Wednesday, July 27, 2005

:: Sesat di Penang ::

Sblm citer, aku nk gelak lu....ekekekkekeek..saja la gelakkan diri sendri sblm org lain tlg gelakkan. Citer bermula pada tanggal 25 Julai lepas. Aku kena panggil utk exam LHDN, utk jwtn pegawai Penaksiran,..isk isk ada ka patut! Mana kena ngan bidang aku IT nih..tapi aku gi ja la.

Nk dijadikan citer aku pes time gi penang sesorg diri n drive lagik tuh. Yg pastinya aku tau satu jalan ja, masa nk naik jembatan dari highway...yg lelain kena la mintak petua petui. Kwn aku bagi petua la...but aku yg kena padankan ikut gerak hati....yer la, kekdg miss comm memanjang aku nih.

Aku diberi petua ikut lorong tengah, skali smpi jalan nk abis dah terpecah..aku dah nerbes la ikut ja lorong nk ke USM, aiseh...dlm ati dah silap arah tuju nih. Camner nk wat? kena pusing U la, keh keh keh! Aku siap kuar tepon member kat public. Horor la jalan Penang, dah la kecik, kete sumua tarak sopan hey! Semua org ngan bestnya pecut, smpi aku pon kecut perut tgk!

Dia kasik landmark bangunan Sunny Point. Hmm, mana nk nmpk sbb arah bertentangan. Fuh, at last juper gaks bangunan tuh, aku parking kete kat dlm apartmen dia, Villa Sri kenanga. Not bad la. member aku nih dah abis MAster dia...setahun ja, buat kat USM. Then plan tahun depan gi sambung PhD kat OZ... baguih dok ada.

Dah abis test, aku pon mau balik umah la. Dia skali lagik menurunkan petua petuinya kat aku..cara2 nk kuar ke jembatan. dan lagi skali aku lost in action. Saipa ek? mana taknya...smpi ja kat jalan yg patut aku masuk, tetiba kete beremba2 ...aku nk tgk papan tanda lagik...aiseh, dah terkatup lak ngan dedaun pokok rimbun...mana satu nih? Last2 aku ikut instinct sendri...buat pusingan sesuka hati depan umah sapa ntah, aku truskan perjalanan ikut gerak ati la nih.

Fiuh!!! Lega, depan lagik aku nmpk sign board ke jembatan. Lega hati beta! balik la aku dgn senang hatinya. tapi Opssss..apsal aku masuk ke Megamall penang nih? ini ke bagan plak dah..ah sudah! dah la situ semua jalan under construction...sosah ati lagi... mana nk carik jln.

Alahai, belasah punya belasah, aku ikut ja kete2 tuh secara bijak. Konon tau2 ja jalan. Oooo...semua senasib rupanya, disebabkan lencongan semua lalu situ. Aku buat u turn lagi skali..nah, trus ambik ke Perai.

i'm home at last! Syukur nak~

Monday, July 11, 2005

:: Berakhirnya Kisah Penat semlm ::

Di pagi hening, masih berbaki rasa ngantuk yg telah disedarkan oleh wuduk sewaktu solat subuh tadi. Tapi mengapa begitu kuat hasutan untuk teruskan tidor sesudah subuh? AKu perlu kuatkan hati nih, jika tidak mahu trus hanyut dek perasaan yang terbuai. Mmg best waktu2 tuh, but org tua2 la ckp, rezeki tak murah nanti. Payah nk dapat apa yg dihajati.

Yes, pagi tadik w/pon aku lepak balik ke tmpt beradu, tetiba ingatan terimbau kisah 2 hari lepas sewaktu nk mendaftarkan diri utk semester baru pengajian. kenapa payah lak kali nih? Puas mintak rayuan utk menangguhkan bayaran yuran, tapi tak dapat. Isk, dugaan nie. Setelah penat berjumpa ngan org2 yg berkenaan, aku redha. Bukan aku sorg ja, ada dua tiga org lagi yg sama kes mcm aku. Last2 kami mengambil langkah utk membayar saja..apa nk buat dah nasib kami agaknya.

Esk aku n kwn sorg lagi nekad membayar saja jumlah yg diminta. Moga Lps nih, kami buleh menjalani hari2 spt biasa. Dah penat naik turun pejabat kt Canselori. AKu PASRAH!

Thursday, July 07, 2005

:: Welcum to UUM::

Semlm punyer citer. Byk sungguh budak2 foreigner kat blok aku....isk biag betoi...umah sebelah aku pon dah ada org kemaskan. Sah ada jiran tetangga baru, hope melayu, sbb aku klu nk kecek BI lomah sket...kang tak pasai2 sorg ckp bhs ayam sorg bhs itik...dua2 geleng paler...

Rupanya bukan blok aku ja, semua blok kolej Maybank mmg jadik penempatan budak2 negara luar. Ada putih, ada itam, ada tinggi ada pendek....isk isk...yg pastinya rupa paras leh dibezakan dari melayu n bangsa2 lain kat mesia..

Apa2 pon welcum la aku ucapkan kat depa2 nih....begitu nekad mai UUM yg dok kat cerok kedah nih...SYABAS!

Monday, July 04, 2005

:: Artikel Pilihan ::

PERJUANGAN MELAYU BELUM SELESAI
Robert Audrey dalam bukunya The Hunting Hypothesis pernah mencatatkan dalam pemerhatiannya akan perangai dua spesis burung camar yang suka bersarang di dua tempat yang berlainan. Satu spesis burung camar suka bersarang di tepi pantai manakala satu lagi suka bersarang di lereng-lereng bukit yang curam.

