Tuesday, April 21, 2009

:: Lirik Pilihan ::

Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Monday, April 20, 2009

:: Sesuatu Yang Pelik ::


Baru-baru nie aku dikejutkan oleh satu perkabaran yang agak pelik. Surat lantikan aku mcm tercicir jer. Masalahnya setiap kali berlaku kehilangan atau keciciran, nama aku jer yg terlibat. Naper aku???? Naper aku???? Bukan nama glamour pon....nama ala2 klasik jer aku ghasa, but why must me all the time? Dulu kalu nk diungkitkan kisah silam aku sebagai GS**, akulah orangnya yg akan dapat cek silap nama, diaorang gi letak Siti Salman....then, resit2 claim aku sorang ja ilang gara2 surat claim tuh aku buat and dijadikan template geng2 lain, aku jugaks yg jadik mangsa kehilangan, sedangkan surat2 claim tuh dihantar ke admin secara berjemaah. Kes lain lak, ce ceh ceh, sajer ja nak mengungkit kisah lalu yg menyakitkan kapla dan hati.

Surat-surat claim rasmi aku pon dah banyak ilang dibawa bayu cam tuh ajer. Bila tanya admin, mati2 depa cakap aku tak hantar, walhal itulah keje yg aku akan buat dulu sebaik sajer balik dari outstesen dan turun dari bas kat Tanah Merah lalu menjejakkan kaki ke Jitra. Well, saper nk jawab nih? Takkan kena makan dek ulat2 siber ditengah jalan? Ala2 mcm tulisan fax yg berterbangan dan tak sampai ke kertas si penerima ja. Musykil teman.

Kes pelik bin ajaib nih dah jadik darah daging aku la gamaknya kat sinih. Sedey ghasa klu aku kenang2kan balik. Ada satu bulan tuh, tak silap aku awal tahun hari tuh, dalam bulan 2, aku short circuit.... dalam kocek negatif tuh. Mau tak tercekik lidah. Kena settlekan roadtax, nak nak plak gaji kena tolak utang2 rumah sewa yg claimnya aku sorang blom masuk. Ada dalam RM600, tak mashuk beb. Aku memang gigit lidah la. Rupa2nya kes resit and surat aku missing in action la. Memang ketag seluruh anggota tubuh masa tuh. Korek tabung la lepas tuh. Itu pon dah nak sengkek senget dok oh. Kalu la ada perkataan lain utk aku gambarkan tahap kesengkek kan aku , itulah dia. Memang Allah saja yg tau. But, hey.... I can survive la, without tadah tgn ngan sesapa. Keh keh keh....caranya ikat perut la. Well, dah besag2 gini kena la pikir option yg tak nyusahkan hati 'org rumah' kan?

Kepelikan yg aku alami nampaknya akan istiqomah terjadi bila aku tetap hidup di sini rupanya. Itu yg aku dapat belajag dari insiden-insiden lepas. Aku mengkaji sebab dan akibat sesuatu yg berlaku. Aku dah timbang, tolak, tambah, bahagi dan darab apa yg patut. So, memang kesimpulannya, aku dapati 'Sesuatu Yang Pelik' itu sudah menjadi BIASA pada akhirnya bila aku di sini. Ader sesapa kurang jelas ngan ayat2 aku nih? Sesapa ex- POLI*** memang arif beno dengan ayat aku (keh keh keh..aku tolong gelak la yer).

Okeylah, sambung rutin aku balik la, dah jelas sikit benda yang pelik nih.
ps: En ali, aku mimpi gigi longgar nak tercabut, aku ghasa alamat tak baper elok la.

~Adios

Thursday, April 09, 2009

:: Harapan Baru ::

Dari tarikh awal aku lapor diri kat sini sampai la hari nih, perkara yang paling aku tunggu adalah KESAHAN dalam jawatan aku sbagai cikgu kat sinih....Yer la saper2 yg line gomen sure paham maksud aku nih. Semua org nk sah dalam jawatan sebab nk kestabilan dalam posisi masing2.

So, thn nih aku diberitakan akan dipanggil ke BTN dan INDUKSI untuk tujuan pengesahan jawatan. Keh keh keh...berbunga2 harapan baru kunun. Semua nama dah dibacakan ke telinga aku saat aku call SPP tadi pagi. Memang sah, aku tak salah lagi. Syukur Ya Allah. Tarikh2 yg diberitahu adalah 8/7/2009 - 12/07/2009 untuk BTN dan INDUKSI pula berlangsung selama 2 minggu bermula 19/07/2009 -30/07/2009. Tempat semuanya di zon Utara, Sungai Petani dan Penang. Cuma aku tak tahu mana satu yang aku akan dapat. PASRAH.

So, dah abis satu bab.... tup tup, alahai....kursus 3P pon aku dah submit awai bulan hari tuh...nk kena tukar org la nmpknya. Penin, penin...............

~Adios

Tuesday, March 10, 2009

:: Menjawab Hutang Tag ::

Khas buat adinda Wasat yang telah menujukan tag buatku. Setelah sekian lama, baru aku dapat carik masa sesuai utk ku langsaikan hutang tersebut. Apa2pon mahap bebanyak la yer Sam.

Here it goes:
1.Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?
Tinggal sorang diri nih sunyi semestinya la kan? Hmmm, nk wat mender? Aku byk benda nk buat klu dok sesorg nih, pes thing yg aku nk buat adalah merantau ke seluruh pelusuk dunia yg tiada berpenghuni and aku akan terokai setiap inci ilmu yg aku juper. Kesimpulannya aku suka berjalan ke negara org. Niat dah ada, biler lagi?


2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?
Aku akan berkhalwat....(berdiam diri) sambil menangis memohon ampun dari Allah. Banyaknya dosa aku Ya Allah..

