Ya Allah aku kena tahu alien ini...
Monday, December 12, 2016
:: Alien yang cute ::
Ya Allah aku kena tahu alien ini...
Monday, November 21, 2016
:: Mengapa perlu bersifat superior? ::
Aku pelik melihat ada sesetengah golongan manusia yang mengiktiraf diri mereka lebih dari orang lain. Bahkan ada sesetengahnya melihat orang lain bukan manusia....habis apa? Manusia semuanya bersifat fizikal sama yang sempurna Allah berikan. Kenapa harus dibezakan pula?
Isu inilah menjadikan pertelingkahan makin berleluasa di muka bumi hingga ada yang membawa kepada pertumpahan darah yang dahsyat seperti di negara seagama kita, Syria dan Palestine di bumi Syam yang dahulunya terkenal dengan para ulama dan cendekiawan terkemuka zaman pemerintahan khalifah. Melihat kebiadapan manusia terhadap manusia lain, kita mencari titik penyelesaian di mana harus bertemu kepada tamatnya peperangan dan penindasan etnik sepertimana juga kepada bangsa Rohingya di Mynmar.
Penghapusan etnik yang dahulunya dipelopori oleh Hitler makin menjadi ikutan dek kerakusan manusia kepada kuasa dan kekayaan. Mereka membunuh manusia lain atas nilai yang berbezanya agama dan bangsa. Apa ini? Mana letaknya kewarasan mereka sebagai manusia yang memanggil diri mereka insan ciptaan sang pencipta yang satu? Tidakkah mereka melihat manusia yang dibunuh dan diseksa itu punya bentuk badan yang sama seperti mereka? Punya keluarga, anak, isteri dan suami?
Walau agama dan bangsa serta adat sahaja yang berbeza, namun kita tetap manusia kan? Apa bezanya mata, tangan, kaki, telinga dan hati yang kita punya berbanding mereka? Nilai ini sudah cukup buat alasan toleransi sesama manusia bukan? Hormat dan cuba hidup secara aman kerana yang punya hak kepada nyawa manusia adalah Allah Azzawajal. Hidup ini bukanlah abadi wahai manusia, satu hari nanti pasti kita akan pergi....
Wednesday, October 05, 2016
Lonely Journey
Hari ini aku rasa masa berlalu pantas,
Semalam aku masih sama,
Adakah esok akan sama?
Hanya Allah Maha Mengetahui
Yang patut aku lakukan,
Terus berjalan,
Walau hati ini merasa sunyi
Sunyi dalam perjalanan yang sememangnya sunyi,
Aku pilih jalan ini,
Aku patut selesaikan
Walaupun aku merasa perit
Berat dan terkadang aku rasa tewas
Tewas dengan tekanan perjalanan yang makin payah
Berat dan beranjau
Allah, Hanya padaMu aku bergantung
Moga kukuhkan pendirianku
Moga dikuatkan hati ini
Yang sesungguhnya tidak kuat jika tidak engkau limpahkan
KurniaMu, KeberkatanMu, KeredhaanMu dan Kebesaran Rahman dan RahimMu,
Moga ada sinar untuk aku tuju
Dipenghujung jalan sunyi ini,
Diakhir sisa hidup ini
Agar dapat menjadi
Umat yang berbakti
Untuk Ummah...Insha Allah
Friday, August 26, 2016
:: Dah lama tunggu ....pasti ada kemanisan dalam kesabaran ::
Besar biji mata bila aku dapat poster ni terpampang kat wall Aie Sulong....untung la follow dia dalam fb. Alhamdulillah, akhirnya dia nk sudahkan citer Sein dan Khadeejah....nmpk karektor makin matang kot si Husin ni....Aku dulu admire abang dia si Hasan klu x silap dalam Blues Untuk Aku yg latarnya lebih kurang sama, cuma aweks dia berbangsa Tioghua. Layan jugak la masa degree but tak sempat nk jadi kipas mati keras (die-hard fan) masa tu sebab fulus tak baper cukup...
