22/4/2014 - tarikh aku kembali ke bumi Selatan setelah selesai semua urusan yang sepatutnya selesai...Alhamdulillah...mula mendapat rakan-rakan seperjuagan...walaupun dari negara yang berbeza, tapi aku bersyukur kerana agama menyatukan kami.
17/5/2014 - setelah hampir sebulan di tanah selatan, aku kepingin melihat wajah mak, apu dan adik2...so, aku nekad mahu take a break dan pulang ke kampung halaman...Alhamdulillah, setelah aku selesai present progress report kat co supervisor, aku ada sehari lagi utk dimelawat rakan lama di johor ni. Rumah dia di Ulu Tiram, so aku menerima undangan keduri akak dia yang akan menunaikan umrah bulan depan. Memang kebetulan begitu, jadinya aku berpeluang berjumpa sahabat lamaku. Takdir Allah, aku dah rakanku berjumpa dirumahnya dan sempat bersembang2 hal2 berkaitan diri sendiri dan keluarga.
ps: With Radiah aka Kitting
Setelah berpamitan, aku kembali ke asrama kediamanku then bersiap2 utk perjalanan jauh esoknya. Sebelum ini, aku akan berdua dengan adik perempuanku menempuh 7 jam perjalanan dari Johor ke Kedah, tapi kali ini aku keseorangan. Memang susah hati sebab aku senang untuk tertidor semasa memandu. Puncanya kalau senyap sunyi, mata ku mudah untuk terpejam. Tapi Alhamdulillah, Allah masih mahu aku teruskan pengajianku di sini, justeru aku selamat dalam perjalanan kembali ke kg halaman.
Aku akan singgah di Bangi Selangor bagi melawat rakan sekerjaku yang sama2 sedang menyambung pengajian. Dia diberi rezeki di salah sebuah IPTA di Bangi. Lawatan aku memang kali pertama ke sana setelah setahun kami tidak berjumpa. MashaAllah, dia tetap sama seperti dulu. InshaAllah bakal menghabiskan pengajiannya pada bulan Mac tahun hadapan, All the best my fren, Min.
ps: With Min BB
18/5/2014 Aku menyambung perjalananku terus ke kg pada sebelah pagi. Aku mengalami kesukaran pada mulanya disebabkan GPS aku gagal berfungsi dengan baik, mungkin disebabkan hujan dan sebagainya, tapi Alhamdulillah, aku berjaya mendapat jalan yang betul pada pukul 9 am.
Perjalananku menjadi lancar dan dalam masa 3 jam aku berjaya sampai ke destinasi. Alhamdulillah, syukur, aku tidak terlelap or terasa letih melampau. Hilang semua rasa itu ketika aku menjejakkan kaki di depan halaman rumah. Tghri terus dapat panggilan pak njang aku sakit tenat. Mak tanyakan sama ada aku mahu gi melawat ke tak? Aku ok jer...memang la agak penat, but aku try la ..ini kes urgent...Aku plan nk gi petang2 sikit, lepas mak balik dari kelas pengajian al-qurannya.
Lepas melepaskan rindu kat masakan mak, aku terus mulakan tugasan biasa.... klu dok rumah memang la kena jadi pekerja perumahan. Sambil leka memerhatikan merpati yang adik aku bela di sebelah pokok menggis rumah yang merimbun buahnya (belum masak..klu x aku dah ada atas pokok dah...) aku mendapat panggilan kedua dari makteh.
Kali ini serius, dia ckp klu nk dtg melawat datanglah...dah nazak sgt paknjang aku....balik saja mak dari kelasnya terus aku khabarkan berita itu. Lepas solat Asar, kami terus ke Pulau Pinang utk melawat paknjang aku yang sedang dirawat di unit ICU ... sesampai kami di sana agak lewat disebabkan kenderaan berpusu2 keluar dan masuk ke penang. Aku sampai dengan mak dan terus ke wad berkenaan sambil ditemai ibu mertua sepupuku.....syukur ada juga yg dikenali utk bertanya arah....langkah aku makin longlai melihat sepupuku menahan muka sebaknya...mungkin disebabkan melihat aku dan mak dtg melawat.....
