Sunday, December 13, 2015

:: Aku yang masih mencari 'sesuatu' ::


Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Dah agak lama aku tak menulis dalam blog. Tuntutan komitmen aku sekarang menyukarkan aku untuk memperuntukkan masa yang sesuai utk aku menulis. Walubagaimanapun, akhirnya aku merasakan ada benda yang sia-sia aku buat dalam sehari dan ianya menuntut masa yang lama. Ya Allah, kenapa aku tak sedar akan pembaziran yang telah aku buat? Aku jadi buta dalam terang, alpa dalam sedar dan bisu tatkala berbincang. 

Mungkin selepas ini, sambungan untuk episod kisah dari sebuah pondok yang benar-benar aku ilhamkan dari catatan diari hidupku selama 37 tahun akan kembali. Tapi aku kena ambil masa. Cuma sempat aku sampai pada fasa paling aku rindui iaitu alam persekolahan. Tatkala semua benda aku terokai demi sejengkal pengalaman. Alhamdulillah, dengan panduan sang Khaliq, aku diberikan keberkatan menelusuri zaman remaja dengan baik dan berkembang menjadi individu dewasa yang boleh berbakti kepada orang lain. Kerana, demi menuntut sunnah Rasul kesayangan kita, jadilah manusia yang mendatangkan kebaikan kepada yang lain. InshaAllah disempatan waktu yang masih berbaki dengan pinjaman nyawa yang Allah berikan aku berniat untuk seriuskan penulisan itu, amin doakan yer. 

Aku masih dalam perjalananku mencari 'sesuatu' yang belum aku ketemu. Mungkin aku terlalu cuai, alpa dan leka dalam perjalanan ini. Ranjau dan duri seakan-akan memenuhi denai perjalanan panjangku. Aku tak dapat sangkal kehendak manusia yang tunduk lemah pada keinginan diri yang mendesak. Kekadang aku seperti tidak dapat fokus dalam apa yang aku buat dan ada masa aku terlalu menyerah pada takdir, namun itu perangsang untuk aku merangkak gagah dikala tersungkur rebah. Aku berserah bulat diriku padaMu sang pencipta kerana telah aku pelajari dari ilmuMu yang Maha Luas, akan sifat manusia yang masih leka akan kenikmatan yang Engkau kurniakan.....sebanyak 31 kali ayat FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN (maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan) -surah Ar-Rahman diulang sebagai peringatan kepada manusia.......aku tak terkecuali menjadi sebahagian dari lautan manusia yang terkadang alpa. Yang aku mohonkan dengan sesungguh-sungguhnya adalah kekuatan dan petunjukMu ya Rabbi.....sesungguhnya aku manusia kerdil lagi lemah...

ps: peringatan untuk aku yang kini sedang menjadi mangsa kegagalan DIRI SENDIRI....lagi teruk perasaaannya dari dikhianti sahabat sejati...parah deh!


Monday, August 17, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 6 : 1A2, kawan baru dan serius


Recap episod 5 ~

Alhamdulillah, menjadi agaknya....ramai geng aku cemerlang...depa minta sekolah asrama.....but my besfren always with me.....ke sekolah menengah yang sama dengan Ajun n kak leha. Kebanyakan budak area kampung aku akan ke sekolah yang bermottokan Hidup Berjasa. Nama SMSAT banyak menumpahkan jasa kepada kami 10 adik-beradik. Cikgu-cikgu yang sangat membantu. Nama-nama mereka akan sentiasa aku kenang sampai mati. Emosi pulak dah! Bermulalah alam baru untuk aku dalam tahun 1991 sampai 1995. ~

sambungan ...

Tahun yang paling sweet dalam hidup aku tatkala aku dalam tingkatan satu. Pelajar paling junior dalam sekolah dan proses pengalamian yang baru dalam hidup sebagai pelajar. Bagi aku sekolah menegah memang serius. Aku kena berubah sebab memandangkan abang aku pengawas sekolah dan kakak aku pelajar yang menjadi bualan cikgu-cikgu disebabkan kecerdasan dia dalam bidang kurikulum dan debat. Dia professional (tak malu macam aku), menunjukkan bakat dalam pengacaraan, teater dan juga syarahan. Selalu la aku tengok dia naik pentas untuk berucap dan menyampaikan sajak. Sangat talented. Abang aku pulak wakil sukan sekolah. Dia jugak suka acara balapan macam aku dan badminton yang menjadi kegilaan semua saudara lelakiku sekarang. Asal berkumpul ja, sewa dewan main sampai masing2 merangkak keluar gelanggang. Hehhehehehhe….

Aku belajar dari pemerhatian. Aku lihat bagaimana ilmu dapat menaikkan darjat seseorang dan merubah individu menjadi insan yang lebih baik. So, kesimpulannya aku dah dapat jawapan untuk permasalah aku yang bersarang dalam akal selama ini. Bagai menyelesaikan persamaan algorithma dalam matematik yang paling sukar di dunia. Macam mana aku nak berjaya pada masa depan? Hanya dengan ilmu…yessss…aku kena pull on belajag kata orang Kedah. Jadikan abang dan akak aku inspirasi dalam menuntut ilmu. Tiada alasan untuk berjaya….bak kata tok Apu aku.. “Aku tak dak harta, menaji itulah harta” Dalam telor (kurang fasih berkata-kata…bukan telur ayam ok)…Sri Lanka dia menuturkan kata-kata azimat itu sebagai peransang untuk anak2nya belajar dan akhirnya mereka semua berjaya,..ada jadi doktor, cikgu dan Apu aku driver macam arwah Tok Apu aku…hehheeheh…..

Tingkatan satu boleh dianggap waktu peralihan dari zaman rendah ke menengah. Kami yang datang dari sekolah rendah yang sama akan ditempatkan dalam kelas yang berbeza mengikut result UPSR. Hmmm, punah harapan nak ke kelas pertama. Sure aku kelas tiga atau dua ja…takpa, asaikan aku struggle, InshaAllah kan… peperiksaan penentuan kelas hanya dijalankan dalam minggu pertama kami mendaftar. Kami semua dikumpulkan dalam dewan besar sekolah dan diberikan kumpulan mengikut sekolah rendah masing-masing. Sayang rasa nak berpisah ngan geng2 lama sekolah rendah. Besfren aku especially, aku dapat rasakan dia akan masuk ke kelas pertama dengan result UPSR yang jauh lagi baik dari aku.

Apapbila result peperiksaan penentuan kelas di jalankan, sah aku ke kelas 1A2. Kelas campuran melayu dan cina. Culture shock kejap sebab mana pernah aku bergaul dengan budak2 cina sebelum ni. Dah la budak2 lelaki cina nmpk macam nakai-nakai dan suka bergaduh. Isk isk, samseng sekolah nih. Yang perempuan Nampak baik dan comei2 belaka, amoi cina la katakan, kulit putih dan pakai pinafore biru muda paras lutut dan blouse putih lengan pendek dan panjang. Nama mereka juga agak janggal di telinga aku sebab nak panggil pon tergeliat lidah. But, apa2pon aku redha ja. Masuk ke kelas asing, tanpa ada seorang pon kawan dari sekolah rendah yang sama. Then, bila belajar plak, cikgu semuanya baru, subjek baru, buku pon kena beli baru. Bab ni aku lemah sikit, paham ja la, Apu aku kena tanggung ramai lagi adik beradik aku yang sedang belajar. Tiga orang sekolah menengah, tiga sekolah rendah. Boleh botak kepala piker pasal yuran. Kami yang sekolah menengah kena bayar pas bas harian….memang klu tak sabag ghasanya buleh lari tengah malam ja…but parent kita fikir panjang kan…depa kuat sesama sendiri.

Tingkatan satu sekolah aku istimewa sebab sesi petang. Pukul 11 pagi aku akan bersiap untuk gi ke kedai Tok Che Mei tunggu bas dengan kawan-kawan seangkatan. Suasana itu sangat aku rindukan sekarang. Kekadang aku kena masak dulu sebelum ke hentian bas sebab mak aku sibuk dengan adik2 yang masih kecil. Kami masing-masing akan bawa bekalan makan tengah hari ke sekolah bagi menjimatkan wang saku. Dalam perjalanan, arwah Aishah (geng aku yang meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu aku masih belajar di universiti) selalu bekalkan kami garam dan buah asam. Kalau musim jambu, rumah aku banyak jambu air merah… depa Cuma bawak garam belacan ja. Ada musim nanam, jambu susu, jambu bola, mempelam air, dan macam-macam lagi. Yang penting kena masam….kami semua hantu asam.