Hasil kajiannya yang bertahun-tahun itu, beliau mendapati bahawa yang bersarang di pantai hanya mencatatkan kurang daripada 70 peratus kadar kebarangkalian hidup berbanding yang bersarang di lereng bukit mencapai sehingga 90 peratus. Anak-anak spesis burung camar yang bersarang di lereng bukit sebaik sahaja boleh terbang, harus mampu terus menerjah awan walaupun ia buat kali yang pertama. Jika tidak, maut menanti di bawah. Dalam masa yang sama, anak burung camar yang bersarang di pantai tidak menghadapi tekanan yang sama tetapi sering menjadi makanan pelbagai jenis musuh.

Manusia dan burung camar tidak sama. Tetapi kita boleh mengambil iktibar daripada pemerhatian alam itu. Yang jelas apabila dalam keadaan tertekan, setiap spesis akan membuat perubahan demi untuk meneruskan kehidupan. Mungkin itu jugalah, niat yang tersirat apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengenepikan 'tongkat' yang diberikan kepada orang Melayu selama ini.

Mereka yang sudah biasa dengan tongkat itu, menganggap ia tidak wajar malah perangkaan menunjukkan pemilikan ekuiti Bumiputera yang pernah mencapai pada kadar tertinggi 23 peratus kini telah merosot kepada 18.7 peratus. Malang sungguh kita kalau selepas 47 tahun bantuan yang telah dihulurkan, kita masih tidak mampu 'berjalan sendiri'.

Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kerajaan dan UMNO khususnya yang melalui barisan pemimpinnya yang berjiwa murni telahpun mengusahakan pelbagai insentif dan sokongan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang Melayu sudah mencatatkan banyak kemajuan sejak kemerdekaan tetapi pencapaian masih terumbang-ambing dan terlalu rapuh.Apabila menghadapi sedikit tekanan ekonomi sahaja, semua kejayaan yang dicapai selama ini akan lebur sekelip mata. Lebih menyedihkan lagi, bila orang Melayu menjadi 'lupa diri' dan hanyut dalam mengejar kebendaan sehingga mengabaikan amanah yang dipikulnya. Akibat daripada itu, kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial dan untuk menggelak isu sebenar, kita cepat menunding jari kepada orang lain.

Jelas bahawa dalam kita menunjukkan kemampuan mencapai kemajuan fizikal, kita lupa untuk membangunkan insan dan saksiah diri. Kelunturan akhlak dan jati bangsalah yang akan lama-kelamaan membawa kepada binasanya sesebuah negara. Untuk mampu maju kehadapan dan bersaing dengan berkesan, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa, minda orang Melayu harus diubah. Kita harus sentiasa mampu untuk muhasabah diri, berfikir, sentiasa mencari ilmu dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah s.w.t. Perjuangan kita untuk membina bangsa Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang perlu diteruskan dengan lebih gigih lagi.
ps: Bukan nak pro atau anti gov, sekadar renungan bersama, yg baik jadikan iktibar.

Sunday, July 03, 2005

:: Kg Perlis with Luv ::

AKu kembali ke daerah asal ibuku Khamis lepas. Begitu tenang suasana sawah padi yang menghijau. Kg tuh merupakan tmpt kami adik beradik n sepupu sepapat berjumpa setahun 2 kali sempena hari raya satu ketika dulu. Masa tuh best sgt, arwah tok wan aku masih ada. kami pon kecik2, sebaya ja. Hee heh heh..yang pastinya sawah bendang tak pernah aku terokai. Heheheh, alergik lintah n pacat. klu naik seko ghasa mcm akan mati ketakutan jerk. hehhehe, masa kecik gitu la rupanya, tapi dah besau OK dah.

Skrg keadaan kg mak aku tak sama lagik. Dah usang, suram and tak de 'world' lagik (isk, ala2 Mawi AF3 lak). Arwah tokwan aku tinggalkan umah yg besag dah dikecikkan, tinggalkan sawah nan luas, dh dibahagi2kan. Apa yg ada utk kami cucu2 dia? hanya kenangan silam. Tinggal ibu rumah nan usang dan sedikit ruang dapur utk keluarga pak lang aku berteduh menjalani keidopan seharian.

Fuish, mcm tak sedag waktu kian merangkak ke mlm hari sewaktu aku berada di luar kwsn umah ptg tuh. Langit jelas terpancar warna-warni yg MasyaAllah, cantik lah! sayang takde kamera, klu tidak mahunya aku snap sesuka hati buat kenangan. Sempat aku layan jiwang masa kat luar tadik.Mengenang dulu n sekarang.Naper x sama lagi? naper? Sedih n sayu ja. kalau tidak ptg2 begini kami sepupu2 gi halau burung2 ciak, meniti atas batas bendang. dari jauh lak, nmpk pakcik aku ngan joran di tangan, bwk balik ikan haruan. Tok aku n Acu sebok kat dapor menanak nasi n menggulai ikan yg masih 'fresh' dari sawah. Paksu yg sebaya abg aku baru balik dari mandi kat ban tadop. hehehehe..meriah gitew!mlm2 budak2 ngaji kat umah jiran tok, dgr sora2 mersik smpi ke umah. Hmmmm...( sambil menarik nafas panjang). Semua tuh tersimpan kemas dlm lipatan memori , kekekkekeke.

Satu benda yg paling best kat sana. Tidor mlm besh sgt. 'aircond' semula jadi berhembusan hingga subuh hari. Isk isk...bahasa2 aku pon dah ala2 beralun, bak riak angin sepoi2 bhs yg meniup mlm aku di sana. Esk pagi bertolak ke bandar baru. Kejap ja ghasa dok Kg Perlis. hehehhe, takper, sekali sekala aku leh jenguk lagik. Aku angkut bwk balik rombongan paklang balik bandar baru. hehehhe...biar diorang merasa angin bukit pulak.

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...