Wednesday, May 28, 2014

:: Menelusuri jalan itu ::


Pagi ini Alhamdulillah, aku masih dikurniakan kudrat dariNya untuk melihat cahaya mentari yang terbit indah dari ufuk Timur. Entah kenapa selepas bersiap-siap tadi aku terasa mahu mencuba kaedah lain pergi ke fakulti. Aku ada ternampak beberapa orang pelajar sedang menunggu bas dihentian bas depan kolej kediamanku. Aku bergegas takut2 kena tinggal macam semalam. Sesampai di sana, aku bertanya seorang adik tentang jadual perjalanan bas. Aku memberanikan diri untuk naik hari ini sekadar mahu mencuba, dan jika ianya baik untuk kesihatanku, aku rasa ini satu permulaan yang baik untuk aku teruskan. 

Jam 8.30 pagi, bas datang dan bergerak ke hentian yang berkenaan. Aku dah dapat mengecam bangunan fakultiku dari jauh, dan rasanya tiada masalah untuk aku berjalan melintas jalan besar dan melalui celah-celah bangunan. Akhirnya aku sampai ke makmal pada jam 8.45 pagi lebih kurang. Hmmmm, rasa segar sangat dapat berpeluh macam ni. Cuma bahagian lututku bermasalah sikit akibat jatuh dahulu. Kini doktor mengatakan aku mungkin ada athritis, sebab itu lutut aku agak sakit. Tapi takper, kena la usaha jugak, maybe klu turunkan 5 kilo berat badan ianya akan membantu mengurangkan sakit lutut, Amin. 

Ok, siap sedia dengan misi hari ini, mudah2an tercapai. Amin...permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini. 

6 comments:

Zampeada said...

tanda usia dan makin ke malam... lepas ni tukar nama le pulak. malam dot kom.

salissal said...

good luck!

Sitibuha Md Kassim said...

en ali-> iyer la tu....ingatan pon dah teruk...mujur nama hang aku masih ingat,eekekekek...malam.com..

Sal-> tq sahabat....doakan aku cepat2 abis dah kembali ke utara kerana sesungguhnya di sini amat berbeza..ekekekek..ayat...

Sitibuha Md Kassim said...

en ali-> iyer la tu....ingatan pon dah teruk...mujur nama hang aku masih ingat,eekekekek...malam.com..

Sal-> tq sahabat....doakan aku cepat2 abis dah kembali ke utara kerana sesungguhnya di sini amat berbeza..ekekekek..ayat...

Zampeada said...

ya hampun siti salmah binti md kassim! nama cek pun hang bleh lupa no...

Sitibuha Md Kassim said...

alizam jonie aku ingat la....ekekkeke..mana bisa lufaaaa..

:: Unsung Hero in my Education Journey::

Dalam hidup seseorang aku amat pasti ada insan yang bukan ada hubungan darah, mau pon jiran terdekat yang kenal sedari kecil siapa kita, bah...