Sambil berjalan dengan beg dan bekalan lunch masing2 kami bersembang hal-hal sekolah dan masa depan. Banyak yang kami kongsikan masa tu. Kami berempat, besfren aku Haslina, Nita, Aishah dan aku. Yang bestnya antara kami, tade masalah berkawan sebab semua sekepala. Cuma aku lebih rapat dengan haslina yang aku panggil Na. Aishah dan Nita depa ada hubungan keluarga. Kekadang kami sempat berbincang soal masa depan, dalam masa sepuluh tahun nak jadi apa? Dalam ramai2 Na yang paling cool, matured dan disenangi…aku kaki buat lawak….Aishah cantik dan selalu kena ganggu dengan geng lelaki dalam bas dan Nita pulak anak org kaya dalam kg aku, tapi humble sangat.

Ragam kami dalam bas jugak tak banyak, Cuma duduk dikerusi yang ala2 permenant sebab hentian kami adalah hentian pertama laluan bas, so tade nak berebut ngan sapa2. Aku sokmo akan menempek dengan Na la offcourse. Banyak cerita kami saksikan sepanjang perjalanan ke sekolah. Banyak jugak kisah peribadi dan plan masa depan yang bakal kami lalui akan dikongsi sepanjang perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk sampai di sekolah. Bas harian tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah, jadi kami terpaksa berjalan lagi sekali dari hentian bas terdekat sampai ke sekolah. Jarak hentian bas itu agak jauh dan ada dikalangan budak lelaki akan menumpang sahabat lain yang berbasikal untuk ke sekolah. Untung la, depa dapat naik motor kekdg tu. Yang best lagi, ada cikgu baik hati akan tumpangkan dengan kereta ke sekolah. Aku n geng, kami lebih selesa berjalan. Banyak celoteh yang dapat dikongsikan sepanjang jalan sebelum masuk ke kelas untuk pembelajaran yang lebih serius. Ada sebuah kedai runcit milik pak Mat berdekatan hentian bas yang kami panggil pokok ketapang. Ada pokok ketapang besar depan kedai dan pokok kelima yang tumbang separuh diseberang jalan untuk geng2 perempuan berkumpul.


Istimewanya tahun 1991 hanya aku dan rakan2 seangkatan yang tahu…ada kisah sedih, pengalaman baru, kisah seram dan kisah suka akan dikongsikan bila aku kembali ke arena blog nanti….terpaksa berhenti buat seketika demi tugasan hakiki yang menanti….adios amigos till now ~

Monday, August 10, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::


Episod 5: Alam baru, kawan baru, masa depan...


Recap episod 4~ 


Tiba di kawasan sekolah pukul 11 pagi cukup mendebarkan sebab ramai geng2 dari dua kelas dah beratur panjang depan pejabat sekolah.....aku dan kawan aku pon menyertai mereka lepas memakir basikal dalam garaj.....bila tiba time nama aku di panggil....

sambungan ~



"Weih, nama hang la Ti" Besfren aku menyiku lengan aku tatkala Cikgu Elias guru kelas kami memanggil nama aku. Perasaan ketika tu payah nak aku gambarkan sebab bercampur-baur. Aku segera lipa slip keputusan, tak mau tengok ... isk isk, susah nak terima kenyataan kalau aku cemerlang, sedih mampus la kalau fail banyak.... tunggu la Haslina ambil slip dia... selang beberapa nama, besfren aku plak dipanggil. 

Dia hanya tersenyum, ..." Ti, hang dapat berapa A?" " Aku tak tengok lagi la weih....aku mana tau..." "isk isk....relax la, meh aku tengok..." minta Haslina sambil tangannya dihulur. "uish....mana bleh, ok ok...aku tengok jap.....hmmmm...Alhamdulillah, aku lulus semua....." kami berbalas senyuman....yer la baper A hang dapat? ...masih tidak berpuas hati....Haslina mahu melihat slip aku..."ok, ok, kita tukag...aku tengok hg, hg tengok aku..."...."Uish, terornya hang Na...3A 1B....Tahniah weih.....hang memang bijak pon....diam2 ubi berisi nuh...."Alhamdulillah Ti, hang pon ok nih....BI A tuh...jarang2 org dapat......" dia mengusik aku sebab aku dapat English A....mana taknya, memanjang depan TV tengok kartun ...bahasa lak omputih, so agak membantu la dalam karangan BI aku..

"Tapi aku tak banyak A cam hang Na....aku 2A ja 1B 1C" ....keh keh keh... dah agak dah matematik aku C...cisss, penangan penyengat batang.....punah result aku...eececece...salahkan penyengat plak dah...dah diri sendiri memang lemah math, nasib la....BM pemahaman aku B ....hmmmm..memang aku tak paham... kurang sikit pemahaman aku kepada BM berbanding BI ker? maybe la kot...


Abis ja dapat result, balik rumah ... menanti nak kena toucher ngan Ajun n kak leha pulak...yer la ...depa punya result semua gempak....best student...aku asai lulus ajer la...ngan malas belajar, beg siap kena baling ngan mak tengah-tengah ujan sebab malas buat keje rumah....aku ingat lagi, kutip la balik buku-buku aku yang basah lencun dek ujan ..beg ijau aku sampai naik kaler coklat...bayangkan betapa banyak funggus yang menempek kat situ. 


Ternyata Apu n mak aku terkejut sebab aku lulus....hehehhe, depa ingatkan aku dah fail 2 atau 3 subjek sebab aku jarang diskus pasai study kat rumah, ilang memanjang...main kat dalam kebun....semak belakang rumah, buat markas atas pokok rambutan dan main masak2....fuh favourite. Siap curi beras, garam n gula dari rumah dan masak kat pondok sebab nk kasik impak real la kunun. Sekali kantoi dengan mak, kena baling abis pot2 tin yang aku jadikan periuk memasak....hehehehhe....memang rare la masak guna dapur kayu....tapi sedap sangat ..ada bau asap2 api gitu.. klu mak sapu sampah aku jadik tukang cucuh api.....then standby ubi kayu matat aku cabut sekitar rumah......perhhh, memang sedap makan ubi kayu bakar....jadik arang pon ubi kat dalam putih berseri dan gebu ...sedap pekena dengan kopi cair....uih uih..ujan2 plak tuh....dok sorg2 dlm pondok kayu aku...mmg tangkap lentok cakap lu.


Ajun memang sah akan memerli...kak leha plak selalu bagi peransang....lebih tenang la klu cakap ngan dia....ghasa kena siram air berbanding Ajun yang suka sangat memotivasi dengan cara downkan semangat aku utk aku bangun semula...dua2 approach menjadi utk aku....kalu sorg down...sorg akan upkan balik...parent aku natural  cuma Apu ja la "Masa bila hang belajag ni? Aku tengok beg hang lempag bawah meja, nak pi sekolah ambik balik....tak pernah bukak baca buku pon? " Mana la Apu aku tahu aktiviti aku kat sekolah kan? Aku kan pengawas library masa tu. So, semua benda aku siapkan masa sekolah kat library. Then dalam kelas aku payah nak sembang, sebab geng aku semua fokus dan strict. Kami akan banyak bertanya klu x clear mana-mana part then sambil2 tu duduk diskus. Itu ja cara aku belajag dulu. 


Alhamdulillah, menjadi agaknya....ramai geng aku cemerlang...depa minta sekolah asrama.....but my besfren always with me.....ke sekolah menengah yang sama dengan Ajun n kak leha. Kebanyakan budak area kampung aku akan ke sekolah yang bermottokan Hidup Berjasa. Nama SMSAT banyak menumpahkan jasa kepada kami 10 adik-beradik. Cikgu-cikgu yang sangat membantu. Nama-nama mereka akan sentiasa aku kenang sampai mati. Emosi pulak dah!



Bermulalah alam baru untuk aku dalam tahun 1991 sampai 1995. ~

bersambung ...




Thursday, August 06, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 4: Treble clef, UPSR dan fitnah

Recap episod 3~

Aku yang sedari tadi asyik mendengar tetiba diganggu oleh bunyi meja diketuk. Aiseh, bestfren aku dah mai. Apa lagi aku bukak cerita Rin Hani koma la, cerita kartun la…then last2 aku akan pandang ke langit nak tengok awan jadi bentuk apa….geng kami suka benda pelik, sebab tu aku tak campur sangat dengan geng yang agak dewasa dan suka berdandan. Kisah gossip tadi aku dengar sebenarnya, tapi aku tak ambik pusing sebab kisah tu tak dak kena mengena ngan aku pon.

