi agak besar berbanding bulan biasa dan rendah timbulnya ..kelihatan suram dan samar-samar dilindungi awan. Kedudukan objek itu berdekatan dengan bukit dan memang agak ganjil fizikalnya dengan bulan. pada pemerhatian aku, ia seolah-olah sebuah ketulan api yg kian pudar, sebab sekejap saje ia muncul, lalu lenyap dari pandangan. Memang bukan bulan la (aku berfikir-fikir sambil memerhatikan kejadian itu berlalu). Dalam masa yg sama aku mencongak-congak, mlm ini genap 19 ramadhan, masakan bulan akan kelihatan begitu penuh dan berwarna merah demikian.

Setelah memerhatikan gambar-gambar yang dah dapat aku ambik, sekali lagi aku terpandang langit mlm yang disirami cahaya. Eh? mungkinkah cahaya bulan? Sambil bertemankan adik2 aku skali lagik, kami ala2 ternganga menyaksikan bulan yg sedang memancarkan sinarnya pada mlm 19 itu....memang bulan agak besar...tapi tidak sebesar dan semerah objek tadi.

Selepas berdiskusi tentang dua kejadian tadi, akhirnya kami merumuskan ini adalah petanda kepada sesuatu yang bakal berlaku dalam bulan seribu rahmat ini. Mungkinkah 'malam yang berkuasa' telah terjadi?? Sepertimana yang telah di riwayatkan dalam ayat 3.237 SAHIH BUKHARI 'Aisha "Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last TEN nights of the month of Ramadan,"


Menurut abg aku, sewaktu dia bersolat di beranda rumah pada malam itu, suasana kelihatan begitu hening, sunyi dan tenang...sora cengkerik pon tak bernyanyi. Pokok seolah2 tegak tak ditiup angin... hmmmmm...Pagi esoknya iaitu pada hari ke 19 Ramadhan, matahari terbit bersinar putih...angin tidak bergerak....buat seketika waktu...kami sekeluarga yg belum habis-habis berbincang tentang isu semlm, meneruskannya pada pagi ini. Semua orang sedang menikmati suasana tadi. Setelah sekian lama sembang, tetiba angin kencang bertiup seolah-olah baru terlepas dari halangan sesuatu....lawas saja tiupan sepoi bahasa tadi bertukar agak kencang dipenghujungnya. memang nyaman...

Masih lagi dibenak aku memikirkan apakah objek yang aku lihat pada malam 19 Ramadhan yang lalu?

No comments:

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...