Saturday, April 30, 2005

:: Hmmmm..dah lama dah nie! ::

Dah seminggu blog aku sepi tanpa hapdet. Apa leh buat, ada komitmen lain perlu aku kejar. Penat lelah sepjg minggu2 lps terasa berbayar bila poket dah kembung sket,heheheh. Sikit ja la, buleh la nk tokok2 duit makan org kata. Ok lah, aku juz nk buat sorotan ringkas peristiwa yg berlaku sepjg 2 minggu akhir April 2005. Esok dah 1 Mei.Ya Allah, cepatnya MASA berjln, terkejarkah aku?

21-23 April 2005 - Aku memulakan perjalanan ke Penang bersama2 abg aku, akak ipar and buah hati pengarang jantung pisang aku (Anak buah aku la tuh). Rupa2nya mmg abg aku nk bercuti disana. Dia dpt offer dari satu otel tuh, sbb jadik ahli. hampeh!ingat ada seminar ke haper ker...sah la aku akan jadik bibik anak dia la nih. Aku sukak, sbb tenang hati tgk muka anak dia. baby kot, tp bila time meragam, tercabar jugak. Heheheh, first time la aku tampar tangan dia sbb nak cekau muka aku, tamparan manja ja la. Dah berdarah idong hr tuh, kali nih, kena jaga2.

Kami smpi penang dlm koi 12 lebey. Smpi2 ja depan entrance, aku n akak ipag saling berpandangan. Then kekeh2 dua2 org. APa taknya? Nmpk seko bell boy pakai pakaian seragam pelik, ala2 org inggeris yg jadik tuan punya ladang estate dulu2. Dgn seluar aras lutut, topi bulat keras ..ya Allah, ada lagik org kita sanggup agung2 kan pakaian penjajah. Siyan pon ada. nak carik rejeki, kena la ngikut ja. Dan for sure la situ yg tinggal ramai warga2 Eropah. punya la lama nk check in, smpi meragam si kecik. Kami turunkan dia dari kete, gi ke front opis kat mana abg aku sdg uruskan bilik kami nnt. Aiseh, jejak ja kaki kat dlm ruang depan otel tuh, vah! klasik inggeris gitew! Ada piano sebelah sudut kanan otel. langut ke atas lak, ada satu ruang bulat kosong, ala2 kubah masjid, dimana sora kita akan terpantul kuat w/pon ckp mcm dlm kelambu. Fuish, heran jugak, ada mikrophone kot...ekekek.

Selesai semua urusan, kami beredar ke bilik ditemani penjaga kaunter tadik. not bad bilik dia, ada 3 ruang yg dipisahkan oleh pintu2. Balkoni lak ngadap swimming pool. Hek eleh, nih yg rabun bijik mata nih, hehehehheheh. Si kecik tuh lak suka beno tgk air, pool tuh bersebelahan ngan laut. tembok batu ja pisahkan pool tuh ngan ombak laut. tingat Tsunami cuak jugak aku. tak mustahil benda nih akan berulang ye tak?

Selama 2 hari kat otel tuh, tak pernah lg mkn mknan otel. Asyik2 nasik mamak...muak jugak tekak. Nekad la kami, nk jalan2 kat Padang Kota ptg hari ke-2 nk carik mknan lain plak. dipendekkan citer, jumpak jugak la kami gerai2 mknan bergoreng. lega ghasa. Mkn puas2. Esok dah nk balik. Mlm tuh adik aku dari USM yg dtg melawat. Dia part time kat Pizza Hut sementara cuti sem. Merasa la dia tido otel mlm tuh, dok pakat bercriter la mlm tuh, siok giler bukak warung mcm kat umah mlm2. Dok bukak balik story2 masa kecik ngan abg aku n adik, selang seli ngan soklan2 akak ipag aku, mmg meriah warung 103 (nom bilik la tuh).

Semua masuk tidog, aku sowang2 ngadap pool yg lengang...bunyik ombak2 laut, iskkk...mmg leh la release paler jugak. Esok dah nak balik, baik tgk pueh2 pemandangan nih. Mlm pon mlm la. Esok, lps packing koi 11 lebih,kami bertolak balik ke Alor. Hmmm...penat jugak, tapi kenangan yg dirakamkan tak kureng berbaloinya.

25-28 Lps berehat sehari, tiba masa nak pi tunaikan tanggungjawab ke Semeliang pulak. Aku n geng join projek Celik IT , anjuran KEDA. Aku ghasa takyah citer pjg sbb geng2 lain dah sakan masukkan bahan dlm blog masing2. Sama aja inti patinya. Ok la smpi sini dulu. Perjuangan aku masih perlu diteruskan. taget dah ada, but keje tetap ditakok yang sama. Jom research!