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa?
Selain Mekah yang wajib bagi semua umat Islam
a. Jepun (nak tgk bunga Sakura jatuh, canteknyaaaaa)
b. Pulau Maldives (nak tgk the crystal clear water there...Subhanallah, cantek)
c. New Zealand (nak tgk tempat penggambaraan Lord of The Ring...cun gunung-ganang situh)
d. Netherland (negara paling pelik di dunia, berada di bawah aras laut)
e. Egypt (nak tgk pyramid and Sphynx)

4. 3 sebab anda berblog?
a) Sebab terpengaruh dengan member blog, first week tuh memang i giler blog
b) Suka jugak la buat luahan hati bila tensen2 buat tesis (dulu la)
c) Nak update citer ngan kekwn, tak kira dalam or luar negara (keh keh keh, mcm bagus)

5. 2 cara untuk mengubah dunia?
Ubah dari segi aper? Hmmmm, camnih la:
a) Jangan ada peperangan langsung, setiap org kena idup secara aman dan damai.
b) Islam mengulangi sejarah tamadun dunia sebagai Empayar paling besag dan berpengaruh kat dunia. Maybe, warna dunia akan berubah jika negara2 Islam menggantikan US n Israel skrg.

6. Siapakah sahabat pertama kamu?
Selain parent and adik-beradik:
a) Nama dia Norazawati Binti Zainol (dia dah meninggal dunia sebab accident) masa tuh aku baru pindah dari kg sebelah utk ke kediaman baru aku di kampung dia...dia dok asah pensel depan umah sambil tersenyum kat aku yang tengah jalan kaki dengan akak aku ke umah baru kami. Dia hanya bersinglet and berseluar pendek, maybe lepas balik sekolah kot masa tuh.

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?
Mimpi yang tak best nih jarang aku dapat, sebab setiap kali tidog ada org akan wish gud nite n sweet dream, lps tuh aku slalu basuh kaki...ekekkek, but the seremest mimpi yg pernah aku dapat adalah aku kena kahwin paksa... lpas tuh kena kejar ngan ulag besag lak tuh, dia mkn adik aku yg lelaki dulu...alahai, mcm tau ja maknanya....

8. Kau bagaimana orangnya?
Sepi itu indah, ekkekeeke...aku suka pada ketenangan and suasana alam sekitar yang cantik....then suka tgk awan n hujan....tabiat lama till now!

9. Terangkan kau punya cara?
Cara saya? Hmmmm, senang describe "Jadilah pemudah cara"..dengan itu urusan akan senang selesai.

10. Kau seorang pembuli?
Hmmmm dgn adik beradik jer berani jadik pembuli, but kecik dulu aku pernah bertumbuk dengan sepupu lelaki yg sebaya aku....nk tau saper menang?...Aku la, ekekekke....

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.
Siyan la kepada rakan-rakan blog semua, but aku rindu sangat nk baca coretan dari:
a) Edaleeja
b) Mazlyda
c) Asiah
d) Kak Ani Farouk

Sunday, March 01, 2009

:: Cerita Februari ::

Saban hari dan minggu akhirnya tiba ketika aku dah kena gi outstation pulak. Mcm besa la, lokasi biasa adalah Kuala Lumpur ibu negara. Dengan menaiki bas Mara Liner, aku amik tiket gi balik. Kali nih aku kena naik kat Tanah Merah, Jitra dan balik ke sini naik kat Hentian Duta. Apa2 saja la dik, aku hanya mauk balik lepas selesai keje di KL.

Balik ja ke Jitra, trus bersiap2 and kemas umah apa yg patut. Ptg kang, ada plan pulak. Abg aku outstation ke Langkawi dua hari. Dia dah balik ke kg jemput mak aku and anak dia dia utk diangkut ke Langkawi. Aku antara VIP jemputan khas ke sana. Dia ckp, kali neh stay kat Westin Hotel. Fuh, dikhabarkan indah dan permai kawasan tuh. Aku memang pingin bangat nk bersantai. Letih otak buleh aku sogokkan dengan peemandangan tepi laut yg surely cun abis. Kamera Lumixku jadi kawan karib la...'perakam peristiwa' tu la gelaran yg aku dapat award dari kwn2 opis. Keh keh keh..wat camner, memang pencinta alam.

Naik feri dari kola kedah kul 4.30ptg, smpi ja dah ptg sgt. Kami (aku, anak sedara n mak) trus ke bilik. Dlm ati tak sabag nk kelih bilik yg digembar-gemburkan begitu selesa n romantis. Keh keh keh...ala2 penginapan bulan madu la plak....uih, memang ada tulis pon....package khas utk valentine tuh....tp itu aku tak campur. Yang aku layan persekitaran hotel tuh, peh memang memenuhi citarasa tuh. Siap pool dia bertingkat2 tuh. Anak sedara aku yg pantang tgk pool apa lagik, amik kesempatan nk ber'dugong' dalam pool ajer. Ptg tuh jugak dengan pakai 'spender' kecik je, dia dah terkuak2 dalam pool kanak2. Ceh, memalukan kaum jer. Dah la situ foreigner ramai. Ada yg europe n balkan....ekekekkek...minah2 n pak2 Arab ramai tuh. Musim depa honeymoon kot. Mcm ala2 belangkas je semua org.

Aku tak lepas peluang, amik ja pic2 menarik sekitar pantai n pool. Dari balkoni, kami dapat view laut, so nice la bila sun set (alahai cik eda, tetiba ja aku ingat kat hang). Damai jer rasa...dengan angin2 pantai yg agak mengganas pada ptg tuh, mak aku pon mula bercerita2 masa zaman dia budak2, kutip2 siput bila air laut surut..lari2 tepi pantai main ombak....aku plak berangan ntah mana2. Sorry my dear mum,masa tuh tgh layan jiwang blues. Aku tak teringat langsung nk tgk TV flat Panasonic dalam bilik tuh. Apa yg ada kat luar lagik best bagi aku.

Tapi masa singkat sungguh. Belum ja abis menikmati petang....hari dah menginjak ke mlm. Perut lak dan menyanyi2 lagu retro....nih peringkat awal kot, klu dah lagu pop and heavy rock tuh, sah tahap keasidan dah melampau. Aku pon amik kete yg bro aku sewa ptg tadik, n kami gi mkn sekitar pekan Kuah. Niat nk mkn kat Jai Corner...but apsal mlm nih mcm haru biru ja jalan....ada byk lencongan dan sekatan.