Krrriiiingggggg!!!!!!!!

Sambungan ~

“Woi, sshhhhhh...cikgu  Hasnah la…” Ada mata-mata tade upah dari luar kelas bagi amaran cikgu bahasa Malaysia kami menuju ke kelas. Aku yang memang sudah berada di meja sendiri cuma memandang ke pintu bersedia untuk memberikan salam. “Bangun, Assalamualaikum cikgu” Aku mendahului yang lain memberi salam. “Okey duduk”..dengan penuh kedutan di dahi, cikgu Hasnah tampak serius. Aku hanya tertanya-tanya dalam hati, kenapa cikgu yang selalu ceria ini tampak bermuram durja. Adakah sesuatu telah berlaku? Tapi, suasana kelas macam biasa setelah cikgu memulakan kelas dengan penulisan karangan sambil sempat memperingatkan kami akan kelas tambahan sabtu ini untuk muzik? Opppsss…sejak bila pulak subjek muzik ada kelas tambahan? Hmmmm, aku mengiakan saja bila cikgu cakap wajib datang. Something fishy is going on!

Tamat kelas, sehingga ke hari khamis, agak kecoh sekolah dek ura-ura cerita gossip pelajar bermanja dengan guru semasa rombongan tersebar. Uishhhh, jadi viral pulak yer? Aku mendengar ada krisis antara SS dan Noor dalam kisah tu. SS tu sapa lagi? Budak syarifah tu la….but kisahnya aku kurang pasti…camner term bermanja tu, siapa yang sebarkan fitnah tu sampai jadi viral, memang aku kurang pasti. Tiba hari Sabtu semuanya terjawab. Cikgu Megat masuk kelas dengan muka bengis dan mula melukis treble clef pada permulaan garisan clef….so, kami tahu la dia akan memberikan note2 dan kami dikehendaki melukis dalam buku nota benda yang sama. But, aku Nampak muka cikgu Megat serius sambil menahan sesuatu. Tak semena-mena….pangggggg!!!!!!......dia menghentakkan pemberis kayu warna kuning (selalu patah sebab cikgu pukul pelajar yang nakal dalam kelas) yang digunakan untuk melukis clef ke meja….Opocot! aku dok depan sekali memang teropocot abis time tuh. Jantung nyaris lompat keluar.

Sekali, bila dia angkat muka kat kami, air mata dia bergenang. Dengan tangan yang didepangnya luas, dia seolah-olah merenung tajam kearah aku yang didepan ….”siapa yang sebarkan cerita saya semasa rombongan?”….Gulp......aku menelan air liur....akukah? apakan? ...baru aku perasan, pada masa yang sama cikgu Sani iaitu cikgu disiplin sekolah (merangkap best fren cikgu Megat) dan cikgu Hasnah sudah ada dibelakang kelas memantau insiden itu. Aku tak semena-mena bangun seolah-olah bertanggungjawab. Berkalih-kalih pandangan ke depan dan ke belakang dengan muka innocent menyebabkan situasi menjadi kelakar sebentar. Maybe muka poyo aku masa tu memang blur sangat kot, sampai cikgu Hasnah ketawa. Sebutir perkataan dari mulut aku tak terkeluar pon. Maybe .....banyak sangat tanda soal dalam kepala? Siapakah? Yup...nama aku kalu di akronimkan sama ja dengan syarifah, iaitu SS, but aku bukanlah insan yang menyertai rombongan. Maknanya aku tak tahu menahu akan insiden tuh. Lain lah syarifah...but, kenapa pulak dia nak sebarkan berita kalau ianya dusta kan?

Disebabkan aku terlalu banyak ambil masa, cikgu Hasnah terus datang ke depan, menyuruh aku duduk...Cikgu Megat tetap di meja depan sambil menunjukkan perlakuan kurang senang ... nak duduk salah, berdiri salah....isk isk...aku paham...dia marah dan kecewa dengan kejadian itu. But siasatan kenalah teliti. Mana buleh salahkan orang yang tidak bersalah? Akibatnya, semua geng aku kena panggil bangun dan jelaskan apa yang berlaku pagi kami bercerita kisah itu kununnya. Kami semua blur kot, sebab kisah Rin Hani Koma dan kisah kartun Blue blink kot kami asyik sangat bergossip pagi yang sama aku dengar kisah gossip cameron dari meja belakang.....but sapa yang bercerita aku kurang pasti sebab aku hanya membelakangkan mereka.

Berguguran juga airmata cikgu Megat tatkala dia memberikan peringatan kepada yang menyebarkan berita gossip terhangat di kala itu. Aku n geng buat muka mangkuk tingkat jer, sebab kami ala2 boleh menghidu pihak yang terlibat yang dari tadi mendiamkan diri. Last2, SS ditujukan secara andaian kepada aku? Oh, No.....Aku bukan taknak defend diri, but bagi aku cikgu2 lebih arif behaviour aku kat sekolah...selain di kelas, library dan padang aku akan abiskan masa bermain ngan collegue aku di dewan sekolah. Kami plak tu memang tak popular langsung ...sebab kami budak2 lasak yang tak ambik pusing sgt dgn orang lain. Itu motto utama kami, “jangan kacau org, org pon jgn kacau kami”.....tade rupa sama, so, ala2 sememeh ja dengan muka belemoih (comot in kedahan). Huhuhuhu....siap belasah org lagi kalau berani kirim salam ni...budak2 dulu kalau nk berkenalan, depa mulakan dengan “Assalamualaikum...tak jawab berdosa”, so sopan kan? Tapi kalau ngan geng aku, sapa pon tak berani, ngan muka poyo ketua kelas n geng2 aku atlit yang lasak, mana ada org nak tengok...but dalam masa yg sama aku ‘terkagum’ dengan sorg budak pendiam dalam kelas.....alahai, crush bum bang yg aku ghasa lebih kepada respect dengan pengorbanan dia kepada keluarga dia....okeh, drop this sendu momen, back to titik itam itu...

Nak dikisahkan, Ahad tu memang boom la nama aku kat sekolah, kununnya ala2 mami jarum penyampai cerita cepat dari berita. Hai la nasib, lembu punya susu, sapi dapat nama...Tapi citer tu last2 diketahui jugak, bukan aku SS yang dimaksudkan...tapi sicantik manis tu la.....Alhamdulillah.....Allah maha Pengasih kan....Dia maha Mengetahui kebenaran...walaupun aku menjadi agak emosional selepas tu, but aku gagahkan diri untuk menepuhi UPSR.

Kisah UPSR pon tak kurang mencabarnya....kisah pensil 2B yang sebatang dan pemadam seketul. Benda2 yang aku perlukan untuk menjawab soalan UPSR itu aku beli dari kedai Ah Seng dekat pekan dekat sekolah. Hujan pulak tengah hari, aku tunggu sampai lepas Asar baru pinjam basikal jiran sebelah rumah aku, TokWan Chin. Kayuhan aku lancar dalam perjalanan pergi, dah dapat barang di cari, aku pantas ke rumah kunun nak relax sebelum esok pagi hari perang besar peperiksaan. Sedang seronok kayuh basikal merah, tetiba, entah dari mana ada binatang itam terbang betul-betul mata aku, di nyetnya ...aduh.....gelap pandangan....aku hampir2 terbabas. Dah la minggu lepas aku betul2 terbabas depan rumah pakcik Awang Panjang..sampai minyak aku pecah...pas tu kena gelak plak....benci betul, hari ni pon area yang sama...aku kena sengat...tatkala berair mata aku, aku berhenti dan memegang mata kiriku yang disengat dan mencari2 apa benda tadi tu?

Hmmmmm, hujan kan....sarang penyegat batang kat pokok getah sebelah kiri jalan tu dah cair...sebabnya sarang depa dari pasir halus.....so, bila ujan lebat abis la sarang depa hancur..dan akibatnya berterbangan la si penyengat batang yang hitam mencari2 mangsa.....nasib aku la .... untuk menyelamatkan diri dari sengatan yang kununnya dua kali ganda dari tebuan tuh, aku pon segera beredar. Aku laju menuju ke rumah tokwan Chin menghantar basikal dan menuju ke rumah. Segera aku mencari minyak gamat dan letakkan pada mata aku. “Pasaipa mata hang bengkak teruk tu?”....”Temingat ketit” ringkas aku menjawab soalan mak....mak kata kena tuam bengkak tuh....then dia bagi aku pakai cermin mata hitam dia untuk ke sekolah esok....dah la esok subjek matematik. Fulamak, mencabar abis dengan gaya bercermin mata, esoknya dalam dewan semua mata memandang aku...pengawas peperiksaan sempat menyiasat dengan pertanyaan yang aku jawab antara hendak dan tidak. Sakit ...air mata asyik meleleh ja. Nasib baik aku masih ada mata kanan. Dapat la aku abiskan menjawab, walaupun aku tahu ianya sangat mengganggu konsentrasi daya tumpuan aku.
  
