Sunday, September 04, 2005

:: Harga sebuah Kemerdekaan ::

Sempena ngan bulan kemerdekaan mcm k’jaan war-warkan, aku nk amik kesempatan cotretkan sepatah dua kata… sebelum2 nih, aku hanya sambut merdeka ngan tgk TV…rancangan2 hiburan mlm merdeka…filem2 berkaitan merdeka…sambutan merdeka kat tmpt nih….ada bunga api…pertunjukan kebudayaan…hmmmm, tapi aku ghasa kosong…ntah la…pengisian tade ….takde ROH…isk..payah nk terangkan..

Aku percaya bukan caranya buat konsert rock mlm merdeka, maka kita sudah paham itu merdeka… bukan dgn kibar bendera sebesar alam, maka kita mendaulatkan kemerdekaan Malaysia…ada benda lain yg harus menjadi azimat muda-mudi agar sebati dlm diri sbg anak pasca merdeka.

Renung kata2 yg aku kutip dari seorang penulis bebas;

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Jeritan itu menjadi pemecah gegendang telinga tatkala sambutan mula berpesta,
Apakah perkataan itu tersirat maknanya?
Atau sekadar simbol resam cuma,
Ya, mmg Negara kita sudah lama bebas,
Sudah merdeka seperti zahirnya,
Tapi apakah diri kita juga merdeka?
Merdeka dalam erti kata batin dan zahir tidak dijajah,
Dibelenggu anasir durjana yang serakah menjahanam bangsa,
Perdaya kita dengan ajakan budaya moden yang bukan beridentitikan melayu,
Muzik, filem dan tata adab yang tidak ada santunnya,
Mana dia adab menunduk org muda bila berlalu depan yg tua?
Mana dia santun anak gadis bertutur kata?
Anak-anak biadapnya mewarisi org tua terdahulu mereka,
Boleh menengking sesedap rasa,
Dihantar ibu bapa mendiami rumah bakti, alasan sibuk bekerja,
Inikah dia bangsaku yg kononnya dah Merdeka?
Hancur bangsa kita jika ini yg bermaharajalela,
Ideologi barat yg songsang jugalah yg didewa-dewa,
Kita ada agama...kita ada adat..kita ada semuanya,
Tanyakan lagi diri apakah kita juga sudah merdeka?
Atau hanya korban dari Merdeka yang pura-pura,
Luarnya megah, isinya kosong ... jika ada pon umpama sarap jua,
Hakikat merdeka perlu diperteguhkan segera,
Walaupun perjuangan dulu dengan sekarang banyak berbeza,
Nyata, tujuannya sama…

ps: kredit utk penulis yg tak mahu namanya tertera...

No comments:

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...