Monday, April 18, 2005

:: HikmahNya akan Tiba ::

Kalu slalu ayat2 nasihat utk kekwn " Ada la tuh hikmahnya", akan kita utarakan pabila sahabat sdg menghadapi kesukaran dgn ujian2 Allah. Dlm idop nih, slalu ja kita kaitkan ujian dariNya akan dibalas dgn hikmah yang nyata. Dulu aku hanya ucapkan benda2 tuh sekadar utk penenang hati org lain, tp kini aku semakin dpt melihat kenyataan sebalik ucapan2 tuh.

Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Ya Allah, kekuasaanMu diluar batasan seorg hamba yg kerdil. Aku sudah byk kali didatangi dgn ujian, tapi bila dpt kluar dari ujian atau masalah itu, terdetik ucapan syukur sekadar didada. Kenyataannya aku lom ambik berat akan hikmah yg acapkali aku sebut sblm ini. Ini la dia yg dinamakan HIKMAH Allah.

Aku dpt berita gembira pabila seorg kwn baik memberitahu dia berjaya mendapat kerja. Setelah menghadapi ujian ALlah dlm menjalani kehidupan sbg pelajar, dia menemui jalan buntu. Setelah penat mencari jawapan utk keluar dari belenggu itu, dia didatangi hikmah Allah iaitu petunjuk yg selama ini dia cari utk kluar dari masalah yg menghimpit. Syukur, Alhamdulillah, aku sbg seorg sahabat tumpang gembira dgn berita yg dikhabarkan.

Aku? Bagaimana dgn aku yg selama ni masih mencari2 jalan utk melangsaikan perjuangan aku ni? Mungkin semuanya depan mata, cuma aku yg tak sedar akan kewujudannya? Aku dah berjaya ka? Tapi, aku lom dpt selesaikan apa yg tersurat pada lembaran tesis aku skrg. Iskkk, biar terbuka pintu hati aku utk melihat hikmah Allah ini. Setiap ujian Allah ada hikmahNya. Ya...itu la dia, ayat dari aku utk aku sendiri. Penat dah menyalahkah diri sendiri. Ya Allah, kurniakan aku keberkatanMu, keredhaanMU...kerna aku percaya hikmahNya akan tiba. Amin

Sunday, April 17, 2005

:: Filem - Jiwa Kacau ::

<<-- Watak sedang menonton TV-->>
Deringan nada monophonic encet aku berbunyik, lagu omputih tuh, ekekkekeke. Masa tuh nk dkt maghrib dah. Aku bergegas ke meja radio nk capai encet aku kat situ. Ooo, mak angkat aku rupanya...ekekek, suspen ja. Dari corong2 encet aku, aku dgr mak cik berckp ngan nada excited. apa yg dia suka pon tatau la, maybe ada khabar gumbira dari dia.
Hmmmm....tepat sangkaan aku. Ada sst yg dia nk sampaikan. Tapi isk, perkara nih bukan main payah mau aku ckp. Cukup la sekadar aku ckp nih berkaitan masa depan aku. Aku dlm dilemma skrg. Takde jwpn pasti buleh aku bagi, sbb ada perjuangan blom selesai kat sini.
Mmg la umo aku bkn muda lagik, but bukan itu bermakna leh permainkan masa depan aku sewenang2 utk mengatakan 'Ya' utk pertanyaan tadik. Nih soal aku seumur idop. Mmg aku tak tergerak hati langsung utk bab2 tuh skrg. Tak pernah aku berdepan ngan soal2 nih selama nih. Lps ckp ngan mak cik, aku jadik bengong kejap. Apa lagik, kena la jeling2 manja ngan hosmate2 semua. Aiseh, malu besag ngan depa, sbb aku mana reti ckp pelan2. Mean, mmg depa dgr seketol2 la apa yg aku ckp kat encet tadik. Hehehhe, tp bg aku depa mmg layak utk tahu, sbb depa saja la insan2 yg aku senangi utk kongsi segala masalah. Apa2 lagik soal nih, depa masing2 ada pengalaman. Aku jerk yg ghasa muda lagik, ekekkekekeke.
Cadangan demi cadangan depa lontarkan. Bernas, beras...vah mmg ini la yg dikatakan pengalaman manusia mengajar erti kematangan fikiran, ada sorg hosmate muda dari aku, but dari segi2 nih, dia lebih pakar. Aku plak dok ternganga ja masa depa bagi cadangan. saipa skrg??? saipa aku??? iskkk, tak baik lak. Aku tau niat mak angkat aku baik, tapi....aku nih! Salah ka aku berfikir yg nih bukan masanya?? "hang kena grab peluang nih, sbb peluang camnih takkan dtg byk kali dlm idop!"...ayat dari besfren aki tuh menyebabkan aku meletakkan jari didahi kejap, fikir la beb! Mmg btol la dia ckp.
"maafkan aku kalau aku seolah2 telahpon membuat keputusan utk menolak cadangan mak cik! "Hati kecik akuberckp2 sendri. Aku takde ghasa excited or berbunga2 bila dia tanyakan soal tuh kat aku. Ceewah, byk berfantasi lak aku, bukan apa, bg aku ghasa tuh akan dtg sendri, mmg la kena ada pencetus, tapi bukan ngan cara yg aku tak biasa. itu bukan aku la,klu aku buat camtuh. Baik aku elak sebelum apa2 terjadik. Apa2 pon aku akan bagi jwpn yg akan membuatkan mak angkat aku tak terasa hati, insyaAllah bila tiba masanya, ALlah akan lahirkan rasa itu kat dlm hati aku, aku akan cuba laksanakannya dgn baik.Amin.
ps: Citer nih adaptasi dari sebuah filem bertajuk "Mayatku dibahu jalan" ekekkeke, juz for fun OK.