Tambahan ada ujian pengesanan (ala2 untuk IQ). Nyampah, sebab takde result utk itu. Abis 4 hari, tamat UPSR......Ya Allah, aku ghasa dunia ini kembalik berseri. Semuanya terasa indah dan sakan mencari aktiviti tambahan dengan geng2 .... berkelah la, pi rumah kawan la....memang tak lekat rumah la....... pasar malam nih memang benda yang aku tunggu2 tatkala Selasa menjelma. Nk minum air tebu ngan pekena bihun sup tulang...fuh...abis meter org cakap....

Beberapa minggu keputusan peperiksaan akan diumumkan. Fuh, walaupun aku tade menaruh harapan yang tinggi sebab tahu mengukur baju di badan, tapi aku tetap berdebar. Serius ....tade selera makan dari pagi. TV cakap dalam berita result keluar pukul 10 pagi, aku dari malam dah ketag seluruh badan. Nak bercakap pon dah takmo. Lagi pulak tahu, sure tak sehebat abang dan kakak aku yang menjadi pelajar contoh di sekolah sebab result depa gempak. Besfren aku datang rumah sebab kami berjanji akan gi sekali tengok result UPSR. Dia pandai dari aku.....penuh motivasi dan selalu bagi peransang kat aku...baik sungguh dia....dia paham situasi aku kat rumah yang ramai adik2 kecik. Lagipun aku mana leh bersosial mcm depa sebab mak aku sekeras2nya melarang kami main luar dan gi jauh2....

Tiba di kawasan sekolah pukul 11 pagi cukup mendebarkan sebab ramai geng2 dari dua kelas dah beratur panjang depan pejabat sekolah.....aku dan kawan aku pon menyertai mereka lepas memakir basikal dalam garaj.....bila tiba time nama aku di panggil....



bersambung





Tuesday, August 04, 2015

:: Kisah dari sebuah Pondok ::

Episod 3: Meoro Attack, UPSR dan sifir

Recap episod 2 ~

Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat........tetiba semua kawan2 aku terhenti dan memandang satu arah yang sama dari arah belakang aku...ala2 kontrol ayu je semua....aku membelakang, jadi tak de idea apa yang sedang berlaku dibelakang aku.......tetiba.......

Sambungan ~

Aku toleh dan disebabkan matahari terik memanah tepat ke mata aku, silaunya membuatkan aku terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek apakah itu? Lama aku tilik, sekali, cikgu besar da. Nak melompat keluar jantung aku ni. Patut la geng aku semuanya control ayu, guru besar dok perati kami dari belakang. Dah macam kerang busuk semuanya tersengih menanti apa yang bakal kami lalui kelak.

“ Hmmmmm, seronok awak semua main nuh? Panaih-panaih mcm nih tak takut pitam ka?.... dah hafal ke sifir 7 yang saya suruh hapai semalam?...hah awak…9 kali 7 berapa?” Alamak, dia point tepat kat aku? Maknanya soklan tu utk aku la…..Cikgu Aziz memang cikgu besag kat sekolah tu, tapi dia jugak merangkap cikgu matematik utk kelas aku. Cisss, dah kena dah aku kali nih sebab semlm aku balik terus lempar beg ijau aku bawah meja dan mulakan rutin aku bersama the three stooges melastik burung kat dalam semak sebelah kolam Apu. Mana ada masa nak hapai sifir bagai?

“…aaaa….aaa…. hmmm….” Aku terketar-ketar mcm kambing lari tengok hujan. Yang lain dah bukak langkah masing-masing nak melarikan diri. Cikgu Aziz menanti sambil dahi yang berpeluh disapu dengan sapu tangannya. Aku tahu dia panaih sebab matahari terik dan panaih hati sebab aku takleh nak jawab soklan cepu cemas dia. “Apa lambat sangat ni?...kan saya suruh hapai semalam?....mai sini..” ….. aku dah tau bala apa bakal menimpa. Aku relakan ja…but sebelum dia pulas pusat aku, … “cek oiii, 9 kali 7 63…ingat tu nuh, lenkali nak main cari tempat yang teduh dan jangan dok culaih baca sipir nuh”..sempat dia sekolahkan aku sambil aku terjengket-jengket menahan sakit penangan kena pulas kecik dan power oleh cikgu Aziz.

Berlagak kental, aku tahan ja mata jangan menangis … jangan menangis…. Sakit pulak hati bila kena sorang-sorang tatkala geng semua dah clear masuk kelas. Cikgu Aziz yang dah melangkah ke biliknya di pejabat aku perhatikan dengan penuh rasa kecewa. Tapi dendam tade sama sekali. Mungkin kecewa sebab aku tak dapat hafal sifir 7 dengan baik, tapi nak sakit hati kat cikgu tade langsung. Lagi rasa nak improve ada la. Sebab cara dia nasihat dan beri penyelesaian membuatkan aku terfikir, kalaulah aku dapat hafal tadi, nescaya aku selamat dan perut aku tade la ghasa mcm kena bara api yang kembang kuncup sekarang. Hikmahnya sejak hari itu, semua sifir aku dapat hafal dan congak aku selalu ja full mark. Alhamdulillah.

Melangkah masuk darjah yang semakin meningkat, aku ditinggalkan kak leha yang sudah ke sekolah menengah. Aku pulak jadi otai di sekolah la, darjah lima tu agak senior la. Dan tanggungjawab aku makin bertambah disebabkan aku kena awasi dua lagi adik lelaki aku yang berada dalam darjah tiga dan darjah satu. Masing-masing dengan peel yang tersendiri. Yang darjah 3 kuat bertumbuk dan selalu jadi samseng sekolah. Dah la kena operate perut masa 6 tahun, dia lasak bagai nak gila. Yang darjah 1 so reserved. Part paling lawak, pakai seluar selalu angkat atas pusat. Comel sangat....takut-takut ja muka dia bila nak masuk kelas. Sah kena buli kan, tapi sapa berani buli la......aku sekat tengah jalan la akibatnya. Budak yang selalu buli adik aku tu aku sekolahkan sekali jer, terus esoknya menikus lari tengok aku. Kah kah kah...buleh tahan samseng la kalu di digandingkan dengan adik aku yang darjah 3 tu.

Tahun-tahun berikutnya aku mengalami situasi yang mendatar saja melainkan masa kerajaan umumkan format baru untuk UPSR. Ada 3 subjek yang diuji utk 4 penilaian semuanya. Bahasa Melayu (pemahaman dan karangan), Bahasa Inggeris dan Matematik. So, kalau full semua 4 A la. Penilaian darjah enam dihapuskan, dan digantikan dengan UPSR zaman kak leha sebagai ‘tikus putih’ rasa aku. Then diteruskan lagi selanjutnya sambil dilakukan penambahbaikan sampai lah zaman adik aku nombor sepuluh total subjek jadi 5. Adik aku yang ke 9 dan 10 score 5A penuh....but yang lelain tak le sakan sangat. Okey, back to my story about Ujian Penilaian Sekolah Rendah 1990.

Titik paling bermakna dalam hidup. Aku diberi mandat sebagai ketua kelas masa darjah enam. Hmmmmm, dok aim nak jadi pengawas, but ketua kelas pon buleh la. Konon ngidam pakai baju coklat cair tide in dengan skirt panjang kaler coklat pekat menjadi mimpi belaka. Aku pakai ja uniform biasa mcm budak lain, tapi buat keje extra iaitu leading bagi salam kat cikgu masa mula kelas dan terima kasih masa abis kelas. Pagi2 kena sambut buku dan beg cikgu pertama ke kelas dari pejabat bawak ke kelas then semua buku latihan wajib aku kutip dan agih semula lepas di tanda. Bila difikirkan balik, tade bestnya jadi ketua kelas ni. Kena aim pon ada jugak, sebab asyik kena report ja nama sapa yang keluar kelas tanpa izin dan bising dalam kelas.