Maknjang ku setia disamping katil suaminya yang tenat...Aku sendiri sakit melihat cara dia bernafas berbantukan alat bantuan pernafasan yang dipam secara manual oleh jururawat. Bergilir-gilir mereka menekan alat yang seakan2 botol plastik lembut yang besar dan pendek. Hiba bercampur pilu melihat linangan air mata paknjangku yang menahan sakit mungkin....tapi matanya kelihatan tidak bernyawa...tiada pergerakan, apatah lagi respon kepada sebarang pergerakan dan cahaya. Aku jadi insaf....pertama kali aku melihat keadaan ini....pada pemikiranku..inilah sakaratul maut... pernafasan menjadi kuat....suara tekak saja kedengaran....tiada respon kepada persekitaran .... mak aku mengambil inisiatif membaca yassin pada penjuru bhgian kepalanya.....InshaAllah, mudah2an Allah memudahkan segala urusan paknjang aku....
Azan maghrib kedengaran tak lepas aku menenangkan sepupuku yg memang rapat sejak zaman kanak2. Sabar adalah perkataan keramat yang membuatkan dia membalas kepadaku .."Dulu waktu pakteh meninggal, aku ckp pada awin dan ilah (sepupuku anak mak teh) ..sabarlah....tapi sekarang baru aku paham, perkataan itu amat susah ...." dia tak dapat teruskan...hanya linangan air matanya memberitahu aku betapa payah mempraktiskan rasa sabar itu....aku pahammm...ya Allah..aku amat2 memahaminya...
Aku, mak, maknjang and mak mertua sepupuku tadi pergi ke surau hospital menunaikan solat maghrib ..usai solat kami berempat terus kembali ke wad dan dalam perjalanan ada panggilan...terdetik hatiku...ahhh....ada sesuatu yang aku rasakan apabila maknjang ku menyebut "Jantungnya berhenti berdenyut"....Innalillahhiwainnailaihirojiun.....Aku melihat maknjangku yang masih belum bereaksi...."camner nk jaga kalau hospital suruh bawak balik dan jantungnya dah berhenti?" Soalan itu membuatkan aku tertunduk..mahu saja aku beritahu " Maknjang, paknjang sudah meninggal"..tetapi aku diamkan saja, mahu dia mendapatkan anak2nya dan berkongsi perasaan itu sekejap lagi...
Seperti yang kuduga, dia baru tahu suaminya meninggal ketika maktehku memberitahunya arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.52pm. Takziah dari aku....anak2 dia ada 4 orang semuanya...yg sulung lelaki seusia abang sulungku, kedua itu yg rapat denganku perempuan (kak Na), ketiga perempuan dan akhir lelaki sedang belajar perubatan di India....kesian yang bongsu...dari kak Na, aku mendapat tahu adik bongsunya berjanji dengan arwah mahu belikan kereta baru dan memakai pakaian doktor utk ditunjukkan kepada arwah ayahnya.. itu juga cita2 paknjangku yang mahukan salah seorang anaknya menjadi doktor. Alhamdulillah, akan tercapai tak lama lagi...
Kami masing2 meminta diri utk balik.....selepas bersalaman takziah dengan maknjang dan anak2 dia, aku balik ke rumah kami di sg kechil ....
19/05/14 - Esok paginya ada misi lain iaitu hadir ke pengebumian arwah di rumahnya di Sungai Petani....jam 10.30am kami sampai....semua urusan mayat selesai ...mandi sudah...tinggal mahu dikafankan.....tertib kafan dapat aku lihat dari awal hingga akhir.....dari satu lapisan ke satu lapisan...taburan bunga rampai dan kelopak bunga yang harum......akhir sekali ciuman dari setiap ahli keluarga...bahagian yang paling menyentuh jiwa....sewaktu sepupuku tidak dapat menahan airmatanya.....aku tersentuh...lantas membayangkan seandainya aku berada ditempat dia....Aku kena siapkan diri...semua orang menemui ajalnya....Ya Allah...hari lahir aku! hmmmm....ada kelainan perasaan menyambut hari jadi ditanah pengebumian....perasaan pasrah...takut...insaf ....."ya Allah, kuatkan aku.....janganlah kau serahkan aku kepada diriku, sesungguhnya aku tidak mampu menguruskannya...jangan pula Kau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka akan mencuaikan aku...."
36 tahun bernafas dengan nyawa pinjaman ini membuatkan aku sedar betapa maut itu sangat hampir...bila2 masa saja boleh dicabut keluar dengan apa cara....namun aku masih dipinjamkan nyawa itu utk aku teruskan usia 36 tahun ku..mungkin ke 37 dan seterusnya....inshaAllah...selagi mana Allah mengkehendakinya...aku kena berazam jugak ..mahu perkukuhkan ibadat, mahu teruskan mencari ilmu yang berguna...Ameen.