Saturday, April 16, 2005

:: Mari Buat Ujian ::

Hari nie cuti lagi. mai opis lps lunch kat changlun ngan hosmateku tiga org tuh. nak mula wat keje,but tingat kat blog lom update. Hmmmm, tgk la apa2 topik besh nak masukkan. Dpt satu artikel nih, soal hati lagik...asyik2 soal hati kan....ehehehehhe. NIh leh jadik ujian utk sesapa yg lom DAP. Jom kita tgk sapa yg kena!!!!!

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.But when that special someone is not around, you might look around to find them.At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh,your eyes and attention might go only to that special someone.Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival,your phone is quiet.You are desperately waiting for the call!At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails,you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would not hesitate to think of that special someone.Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone appears in your mind,then u are in love with that person.

ps: Hmmm, leh ka dijadikkan panduan?Apa2pon bak kata org " Pokok pangkal letak pada hati"..

Wednesday, April 13, 2005

:: Lirik Pilihan ::

Melly Goeslaw Feat Kris Dayanti - Cinta

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta.....

--> kesinambungan dari topik semlm, asyik carik OST filem 'Tentang Dia'

:: Isk....pi mana brooch nih? ::

Pagi nih mai opis awai sket. Ntah la, bgn ja pagi tadik trus bersemangat nk mai lab awai. Ekekekek, tp takde la awai beno, semua lalat2 n kucing2 sekitar umah dah pon memulakan kehidupan rutin memasing, aku ja yg ghasa diri bgn lebih awai.

Dh bbrp hari aku tak update blog. nk masukkan entry baru, takde ide nk tulis menda la. Tapi saja la aku tetiba, ceeeewah idea dtg plak. Aku tingat satu kes yg dah agak lama berlaku. tak silap aku masa mula2 aku sambung ngaji kt UUM, fisrt sem masterji. Masa tuh time posa , kira2nya seminggu lagik nk ghaya la.

Mmg semangat la aku nk balik berposa ngan famili kat umah awai seminggu. Dok plan dah nk buat kuih-muih ngan mak n kakak. Nk jadikkan citer, tahun tuh aku mmg sebok ngan akak nk shopping baju ghaya. Beli awai nih, takut berebut ngan org klu dah dekat nk ghaya baru nk membeli-belah. Dari atas smpi bwh la kiranya adik2 aku dpt persalinan baru sempena ghaya..siok depa, aku jugak yg takde. Eh, bkn tak beli baju baru...beli, tapi takde la beriya mcm budak2 tuh. Siok sgt ngan sampin, songkok, capal, fuish...segak bergaya la seko2. dah la adik2 lelaki aku 6 orang, mmg depa ja dok pulun menge'test' baju baru memasing.

Adik pompuan aku yg sorg nih senang ja klu pasal baju tak byk peel. But, psl kasut dia takde kompromi. Ada saja tak kena, takde style la, nk tali byk la, kale yg seswai la...iskkkk...ngada tau seko nih, gewam aku. Tapi setahun sekali, hmmmm..ayat penenang hati la tuh. Masa beli dulu tanak lak dia komplen psl nih, ini sehari sebelum hari raya lak tuh...mlm sebelumnya dah buat pengumuman, esk hari raya, tup2 dia leh ckp tak berkenan kasut yg kami beli. nk kena tukar ka? Oh no!!! takkan last2 minit nk tukag kot? hmmmmmm.....kena jugak...tensen gue!