Walaupun pengawas ramai dalam kelas aku, but in class akulah si poyo class monitor. Dulu zaman2 darjah 6 baru nampak macho sikit aku ni. Bukan apa, dh ada jawatan kan. Tapi aku jenis pasif sikit kalau bercakap. So, banyak masa aku suka perhatikan gelagat manusia dan tafsirkan dengan cara aku sendiri dalam minda. Kekadang aku gelak sorang-sorang perhati gelagat budak2 darjah satu main tiang dan aci ligan sebab itu adalah kegemaran aku satu ketika dulu. Dah besag ni kena main game yang real la macam bola jaring, bola tampar dan acara favourite aku olahraga. Dari kecik dah dilatih berlari, so dah ada keyakinan la nak masuk sukan. Sukan adalah benda yang paling aku suka di sekolah, dan cikgu pendidikan jasmani adalah aim aku masa cikgu suruh tulis cita-cita dalam kad laporan dulu.

Sebut pasai sukan, start dari darjah 6 aku mula bina kemahiran bermain boa jaring dan bola tampar. Wakil sekolah memang tade muka lain. Sampaikan olahraga ja, aku la muka yang selalu memenuhi acara di padang. Suruh baca buku, aku memang liat la walaupun ada peperiksaan besar menanti hujung tahun. Aku lebihkan masa main sukan dan bermain recorder. Dulu ada musim. Bila time piala Thomas, semua orang akan gila bermain badminton. So, satu sekolah popular dengan permainan badminton. Abis gelombang Thomas, tiba demam drama Jepun Meoro Attack...sudahnya satu sekolah main bola tampar. Aku pon ter’demam’ sekali disebabkan heroin jepun tu nama dia Chun dan suka ikat tocang separuh, aku pon suka sangat menocangkan rambut aku. Nasib baik ke sekolah pakai tudung dah masa tu, kat rumah la aku perasan jadi chun jugak.

Kalau nak sembang pasal sukan, aku punya cerita yang banyak sewaktu di sekolah rendah. Tapi momen paling best wakil sekolah olahraga. Arwah kawan aku, Aishah adalah pelari pecut yang paling pantas dikalangan perempuan, aku takde kudrat nak saingi dia sebab dia punya sepasang kaki anugerah Allah yang sangat panjang dan kuat. Tapi lepas dia baru la aku. Kalau wakil sekolah, sah2 aku kena sepasukan dengan dia untuk 4 X 100, so memang asyik menang ja la sekolah kami. Bola jaring plak, dia jadik GK aku WD...so, wakil sekolah asik2 muka yang sama ja....well, dah minat sama kot. Aku jadi tak kisah sangat dengan buku.

Bila dah nak dekat exam UPSR, baru aku mula slow down sukan and cikgu dah sibuk busykan kami dengan kelas tambahan percuma. Aku ada masalah sikit kalau nk gi kelas tambahan ni, sebab ianya jumaat sabtu, jadinya nak menapak sorang2 aku tade motivasi. Ada la bestfren aku dalam kampung yang sama, but kami tade cara nk berkomunikasi utk janji dan sebagainya...mana ada handphone cam sekarang. Aku kena kental la sikit disebabkan wajib, aku jalan kaki ke kelas tambahan setiap jumaat dan sabtu. Nak dijadikan kisah, ada cikgu ganti (anak cikgu besar) akan ambil alih kelas math. Muda dan kacak jugak cikgu tu, nama dia Najmi. Seingat aku dia baru graduate kot masa dia jadi cikgu ganti kat sekolah aku.

Bila aku masuk kelas ja, dia akan panggil untuk tanya kehadiran. Then suruh aku padam papan hitam, then suruh agihkan buku latihan....tade masa nak bersenang lenang langsung. Apa hal la cikgu ni.....then bila ngajag asyik bagi contoh aku...then suruh aku buat kat depan, then nk confirm sesuatu ja...”Tak gitu ketua kelas?”...aku lagi????....mana aku tau semua benda.... “kenapa muka masam ja ketua kelas? Senyum la sikit”......loh, apa masalah cikgu nih? Sebagai budak yang suci pemikiran, aku jadi rimas dan kalau buleh nk absent ja kelas tambahan..sebab mcm keje tambahan ja aku ghasa....

Then,....kisah hitam bermula dalam hidup aku ...nanti, nanti...jangan pikir lain pulak....bukanlah hitam sangat...Cuma aku masih berumur 12 tahun nak handle perkara yang agak dewasa ni ...mana cukup akal lagi.....hmmmm, dapat tak maksud ayat aku nih? Masih ingat dengan nama Syarifah Saadiah? Gadis cun idaman jejaka sekolah termasuk cikgu2 muda di sekolah..... lupa nak bgtau, dia ada saingan start darjah 5...Budak baru pindah dari Johor, nama dia Noorsardilla..org panggil dia Noor jer la...cantik jelita budak ni, mcm org dah dewasa. Budak tuh kelas 6 hijau, aku dengan syarifah 6 merah...kira kelas aim utk score la masa UPSR....Aku? Takde kaitan sangat dalam kes ni sebenarnya, Cuma depa salah quote nama jer....terpalit nama aku dalam keterangan sorang budak ni.

Kisahnya bermula bila ada satu masa tu, kelas buat rombongan ke Cameron Highlands. Sebut rombongan ja, memang aku wajib utk tidak pergi. Pertama, pasai duit la, dan kedua, Apu aku memang pantang kalau aku sebut pasai rombongan. Dia tak percaya cikgu-cikgu buleh monitor semua pelajar dengan baik. Dia masak sangat perangai aku yang tak buleh diharap ni. Tapi memang sejak azali la, semua kami tidak akan dibenarkan pergi rombongan melainkan trip famili. Nasib baik la Apu bawak jugak naik bukit bendera dan pergi taman SM Noor kat taiping...itu la antara tempat yang aku ingat masa kecik dulu...

Ok, balik kepada kisah tragedi cameron. Lepas sehari rombongan selesai, geng yang pergi tu pakat2 balik mai dok bercerita la masing-masing kisah best cameron highland. Depa cakap seronok sangat sebab cuaca sejuk dan banyak bunga-bunga, buah strawberry serta ladang teh....fuh, dalam hati pasang niat, satu hari aku akan ke sana jugak. Dalam pada dok seronok bercerita, masa tu awai pagi, aku terdengar ada insiden yang kurang enak. Kononnya, si Noor ni ala2 bermanja2 dengan sorang cikgu muda idaman malaya yang mengajar muzik. Cikgu Megat ni orangnya tinggi, putih, kurus dan ada rupa. Kalau dulu tu, ada cikgu perempuan muda kami akan nampak la depa tersipu-sipu malu bila terserempak dengan cikgu Megat ni. Mana la aku tau sangat pasai kes orang dewasa ni. Aku agak ignorance akan hal2 sebegitu dan kepala pikir asyik nak main dan berseronok ja kat sekolah. Belajar tu memang dah wajib la.


Aku yang sedari tadi asyik mendengar tetiba diganggu oleh bunyi meja diketuk. Aiseh, bestfren aku dah mai. Apa lagi aku bukak cerita Rin Hani koma la, cerita kartun la…then last2 aku akan pandang ke langit nak tengok awan jadi bentuk apa….geng kami suka benda pelik, sebab tu aku tak campur sangat dengan geng yang agak dewasa dan suka berdandan. Kisah gossip tadi aku dengar sebenarnya, tapi aku tak ambik pusing sebab kisah tu tak dak kena mengena ngan aku pon.

Krrriiiingggggg!!!!!!!!

Bersambung~

Monday, August 03, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 2: Mengigau, main tiang, zero point dan aci ligan...

recap episod 1 ~

Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-surah lazim dan kena praktiskan sorang demi sorang. Baca sifat 20, then last sekali part paling best. Dia akan bukak cerita kisah dongeng orang lama-lama…..ataupun kisah hidup dia masa kecik. Biar beratus kali dia ulang cerita yang sama, kami tetap tak jemu. Hinggakan kak leha mula menghafalnya, dan aku pula cuba gambarkan dalam memori aku  yang tiba-tiba, skrin bertukar gelap………

sambungan ~

"Laaaaa...dia buleh tidog oghang suruh hapai qul hu... mengoghoh teghuih (dengkur dalam loghat utara)." Sayup-sayup aku dengar mak berleter sambil menyuruh kak leha teruskan menghafal 3 qul. Hehehehehhe, tak sengaja nak skip giliran. Aku memang terkenal dengan mata seminit. Belum sempat apa-apa, bila kepala sentuh bantal ja, secara automatik mata aku pejam. Kelebihan ini bukan datang solo, ada pakej lain datang sekali. Bila semua orang dah nyenyak diulit mimpi, aku akan bangun macam mayat hidup berjalan sekeliling rumah, buka tingkap dan bercakap merapu sambil berjalan. Gelak la kalau nak gelak, tapi memang aku kaki ngigau atau 'sleep walker' yang selalu jadi bahan lawak tengahari tatkala kami berkumpul makan.