Alamak! Terpandang banner...btol la, siang tadi ada pelancaran Ironman Langkawi....wrong timing man...memang jam jalan...abis pekan Kuah berlaut dengan kete. Memang berkuah2 la kete kat dalam tuh takleh nk move mana2..Kami lak, trap dalam sejam jugaks...then, anak sedara aku dah bising...besa la budak...tuh la ayat penyedap ati....nk diikutkan ati, maunya aku kasi ceramah free tadik. But, for what? Aku pon tak gemar mana nk jadik penceramah bebas yg bercakap kosong..sah dia bukan nk ikut pon...aku diam jer...bawak kete dengan istiqamah, cari parkir n then wallah....dah tiba kat gerai tepi jalan..main masuk je mana berkenan....lepas order...sempat pujuk2 dia dgr lagu...hmmmm, tak mkn...Aku give up....mak aku lak asik2 marah adik amik order tuh..keh keh keh...memang kurang sikit la adik tuh, dua tiga kali dtg mintak order...asieh, sib baik mak aku tak bukak kuntau adiah kat dia....nasib nasib..

Order smpi ja, bak pirana menyambar lembu....zup zap...zasss... abis licin pinggan. Maki datuk, aku baru nk amiik kailan....ikan dan abis sebelah....dahsat jugak mak aku nih...anak sedara aku lak leka hirup kuah tomyam....memang not bad taste dia...sedap la...murah jugak.

Next morning, kami dapat kupon sarapan...hehehehhehe....'takpa aih mak, steady cukup aaaa'...tuh la nasihat aku kat makcik Asa bila dia nerbes nk mkn breakpes pes time dalam idup kat Hotel....ekekekkekek...lpas dah bersiap, masing2 bawak kupon. Abg aku ada course till lunch...so, kami kena bawak diri la...OK, thing happen nicely..kami manage mkn penuh bersopan tanpa da insiden2 cemas dan mendebarkan...cawan tade yg tumpah...pinggan berlaga2 dengan sudu pon sopan2 manja sajer. mak aku pedua...org kedah ckp pedua tuh...abis jaga la kesopanan...ekekke..siyan plak...bila aku tanya 'kenyang dak',....dia sipu2 ja jawab kenyang dah....aiseh...memang paham,nk bangun amik sendiri pakai tak dah...so, aku kena pusing berkali2 la jadik waitress tak bertauliah serve kat mak and anak buah aku....best...leh senyum2 ngan pelayan2 anak2 ikan tuh...keh keh keh...semua moda2 ja , sure baru lepas grade sijil or dip hotel kan? Apa2 la labu,aku cuma bagi sedekah...lain aku tak campur.

OKlah, time to gi home.....lpas temankan anak buah aku swim buat kali penghabisan kat kolam tuh, kami bertolak ke jeti. feri abis kul 6.30ptg. So, perjalanan balik agak penat, ramai sgt org smpi seat tal cukup....kena lak depa yg lebih2 gi ke feri lain 6.45ptg. Smpi kat Alor dah kul 9 mlm.....Memang ujung Februari yang penat.

Oklah, till then, ~Adios

Wassalam

Monday, February 23, 2009

:: Kawan Baik Punya Citer ::

Sengaja aku lambat-lambatkan beli tiket ke KL sebab dalam hati nih berat beno nk sertai kursus kali nih. Sebabnya, berturut-turut outstation terpaksa aku pegi dalam dua bulan nih. Klu 24/02/ - 27/02/2009 nih aku ke KL, 03/03-06/03/09 plak aku ke Melaka utk meeting ES*S yang seterusnya. Haru-biru kelas aku. Asik2 cik S**i keluag ja, agaknya itulah rungutan student2 aku bila bgtau kelas tade n kena ganti bila dah balik semula keje.

Apa2pon aku pikir tak kesudahnya merungut seseko, mau tak mo kena gi jugak bertugas utk PO**M*S yang tersayang. Aku takut mood keje aku menurun ja sebab banyak sgt ketinggalan kelas. Org len leh best2 masuk kelas ngajag, but aku plak kena ganti ujung2 minggu. Mcm satu be**n lak kekadang tuh ghasa. Nekad, azam, n nawaitu kena bulat betul2 la klu nk ikhlaskan hati buat sesuatu yang kita tak redha mana....aku pon sama, kena pujuk jugak la ati sendiri, nk harapkan org len pujuk tade laks....heheheheh (ade ke patut cam tuh?)..

Nak relate ngan title blog kali neh, aku juz nk sedut citer member satu jabatan nih. Depa asainya bertiga, but takdir mengubah segalanya. Dua dari rakannya dapat pertukaran ke po** lain. So, tinggallah dia keseorangan di sini. Aku ghasa dalam hati dia, Tuhan saje tau kan, sedihnya. Muka dia menzahirkan semua tuh, murung sajer. Nekad la plak dia nk mintak tukar jugak. Dapat lak result, pertukaran hanya akan berlaku jika ada penggantian segera. So, buat masa nih aku ghasa dia kena sabag sampai ada pengganti dia di sini. Susah jugak klu bujang2 nk tukag, tapi klu dah ada rumah dan tangga senang ajer. Kira mcm double standard pon ada. Ingat single2 nih tade tanggungjawab ke parent depa ka? Sama ja bagi aku. Komitmen tetap ada.

Itulah best fren punya citer. klu dah besa bertiga, jalan sorang tuh ghasa tak betah la kot. Mcm aku, kekwn cakap 'lone ranger'. Mana2 org leh masuk geng ja. But, ada jugak yang kekdg tak dapat rentak aku ckp, mana satu lawak n serius.Pernah sekali semua org dah gelak aku buat lawak spastik dalam jabatan, but ada member sebelah kerut2 dahi,then tersenyum2 siput jer.Paham ke idak? Lps ada org len explain lak baru berhambur dia gelak. Ekekekekk...maybe mother touge aku kot agak pekat, speaking 'kedahan' memanjang walaupon ngan org luag. Padahnya belajag n keje dalam negeri kelahiran nih. But, I already enter my comfort zone now. Susah sikit la nk bertukag angin. Klu gi oversea trus ok. Niat ati tuh ada .... kunun nk sambung la ..but kena pikir berlipat2 kali...dah tuh baru aku leh truskan niat murni tuh.

