Episod 6 : 1A2, kawan baru dan serius
Alhamdulillah, menjadi agaknya....ramai geng aku cemerlang...depa minta sekolah asrama.....but my besfren always with me.....ke sekolah menengah yang sama dengan Ajun n kak leha. Kebanyakan budak area kampung aku akan ke sekolah yang bermottokan Hidup Berjasa. Nama SMSAT banyak menumpahkan jasa kepada kami 10 adik-beradik. Cikgu-cikgu yang sangat membantu. Nama-nama mereka akan sentiasa aku kenang sampai mati. Emosi pulak dah! Bermulalah alam baru untuk aku dalam tahun 1991 sampai 1995. ~
sambungan ...
Tahun yang paling sweet
dalam hidup aku tatkala aku dalam tingkatan satu. Pelajar paling junior dalam
sekolah dan proses pengalamian yang baru dalam hidup sebagai pelajar. Bagi aku
sekolah menegah memang serius. Aku kena berubah sebab memandangkan abang aku
pengawas sekolah dan kakak aku pelajar yang menjadi bualan cikgu-cikgu
disebabkan kecerdasan dia dalam bidang kurikulum dan debat. Dia professional (tak
malu macam aku), menunjukkan bakat dalam pengacaraan, teater dan juga syarahan.
Selalu la aku tengok dia naik pentas untuk berucap dan menyampaikan sajak.
Sangat talented. Abang aku pulak wakil sukan sekolah. Dia jugak suka acara
balapan macam aku dan badminton yang menjadi kegilaan semua saudara lelakiku
sekarang. Asal berkumpul ja, sewa dewan main sampai masing2 merangkak keluar
gelanggang. Hehhehehehhe….
Aku belajar dari
pemerhatian. Aku lihat bagaimana ilmu dapat menaikkan darjat seseorang dan
merubah individu menjadi insan yang lebih baik. So, kesimpulannya aku dah dapat
jawapan untuk permasalah aku yang bersarang dalam akal selama ini. Bagai
menyelesaikan persamaan algorithma dalam matematik yang paling sukar di dunia.
Macam mana aku nak berjaya pada masa depan? Hanya dengan ilmu…yessss…aku kena
pull on belajag kata orang Kedah. Jadikan abang dan akak aku inspirasi dalam
menuntut ilmu. Tiada alasan untuk berjaya….bak kata tok Apu aku.. “Aku tak dak
harta, menaji itulah harta” Dalam telor
(kurang fasih berkata-kata…bukan telur ayam ok)…Sri Lanka dia menuturkan
kata-kata azimat itu sebagai peransang untuk anak2nya belajar dan akhirnya
mereka semua berjaya,..ada jadi doktor, cikgu dan Apu aku driver macam arwah Tok Apu aku…hehheeheh…..
Tingkatan satu boleh
dianggap waktu peralihan dari zaman rendah ke menengah. Kami yang datang dari
sekolah rendah yang sama akan ditempatkan dalam kelas yang berbeza mengikut
result UPSR. Hmmm, punah harapan nak ke kelas pertama. Sure aku kelas tiga atau
dua ja…takpa, asaikan aku struggle, InshaAllah kan… peperiksaan penentuan kelas
hanya dijalankan dalam minggu pertama kami mendaftar. Kami semua dikumpulkan
dalam dewan besar sekolah dan diberikan kumpulan mengikut sekolah rendah
masing-masing. Sayang rasa nak berpisah ngan geng2 lama sekolah rendah. Besfren
aku especially, aku dapat rasakan dia akan masuk ke kelas pertama dengan result
UPSR yang jauh lagi baik dari aku.
Apapbila result peperiksaan
penentuan kelas di jalankan, sah aku ke kelas 1A2. Kelas campuran melayu dan
cina. Culture shock kejap sebab mana pernah aku bergaul dengan budak2 cina
sebelum ni. Dah la budak2 lelaki cina nmpk macam nakai-nakai dan suka bergaduh.
Isk isk, samseng sekolah nih. Yang perempuan Nampak baik dan comei2 belaka,
amoi cina la katakan, kulit putih dan pakai pinafore biru muda paras lutut dan
blouse putih lengan pendek dan panjang. Nama mereka juga agak janggal di
telinga aku sebab nak panggil pon tergeliat lidah. But, apa2pon aku redha ja.