Rupanya Ajun sudah menunggu di pintu beranda atau pintu dapur bagi memantau mana arah aku tuju. Jika ke beranda, dia akan ikut aku sampai mana aku pergi. Dia akan kunci pintu bila aku buka, tarik tangan aku dan bawak balik ke tempat aku. Aku pulak, akan tidur mana-mana saja yang aku ghasa nak landing. Bila aku buat hal tidor tengah rumah, dia akan kendong aku letak balik sebelah kak leha. 

Aku? Mana sedar semua tu... pagi esoknya, Ajun akan cerita pada yang lain sambil meniru cara aku jalan dan bercakap. It was so annoying.....(kan dah speaking, sebab orang Kedah kalau marah ckp omputih). Yer la, dah selalu sangat kena gelak dan depa siap ulang tayang cara aku jalan masa ngigau...perhhhh, sakit hati weih.....dah la aku mulut tak pandai nak balas, sudahnya aku tahan telinga. Paling-paling pon aku teriak dalam bilik air kuat-kuat. Lepaskan semua biar puas hati.

“Mah, pasaipa hang tak mandi lagi?” Ajun sergah aku yang berbungkus kain batik melepak sebelah telaga, sah aku sambung tidur. Aku selamba tidak hiraukan sergahan itu, terus sambung tidur dan akibatknya………cruuuuummmmmm….Ajun menyiram aku dengan air sebaldi. Aku terkapai-kapai lemas dan sedar dari mimpi. “Isk, pasaipa basah ni?” aku tertanya-tanya dalam hati…. dengan tersengih sambil melambai, aku nampak kak leha sudah siap mandi dan naik atas rumah. Mujur jugak Apu pergi kerja awal hari ni, selamat aku dengan kak leha dari penyapu lidi yang bisa (aku sempat mengelamun lagi). 

Alamak, aku saja yang masih belum siap mandi. Ajun terus cedokkan air dan menjirus aku, kemudian sabun dan siap lap badan. Segar rasa badan….niat tadi nak menangis sebab kena jirus air dan ditinggalkan kak leha, tapi sebabkan Ajun menunjukkan muka serius, aku tarik balik la niat tu. Mungkin dia dah lambat nak kejar bas paling awal ke sekolah hari ini sebab mandikan aku. Selalunya dia bersekolah petang untuk pelajar tingkatan satu tapi disebabkan sekolah dia ada hari sukan, semua pelajar kena datang awal pagi.

Aku tahu Ajun abang yang sangat bertanggungjawab, sama cam kak leha.... tapi dia ada sisi yang sangat menjengkelkan iaitu part kalau dia buat lawak perli. Itulah kan, semua orang tak sempurna. Tapikan, jauh dalam hati ni, aku sangat bersyukur ada abang dan kakak yang bertanggungjawab dan kental dalam hidup. Aku sebagai anak ketiga dalam adik-beradik hanya banyak bermain dengan geng lelaki “three stooges” bawah aku. Ada juga kadang-kadang dipaksa oleh kak leha dan mak dengan membuat tugasan ringan seperti jemur baju, cuci kasut sekolah dan part aku paling suka secara sukarela ialah jaga baby atau adik baru. Ada bau yang aku suka pada baby yang baru lahir...sangat menyenangkan....tambahan pula baby suka tidor, so mana payah pon nk jaga (bagi aku la). 

Aku lebih melihat contoh dari Ajun dan kak leha kalau dalam bab pendidikan. Dalam diam, aku mula mengagumi mereka dalam pendidikan dan cara mereka bercakap tentang wawasan masa depan. Tidak dinafikan, kami bertiga agak segagan (sebaya) dan beza dua tahun membuatkan kami rapat dan banyak kongsi masa bersama. Tak ketinggalan sebagai partner in crime tatkala nak mendajalkan adik-adik lelakiku the three stooges bila dapat tahu depa mandi sungai tanpa permission mak. Sedap la kena sebat selagu dua ngan penyapu or hanger baju dengan Apu. 

Bila masa sekolah, aku, kak leha dan adik lelakiku yang ke 4 akan dihantar ke sekolah oleh Apu dengan motorsikal. Itu pun kalau dia tak bekerja shift awal pagi. Kebiasaannya kami hanya footsubishi ja. Menapak ke sekolah sebab jarak antara rumah aku dengan sekolah walkable saja bagi kami waktu itu. Tapi sebenarnya rumah aku jauh dalam kampung dan perlukan 15 minit berjalan. Kalau nk laju sikit kami akan berlari-lari sampai ke sekolah. Lumrah zaman kanak-kanak mana kenal erti penat berlari. Tambahan aku pula memang suka berlari dari berjalan. Dah terlatih kena kejar di rumah, jadi kami dah mangli berlari.  Sebab itu juga, kami agak pantas dalam acara sukan berlari. Lawak, lawak……ada hikmah kena kejar kan?


Sampai di sekolah, perkara pertama adalah meletakkan beg di kerusi then cari kaki untuk pergi ke kantin. Dalam kelas, aku sampai agak awal walaupun hanya berjalan kaki ke sekolah. Sudahnya, aku akan mencari biji saga atau berjalan disekitar sekolah explore mana yang patut. Puas meneroka sekitar sekolah sambil sempat mengusik burung tiung yang boleh berkata-kata, aku menyimpang ke kantin bertemu rakan sekelas di sana. Menu yang akan aku cari bila ke kantin adalah nasi lemak dan bihun goreng. Waktu tu, semuanya seposen je. 

So, aku ambil nasi lemak sebungkus dan bihun sebungkus. Time nak makan aku gaul sekali dua2 dalam pinggan. Kenyang la sementara menunggu lunch break. Semua kawan-kawan aku pon sama. Suka campur menu supaya dapat makan banyak jenis dan rasanya lebih sedap, bagi kami ketika itu. Ada juga yang mak bekalkan makanan. Cemburu ja kami tengok. Aku kalau dapat bekalan mak, sah jagung rebus, kacang rebus tak pon ubi kayu rebus. Mana pernah dapat mee goreng idaman atau bihun goreng Singapore macam si Syarifah Saadiah gadis manis idaman budak lelaki sekolah dalam kelas aku tu. Selalu dia bawak bekal yang sedap2 dan pakaian dia selalu harum…aku memang tak dapat la, seminggu punya uniform itu la dianya, cuma anginkan saja setiap hari.

Waktu itu, segala perasaan cemburu lebih kepada bersifat meruap. Cepat ja datang dan pergi. Apa yang lebih penting adalah bermain dengan rakan sekelas dan bergelak ketawa. Aku paling suka waktu pagi hari Ahad, sebab ada perhimpunan. Dalam perhimpunan kami semua kena nyanyi, dan waktu itulah aku ambik kesempatan nyanyi kuat2 lagu Negaraku, negeri Kedah dan lagu warisan atau lebih popular dengan anak kecil main api. Semangat patriotik dah disemaikan dari kecil lagi. Kadang-kadang bila sambut hari kemerdekaan ada tambahan lagu merdeka dan barisan kita membuatkan aku tambah berkobar-kobar menyertai peraduan mewarna bendera Malaysia yang setiap tahun sama saja aktivitinya. Mungkin zaman dulu aktiviti itu saja yang kena dengan bajet sekolah.

Lepas nyanyi, masuk kelas secara berbaris dan cikgu menanti dengan agenda lain. Kena belajar membaca, menulis, mengira dan mewarna. Bagi aku semua itu baru, sebab aku tak pernah ke tadika. A, B, C dan 1, 2, 3 yang diajar dalam kelas adalah alien dan pertama kali aku dengar. Justeru, ianya menarik bagi aku tapi membosankan bagi yang lain yang sudah ada scroll konvokesyen tadika KEMAS. Bahkan mereka mengajar sesiapa saja yang belum mengenal huruf dengan muka bangga cuba membodek cikgu. Aku steady ja bhai..... Bukan nak tunjuk teror, but aku punya kakak dan abang yang dibanggakan oleh sekolah kerana pencapaian kurikulum mereka. Selalu dapat nombor satu je kakak aku. Abang aku pula best student pencapaian darjah enam...aku? hehehheeheh, kuat main ja la. Kring ja bunyi loceng rehat, aku dah ready memecut ke padang dengan segumpal getah rokok yang dijalin kemas. Semua pengikut yang lain memang tak dapat kejar aku sebab aku lebih pantas berlari ..... nak tahu rahsia? Kenalah tanya Apu aku kan?