Aku hangin la satu badan. Mana leh layan camnih, aku pon ada tugasan menanti,balut ketupat lagik (nk anyam lom blajar), pasang pelita kat depan laman, keje aku jugak, buat2 bz la kan sebb nk lari dari kena gi Parit buntag (PB) tukag kasut adik pompuan aku tuh. Iskkk...last2 akak aku ajak jugak.Alahai, lomah badan ghaso. dah la mencabarnya hari2 akhir posa nih, letih semcm lak. Dgn seberat2 hati aku bonceng jugak moto, kluar pekan PB ngan akak aku..dah petang lak tuh, buhsan...klu dak time cenggini la aku n geng pasang pelita depan umah, sbb mlmnya kmi nk main mercun...ekekekkek

Smpi ja PB, mmg full house dah...org berpusu2 la shopping last minute katakan. makcik2 ada yg sebok beli kuih-muih tradisional yg berlonggok kat pasar ramadhan. hari2 depa niaga kat sini, mmg berbaloi.tak ketinggalan lomang2 yg baru dibakar. mmg tergugat la posa bau benda2 lazat cm tuh. km parking area2 jam besag pekan PB, dekat ngan kedai kasut tuh. Masuk ja kedai aku trus pilih la..nk kasik cepat proses penukaran tuh, harapkan akak aku,dia pon dok belek2 lagik, baik aku ambik action segera. Ekekekekk..

Lps dah setuju, km pon beredar la. Masa tuh dah dekat koi 6 kot. Aku soh akak pecut moto sket sbb nk kejar waktu berbuka yg dah semakin awai last2 posa tuh. Maunya sengah jam gak klu dari PB balik umah aku. Dgn gaya ala2 ridos, akak aku pecut moto, minah tuh mmg kaki racing pon.naik seram lak aku...dlm perjalanan smpi ke area2 ampang jajar transkrian semua kenderaan kena slow sbb ada bumper kurus n padu menanti. silap2 haribulan klu deraih, maunya melambung org blkng.

Dlm masa tuh, aku ada pasan ada satu motor yg dok saing ngan kami. Akak aku mmg fokus ke jalan ja, so dia akan ignore menda2 lain. Aku nih pembonceng, so mmg pasan la. mamat yg bwk motor tuh dia pakai serba merah, tak tahan. baju merah, helmet merah. Dan motor dia skali merah. Sbb helmet dia full cover, muka talak nmpk lor. Aiseh, apa la mamat nih follow dekat sejak2 kat ampang tadik nih? Tapi aku pasan dia ada hulurkan sesuatu..isk...apa benda nih? tak pedulik tuh, km teruskan perjalanan. Smpi area2 kilang premier, dia still ngeko...alamak, pe hal mamat seko nih? abaikan, km pecut ke depan sket.

Eh,pesal aku ghasa tudung aku mcm terkuak ngan bestnya? angin laju ka? siap kaco pandangan sendri nih, mana leh tahan...periksa la kejap.alahaiiiiiii...mana lak brooch aku nih? aku pegang kuat tudung depan. takper, jap lagi lps simpang dah nk masuk kg yg dekat ngan umah aku...tetiba2..troot troot troot troot... ada motor mmg close sgt moto km. kali nih clear,dia sdg hulurkan sst kat tangan dia, dan benda tu ialah brooch aku....alamakkkkkk, buntang bijik mata!!!! camner leh ada kat dia nih? Aku pon tepok2 bahu akak aku soh berenti tepi jalan. masa tuh nk masuk simpang ke bukit panchur, area fly over lak tuh. aku nmpk mamat serba merah tuh berenti jugak but, ke depan sket.


Dgn helmet tercover elok, dia lari2 anak mai kt kami. Aku nih, mmg ya Allah, malu gilos, yer la camner lak dia leh dpt brooch aku tuh? Aku ghasa muka penat posa tadinya dah bertukag jadik nerbes. Dia mai dgn gaya yg sama mcm kat ataih moto , hulurkan brooch aku. Nk gelak sgt, mmg sah! dia tanya 'hak adik punya ka?' Aku terkulat2 ja, angguk cepat2. 'kat mana jumpak adik?' aik, aku panggil dia adik jugaks, ah, whatever la. Dgn nada mcm nk gelak dia habag ' Dlm raga motor saya dik, ataih lemang saya tuh'.hek eleh,rupanya brooch aku melekat kat buluh lemang dia. Aiseh, pandai terbang carik lemang yer.