Masuk ke kelas asing, tanpa ada seorang pon kawan dari sekolah rendah yang
sama. Then, bila belajar plak, cikgu semuanya baru, subjek baru, buku pon kena
beli baru. Bab ni aku lemah sikit, paham ja la, Apu aku kena tanggung ramai
lagi adik beradik aku yang sedang belajar. Tiga orang sekolah menengah, tiga sekolah
rendah. Boleh botak kepala piker pasal yuran. Kami yang sekolah menengah kena
bayar pas bas harian….memang klu tak sabag ghasanya buleh lari tengah malam ja…but
parent kita fikir panjang kan…depa kuat sesama sendiri.
Tingkatan satu sekolah aku
istimewa sebab sesi petang. Pukul 11 pagi aku akan bersiap untuk gi ke kedai
Tok Che Mei tunggu bas dengan kawan-kawan seangkatan. Suasana itu sangat aku
rindukan sekarang. Kekadang aku kena masak dulu sebelum ke hentian bas sebab mak aku sibuk dengan adik2 yang masih kecil. Kami masing-masing akan bawa bekalan makan tengah hari ke sekolah bagi menjimatkan wang saku. Dalam
perjalanan, arwah Aishah (geng aku yang meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu aku masih belajar di universiti) selalu bekalkan kami garam dan buah asam. Kalau
musim jambu, rumah aku banyak jambu air merah… depa Cuma bawak garam belacan
ja. Ada musim nanam, jambu susu, jambu bola, mempelam air, dan macam-macam
lagi. Yang penting kena masam….kami semua hantu asam.
Sambil berjalan dengan beg
dan bekalan lunch masing2 kami bersembang hal-hal sekolah dan masa depan. Banyak
yang kami kongsikan masa tu. Kami berempat, besfren aku Haslina, Nita, Aishah dan
aku. Yang bestnya antara kami, tade masalah berkawan sebab semua sekepala. Cuma aku
lebih rapat dengan haslina yang aku panggil Na. Aishah dan Nita depa ada
hubungan keluarga. Kekadang kami sempat berbincang soal masa depan, dalam masa
sepuluh tahun nak jadi apa? Dalam ramai2 Na yang paling cool, matured dan
disenangi…aku kaki buat lawak….Aishah cantik dan selalu kena ganggu dengan geng
lelaki dalam bas dan Nita pulak anak org kaya dalam kg aku, tapi humble sangat.
Ragam kami dalam bas jugak
tak banyak, Cuma duduk dikerusi yang ala2 permenant sebab hentian kami adalah
hentian pertama laluan bas, so tade nak berebut ngan sapa2. Aku sokmo akan
menempek dengan Na la offcourse. Banyak cerita kami saksikan sepanjang
perjalanan ke sekolah. Banyak jugak kisah peribadi dan plan masa depan yang
bakal kami lalui akan dikongsi sepanjang perjalanan yang mengambil masa 30
minit untuk sampai di sekolah. Bas harian tidak dibenarkan masuk ke perkarangan
sekolah, jadi kami terpaksa berjalan lagi sekali dari hentian bas terdekat sampai ke
sekolah. Jarak hentian bas itu agak jauh dan ada dikalangan budak lelaki akan
menumpang sahabat lain yang berbasikal untuk ke sekolah. Untung la, depa dapat
naik motor kekdg tu. Yang best lagi, ada cikgu baik hati akan tumpangkan dengan
kereta ke sekolah. Aku n geng, kami lebih selesa berjalan. Banyak celoteh yang
dapat dikongsikan sepanjang jalan sebelum masuk ke kelas untuk pembelajaran
yang lebih serius. Ada sebuah kedai runcit milik pak Mat berdekatan hentian bas
yang kami panggil pokok ketapang. Ada pokok ketapang besar depan kedai dan
pokok kelima yang tumbang separuh diseberang jalan untuk geng2 perempuan
berkumpul.
Istimewanya tahun 1991 hanya
aku dan rakan2 seangkatan yang tahu…ada kisah sedih, pengalaman baru, kisah
seram dan kisah suka akan dikongsikan bila aku kembali ke arena blog nanti….terpaksa
berhenti buat seketika demi tugasan hakiki yang menanti….adios amigos till now
~