OKlah kekwn....aku abiskan coretan kali nih dengan ucapan ~Adios, Wassalam.

Sunday, February 22, 2009

:: Malang Tak Berbau::

Apa yang nk aku kongsikan kat sini memberi impak 'demam' mengejut akt aku till today. Ceritanya camnih. Aku yang digelar kawan-kawan kaki balik kampung, memulakan perjalanan ke kg halaman sebaik saja usai semayang Asar. Sampai di Tol Hutan Kampung, aku toleh ke umah abg aku yg dapat dilihat dari highway saja. Sah, dia lom balik lagik. Aku dah tanya siang2...minggu nih dia akan bawak 'my little toofan' balik bersama-sama. Hehheheh...siok la dapat main dgn dia nanti. Dalam ati terus terlintas, klu jadik apa2 sepanjang perjalanan nanti, leh la call dia mintak bantuan. (Niat tuh...bukan aku sengaja pon).

Sampai ja kat area2 Sungai Lalang.....aku terasa aircond tak sejuk lagi. Ya Allah, meter tempreture pon dah naik smpi abis.......Sah aku punya cooling system problem nih. Aku berhentikan kete, then dengan pantas call Ajun (abg aku). Sambil2 dok cakap kat phone, aku terperasan, ada sebuah kancil putih berhenti diseberang jalan....dia dok tanya2 apa masalah kot...Aku plak tgh hanging on phone that time. Tanpa lengah2 dia melintas pembahagi highway and trus datang kat kete aku.....Aku dah siap pegang sebotol air utk top up dalam tempat air coolant .... Bila dia smpi, aku pon bgtau kat abg aku ada mekanik highway tlg tgk, dia srh ja aku deal dulu dgn mamat tuh tgk apa yg rosak. Lps ckap rosak agak major, gasket terbakar la... paip leaking la....aku trus terdiam....dalam ati....mampus aku, time2 nih la nk jadik.

Mamat India tuh ckp lagik, kena tow smpi ke bengkel depa kat Sg Lalang.... Aku call abg aku inform kat dia, aku dah buat keputusan nak suruh kete aku di tow ke bengkel dia kat Sg Lalang. So, aku kena naik kete kancil dia la nk ke bengkel. Sayu ja tgk PFU kena tinggal kat tepi highway. Dia mintak kunci untuk diselit kat tayar..Tu dia, baru aku tau, caranya kete kena tow. Memang sadis la. Tak lama aku tunggu kat bengekel tuh, abg aku nk the little toofan pon sampai....Abg aku la negotiate dgn tauke bengkel ttg kerosakan PFU. Hmmm....sedih ja tgk PFU kena tow.

Sblm aku lupa, rupanya ada student perasan kete aku tersadai kat tepi highway..siap call tanya tuh. Trimas la kepada studentku tuh. Ada jugak org yg simpati nuh. OK lah, tuh je kisah nk dikongsi bersama. Till then, ~aDIOS.

Monday, February 09, 2009

Sunday, January 11, 2009

:: Sehari Bersama KLCC::

KLCC yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia telah aku jelajahi seharian semlm. Tu la bahananya pi KLCC, abis keras kaki n lutut. Plan nak rewang2 ngan geng U dulu, but malangnya depa semua punya komitmen sendiri. Aku pon terpaksalah akur kepada ketentuan tersebut. Dgn bertemankan dua kawan UPSI aku, nekad trus ke KL utk ronda2 KLCC.

Sesampai dengan PUTRA dari Pasar Seni, kami trus ke KLCC. Fuh, memang terasa bahang KL yang mampu mendemamkan aku. Padahnya KL bisa buat aku demam, so memang kekwn aku dk tunggu ja suhu badan...hehehehhe...maybe tak kot kali nih sebabnya aku tak gi kwsn alergik aku. kali nih aku plan nk ke Aquaria and Petrosains. Heheheh..ala2 LASBELA budak2 sekolah. Aku memang tak pernah masuk pon. so, this is my first time there.


Aquaria nih bagi aku memang sesuai untuk pencinta Alam, especially utk kehidupan lautan yang kaya ngan ikan-ikan. Pelbagai spesis ikan aku leh kenai.....selama nih teman anak sedara main feeding frenzy jer, so hari nih aku tgk secara live ikan-ikan tuh. Yang paling truja skali pari n paus yang besar-besar terbang-terbang atas kepala. Dengan gunakan kad student UPSI, aku masuk hanya RM20. Leh la tahan......but generally best la Aquaria nih utk pelajar-pelajar sekolah., mcm aku.

Destinasi kedua plak Petrosains. Kali nih, agak murah. Still menggunakan status pelajar, kami masuk dapat la RM 9.60 . Memang lama perjalanan ke dalam Petrosains. Selama sejam lebih aku menggembara dari Dark Side ke destinasi seterusya.....agak menarik dan meletihkan dalam sana. Naik kete bulat tuh memang unpredictable...kejap2 pusing, kejap2 terbalik belakang..mcm2 la.....but still fun. Banyak benda boleh diterokai. Aku sempat jadik anak kapal dari ISS...keh keh keh..... ingat Pak Sheikh jer bleh ka.....aku pon sempat jengah dari jendela kapal ke bumi...memang siok.

Begitulah kami menghabiskan seharian di KLCC. Berilmiah sungguh semlm aku ghasa. Dengan modal yang tak seberapa ja aku mampu ke sana, hehehehhe..mkn kat food court jer.....sempat cuber Tomyam Laksa kat Laksa Shack. Sedap......then beli sikit2 souvenier kat galeri aquaria and petrosains. Oklah....doakan aku utk final exam yer kekwn....maleh baca ngat nih, saipa ntah?