Aku tunduk2kan muka, yer la malu besag nih, brooch leh terbang masuk raga motor org. takde aku nk tgk muka mamat tuh, tapi dari sora n susuk badan dia, cam muda ja lagik, pangkat adik2 aku jer. Lps ucap time kasih kat dia aku blah cepat2. Kureng nguh akak aku, dia leh keraih perut dok gelak kat aku. maunya aku golek2 dah malu kat situ, leh dia dok tekan perut 'ghenggah' gelak. Pokka sungguh. takpa, takpa...leh tanya2 lg tuh, cam na mamat tuh juper brooch aku. maleh layan. Panjat ja belakang motor, trus kami memacu balik umah. Dah nak masuk waktu dah masa smpi.

Lps mkn baru aku ada mood nk gelak..sungguh2 aku dok bercriter ngan akak aku psl tadik...dok gelak sungguh2 smpi semua dok heran saipa la minah2 nih gelak beriya. hmmm, depa pon sama ja berjangkit gelak lps kami citer. heheheh, hmmm, baru tau insiden tukag kasut ptg tuh. Dah dah, esok nk ghaya, mlm nih all out la aku n geng fire umah berdekatan ngan mercun roket and mercun lidi.

Bila dikenang insiden tuh, aku gelak sendri. Even smpi skrg, ia masih kekal sbg kejadian paling takleh lupa. Aiseh,lupa nk wish slamat ari raya kat mamat serba merah tuh, klu dak, leh la berkenalan ker, ajak mai beraya kat umah ker...ekekekek. tapi semua tuh dah terlewat...biar la ia kekal sbg memori lucu sehari seblm raya. Simpang fly over tuh lak akan jadik penanda aku n akak memulakan citer lucu tuh klu kami sama2 lalu utk ke pekan PB.

Monday, April 11, 2005

:: 'Dia' Satu Penantian ::

Malam kian larut, mata masih blom mau pejam. Aku asyik tingatkan 'dia'.Saipa la aku camnih. takde la lama aku tinggalkan 'dia', tapi mmg aku asyik pk ttg 'dia'. Lately, aku terkenang peristiwa2 yg menyebabkan aku makin susah nak lupakan 'dia'. Buleh dikatakan hari2 aku jumpak ngan 'dia', dan hari2 jugak aku telah disusahkan. Aku buntu, asyik berbalah ngan hati sendri,takde penyelesaian. Agaknya ini la perasaan yg sama dirasakan oleh kekwn lain yg dah terjebak ke alam nih.

Aku tabahkan hati. biar 'dia' asyik susahkan aku, buat aku bengang setiap kali berbicara. dgn pena2 yg setia menyumbangkan dakwat,aku titipkan sepatah dua kata buat 'dia'. rasa mau mengulanginya hari2, ttpi aku pulak yg terasa malas sendiri. Walau sebaris ayat, sepatah kata cukup tanda aku ingat pd 'dia'. Walau tidak dizahirkan, pada hati 'dia' tetap ada.

Semlm aku bertafakur sendri,cuba cari peluang berbicara dgn 'dia'. Nmpknya usaha aku tidak sia2. 'dia' mula memberi respon positif. AKu mula memujuk 'dia' utk berdamai saja. Aku dah nekad akan bersama 'dia' jugak hingga ke akhirnya. Pengorbanan aku bukan calang peritnya. Aku mula mengenali 'dia' 4 tahun lalu, takkan aku biarkan masa itu berlalu tanpa ada akhirnya? Tidak mungkin, akan aku lupakan bagaimana aku terseksa bila berjauhan dari 'dia', hinggakan melawat famili di kg pon aku dah bwk 'dia' bersama. parah! parah!

Pada 'dia' jugak aku rasakan beban.tak berpeluang fikir ttg benda lain yang kekdg lebih bermakna. tapi dah begini ketetapan yg terjadi, aku redha ya Tuhan. CUma jadikkan diri ini sedikit tabah dari dulu. InsyaAllah, akan kuteruskan perjuangan bersama 'dia' tesisku.

ps: saja poyo,nak release tensen gue.

Tuesday, April 05, 2005

:: Pengkisahan Lampau ::

Aku dah byk kali diingatkan oleh mak aku ttg idop nih. Kat adik beradik yg lelain pon sama, kita kena 'back to basic'. Bukan la mak aku speaking london masa bg nasihat nih, hehehhehee. dia ckp dlm bhs melayu loghat kedah lagik, "Kita buat apa2 pon berpegang la kepada al-quran dan hadis, semayang jgn tinggai, lepaih tu, pandai2 bwk diri kat tmpt oghang."

itu la yg aku pegang bila first time aku jejakkan kaki ke sintok nih. Masuk sbg budak matrik lps SPM. well, w/pon aku pada mulanya nyaris2 mau give up utk ke mana2 IPT, tp berkat sokongan sorg kwn lama aku masa sekolah menengah, aku leh gunakan borang dia utk mohon ke sini. Aku dpt result leh tahan ja masa sekolah. Ye la,budak sekolah harian yg pi balik sekolah naik bas 'loncat', tau dak apa itu bas loncat? ala..bas awam yg ada loceng kringggg tu la. berbekal satu hinggit setiap hr, aku, akak and abg kluag umah koi 6.30 pg tunggu bas tu kt ujung kg.