Permainan zero point menjadi kegilaan aku masa awal sekolah rendah. Semua itu trend yang bagai diatur oleh peredaran masa. Ada jer trend main tudung air soda, main dam ular, dan police centry... but bagi aku paling epik adalah main getah, aci ligan dan tiang koridor sekolah. Fuh, sampaikan ada kawan aku kena renjatan elektrik kat tiang koridor tu akibat leaking power pada suis lampu. Kami main waktu hujan, then lepas tu plak dia jatuh dalam longkang yang agak dalam....so tak berani dah aku tengok tiang koridor sekolah lepas tu. Seram......







Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat........tetiba semua kawan2 aku terhenti dan memandang satu arah yang sama dari arah belakang aku...ala2 kontrol ayu je semua....aku membelakang, jadi tak de idea apa yang sedang berlaku dibelakang aku.......tetiba.......

Bersambung...




Sunday, August 02, 2015

:: Kisah dari sebuah pondok ::

Episod 1: Pondok Usang di pinggir bukit.



"Jangan kayuh pelan, satgi hang jatuh......kena kayuh laju-laju" ....sambil berleter kakak aku menyorong basikal dari belakang. Letih agaknya, dia lepaskan basikal yang masih bermomentum laju untuk aku teruskan kayuhan. Masih teragak-agak bercampur perasaan kaget dek kerana tiada tangan yang memegang pelantar basikal dari belakang, aku pon berdikit-dikit kayuh. Lupa pada pesanan kakak aku sebentar tadi, akibatnya.....dussshhhhhhhh.....sudahnya dalam semak aku terjun. Sakit bercampur geram. Aku menangis semahunya. Kakak aku berlari-lari anak datang menghampiri semak kawasan aku terjatuh. 

Dia hanya mengekeh-ngekeh ketawa sambil cuba mengangkat basikal yang menghempap aku. Sudahlah keman dan rumput-rumpai yang memenuhi semak tu berduri dan miang. Boleh pulak kena gelak. Sakitnya hati aku. Seperti biasa biasa, aku letak kesalahan kat kakak aku. "Pasaipa hang lepaih tangan? Aku mana reti lagi?"....sambil berlinangan air mata kat pipi aku membebel sambil akak aku masih berbaki ketawa membalas "penat la woooiii, mana bleh tahan... hang kena la kayuh sampai buleh...dulu pon Ajun ajag aku sama ja." Abang aku yang kami panggil Ajun hanya beza dua tahun dari kakak aku, aku plak dua tahun beza dengan akak aku...so, kami memang rapat sampai aku panggil nama saja pada mereka. 

"Jom aku mot hang naik beskat ni, hang dok belakang" Kak Leha menawarkan untuk menumpangkan aku dengan basikal tadi. Rantai basikal yang terkeluar dari rim akibat aku terjun semak dia baiki sebelum kami balik ke rumah. Esakan aku masih kedengaran, tapi dia diamkan saja. Pujukan dia hanya dengan kayuhan ke rumah sambil mendendangkan aku dengan nyanyian halus suaranya. Lama-lama aku terpujuk dan diam. Walaupun aku kurang pasti lagu dendangannya, tapi suara halusnya memukau aku untuk diam dan aku mula melihat tangan dan kaki yang bercalar akibat tikaman duri keman dan geseran daun lalang liar. Ada yang berdarah dan masih ada duri yang mencucuk kulit, Dengan cermat dan perlahan-lahan aku buang duri keman. Tak terasa sangat pedih tu, tapi menangis tadi lebih kepada sakit hati dek kerana kakak aku lepaskan tangan.

Sambil melayan angin petang yang sepoi-sepoi, aku terkesima dek permandangan kampung yang sangat indah. Matahari kemerah-merahan menandakan maghrib akan menjelang. Tiba diperkarangan rumah yang dipenuhi padi huma memang sangat menenangkan. Aku dan kak leha selamat sampai sambil disambut oleh apu yang memegang penyapu lidi. Alamak, momen tangkap sendu aku terganggu dek muka bengis Apu ....Haishhhhhh...ada benda tak kena ni. Peka dengan keadaan itu, kak leha segera pusingkan basikal dan menyuruh aku terjun.....Apa lagi, pecutan 100 meter bermula. Lupa dengan peraturan rumah, pukul 7 malam adalah mandatori untuk kami semua berada di atas rumah dan mula mengaji muqaddam. Dengan segera aku melompat dari basikal, sama dengan kak leha yang sudah cuak sebab Apu semakin hampir dibelakang kami. Dengan meninggalkan basikal, kami bersaing-saing memecut ke arah jalan denai agak luas di depan rumah. Padi huma memenuhi kawasan kanan dan kiri rumah, jadi jalan itu saja yang boleh digunakan. Aku dan kak leha tak boleh menoleh lagi.Kedengaran bunyi tapak kaki yang laju dibelakang membuatkan kami buka langkah seribu. 

"Aku dah kata, jangan balik lambat.....hangpa nk kena tibai dah nih...." Mendengar ayat itu, kami sedar akan sebab apu aku mengejar kami. "Hangpa ni memang tak dengag kata...jaga! "....ancaman dan herdikan itu sudah cukup untuk aku dan kak leha berpecah dan mencari idea melepaskan diri ... sudahnya kami berjaya melepaskan diri dengan larian pantas tadi, dan berjumpa semula di atas pohon rambutan yang selalu dijadikan markas atau menara peninjau. Kami panjat hingga ke atas pokok rambutan itu untuk melihat sama ada apu dah pergi cuci bas atau belum. Apu aku seorang pemandu bas ekspress dan kerjanya bila malam adalah cuci bas sendiri. Memang itu rutin dia. Dah menghampiri maghrib, kami perhatikan pergerakan apu. Akibat dari gagal mengejar kami yang berlari bagai pelesit senja tu, dia balik untuk mandi dan bersiap-siap pegi cuci bas selepas solat. Lupa pulak nak bagitau, Apu tu dalam bahasa Sri Lanka bermaksud Ayah. Disebabkan Apu aku berketurunan Melayu-Kelantan-Sri Lanka, dia pinjam perkataan tu dari arwah tok Apu aku. 

Dari atas pokok rambutan, kami perhatikan dia mula hidupkan motor dan drum drum drum kedengaran dia berlalu pergi. Apa lagi kami ambik kesempatan balik dan perlahan-lahan ke telaga untuk mandi. Kesemua empat adik-beradik lelakiku yang lain dah berada di atas rumah. Dengan muka ejekan, mereka mula mengejek2 aku dan kak leha akibat kena kejar tadi. "Padan muka, padan muka kena ligan..tu la sapa suruh balik lambat".....Sakit hati jugak dengar ejekan dari adik keempat aku tuh, tapi sakit lagi bila luka aku terkena air,,,,,"Aduh.....weih leha, pedih la lengan aku.....isk...isk..." Aku mengadu.....kak leha tersengih sambil membalas selamba " Takpa, nanti hang boh minyak gamat hilang la sakit"...Aku cuma mengiakan sambil sambung mandi. Siap mandi kami naik atas rumah. Mak dah menjeling …. Dia macam biasa la jadi inspektor takde paku la…”mana hangpa pi ni? Balik sayup sangat ni…?” “Kami ronda-ronda kampong naik beskat”…kak leha menjawab sambil aku kelam-kabut naik tangga nak solat. Aku memang terkenal dengan mulut berat, so tak banyak cakap … aku akan buat saja benda yang aku rasa perlu dan nak buat. Pertama sekali, cari minyak gamat yang selalunya mak letak tepi dinding papan , then lepas letak minyak kat luka, aku dan kak leha pon solat. Yang lain dah mula ngaji muqaddam. Ajun dah baca quran. Mak ajag muqaddam kat adik2 aku yang tiga lagi.

Sebab nak siapkan makan malam, Ajun ambil alih  mengajar adik2 aku dari mak. Aku dan kak leha mula baca quran sambil dipantau oleh Ajun. Kak Leha lebih fasih dan cekap membaca quran berbanding aku. Aku merangkak-rangkak dan tergaru-garu tanda kurang tahu. Akibatnya kena la ulang banyak kali sampai kuning mukasurat kekadang tu. Takpa, demi ilmu aku relakan saja. Usai mengaji quran, makan malam dah siap. Lauk selalu adalah ikan jaket sumbat sambal then sayur toge dengan telur dadar. Fuh, meriah ghasa nk makan. Telur dadar tuh mak aku selalu buat letak kelapa parut, serai, bawang, kunyit dan sikit cili padi…..sedap dan wangi ja bila dia potong utk diagihkan untuk kami enam beradik.