Sekarang aku buktikan sebagai kipas mati keras, aku cuba untuk mengikuti perkembangan citer dia dari masa ke semasa dan ambik kesempatan utk membelek naskah karya beliau yang sememangnya sarat dengan latar yang sangat dekat dengan aku. Aku sukakan cara dia cerakinkan idea dalam kanvas pemikiran yang simple but ada maksud yang besar. Ayat2 puitis dalam puisi beliau juga sarat dengan pesanan dan terkesan dalam azimat.
InshaAllah, pada tarikh yang dijanjikan aku bakal menghadiahkan naskah paling lama aku tunggu ini utk diri sendiri sebagai bukti aku peminat setia komik ADS. Akan kekal nama Aku dan Sesuatu utk blog ini sehingga bila2 sebab manusia tak lari dari 'sesuatu' dan ' sesuatu' juga pasti akan berakhir juga.....TUNGGUUUUUUUU!!!!
Saturday, July 16, 2016
:: Eid Mubarak 2016 ::
Tahun 2016 adalah tahun ke-38 aku sambut syawal. Alhamdulillah, sekurang2nya Allah masih pinjamkan aku nyawa untuk bernafas dan menikmati semua keindahan alam ciptaanNya. Ini juga bermakna Ramadhan sekali lagi menghilangkan diri sehingga terbit kiraan tahun hadapan. Moga aku dan keluarga diberikan peluang utk berjumpa dengan Ramadhan akan datang dan beribadat sebanyak kudrat mampu, dengan izinNya.
Banyak peristiwa duka dan gembira aku dapati sepanjang Ramadhan tahun ni. Ada pemergian insan2 yang tidak terjangka kerana usia masih bertenaga, tetapi illahi memanggil dengan penuh penghormatan. Doa kita yang masih hidup adalah untuk rahmat terhadap roh arwah dan semoga dia tenang menghadap Illahi. Peristiwa gembira pula apabila mendapat khabar keluargaku bakal menerima ahli baru sebagai ipar. Alhamdulillah, aku berlapang dada menerima mereka sebagai ahli keluarga dan moga semua mereka mendapat rahmat dan keberkatan Allah.
Syawal pula ada majlis kenduri kawan lama...Alhamdulillah, moga sabahatku berbahagia dengan pernikahannya. Berjumpa dan bersembang dengan sabahat lama juga agenda menarik tatkala syawal menjelang. Ada saja rumah sahabat taulan dan sanak saudara yang dikunjungi utk berbalas salam dan memohon kemaafan. Sedekah duit raya juga amalan yang mulia bagi melatih diri berkongsi rezeki yang Allah kurniakan. Selepas habis sesi bergambar dan bersembang bual, masing2 permisi pulang ke daerah sendiri.
Aku? Percaya atau tidak, episod memori duka tak pernah padam kan? Perjalanan kali ini aku selusuri dengan penuh jerih dan terlalu sunyi. Aku ibarat manusia yang kurang daya peka pada sekeliling dan amat tersentuh dek sesuatu yang halus. To be exact , aku skrg makin sensitif dengan ajukan soalan "bila nk abis study?", "kenapa tak kawin lagi?"....... kalau aku tahu tarikh2 keramat ini secara pasti, aku pon tidak mahu menyorokkan kenyataan. Sudah pasti soalan2 ini adalah lebih sukar berbanding menjawab soalan panel dalam sesi viva kelak.
Yakin dan pasti dengan janji Allah, perancanganNya Maha Sempurna, aku hanya perlu berusaha, doa dan akhirnya tawakkal. InshaAllah perjalanan sunyi ini akan dapat diharungi ..... ok, bai!
ps: Mohon maaf segala kesalahan kepada semuanya...moga mendapat keberkatan dr Allah, Amin.