Lps abg aku n akak berjaya masuk IPT, aku mula nekad nk ikut jejak depa. W/pon hari2 aku kena siapkan rutin umah seblm selak buku, aku cuba jugak nk imbangkan. kekdg siyan mak, aku balik ptg coz nak settle keje sekolah kat library sekolah. Aku kena curik masa coz smpi umah keje lain menanti. Paham2 ja la semua adik2 bwh aku lelaki. keje apa sgt depa leh tolong? Perit ghasa kena bwk 10 subjek masa SPM zaman tu. Aku tak terkejar. So, kena la korbankan separuh dari subjek tu. Aku mmg tinggalkan langsung certain2 subjek utk diulangkaji masa SPM. Aku juz tumpu masa cikgu ngajag ja la.Mana ada jalan lain. try buat yg aku mampu bwk lu. AKu sukak kira-mengira, so subjek angka2 kecuali fizik aku tumpu.

Masa trial ..hmmmm, aku cukup mkn ja. Pangkat satu atas urat btol2. eeeeee, gewamnya aku. Nmpk la kekaburan masa depan masa tuh. AKu dah dpt agak aku lingkop la SPM. Dgn probs umah, ngan pelajaran yg takleh nk catch up. Mmg takde masa ngan benda2 lain. Aku agak aktif sukan la, tp kena korban jugak, sbb aku tau benda tuh x menjanjikan masa depan aku. takper, aku kena face jugak SPM nih, biag la apa nk jadik.

Dari sehari ke sehari aku ambil paper SPM, sayu ghasa. Bkn apa...dok bayangkan masa depan camner nnt? Dok umah ke? jadik minah kilang ke? mcm2 la haiii...the worst is kena paksa kawin awaiiiii, ceshhhh, takmo aku. mak aku dh bagi warning awai2, 'tak paih SPM, aku bagi menikah!' melopong aku, dan dan tuh jugak selak buku, hafal apa yg patut. maybe itu cara mak aku bg semangat kot. klu itu caranya, ya..mmg berkesan. Mengingatka itu jugak, aku pulun buat latihan utk paper2 SPM aku. LAst day paper Bio ghasanya, aku lupa dah, 1995 tuh. Ghasa sedih sgt, bygkan kena tinggaikan trus sekolah. apa lagi alam persekolahan yg besh sgt bg aku. dan lebih menyedihkan lagi, kalau2 aku kena lupakan langsung utk trus belajar sbb gagal. oh, tidakkkkk!!!!

ya Allah, berdebar takyah hbg la, mmg terasa getaran smpi ke hari nih masa nk tunggu result. aku x keje mana2 mcm kekwn kg yg lain. kebykan depa keje kay-lang. kui kui kui. aku w/pon bapak aku bwk bas kay-lang, aku tak di baginya keje,FRUST! Niat ati nk carik duit, hmmmm.dok umah jaga baby kecik la nmpknya. besfren aku merangkap bus-mate aku keje kt prai. dia la tukang dok jaga tmpt duduk aku klu aku lmbt naik bas.heheheheh,dah serasi dok sekerusi,sejak tingkatan 1 smpi la ting.5. mmg besfren kg aku dia ni smpi skrg. besday pon awai sari ja dari aku. dan yg lagi best kami dok lawan tunggu sapa kawin dulu, boleh tak?

time result SPM nk diumumkan esknya, aku dah pakat ngan semua kwn2 sekg aku,termasuk besfren aku nih nk tunggu bas skali pi skolah amik result. punya best time tuh. mak aku bg duit tmbg 70sen cukup2 pi balik. hehehhehe. smpi ja kt sekolah, dh ramai la budak2 kelas lain beratur dpn opis. nmpk jugak cikgu2 sebok bertanya habag. ada classmate aku dah dpt result. besh sgt bila dikenang ada yg nangis ada dok menung tepi bangunan, ada dok suka2 ngan geng..heheheh,aku? time smpi giliran, cikgu kelas aku kt depan, senyum2 ja dia.Dlm ati, tau la aku kantoikan subjek BI dia, takyah la ketagkan aku lagik. Bila dia bg slip ja, aku nmpk 7 ja byk...alamak ..cangkoi ja nih.alamatnya kena bercucuk tanam ja la lps nih.