OKlah...wassalam...

~Adios










Saturday, January 03, 2009

:: Jawapan Januari 2009 ::

Salam kekwn semua..

Inilah jawapan kepada persoalan Disember 2008 lepas. Ada yang wish la, Say congrate la....apa2pon aku terima bagi pihak ja la yer...


Sebenar-benarnya, akak aku yg kawen tanggal 26/01 akan datang. So, dijemput semua hadir memeriahkan kenduri tuh yer.


Maz, Cik Eda, Aya n Kak Dilah, nanti klu kenduri yang adik sikit tuh, InsyaAllah akan diberitahu...bak tema seseorang pada tahun nih " Menuju ke Gerbang Perkahwinan"...tak gitu Roy? ekkekekek...


OKlah zampeada, jijah, cik yah, n semua diharap entry kali nih menjawab semua persoalan nuh. OK.....~Adios

Wednesday, December 17, 2008

:: Lirik Pilihan ::

Permintaan Hati by Letto



Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Sunday, December 14, 2008

:: Lirik Pilihan ::

I'm Yours



Well you done done me and you bet i felt it.
I tried to be chill but your so hot that I melted.

I fell right through the cracks and now I'm trying to get back.
Before the cool done run out I been given it my bestest and nothings gonna stop me but divine intervention.
I reckon its again my turn to win some or learn some.

But i wont hesitate no more, no more,
It cannot wait I'm yours.

Well open up your mind and see like me.
Open up your plans and damn your free.
I look into your heart and you'll find love love love love.
Listen to the music of the moment people dance and sing We're just one big family... and its our God-Forsaken right to be loved love love love love.

So I won't hesitate no more, no more,
It cannot wait I'm sure.

There's no need to complicate.
Our time is short.
This is our fate.

I'm yours so don't ya don't ya don't ya don't don't don't ya but don't ya wanna come scooch on over closer dear an i will nibble your ear.

I been spending way too long checking my tongue in the mirror and bending over backwards to try to see it clearer but my breath fogged up the glass.
So I drew an new face and I laughed.

I guess what i been saying is there ain't no better reason to ridge your self of vanities and just go with the season.
Its what we aim to do our name is our virtue.

But i wont hesitate no more no more.
It cannot wait I'm yours.

Well open up your mind and see like me.
Open up your plans and damn your free.
I look into your heart and you'll find the sky is yours.
So please don't please don't please don't there's no need to complicate.
Cause our time is short.
This is this is this is our fate.

Im yours...

Monday, December 01, 2008

:: Andainya ::





Perkataan yang sama erti dengannya adalah 'kalau', 'sekiranya' , 'if' dan apa2 perkataan yang memungkinkan kita mengharapkan perubahan sekiranya 'sesuatu' itu diadakan atau tidak diadakan.....contohnya, kalaulah aku jadi Perdana Menteri, akan ku ubah satu dunia....ekekekke, gitew la adanya.




Yang pastinya manusia yang senantiasa melakukan kekhilafan menuntut perkataan 'kalau' dalam kehidupan harian, dan tak mampu lagi mahu lari dari melakukan khilaf itu sendiri. Pagi yang penuh melankolik, lps dengar azimat dari Pengarah baru yang bagi aku lain sikit 'style' nya, atau dalam erti kata lain, ada sedikit kekaguman di wajah sewaktu aku melihat berpusu-pusu teman2 seperjuangan menghadirkan diri se'punctual' mungkin ke dewan. Dalam hati " ini sememangnya pemandangan baru bagi warga POL***S. " Jika selalu, ayat2 seperti janji melayu, jam melayu selalu digunakan, tapi kali nih, word tuh dah mula digantikan dgn trend Jepun. Hehhehehe, bagus...bagus...maybe the paradigm shift will be apply soon here!




Di akhir2 bulan Nov lalu, aku lewatinya dengan pegi ke kursus bermula dari 17/11/2008 - 27/11/2008. Memang percutian terancang aku neh disebabkan tuntutan kerja. Hehheheh, alasan la tuh...but that's the fact. seminggu aku ke KL dan bakinya aku n rombongan POL***S ke Langkawi. Very interesting journey kalu difikirkan. Dari perjalanan menaiki kereta hingga ke feri. But it was fun, release sikit rasanya.


Balik saja dah nk kena prepare untuk submit markah student. Ujung-ujung semester memang cenggitu. Dah resam jadik pendidik, kena la provide penilaian mana satu yang elok, dan mana satu yg lemah. Klu ada rezeki pelajar, dapat la markah topup....klu tak memang dah selayaknya diberi anugerah dari kegagalan.


Sepertinya sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu utk tatapan kekwn bloggers. Dan andainya aku ada waktu untuk itu, pasti dah berkajang-kajang citer aku 'publish'kan kat ruang blog aku neh. Pantang ada insiden menarik happened, pasti aku teringatkan blog untuk aku muatkan bahan best tuh, tapi seperti biasa andai dapat ku luang waktu itu, pasti..... (korang sambung la sendiri). Itu yang aku kesalkan, andainya punya sesaat berbaki pon pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Moralnya, di mana harus aku carik masa nan berbaki itu? Hmmm, persoalan yg susah dirungkai.


Kadang-kadang, pusing kepala memikirkan segala benda yang terpaksa dibebankan kat atas bahu nih. Kekadang letih....itu yg terbit andai nih....

Andai ada esok yang lain,
Akan ku cipta kelainan hari ini,
Andai ada kesempatan yang lain,
Akan aku buat agar semuanya seperti yang kuidam..

Oklah ..... till then..~Adios

Tuesday, November 18, 2008

:: Episod Akhir Syawal ::

Malam yang tiada aktiviti. Aku mula ambik laptop dan mula mengarang episod akhir seperti yang aku janjikan. Sebenarnya, memang agak keberatan aku nk menulis kali neh. Bukan per, terlalu lama aku simpan citer sampai nk kuarkan balik dari minda neh sukar banget. Apa2pon, memandangkan malam nih training SQL Server aku takde, aku pon terfikir untuk menyudahkan apa yang patut. Kiranya training aku yg bermula semlm, kat Radius Hotel Jalan Bukit Bintang ni ada la hikmahnya. Kalu tak sampai bila la citer Syawal aku nk berakhir.