Saturday, May 28, 2016
:: Peace in mind, life and this journey ::
Banyak kata hendak diucapkan ...tapi berbaloi sekiranya aku katakan Allah Maha Mendengar rintihan hati aku ini.
Banyak cerita hendak aku beritahu .... tapi berpatutan dengan aku yakin yang Allah Maha Mendengar setiap monolog yang hanya berbekam di hati.
Banyak juga dari pemerhatian aku yang aku mahu kongsi....tapi hanya Allah yang Maha Melihat apa yang aku perhatikan dengan pancaindera pinjaman ini.
Ya Allah, permohonan hambaMu ini hanya SATU...tetapkan hati aku diatas jalanMu .....
Sunday, May 08, 2016
:: Hari Ibu 2016 ::
8 May 2016 - Ahad
Aku menulis kembali buat kesekian kalinya buat insan yang melahir dan membesarkan aku dengan serba kapayahan. Aku akui sukar untuk menidakkan rasa sayang dan kasih kepada insan ini walaupun terkadang hati terguris dek perkataan dan perlakuan yang pada aku tidak begitu wajar dan tegar. Apa boleh buat, aku seorang anak, aku pasrah dan redha ya Allah.
"Jika kamu tidak menyayangi, maka kamu tidak akan disayangi" Ungkapan yang menjadi bekalan aku sewaktu hubungan kami diuji dengan cubaan. Aku faham kedudukan insan istimewa ini. Aku benar-benar dapat menyelami bagaimana perasaaan 'dia' pabila ada dikalangan anak yang membuatnya berduka. Airmatanya bisa mencairkan ego anak ini. Aku tewas tiap kali 'dia' mengadu terentak hati dengan sang suami dan anak-anak lain, mengadu mahu menziarahi ibunya yang sakit, mengadu mahu kasut baru serta lain-lain aduan yang semahunya aku turutkan untuk 'dia'. Demi Allah, aku berusaha sebolehnya untuk penuhi setiap tuntutan. Untuk mengungkit, aku anak, tiada daya, sebab jasanya amat-amat besar kepada aku. Untuk membayar setiap titisan susunya saja, tidak terbayar sampai aku kembali kepada pencipta, inikan pula jasanya mengasuh aku mengaji mengenal Quran dan resam dunia. Aku pasti tidak berupaya ya Allah.
Tapi jauh di sudut hati aku ada keluhan sendiri. Dan biarlah keluhan itu mati saja dalam hati. Kerana sang Khaliq tempat aku bergantung kini lebih dari segalanya....Dia Maha Mengasihi Maha Memahami......Aku gantung pusaka kata "Wahai Tuhan, janganlah engkau serahkan aku kepada diriku, kerana aku tidak mampu menguruskannya. Jangan pula engkau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka aku cuai terhadap aku". Faham amat aku akan perkataan ini bahawa, segala-galanya bergantunglah pada tali Allah....moga Allah merahmati insan istimewa ini dengan kebahagiaan dan kesejahteraan .... Amin YaRabbal 'alamin.
Thursday, March 17, 2016
:: Apa yang Aku mahukan adalah... ::
Sudah masanya aku bangun,
Bangun dari mimpi semalam,
Semalam yang aku sia-siakan dengan anganan,
Anganan yang tak bersiang dan sepi,
Sepi itulah yang membawa aku pergi,
Pergi ke jauh ke dasar alpa,
Alpa dari kefanaan dunia buta,
Buta tiada cahaya,
Cahaya itu sangat aku perlukan ya Illahi,
Illahi ya Rabbi.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah ini rasanya.....?
Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam. Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan Janga...
-
Episod 3: Meoro Attack, UPSR dan sifir Recap episod 2 ~ Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat...
-
Episod 1: Pondok Usang di pinggir bukit. "Jangan kayuh pelan, satgi hang jatuh......kena kayuh laju-laju" ....sambil ber...
-
Episod 2: Mengigau, main tiang, zero point dan aci ligan... recap episod 1 ~ Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-sura...