Lps ucap terima kasih atas jasa dia ngajar aku yg bertahun2 tak pandai jugak BI nih, aku tunggu kekwn sekg lain. besfren aku sedih. dia tak dpt result yg memuaskan, tp dia nmpk redha. agaknya sama cam aku, pikiag apa nk buat lps nih.mana hala tuju kami? Isk isk, yg aku sedihnya dia nih ilang semangat belajag lps ayah kesayangan dia meninggal lps dia PMR. dia lak dah nekad truskan keje kat kay-lang lps nih.Sedih aku dgr, tapi memandangkan keadaan dia yg kena replace tmpt ayah dia jaga mak dia, aku ghasa x silap langkah tu. dia nk bg peluang kt adik dia. hmmmm,meleleh ayag mata tgk besfren aku nih. dia budak bijak masa sekolah rendah, tp akhirnya jadik cam nih? Ya Allah, takdirMu mengatasi segala2nya.

Balik umah, adik2 aku dah bising jerit2 la kat mak. nyampah, bkn reti senyap2. aku dok sedih nih. result takde la best cam abg aku, tapi elok sket ja dari akak aku. mak aku spt biasa dgn muka yg tersenyum dia ckp 'tahniah!, luluih jugak hang.' Dlm ati, luluih ja mak, lom tentu leh pi mana2 ngan result cukup mkn nih. Apu aku happy ja nmpk. Aku ja dok frust. Dlm diam aku carik borang2 UPU nk apply la kunun. Hmmmmm, awai lagik org dah ambik, aku ja ketinggalan. Ketag lutut aku. Saipa nasib aku camnih. tetiba ja satu hari kwn aku kak Ti tanya 'hang dah ada borang siti? aku ada la borang UPU, tapi result aku tak cukup, kalu hang nak aku bg kat hang ja la.' ya Allah...ini la namanya takdir kan? RM 10 bertukar tgn, kini borang UPU dlm genggaman. Trima kasih kak Ti. jasamu dikenang.

Apu aku la org pertama bz masa nk uruskan penghantaran borang. Dia la pegi q kat post opis, jenih havok nih,tak heran org. masa tu jugak la post opis tak ubah mcm supermarket masa sales giler2. org beratur pagi ke ptg, memanjang smpi ke jalan raya. mak datuk, aku yg jarang2 leh kluag ke bandag teruja la kejap. masa tuh la aku tertangkap wajah2 yg familiar. tp x sempat nk tegog dah aih, masing2 dok bz uruskan borang, tiba ja time aku lepas beban ghasa. Dah selamat pos laju borang2 tuh, sbb aku dpt dah lmbt, so takut tak sempat smpi.

Alhamdulillah, tiba masa jwpn panggilan, aku dpt ke Pusat Matrikulasi UUM,Sintok. hehheh, w/pon sblm tuh aku tak sukak UUM, aku boh dia first choice sbb nk setarakan ngan result yg aku dpt. Bak kata pepatah 'Ukur baju dibadan sendiri'.heheh,hajat ati nak ikut jejak abg aku ke USM, but rezeki aku dijanjikan kat UUM.apa bleh buat. dtg la Apu n abg temankan aku daftar kat sintok. hmmmm, jauhnya ya Allah, camner aku nk balik nih? masa tuh pk takde nk belajag dah, nk balik ja, sbb mana pernah jauh ngan umah kan? tapi bila dah terpandang wajah familiar yg sama kat post opis masa post borang2 aku jadi berani. ada kawan nmpknya. Dia la Pah, bus-mate aku dr matrik smpi degree bila nk balik kg. ekekekekek,dia pon pasan muka aku masa kat post opis dulu. berjodoh kami kt bumi sintok. Dia jugak one of my besfren masa degree till now. kebetulan ya.Idop la aku kat bumi sintok smpi skrg masih bertahan sbb ada perjuangan yang belom selesai.

Sunday, April 03, 2005

:: Janing Oh Janing ::

1/04/05 (Jumaat)- Aku n eda bermlm kat umah sorg lagik geng senja kat KN...siok tak terkata, dok bertiga ja. Ekekekek..byk menonton ja la kat umah dia.Mentang2 la ASTRO ada, asyik tgk konsert2 AF2 yg lps, sambil mkn2 n sembang depan TV. paper2 n keje2 yg dibawak langsung x dilihat.mana nak sempat klu byk benda lain yg lagik besh nk dibuat, ekekekekek. Pagi esk nk gi mandi kt puncak janing lak. Mlm tuh, lps ja berbuka bersama2, simpan sket mee goreng utk dibawak sbg bekalan ke Puncak Janing (PJ).