Aku menamatkan Syawal aku dengan berjaya menyempurnakan sunat enam. Kiranya, klu ada kesempatan, aku memang tingin nk wat setiap tahun, so memang dapat tahun nih. Alhamdulillah.

Last day Syawal aku berjaya lunaskan niat aku nk buat sikit kenduri sempena ujung Syawal n kenduri naik umah. Actually, dah genap setahun aku pindah ke kuarters tuh, baru ada kesempatan nk buat kenduri dan bacaan Yassin. Memang kecik ja kendurinya, bihun sup jer. Tapi agak meriah dengan kehadiran kwn-kwn dan jiran tetangga. Kebetulan,ada member yang nak menyumbang puding n bubur kacang.

Deepavali pon dalam Syawal jugak. Aku n beberapa orang member tolong escot budak2 poli ke Lost World Tambun. Dah tiga kali aku jadik escot bebudak main air kt sana. Sambutan deepavali plak aku nmpk hambar saja, sebabnya ramai masyarakat India gi main air. Camtuh rupanya sambutan Deepavali ek?

OKlah, sekarang time to sleep. Aku jeles nih dengar dengkuran best member sebilik. Akak tuh sedap2 ja terbang ke oversea dah agaknya. Ok selamat malam semua.

~ Adios

ps: Naper sekarang hidup serasa hambar ek?

Sunday, October 26, 2008

:: Cahaya Syawal 2008 ::

Episod Pengenalan





Kalau dihitung dengan jari sepuluh, dah masuk hari ke 26 dah Syawal. Baru hari nie aku bleh masukkan entry tentang sambutan Syawal 2008 yang telah dirayakan pada 1 Oktober lepas. Memang dah akhir2 waktu mcm nih, bleh citer secara complete sikit rentetan peristiwa yang berlaku.

Gambar kat atas nih seswai dengan topik entry kali nie, cahaya Syawal. Memang jika difikirkan, kenapa setiap kali Syawal, kena ada pelita yang dipasang? Adik aku smpi cakap benda tuh bidaah...but maner2 pon bagi aku, aku sukakan kemeriahan malam rayer yang lengkap serinya klu dihiasi cahaya pelita. Nak nak lagi klu ada pelita buluh, memang meriah!

Sepjg menyambut rayer, emmm klu tak silap aku bermula kali ke 18 sambut rayer, aku mula pegang tender pasang pelita malam rayer.Tade org lain dah masa melobi, aku ja menang tanpa bertanding utk tender nih. So, sepjg2 sambutan Syawal, hari ke-26, mlm 27 tuh aku dah mula dengan mengisi minyak kerosin dalam pelita yang musti dibeli baru, hampir tiap2 tahun. Mana taknya, lepas ja rayer, rosak abis pelita2 tuh kena ujan la, berkarat la...hmmmmm..bazir kan? Yg mana leh pakai lagi aku simpan la utk perkhidmatan tahun depan.

OK, sejarah cahaya Syawal dah aku ceritakan...sebenarnya aku kena qada semua citer Syawal 2008, and musti ambik byk episod nih, jadi aku mulakan dengan citer malam rayer, main bunga api, SMS rayer, angpau rayer n kad rayer. Semua tuh dah jadik resipi wajib bahang kehangatan sambutan Syawal. Apatah lagi klu dah jadik org2 besag dalam umah. Yer la akak2 nih kena la nmpk macho sikit dalam segala pengurusan. Hehheeheh, kelakag bila kenangkan usia dah senja but masih ada hati involve dalam permainan bunga api. Memula tuh sambil2 pasang pelita, jeling2 bunga api si bongsu...then dia cakap tlg dia cucuh sebatang utk idupkan pelita yg lain..then aku dah pepandai ja main berbatang2...heheheh, dah terlanjur tuh truskan ajer.

Sambil main2 kat laman umah tuh, nmpk la budak2 umah sebelah main2 jugaks...ekekkekek, ala2 cover la tak bagi nmpak anak tok guru quran depa yg bangka semacam main bunga api. Buat ala2 nk nyalakan pelita la..ekekekkeke...pada hal aku main sungguh2 hati siap2 pusing2 bulatan tuh .... tebiat sungguh!

Tetiba kedengaran handset rancak berbunyi bit2 mesej.Adik pompuan aku terlaung2 dari dapur sambil warning ada mesej bunyi dari handset aku. Aku berlari2 anak la panjat tangga beranda trus ke bilik. 10 mesej? bertalu2 dari bila ntah? Celcom mmg dah warning mlm rayer takleh msg, saipa masuk lak nih? semua total msj rayer aku 37 ja,coz ada gaks aku terpaksa delete klu yg sama sebab memori dah low, sori yer but tq kpd semua pengirim SMS rayer utk aku. byk dari anak2 didik, kwn2 senja.com (hi hi hi), kekwn lama, ex2 schoolmate, u mate n kenalan angkat terangkat... kad rayer lak dah tinggal 6 keping jer...but at least ada la kan.

Abis dah main, aku masuk umah and prepare balang2 kuih utk esok. Basuh apa yang patut, susun kuih2 dalam bekas n paling best seterika baju rayer semua org. Tahun2 sblm nih akak aku buat, thn nih dia bz kat dapur, aku jadik penseterika plak. Sambil2 iron tuh sempat bermsg and cakap2 wish rayer. multi task la kunun.Sampul rayer aku dah prepare siangnya. Thn nih belanja lebih ckit kot. Ada bajet utk sepupu2 n anak kwn2.