Suasana makan selalunya diselang-seli dengan cerita panas dan terkini. Apa lagi, kisah kami kena ligan la yang paling latest dan dapat liputan hangat. Kami yang dijadikan bahan Cuma diam dan akur mendengar nasihat dan kutukan yang lain. Mak aku mcm biasa hanya diam dan banyak menasihat apa yang tak patut dilakukan dan apa yang patut. Dia lebih tenang berbanding abangku yang hanya tahu menggertak kami dengan kisah apu yang tak pernah lupa utk menghukum. Alamak aiiiii, dalam hati aku belum selamat la nampaknya. Aku dan kak leha tidur awai lepas solat Isyak malam tu. Dah jadi kebiasaan mak akan menggantung kelambu untuk adik lelakiku bertiga pada ruangan yang berasingan di ibu rumah. Kami pula akan dapat tempat atas katil di satu sudut lagi. Rasanya katil itu paling selesa sebab agak tinggi dan ada tilam empuk. Mungkin sebab kami perempuan, maka dapat kelebihan itu. Abang aku pula dapat kelambu bujang disudut paling hampir dengan adik lelaki yang lain….mak dan apu pula di ruang ibu rumah kedua, hampir dengan beranda. Kami yang berkatil ni macam tengah-tengah la.

Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-surah lazim dan kena praktiskan sorang demi sorang. Baca sifat 20, then last sekali part paling best. Dia akan bukak cerita kisah dongeng orang lama-lama…..ataupun kisah hidup dia masa kecik. Biar beratus kali dia ulang cerita yang sama, kami tetap tak jemu. Hinggakan kak leha mula menghafalnya, dan aku pula cuba gambarkan dalam memori aku  yang tiba-tiba, skrin bertukar gelap………

Bersambung…..



Friday, July 31, 2015

:: Yang terindah itu kenangan ::

Ini antara restoran yang menjadi titik pertama dan terakhir dalam sejarah hidup aku makan makanan Sunda. Orang belanja pon dah bergelar Dr, dan kembali ke bumi Indonesia.  Apa2pon terima kasih pak kerana belanja kami di restoran nih, sedap sekali makan nasi timbel sunda sama ikan bawal goreng n sambal pedas sedap. InshaAllah ada kesempatan kita semua akan melawat pak di sana ya! Da....

Thursday, July 30, 2015

:: Pecah kaca, pecah gelas ::

Siapa dapat menyangka akan nasib malang? Malangkan tak berbau? Jadi, teruskan menghidu malang sebelum ianya menyakiti kamu...ekekekkekekek... Nak dikisahkan kali nih, semasa memandu balik dari JB ke Skudai, aku lalu bawah jambatan or flyover. Agak laju jugak masa tuh sebab jalan tak sesak dan saja nk test power kot. Tetiba, entah dari mana seketoi batu kelepuk menghentam cermin depan kete aku yg tengah bermomentum laju tu, dan bunyi krak sama mcm pecah dlm english da. Apa nk dicakap lagi, retak sudah cermin kete aku. Sakit dalam hati sapa tau? Allah saja maha mengetahui. Aku tak cakap byk, member sebelah aku tegur, "your glass is crack" ....yup i know it (dlm hati). Sama cam hati aku tengah retak skrg la (hehhehehe, masih dalam hati aku berkata2). Susah nk keluar sebab paler serabut masa tuh, mana nak pikir tentang kejadian charger laptop aku hilang....mana nk pikirkan topik keje aku.....mana nk pikirkan perut lapar masa tu sebab dah lunch time...isk isk.....tetiba toing plak batu menghentam cermin kete. Hilang RM lagi la camnih....

Ambil nasihat penasihat international sebelah aku, dia cakap (aku translate la sbb dia kecek omputih) kita kena hindarkan diri kita dari panahan jahat mata manusia. Kerana lintasan mata jahat manusia boleh membunuh kita terkadang. Nk jauhi benda nih kena bykkan baca 3 Qul, pagi sekali dan petang sekali lagi...Ni cara kita especially org pompuan nk protect diri. Aku mmg amat2 menghargai petua tersebut dan mula amalkan. Sebab dia ckp, kekdg kita takleh ramal, org yang berada disekeliling kita ada menyimpan niat jahat dan hasad kat kita. Bila mereka lintaskan niat or memandang kita dengan penglihatan hasad, dengan izin Allah benda tersebut akan berlaku. Dan ianya boleh membunuh kadang2 tu. So, amalkan surah2 ni dan inshaAllah akan terhindar dari pandangan jahat mata manusia. 

Lps jumpak Dr Cermin, aku hilang RM150 utk baiki cermin kete. But hasilnya not bad. Tauke tu cakap leh tahan lama .... Aku cuma minta2 la sampai tahun depan, sbb aku nk ganti kena simpan duit...mahai jugak ... ok aku kena add dlm bajet RSS ke 16. Malaysia baru 11 aku dah 16 ...kira advance la kot. Moga2 Allah izinkan aku melaksanakan apa yang aku rancang ni. Amin.


Wednesday, July 29, 2015

:: Ujian atau Cubaan atau Seksaan::

Jika dahulu kita selalu berkata, dah cukup selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak cuba untuk mengubah apa-apa sebab dah puas hati katanya. Tapi tiba-tiba kita dengar orang tersebut berpindah kerja atau tempat tinggal atau meninggalkan zon selesa itu. Kenapa ya? Kata sudah selesa dan tiada rungutan mengenai apa-apa. Tapi akhirnya dia pergi jugak......kalau meninggal dunia tu memang di luar bidang kuasa kita, tapi ini merupakan keputusan orang itu sendiri untuk pergi. 

Puas aku mencari jawapan untuk itu dahulunya. Tapi makin menginjak usia kini, aku semakin faham kenapa ianya berlaku. Faktor penyebab banyak, tapi cuma ada satu yang boleh bertindak iaitu diri sendiri. Tak ubah macam meludah ke langit, apa saja yang kita pertuturkan sekarang akan menjadi penyebab kepada musibah kita akan datang. Kalau orang cakap ini adalah karma...well, aku lebih percaya pada ketentuan Illahi...mudah cakap kifarah dariNya. Sebab hanya Dia Maha Mengetahui akan segala 'sesuatu'.

Dah lama perkataan 'sesuatu' aku tak gunakan ya? Tapi blog aku tetap Aku dan Sesuatu, harus begitu la selamanya kerana 'sesuatu' itu masih misteri dalam hidup aku. Okey, agak melalut di sini. Kita berpatah balik kepada persoalan pokok di sini. Kifarah itu pasti berlaku dan terkadang ianya terjadi akibat kecuaian kita sendiri dalam pertuturan, perlakuan atau lintasan jahat dalam hati kerana Allah Maha Mengetahui. Ada balasan mcm mee maggi, iaitu dengan kadar segera (or ada setengah org cakap "Allah bayar cash") dan ada pulak balasannya agak delay. Ianya bergantung kepada ketentuan Illahi. Dan seharusnya kita wajib percaya Allah memberikan sesuatu dengan tarbiah ujian dan tidak sama sekali untuk menganiayai hambaNya. Insiden buruk kita boleh cakap ujian, dan kejadian yang baik juga kekadang ujian.

Ungkapan yang sering kita dengar dari sahabat yang cuba menasihati sahabatnya tatkala ditimpa kesedihan ialah: "Sabar yer, pasti ada hikmah sebalik semua ini" atau "banyakkan bersabar, Allah sentiasa bersama org2 yang bersabar" ataupon "sabarlah, Allah Maha Adil".....atau ungkapan motivasi yang sewaktu dengannya. Bagus dapat sahabat spt itu, sentiasa menasihati dan mengingatkan. Hakikatnya adakah kita benar2 faham akan perkataan sabar itu? Apa pula sabar jika di vs dengan syukur? Apa kaitan kedua2 perkataan ini? 

Perjalanan hidup aku banyak mengajar aku perbezaan kedua2 perkataan ini. Antara sabar dan syukur, ujian dan seksaan...semua dapat aku rungkaikan menelusuri perjalanan masa. Jika solvis et titus mengatakan masa itu adalah CINTA, tapi aku plak boleh ungkapkan masa itu adalah HIDUP. Moga Allah senantiasa mendengar cerita HIDUP aku dan merahmatinya dengan penuh barakah. Amin. 


ps: " Wahai Tuhanku, jangan kau serahkan aku kepada diriku... aku tak mampu menguruskannya, Dan jangan pula kau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka akan cuai terhadap aku...."

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...