Esk pagi,lps bersiap2, kmi bersarapan ngan nasik goreng. Chef ganu sediakan.Dgn gaya ala2 pendekar kuali, chef ganu menggoreng nasik semlm, fuh, baunya makcik tak tahan! Sodap lak tuh dimkn bersama2 sambal tumis ikan bilis semlm, uik? apasal semua mknan semlm nih? nmpk sgt la amalan jimat cermat diamalkan (maleh sebenonya, kui kui kui).

Lps packing semua bekalan, kami pantas menuju ke Puncak...ekekek, mcm lagu AF lak. Lps 20 minit perjlnan, km sampai ke destinasi. mmg clear ja, tmpt parking takde org. Sioknya,leh mandi pueh2. Siap pasang niat nak berendam lama2, coz bukan senang nk dpt line clear camnih, selalu ada ja pengganggu. Smpi ja trus carik port.Dpt lak bagus punya port. kami turunkan bekalan then trus gi jalan2 carik port mandi. Tak syak lagik, celahan batu yg ada air terjun mmg selesa. Wah wah...trus ja ajak kekwn lain join main air terjun. Aku saja la nk try dok bwh air terjun yg deras alirannya. Mmg terasa urutan air yg besh..abis ilang sakit2 urat. Ghasa release sgt kepala. lps pekena urutan air,kami turun nak mkn la kunun. niat nak buat bbrp round la, sbb takde org lain dah kat situ.

Round ke dua bermula, kali nih port kami lagik tinggi dari air terjun tadik, kami naik setapak lagik ke atas. lagik best tmpt tuh. Ada batu yg ala2 kerusi kat bwhn terjunan air tuh. Senang la lepak situ ja.Mcm2 aksi dok buat, tak ketinggalan aksi YOGA.ekekekek, bukan tahu pon, saja la dok acting cam org beryoga. Abis round kedua, mkn lagik. Then adala budak2 kecik mai dok tinjau2 kat port kami masa kami dok mkn. frust, take over tmpt kami, buat tak heran ja.buhsan, sib baik sejuk masa tuh, maleh nk mandi lagik, km biar ja budak2 tuh mandi lu. Dgn harapan depa chow nnt kami leh mandi semula.

Tunggu punya tunggu, aik? bila nk blah budak2 nih? Aiseh, depa lama lak, takleh jadik nih. kami sepakat nk pi ke air terjun yg kedua tadik utk mandi, sbb depa dok mandi kat yg tendah sket. heheheh, last2 depa blah jugak, tapi yg aku pasti depa nih x semayang jumaat la, sbb masing2 siok mandi smpi lewat waktu solat zohor. isk isk isk, budak2 zaman skrg! Nih ke yg nak jadik pewaris dunia masa depan? Toksah pk pon tau, depa nih lom layak utk dunia luar, but sapa tau Allah bukakkan hati, depa pon leh berjaya...ekekekek, melalut lak. back to topik janing, km stop mandi trus lps round ke tiga, sejuk menggigit hingga ke tulang hitam. lps berkemas, km pekena laksa lak kat atas. Budak KN tuh belanja keekekke. dia ngan laksa mmg HANTU...

balik ja umah, terasa sengal seluruh badan, but aku maleh nk ckp...organ2 dalam aku ghasa sebak semcm, mcm kena belasah or pukul ngan org ja...ghasa tak sedap, sakit2 ja. nak telan air pon terasa ja. isk isk...nih ke akibat dari urutan air terjun tadik? Naya aku,tuh la, nk sgt dok kat air yg deras tadik, sakit weihhhhhhh!!!!! Ghasa cam nak bergerak pon sakit abis kaki2 aku, but yg aku sedar, lutut aku yg sakit udah tiada lagik, aku leh berlari naik tangga tadik, Alhamdulillah.

Ptg dl koi 6.30, kami bertolak balik ke UUM dari KN. Siyan geng kami tuh, takde karen lak kt umah dia. Dah la famili dia lom smpi dari KL,but, klu lewat kami yg akan lewat smpi ke UUM. Terpaksa la balik jugak dgn badan2 yg sengal aku bawak kete menuju ke UUM. Smpi ja, takleh nak cakp byk, tidor lu, rilekskan bdn yg sengal nih. depa cakap sakit2 nih akan berlarutan sehari dua..alamak, cam nk demam pon ada..Tolong! Sehari berehat, aku ghasa ok dah, sib baik tak demam, klu tak sapa nak tgk2 tesis aku? :) OK begitula kisah di Janing ..klu ada rezeki leh pi lagi!

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...