Mlm 1 Syawal memang letih. keje2 last minute perlu diabiskan sebab esok dah rayer! Tak sempat nk jeling2 juling mana2 yg tak lengkap, kena fokus kepada kuih n air utk
hidangan para tetamu. Bihun sup utk juadah esok dah selesai dibuat mak. Kuahnya masih panas atas dapur. Tinggal celor bihunnya pagi esok. Kuih pon check ,siap dalam balang. Baju, dah beres aku iron n hang. OK,nmpknya episod pagi rayer plak akan bermula esok. Aku akan smbung celoteh pagi rayer bila2 lapang. OK yer...till then, chow ~Adios

Tuesday, September 30, 2008

:: Pagi 30 Ramadhan yang Hujan ::

Pagi nie memang sejuk, sejak semlm lagi ujan menimpa bumi klu tak silap aku. Suasana suram, muram, manusia kat umah aku pon tak aktif dah. Kalu tak, waktu2 mcm neh ada saja arahan keje dikeluarkan. Yer la esok dah nk beraya beb. Mak pantang tgk ada yg goyang kaki, sure kena sound dari cerok mana sekalipon dia berada. Hehheh, bukan nk ngumpat bulan2 posa neh, but itulah yg aku dok perati peel mak kesayangan aku. Dia memang ringan tulang, aci boleh semua keje nk dibuatnya. Cuma kudrat je tak mengizinkan dia. Semangat member memang kental. Abis2 kami adik beradik la jadik tentera kerahan. Tapi kan, aku ghasa benda tuh semua bukanlah satu beban, bahkan sesuatu yang aku rindukan bila tiba time nk raya nih.

Kalu tak silap aku, semua persiapan dah rapi. Cuma perlu touch up bahagian kekemasan umah n baju nk pakai solat sunat awal pagi esok. Ujan dari semlm menyebabkan kain yg dibasuh terbengkalai dalam raga. Nk jemur, no more space to put, nk biag, takut masam plak jadinya. Aku suggestkan nk ampai secara terapi angin ja la..ahahahhahahah...'hang' beramai2, makanya akan ada percent kekeringan jugak kan.

Akak aku seperti biasa akan jadik main chef utk hidangan pagi Syawal. Dia pakar masak nasi kaler2 nk berempah...maksud aku nasi yg lain dari nasi putih yg aku expert tuh...ekekekke (nasi putih ja tau, tuh pon semlm mana silap ntah, mentah plak coz letrik putus masa masak, "salahkan letrik la plak"). Plan menu dia pagi Syawal, nasi daging. Lauk plak mak aku support. Aku mcm biasa amik peranan makcik cleaner la. Keje mencuci serah kat aku and my younger sis. Yg lelain? Hmmmm...tgk2 la mana keje kosong, masuk ja. Selalunya yg lelaki akan cuci bahagian luag umah. Yer la keje2 tuh semua memang sesuai utk depa yg takyah nk bertudung litup utk keluag umah. Seluar short pon dah kira OK.

Tapi? Alahai ujan bagai merengek-rengek tanak berenti. Semua keje2 pembersihan sekarang cuma melibatkan kawasan dalaman ja la. AKu takut satu jer, semua plan tak jalan, tak menjadi, balik-balik makan bihun sup aja la kami pagi Syawal. Semlm Apu dah plan nk sembelih 4 ekor ayam kampung yg dia bela. Nmpk blom ada progress bab tuh, sebab Acik (adik lelaki aku yg satu2nya bleh harap wat keje2 mengejar ayam) tak nmpk batang idung. Nih aku gerenti tgh layan cik 'lena'. Sedap beb lena dikala ujan pepagi cenggini. Alamak, sepi la weih dalam umah nih. Semua orang tak bergerak. Masih dalam selimut dicengkam kesejukan yg menyengat pagi Ramadhan yg ujan nih. Bonda kesayangan yang ambik tempat atas sofa PVC depan ruang tamu pon tak nmpk tanda-tanda akan bangun lagik. Alahai, begitu kaku aku rasa dalam situasi mcm nih. Apa aku nk buat ha?

Hmmm...oklah aku ghasa aku tau nk watper. Isk, bukan nk join yg lelain berbungkus dalam selimut (tak baik tau), aku nk siapkan keje semlm aku yg terbengkalai. Till then, aku stop lu, lenkali hapdet plak pasai insiden2 yg menarik berlaku sepjg aku bercuti sambut rayer awai kat kg kali neh. Ekekekke, gumbiranya hati aku merasa cuti spjg ni.

~Adios

Wednesday, September 24, 2008

:: Salam Aidilfitri ::



Buat semua teman dan sahabat yang dikenali, ucapan Salam Aidilfitri ditujukan bagi memohon ampun dan maaf atas segala khilaf yang pernah terjadi. Moga lebaran kali ini menjanjikan seribu keberkatan dan rahmatNya.

Saturday, September 20, 2008

:: 19 Ramadhan ::


Kejadian 19 Ramadhan yang lalu menggamit seribu satu persoalan dalam diri aku untuk dikongsi bersama. Pada malam kejadian ini, aku dikejutkan oleh satu suara dari kejauhan " Wei, wei, hangpa mai tgk bulan merah kat luag neh". Aku terpinga2 membuka pintu utk adik dan mak aku yg baru pulang masjid usai solat terawikh. Aku pon hapa lagik, jiwa memang dah tertarik dengan fenomena alam yg ganjil atau dalam kata lain, aku nih 'pencinta alam' ekekekkekek...sekus me sekus me aku nk continue citer balik nuh. Berkejar2 aku n adik2 ke laman umah nk menyaksikan fenomena alam yang bagi aku agak janggal berlaku. Setelah mendapat view yg jelas dipenghujung jalan menuju ke rumah, aku sempat snap beberapa keping gambar berbekalkan kamera abg aku yg sentiasa bawak 'canon'nya kemana saja dia pegi.

Menurut citer mak aku...objek yg dikatakan bulan merah tadi agak besar berbanding bulan biasa dan rendah timbulnya ..kelihatan suram dan samar-samar dilindungi awan. Kedudukan objek itu berdekatan dengan bukit dan memang agak ganjil fizikalnya dengan bulan. pada pemerhatian aku, ia seolah-olah sebuah ketulan api yg kian pudar, sebab sekejap saje ia muncul, lalu lenyap dari pandangan. Memang bukan bulan la (aku berfikir-fikir sambil memerhatikan kejadian itu berlalu). Dalam masa yg sama aku mencongak-congak, mlm ini genap 19 ramadhan, masakan bulan akan kelihatan begitu penuh dan berwarna merah demikian.

Setelah memerhatikan gambar-gambar yang dah dapat aku ambik, sekali lagi aku terpandang langit mlm yang disirami cahaya. Eh? mungkinkah cahaya bulan? Sambil bertemankan adik2 aku skali lagik, kami ala2 ternganga menyaksikan bulan yg sedang memancarkan sinarnya pada mlm 19 itu....memang bulan agak besar...tapi tidak sebesar dan semerah objek tadi.

Selepas berdiskusi tentang dua kejadian tadi, akhirnya kami merumuskan ini adalah petanda kepada sesuatu yang bakal berlaku dalam bulan seribu rahmat ini. Mungkinkah 'malam yang berkuasa' telah terjadi?? Sepertimana yang telah di riwayatkan dalam ayat 3.237 SAHIH BUKHARI 'Aisha "Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last TEN nights of the month of Ramadan,"


Menurut abg aku, sewaktu dia bersolat di beranda rumah pada malam itu, suasana kelihatan begitu hening, sunyi dan tenang...sora cengkerik pon tak bernyanyi. Pokok seolah2 tegak tak ditiup angin... hmmmmm...Pagi esoknya iaitu pada hari ke 19 Ramadhan, matahari terbit bersinar putih...angin tidak bergerak....buat seketika waktu...kami sekeluarga yg belum habis-habis berbincang tentang isu semlm, meneruskannya pada pagi ini. Semua orang sedang menikmati suasana tadi. Setelah sekian lama sembang, tetiba angin kencang bertiup seolah-olah baru terlepas dari halangan sesuatu....lawas saja tiupan sepoi bahasa tadi bertukar agak kencang dipenghujungnya. memang nyaman...

Masih lagi dibenak aku memikirkan apakah objek yang aku lihat pada malam 19 Ramadhan yang lalu?

Thursday, September 18, 2008

:: Meh Buke Posa kat Kola Perlis ::





Minggu lepas, reunion MscIT By Research telah dibuat bagi meraikan bulan pose yang mulia neh. Dengan hanya arrangement by call and SMS finally, kami leh jugaks berbuka posa ramai-ramai kat KOla Perlis. Memang klu nk digambarkan perasaan tuh, best la kan...yg lebih best leh juper muka2 yg dah lama tak juper. hehheh, yg dah bertukar status pon ada....(akan berlakulah adegan usik-mengusik, ala mcm tak besa kan?).

kalu nk di storykan dari mula, aku dapat SMS dari Mirul 3 hari sebelum majlis. Aku kira OK ja, coz mmg dok intai2 pon peluang nk ketemu geng2 lama nih. Lepas arrangekan dengan 2, 3 orang lagik, aku buat confirmation nk ke majlis tuh. Ada lak offer datang ambik aku kat POLI, lagilah aku suka....hehhehhehe...mmg best la leh sembang panjang2 sebab citer pon byk la untuk review balik benda yg berlaku sepjng tak juper kan...ekekkeke....(Ada org lom abis citer tuh...nnt kita arrange lain nuh!).

Sampai ja kat Jeti Kola Perlis tuh, saper pon tade lagik...paham la masing2 bertolak lepas keje...aku sendri masih berbaju keje..ekekekke...halal la klu ada bau2 tak best tuh...dari pagi smpi ptg .... abis je solat, trus bertolak..... ingat nk sembang2 la klu dah ramai yg sampai. Alih2 berdua ja la sembang....tak lama lepas tuh, Zulhazlin , Wan (wife) n Aura (anak depa) sampai. Sempat tanya2 kabar, trus geng2 AJK sampai dah ada kat meja yang ditetapkan. Aku n depa tadik trus join....nmpk lak Zahra n Amni (anak dia) dok ngan Bylin. Then, sorang2 smpi....memula nmpk Nida single tuh.. then Shamri n Sue Alias bwk dua anak depa....Apit, Salman n Azam dah kalut nk hidang nasi.... Amir and Chareen (pengantin baru dua2 klu tak silap) pon smpi dengan kamera yg besag. kak Ziana n Nina (adik dia) pon smpi....cumel kak zack dgn pewotnya yg masih samar2 nmpk ... tapi letih sajer....sah la ibu ngandung neh keletihan posa ... Am, wife n anak pon ada skali...mmg dah nk buka....kak ani, abg hassan, harry and anak2 (anip, marsya n hamizan) geng paling last smpi.... org dah buka baru smpi....hehehehhe... apa2pon mmg meriah la meja kami ptg tuh....tak sempat toleh kiri kanan, semua fokus ke lauk n aktiviti makan ja..... sempat update citer ngan org sebelah menyebelah ja la...

Lepas mkn, ada yg gi solat, ada yg dah nk balik....aku laks ikut pelawaan Zul n wan ikut depa gi solat n trus balik Jitra....

Begitulah pantas reunion tuh berlalu... utk entry seterusnya aku akan try letak pic yg sempat aku snap.....hehehehheh....

~Adios
ps: Selamat Berbuka!

Sunday, August 31, 2008

:: Merdeka!Merdeka!Merdeka!::

Genap 51 tahun Malaysia mendapat kebebasan dari penjajah. Kita generasi muda sekarang nampaknya kurang merasai apa itu merdeka. Bukan nk cakap la, dah ternyata pandangan anak2 muda begitu berbeda dengan generasi terdahulu. Aku ada tgk Tv pagi tadi, hmmmmmm mcm tak paham ja bila memberi jawapan erti Merdeka kepada kita.

Oklah, setakat nih dulu aku punya entry kali neh, sebab banyak lagik tugasan lom siap.

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...